Hadis Rasulullah saw

"SEBAIK2 JIHAD ITU BERKATA BENAR DISISI PENGUASA YANG ZALIM"

Thursday, January 21, 2010

HISBAHkan ISU RM 23 juta

.
FIRMAN ALLAH MAKSUDNYA

"MAKA SESIAPA BERBUAT KEBAJIKAN SEBERAT ZARAH NESCAYA DILIHATNYA, DAN SESIAPA BERBUAT KEJAHATAN SEBERAT ZARAH NESCAYA AKAN DILIHATNYA" ( surah Az Zilzal )

Pengakuan secara jujur TGNA bahawa Kerajaan Kelantan terpaksa membeli balik Tingkat Bawah Bazaar Tok Guru dari pemaju mengundang berbagai reaksi dari masyarakat.Jumlah RM 23 juta peruntukan dari Perbendaharaan Negeri bukan sedikit nilainya.

Dana awam RM 23 juta sekiranya diagihkan kepada 37 DUN yang dimenangi PR di Kelantan akan memberi peruntukkan RM 621,621 untuk setiap DUN. Bayangkan berapa banyakkah masalah rakyat di setiap DUN dapat diselesaikan dengan bujet lebih setengah juta ringgit?

Antara kelebihan TGNA yang tiada pada pemimpin lain ialah sikap jujur dan ikhlas yang tidak terbatas. Sukar mencari pemimpin sedemikian di abad ini. TGNA mengaku kesilapan teknikal dan MENEBUS kembali kesalahan itu dengan satu tindakan yang luar biasa.

Demi janji kepada rakyat TGNA tetap tunaikan walau dengan apa cara sekalipun.Itulah prinsip
Islam dan menjauhkan diri dari cirri-ciri munafik iaitu mungkir janji. Walau sekadar MOU tapi Kepimpinan Ulama TGNA tetap zahirkannya tidak seperti Kerajaan BN yang mencari helah untuk tidak membayar wang royalti biarpun wujud Akta Petrolium 1974.

Iklim politik Kelantan bertambah panas dengan komen yang pro dan kontra terhadap pengakuan TGNA. Pimpinan UMNO cuba mengajar TGNA prinsip pemerintahan yang telus sedangkan negeri2 yang ditadbir BN penuh dengan selut korupsi.

Timbul pula kenyataan pembela2 TGNA dari kalangan Exco dan Pimpinan Parti yang berebut2 cuba menjadi jaguh membetulkan tindakan TGNA. Semua yang berlaku mengingatkan kita pada pepatah Arab “TIDAK AKAN BERGERAK SESUATU WALAU SEBESAR ZARAH KECUALI DENGAN IZIN ALLAH”

Hakikatnya apa jua istilah dimanis mulutkan seperti beli balik,pampasan, gantirugi, saguhati dll adalah kerana kesilapan menganalisa terma dan persetujuan pada SURAT PERJANJIAN. Yang pastinya RM 23 juta terpaksa DIKOREK dari hasil cukai rakyat.

Rakyat terpanggil untuk menjadi hakim secara sukarela setelah dihidangkan oleh penjelasan dua pihak yang jauh berbeza. Setuju atau tidak terpulang kepada sejauh mana roh partisan tertanam di sanubari individu yang mencintai kebenaran.

Tindakan Kerajaan Kelantan dinilai 100 % betul untuk melindungi kepentingan peniaga kecil terutamanya dari sudut moral dan ‘political milleage’. Penyelesaian polemik Bazaar Tok Guru akan memberi impak yang besar terhadap reputasi PAS dalam menghadapi PRU 13.

Soalnya adakah penggunaan duit rakyat untuk menebus kembali Tingkat Bawah Bazaar Tok Guru selari dengan prinsip ‘GOOD GOVERNANCE’ yang dituntut oleh khalayak? Kenapa sejarah yang berlaku tidