Hadis Rasulullah saw

"SEBAIK2 JIHAD ITU BERKATA BENAR DISISI PENGUASA YANG ZALIM"

Sunday, January 10, 2010

Surat Terbuka Untuk TGNA

.
Firman Allah bermaksud “ Dijadikan kepada manusia perhiasan,,cintakan nafsu syahwat daripada perempuan2 dan anak-anak….hingga akhir ayat

Bersyukur ke Hadrat Allah swt kerana Rakyat Kelantan dikurniakan seorang Pemimpin yang beriman sebagai Mursyidul Am dan Menteri Besar untuk memimpin kami ke jalan yang diredhai dunia dan akhirat.

Alhamdulillah berkat usaha dakwah TGNA selama ini kami yakin bahawa Islam itu selayaknya memerintah Dunia agar kita semua tidak alpa dalam kesesatan.

Sebagai manusia sudah tentunya kita tidak dapat lari dari kesalahan dan kesilapan.Justeru TGNA mengajar kami agar sentiasa bermuhasabah dengan apa yang kita lakukan setiap hari supaya rahmat Allah sentiasa melingkungi kehidupan kita seharian.

TGNA yang dirahmati Allah,

TGNA mengajar kita tentang beberapa kisah zaman Nabi terdahulu untuk renungan bersama agar kita dapat mengambil pengajaran yang baik sebagai bekal ke akhirat.Jauhilah apa yang telah diuji terhadap Syeikh Barshisha dan Syeikh Bal Am yang tewas dengan pujuk rayu syaitan laknatullah.

Kerana kasih sayang berlebihan terhadap anak isteri menyebabkan syaitan punyai ruang untuk menyesatkan hamba Allah yang tidak tertanding amalannya seperti kedua-dua Syeikh di atas.

Saya mohon maaf dunia akhirat andainya tutur kata ini mengguris hati TGNA.Biar apapun anggapan TGNA terhadap saya,sebagai rakyat kecil saya rasa terpanggil untuk menyuarakan apa yang terbuku di hati rakyat Kelantan.Biarpun begitu saya prinsip wala’ kepada pemimpin tetap menjadi pegangan saya.

Andai Sayyidina Ali menerima teguran seorang kanak-kanak,apa salahnya saya sebagai rakyat Kelantan menegur untuk kebaikan.”BERILAH PERINGATAN,SESUNGGUHNYA PERINGATAN ITU MEMBERI MENAFAAT KEPADA ORANG YANG BERIMAN”

TGNA yang dikasihi Allah,

Merenung sejenak saat-saat manis PAS Berjaya memerintah Negeri Kelantan pada tahun 1990,sungguh manis kejayaan yang dicapai pejuang agama setelah berjuang penuh onak duri.Bersama kemenangan kita semua menerima ujian pertama pada tahun 1993 iaitu berkenaan pampasan Empangan Pergau.

Setelah beberapa kali rundingan,Kerajaan Pusat masih mendera PAS Kelantan,pelbagai alas n untuk melengah-lengahkan pembayaran,nilai yang semakin mengecil dll.

TGNA menyeru rakyat Kelantan untuk solat hajat beramai-ramai di Kem Kijang PCB.Kami membulatkan hati menyokong usaha itu dan ribuan rakyat Kelantan bermunajat memohon pertolongan Allah…

Alhamdulillah Kerajaan Pusat segera membayar lebih dari yang diminta oleh TGNA.Bila rakyat dizalimi,Percayalah “PERTOLONGAN DARI ALLAH ITU DEKAT DAN BERGEMBIRALAH ORANG-ORANG YANG BERIMAN “.

Selang beberapa purnama,ujian Allah dating lagi kepada rakyat Kelantan.Isu Kelantan Water menindas rakyat pula mengambil giliran untuk memusnahkan Kerajaan Islam Kelantan.TGNA dan pimpinan membuat ‘road-show’ memberi penerangan untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Alhamdulillah rakyat Kelantan member sokongan sepenuh hati dengan rela rebah bangun bersama TGNA.Kerana kejujuran TGNA maka kerajaan Kelantan Berjaya menyelesaikan masalah Kelantan Water untuk keuntungan jangka panjang rakyat Kelantan.

Tahun 1996 Kerajaan Pas Kelantan bergolak kerana isu Parti S46.Jalan penyelesaian agak kritikal kerana Ku Li Berjaya mengheret institusi istana bersamanya.TGNA berdepan masalah besar bila hubungannya dengan istana nampak dingin.

Dalam satu ceramah TGNA berkata “ Ambo tak leh nak ok ( sabar ) dah bila orang dok meniti atas serban kita,ambo pun baka raja jugak…raja jembal”…Allahuakbar ! Allahuakbar! Allahuakbar !

Bertakbir rakyat Kelantan ke hadrat Allah tanda memberi sokongan padu kepada TGNA.Alhamdulillah hati pihak istana menjadi sejuk dan TGNA diterima seperti biasa oleh istana yang pernah berjaya bila berkonfrantasi dengan MB BN(Tan Sri Mohamad Yaacob ).

TGNA yang disayangi Allah,

Kem Kijang,Padang Perdana dan Stadium Sultan Mohammad menjadi saksi sujudnya rakyat Kelantan bermunajat memohon pertolongan Allah atas kezaliman oleh musuh.Adakalanya diimamkan oleh Hj Abdullah Lubok Tapah,Haji Hashim Pasir Tumboh dan TGNA sendiri.

Bersatunya rakyat Kelantan bila diseru oleh TGNA untuk bermunajat biar susahnya untuk bangun pukul 4.00 pagi,datang dari seluruh pelusuk negeri Kelantan tanpa sebarang ganjaran untuk mempertahankan TGNA.

Bila keputusan PRU11 diumumkan,kami berdebar kerana kita membentuk kerajaan dengan majoriti mudah,segala kemenangan besar sebelum ini telah lenyap sekelip mata.Heboh 1 Kelantan dengan cerita pihak lawan cuba merasuah wakil rakyat kita untuk berpaling tadah.

Dalam kekusutan yang pedih TGNA menyeru rakyat Kelantan bermunajat di Padang Perdana mohon Allah pelihara Kerajaan Islam Kelantan biarpun berbekal 1 kerusi setelah kekalahan Pilihanraya Kecil Pengkalan Pasir tahun 2005.Allah makbulkan doa kita semua dan Kerajaan Islam Kelantan kekal sehingga PRU12 tahun 2008.

Malam sebelum PRU 12 tahun 2008 sekali lagi TGNA menyeru rakyat bermunajat dan kali ini di stadium Sultan Muhamad yang menyaksikan puluhan ribu rakyat yang cintakan Islam hadir.

Hujan renyai-renyai mengiringi tangisan TGNA yang penuh syahdu didengari oleh malaikat dilangit.Alhamdulillah pertolongan dari Allah memberi kita kemenangan yang terlalu besar dan jauh dari jangkaan pihak musuh.

TGNA yang diberkati Allah,

Kami terkedu bila mendengar berita TGNA diserang sakit jantung dan mendapat rawatan di Hospital Pakar Perdana.Rakyat Kelantan menjadi tak keruan mengenang kesakitan pemimpin tercinta.Berduyun-duyun rakyat berkumpul di Pakar Perdana untuk mendapat pengesahan penyakit TGNA.

Tika itu saya memohon ke hadrat Allah agar jangan diambil nyawa TGNA,ambillah nyawaku sebagai ganti agar TGNA dapat hidup untuk meneruskan kerja-kerja dakwah.Kehidupanku tidak member faedah kepada manusia lain sedangkan TGNA hidup untuk menyinari masyarakat umum.Syukur TGNA dipanjangkan umur dan sihat seperti sekarang.


TGNA yang bijaksana,

Kebelakangan ini tersebar pelbagai cerita yang kurang elok tentang pentadbiran kerajaan Islam Kelantan.Kurniaan Allah memberi kemenangan besar PRU12 nyata satu ujian besar untuk melekakan pimpinan.Sesungguhnya telah berlaku beberapa perubahan yang nyata tidak direstui rakyat Kelantan

Kami yakin dan percaya bahawa TGNA akan membuat satu keputusan yang penuh bijaksana demi rakyat dan PAS yang disayangi.Pertembungan nilai kasih sayang antara keluarga dan rakyat adalah satu dilema yang berat mata memandang,berat lagi bahu memikul.

Alhamdulillah berbekal kejujuran,keikhlasan dan semangat sayangkan jemaah yang jitu memberi kekuatan kepada TGNA membuat “executive decision “.Percayalah apa jua keputusan TGNA adalah demi rakyat dan parti yang memberi sokongan kepada beliau selama ini.

Dengan penuh tanggungjawab TGNA mengumumkan perletakan jawatan Abd Ariffahmi Abd Rahman sebagai CEO PMBK.Sungguh pilu dan sedih melihat keberatan TGNA membuat keputusan itu tetapi demi kebaikan rakyat dan PAS terpaksa TGNA lakukan.

Nyata kepentingan rakyat mendahului keluarga tetap menjadi pegangan TGNA.Jiwa besar TGNA tiada pada mana-mana pemimpin lain di Negara ini.

TGNA yang mulia,

Kalau diamati masalah PMBK bukanlah baru dalam diari kehidupan TGNA.Sudah beberapa kali TGNA membuat keputusan dengan hiba dan berat hati sepanjang 19 tahun menerajui Kelantan.Mungkin kisah Sayyidina Umar menukar Khalid Alwalid sebagai panglima perang menjadi contoh kepada TGNA.

Prinsip rakyat didahulukan telah lama diamalkan oleh TGNA secara terang @ sulit untuk menjadi ikutan masyarakat umum.Lihatlah contoh di bawah untuk menilai sejauh mana pengorbanan TGNA membuat “executive decision “ :

1 ) TGNA menukar sahabat baik sendiri YB Ust Abd Halim Abd Rahman dari DUN Kijang ke Parlimen Pengkalan Chepa setelah timbul spekulasi terhadap Ust Halim.Dengan penuh hiba TGNA umumkan di Padang Perdana pertukaran tersebut untuk menenangkan situasi PAS yang sedikit bergolak dengan tingkahlaku Ust Halim.Kemudian TGNA juga tidak melantik Ust Halim menganggotai Dewan Harian PAS

2 ) TGNA menukar besannya sendiri Abd Fatah Haron dari DUN ke Parlimen kemudian balik ke DUN untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu besannya sendiri.Sikap malu alah kepada besan terpaksa ditukar kepada perasaan hormat demi menjaga kepentingan rakyat

3 ) TGNA juga tidak melantik anak didiknya suatu masa dahulu iaitu YB Wan Ismail Wan Jusoh menganggotai Dewan Harian PAS juga kerana kritikan rakyat terhadap YB tersebut.


TGNA yang disayangi,

Dewasa ini kita dapati terlalu banyak isu berbangkit yang tidak diselesaikan oleh Kerajaan Islam Kelantan secara berhemat.Sesetengahnya dibiarkan berlarutan seolah-olah tiada kesungguhan oleh pimpinan untuk meredakan keadaan.Mentaliti rakyat Kelantan sudah berubah mengikut peredaran zaman.

Tuntutan kearah pentadbiran yang telus dan terbuka seiring dengan slogan “PAS For ALL”,rakyat mahukan pemerintahan yang hampir sempurna bukan lagi sekadar retorik semata-mata.Perubahan mentaliti pembangkang kearah kerajaan yang berkonsepkan “Negara berkebajikan”.

Fakta sejarah mencatatkan bahawa perebutan mentadbir harta menyebabkan perbalahan besar di kalangan penganut Kristian pada era kegelapan.Kerana hartalah wujudnya mazhab Protestan,Katholik dll di England.

Banyak pertumpahan darah berlaku di kalangan agamawan,lantas dipisahkan menjadi Negara Republik Ireland sebagai langkah penyelesaian.Pemisahan antara agama dan politik juga dilihat sebagai langkah terakhir untuk meredakan keadaan.

TGNA yang budiman,

Rakyat sedikit tersentuh bila Maahad Darul Anuar ( MADA ) menjadi sekolah agama swasta.Tindakan ini menjadi garis pemisah antara rakyat marhaen dengan golongan bangsawan.Faktor kewangan menjauhkan integrasi antara rakyat terbanyak.Sudah berlaku sedikit pemisahan dalam mencari ilmu sedangkan ianya tuntutan untuk semua tanpa batasan.

Yayasan Nikmatullah cuba berdikari seadanya namun tidak dapat lari dari mencari sumber kewangan sendiri.Tindakan Yayasan mencari dermawan untuk terus utuh dipuji namun tidak boleh lari dari realiti masyarakat.

Mengikut sumber terdekat,setiap derma yang dikutip akan ditolak komisyen yang berlebihan kepada pemungut derma,satu jumlah yang besar dan tidak munasabah atas prinsip perjuangan.Harap TGNA siasat perkara ini untuk membetulkan konsep “infaq fi sabi lillah”.

TGNA yang dirahmati,

“Mereka yang lemah disisi kamu menjadi kuat disisiku,sesiapa yang kuat disisi kamu maka lemah disisiku”,ucapan tersohor Sayyidina Umar Ibn Khattab.Indahnya jika ungkapan tersebut dipraktikkan secara total di dalam pemerintahan TGNA.

Realitinya,banyak isu melingkar,berbelit dan tidak terungkai sekian lama.Makin hari makin bertambah dengan isu-isu baru,perlukan komitmen yang tinggi serta ikhlas untuk menyelesaikannya.

Isu-isu besar dan kecil silih berganti.Boros,penting diri dan memihak kepada kapitalis ( pemodal ) adalah masalah yang wujud di kebanyakan PBT di Kelantan.Kebanyakkan tanah milik PBT dipecah lot,buat bangunan kemudian dijual tanpa mengira kepentingan jangka panjang.

Bayangkan pada tahun 2025,tanah strategik di Bandar bukan lagi milik PBT kerana sudah dibeli oleh individu
.Jangkamasa pendek menunjukkan setiap PBT mencatat keuntungan tapi hakikatnya hasil tersebut dari penjualan asset.

Kebanyakkan keputusan dibuat oleh Ahli-Ahli Majlis PBT kerana kepentingan peribadi tanpa mengira impak kepada rakyat.Program lawatan ke luar Negara juga seolah-olah menjadi acara tahunan dalam kalendar PBT.

membelanjakan sesuka hati duit PBT sedangkan hasil dari lawatan tersebut masih tidak berkesan.Pemantauan terhadap kewangan PBT perlu dilakukan segera,jangan biarkan golongan ini menjadi kebal dari apa jua tindakan.

Nasib rakyat tidak terbela,cukai sentiasa naik setiap tahun dengan kewujudan pelbagai kutipan untuk memerah cukai dari rakyat.Bagaimana dengan nasib peniaga kecil dan warga Bandar?Siapakah yang diharap untuk membela golongan mustadafin?

TGNA yang dihormati,

“DEMI MASA! SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU DALAM KERUGIAN”.Kenapa perlukan tempoh 3 bulan untuk meletakkan jawatan sebagai CEO PMBK? Alasan yang dangkal tidak akan diterima oleh masyarakat yang waras berfikir.

Hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih.Sepatutnya disegerakan letak jawatan untuk mengelakkan lebih banyak kerugian harta rakyat.

Bukan remeh soal CEO PMBK? Isu yang menarik khalayak seluruh Negara ditangani dengan sebelah mata.Ingatlah! Bukan senang untuk PAS bertahan 19 tahun,penuh dengan derita dan airmata darah mengiringi perjuangan.

Kasih saying itu ujian Allah terutamanya terhadap keluarga kita sendiri.Sirah Nabi Nuh a.s jelas darjah kasih sayang Nabi Nuh a.s. tidak dapat menyelamatkan hukuman Allah terhadap anak isterinya.Jangan kita lupakan Syeikh Barshisha yang terpengaruh kerana pujuk rayu isteri mendapat kemurkaan besar dari Allah kerana mendoakan kesesatan Nabi Musa a.s.

TGNA yang disayangi,

Janganlah kerana kasih tidak bersempadan kepada keluarga menutup pintu kebenaran yang selama ini terbuka luas di landasan perjuangan.janganlah kita menghukum seseorang berdasarkan saranan dari keluarga terdekat.

Politik itu 1000 helah tapi gunakanlah helah politik terhadap musuh bukan teman seperjuangan.

Saya ingin kembalikan nasihat TGNA selama ini kepada rakyat supaya bermuhasabah sepanjang masa terutamanya sebelum tidur.Ada baiknya kini TGNA sendiri bermuhasabah kenapa ‘keluarga terdekat’ semakin menjadi buah mulut rakyat terbanyak.

Saya tidak rela penghujung karier TGNA menjadi liabiliti kepada PAS.Biarlah selamanya TGNA menjadi aset paling berharga pernah dimiliki PAS abad ini.


TGNA yang disanjungi,

Renungkan kenapa 'hijab' keluarga TGNA sedikit demi sedikit didedahkan Allah swt kepada masyarakat umum.Bukankah selama ini ianya adalah rahsia 'keluarga Pulau Melaka'? Masakan pokok bergoyang tanpa angin,adakalanya sudah bertukar menjadi ribut.

Awaslah bahana ribut kerana tak pernah bersimpati kepada mangsanya. Pokok, rumah, kereta, bangunan dan jangan sampai kita juga ditimpa RIBUT.

Sekian,semoga hidayat Allah milik kita selamanya Insyaallah.

22 comments:

  1. good article cilipadi. pemikiran berhemah. jgn dilayan penyokong yg taksub. tgk lah gaya bahasa mereka. tak boleh 'sentuh' langsung pasal tok guru. terus melenting. terus di'cop'nya kita agen umno lah, agen husam lah. fikir dahulu baru bertindak.

    keep on blogging.

    http://bajukumbang.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Molek jgk Cilipadi 'recall' balik memori perjuangan tok guru.sedih bila kenang susah payah pas sebelum senang.harap penjengok fikir dengan lapang dada

    ReplyDelete
  3. Ambo tabik kat cilipadi007.
    3 kali tabik springgg, kerana meroyak dan menyusun semula kronologi perjalanan kepimpinan Pas kelantan hingga kini.Dari baris2 ayat yang diperturunkan teramat mudah sekali difahami dan tidak menyentuh sukusakat lain.
    Kepada hati yang betul ikhlas dalam perjuangan,kupasan tuan cilipadi teramat pedas sekali kepada yang memakannya,kepada yang tak makan tak tahu nak nilai kepedasannya.
    Ambo tak dok alik mana2, bocuma lo ni gak dok perati hok mana saloh dan hok mana betul.Tak leh nak nilai lagi.Minta cilipadi kupas banyok isu-isu hok dok berlegar di udara kelate lo ni..panas ni weh.

    ReplyDelete
  4. Setuju dengan cilipadi.inilah masanya t guru kena ingat balik ranjau perjuangan sekama ini.Bagi ingat semula takut ditutup oleh agenda peribadi seseorang berkepentingan

    ReplyDelete
  5. salam. bagi saya, kerja buat parti akan tetap ada masalah, dalam variasi yang cukup banyak.

    zaman boleh berubah, pimpinan boleh bertukar ganti-gilir, namun, gunakanlah ruang perbincangan secara bersemuka-dan berterus terang, antara kita sesama sahabat sejemaah apabila adanya masalah yang datang.

    jangan biarkan rasa benci pada sahabat sejemaah melebihi rasa benci pada musuh kita sendiri. jika orang pas boleh duduk minum, menge-teh dengan orang umno, sembang2 ptg, kenapa dengan sahabat sejemaah sendiri, salam pun tidak lagi dihulurkan...?

    bahkan, pada musuh kita pun, perlu ada rasa hormat dan kasih sayang pada mereka. kita berjuang, menerangkan Islam pada mereka, berdakwah kepada mereka, antara lainnya adalah disebabkan titik tolak dakwah kita sendiri, iaitu rasa kasih dan sayang pada umat manusia.

    justeru, jumpalah sahabat2 tu...baik yb husam, YAB tok guru, arif , amalina, dan yg lain2 jika perlu, luahkan rasa hati, apa masalah yang sedang melanda perhubungan sesama kita, leraikanlah ia, ikut panduan quran-hadis..

    tolonglah..saya merayu.

    demi penerusan kpd sebuah Kerajaan Islam Kelantan, yang dibina dengan keringat, air mata, darah dan nyawa.

    ReplyDelete
  6. Kpd cilipadi,
    Baik tulisan demo tuh.ambo cadangkan jugak demo betul betul anta ko tok guru.bukan susah ...1)print 2)tepek stem 3) pos
    bagus kalau TGNA boleh baca sendiri.Saya tak pasti samada TGNA tahu semua ini dan sengaja buat tahu atau meme tak tahu

    ReplyDelete
  7. Cilipadi 007,
    Saya memuji Allah kerana masih lagi menghidupkan seorang insan yang sanggup memberi nasihat dan teguran, bukan menjadi tunggul kayu buruk.
    Namun sesuatu yang perlu diberikan perhatian adalah sumber berita yang kita terima untuk dijadikan hujah. Adakah kita terpengaruh dengan berita kedai kopi atau berita sahih berasas kepada kebenaran. Jika kita terpengaruh dgn berita kedai kopi, kita mungkin tersalah tembak. Jika berita sahih kita berada pada jalan yang benar.
    Pada tahun 1978, ketika saya masih muda. Politik kelantan sedang hebat bergolak. PAS Kelantan berpecah dua, satu berpihak kepada Asri dan satu lagi pihak kepada Mat Nasir. Saya berada bersama Mat Nasir kerana terpengaruh dengan cerita kedai kopi yang dibawa UMNO. Berarak disini dan berdemotrasi disitu, menyebar kembali cerita-cerita mengenai keburukan pempinan pAS sehingga kepada keburukan PAS sendiri. Curi Balak disitu, kronisma disini, keluarga di atas rakyat dibawah.
    Tiba-tiba langkah saya terhenti, bila seorang ustaz yang saya hormati mengeluarkan pendapat dan berbeza dengan pendapat saya. Saya bersikap tawaquf dan berada dalam keadaan serba salah dan saya dengan rela bersetuju dengan pendapat Ustaz tersebut. Pendapat beliau adalah benar, Mat Nasir adalah boneka UMNO dan semua onar dan huru hara adalah angkara UMNO. Pas terkecundang tinggal batu nisan, satu di Manek urai satu di Semut Api.
    Siapa Ustaz tersebut, belaiu adalah ketua Dewan Ulamak PAS, sekarang beliau adalah Tuan Guru Menteri Besar Kelantan. Saya tetap akan bersama beliau bersama mermperjuangkan Islam dan Pas di Kelantan

    ReplyDelete
  8. salam, Pandangan saudara cilipadi007 ada kebenaranya

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum...

    Aku suka degn gaya penyampaian penulis.. puji menggunung dgn imbasan2 kejayaan lalu. Kemudian make dale pada maksud dan matlamat penulisan.

    Aki juga takde bakangan dgn ape pun hujah penulis. Cuma aku nak mintak penulis cuba bersabar banyak2.. sudah diputuskkan Mac tarikhnye.. kenapa mesti di ungkitkan lg. Kenapa masih diungkitkan begini.. dgn dalil 'demi masa... ' suka aku bicara TGNA dan menantu juga sudah bersetuju dalam kes PMBK ini... lainlah langsung tidak peduli dgn pandangn kerajaan dan parti.

    Cuma kita byk kena byk bersabar.. aku juga setuju TGNA patut ditegur... tetapi beliau telah pun bersetuju dgn kehendak ramai.. knp kita pula begitu gopoh dan ertikata sebenar tak sabar.. BUKAN KER SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAN...

    Kot muhasabah sedara tu dah separuh iman kot.. jadi tak perlu lg kpda kesabaran.

    Wallahua'lam

    ReplyDelete
  10. Kemelut ini berpunca dari kepentingan diri dan keluarga TGNA.
    Ambo sokong cilipadi007,PRU13 dan penjeguk2 lain.Baik Kota Bharu,Gua Muse semuanya membicarakan pasal tidak puashatinya rakyat kelate terhadap keputusan TGNA keatas menatenya AAF.
    Seluruh warga PMBK kalut lo lo ni, benci teramat sangat,meluatpun ada bila AAF ada di pejabat.Onar dia memang terang-terang dengan perangai hodohnya.Memang tak layak langsung jadi ketua apatah lagi nak jadi YB, minta ampun kawe rakyat Pula Chondong tak sokong mu AFF.
    Tempuh sebelum 23hb Mac ni lah kalu AFF nak kube…kubelah sepuas-pus hati muga TGNA nak lagu tu (alasan ) AAF la bila nak sesuatu.
    Tapi awas…. berjuta mata memandang dan meneropong gelagat AAF kini,kalu di kedai2 kopi terlalu banyak sangat pokpek pokpeknya….tajuk utama PMBK,AAF TGNA. Mapuhla kalu laguni gak,muka tak malu tak sir bereti lagi gak.
    Payah weh baso dengan ore tak kaba ni.
    maaf ko ambo.

    ReplyDelete
  11. Ambo pun heran bakpa tgna tak buat sesuatu dalam hal ni demi menjaga kehormatan parti pas dan sekutunya. Dari anok tino dia tak pandai tulis blog hingga la ni dok menari dlm blog. Biarlah ambo nak nasihat sikit…ambo minta tgna buat satu sempadan antara keluarga dan pentadbiran. Mulai saat ni kerat dan beri kat dua ko anok/menantu cukupla dok ganggu pentadbirannya biar tgna dan barisan eskonya membuat keputusan dlm pentadbiran…tolonglah tgna!!!!!!

    Ambo kesian ko pengikut pas la ni dok hanyut dek pemainan anak/menantu. Cuba tgna tanya anok dia nik abduh mari mana pitih wak beli keto besar mahal2 belako…rak ko dengan gaji banyok tu nak tanggung dua tiga butir keto, terbaru beli pula rumah kedai dirantau panjang bayar kesh (500,000.00 beb ambik mano pitih).

    TAMATKAN LAH SENDIWARA NI TGNA…DEMI PERPADUAN PAS DAN SEKUTUNYA

    ReplyDelete
  12. saya sokong cilipadi.cuba bayang kalau tokguru baca semua ni.mesti tokguru sebak bila kenang cerita lama.Tolong bagi artikel ni sampai di meja tokguru

    ReplyDelete
  13. setuju 100% dengan cilipadi untuk kebaikan jamaah dimasa depan

    ReplyDelete
  14. Hampir 20 tahun kita bersama tguru.Pahit maung dilalui bersama dengan sabar.Kenapa kita tak boleh tunggu lagi 3 bulan bukannya lama.Adakah tempoh tak sampai 3 bulan kelantan hancur.Kalau itu sudah tersurat terimalah ketentuan Allah

    ReplyDelete
  15. Penulisan yang baik.. Saya hanya sedih bila melihatkan perjuangan PAS di luar Kelantan sudah hilang arah untuk memperjuangkan ISLAm spt masa dahulu..

    ReplyDelete
  16. Penulisan yang baik dengan teratur.
    agaknya ustaz n abduh dan pn amalina baca ke?boleh buat renuangan untuk mereka berdua

    ReplyDelete
  17. Saya berkesempatan menghadiri majlis penerangan dan dialog Lujnah Penerangan PAS pusat di Shah Alam pada 9hb Januari 2010. Tahniah sahabat saya Ustaz Idris Haji Ahmad yang telah menganjurkan majlis penerangan yang saya pasti amat berguna buat buat saf kepimpinan PAS negeri dan kawasan. Penerangannya sangat informatif dan ucap utama oleh YB Dato' Seri Presiden merupakan satu pembukaan terbaik diawal tahun 2010.

    Walaubagaimanapun dalam sesi soal jawab disebelah petang, Ustaz Baihaqi Ketua Penerangan PAS Kelantan telah ditanya dengan soalan panas mengenai isu Arifahmi. Nampak ketara sekalai mood ahli PAS seluruh negara supaya Ir Arifahmi supaya SEGERA BERUNDUR. Jelas sekali perwakilan yang hadir menyedari kesilapan yang telah berlaku dalam hal perlantikan Arif dan juga Ustaz Baihaqi menyatakan juga bahawa Arif sepatut berundur! Namun 'nak buat lagu mano, beliau sendiri (Arifahmi) tok sey berundur segera' (memetik loghat Kelantan dalam jawapan YB Ustaz Baihaqi).

    Nampaknya beliau mempunyai satu agenda sendiri dan peribadi dalam PMBK melangkau kepentingan kerajaan negeri dan jamaah iaini Parti Islam SeMalaysia (PAS). Beliau juga kelihatan kebal dalam apa jua keputusan parti sehingga anggota Exco dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri tidak mampun untuk memberi nasihat undang-undang dan pentadbiran kepada YAB Menteri Besar.

    Tinjauan dan kajian perespsi yang dijalankan oleh seorang penyelidik di sebuah Institusi Pengajian Tinggi mendapati sebenarnya PMBK tidak punya apa-apa kejayaan membanggakan dibawah pimpinan Ir Arifahmi. Kajian ini mengesyorkan satu jawatankuasa audit bebas ditubuhkan serta merta bagi mengaudit semua projek PMBK, meneliti akaun PMBK, menyiasat kegiatan CEO samada penggunaan wang dan harta PMBK, meneliti pelunjuran jangkapendek dan jangkapanjang PMBK yang telah diutarakan oleh Ir Arif kepada YAB Menteri Besar.

    Kajian ini juga mengesyurkan satu J/Kuasa Pencari dan Pemilih (Search and Select Committee) untuk mencari pengganti Ir Arif dengan lebih telus dan professional. Jika tidak sejarah PMBK yang hitam ini balal berulang kerana kemungkinan Ir Arif dan 'kitchen cabinet' Tok Guru akan memainkan peranan mencari pengganti Ir Arif dan mungkin dikalangan yang lebih buruh dan pelahap lagi nafsunya

    ReplyDelete
  18. NIK ABDUH tulis pasal aper?

    aku tgk dia selalu jer tak sependapat dengan AYAHnya sendir

    ReplyDelete
  19. Saya amat setuju dengan cilipadi. Sedih dengan situasi di Kelate. Harap Allah swt buka pintu hati TGNA dalam hal ni. Anak & Menantu janganlah menyusahkan TGNA utk buat keputusan. Maka langkah terbaik sebagai anak & menantu yang soleh ialah keluar dari masalah ni.Letak jawatan & kuatkuasa serta merta.Jangan terlibat dengan any business related to Kelantan Government or any GLC.

    ReplyDelete
  20. Setuju dengan cilipadi.
    tulisan yang baik patut dibaca semua warga pas.
    saya cadang kpd pimpinan pas buat renungan sebentar berkaitan artikel ini.
    molek juga buat perbincangan mcm munaqashah ucapan presiden

    ReplyDelete
  21. duit kerajaan 'hancus' 23juta gara2 almenantunya...

    tgna dah ngaku silap tapi apakah hukuman untuk 'almenantunya'...

    takkan nak biar gitu,lepas tanpa hukuman

    ReplyDelete
  22. yes, yes, yes u are d one. dulu aku pernah kritik tok guru bila aku bebahas dengan sobat-sobat aku tapi aku dihentam. misalnya kes 'kelantan water' yang terpaksa membazirkan wang rakyat. teruskan menegur kerana pada pendapat aku teguran engkau tulus, macam aku juga le. bila dah muak tegur dan depa buat tak tahu kita tak tegur dengan bahasa lagi tapi kita ajar dengan undi dalam pilihan raya

    ReplyDelete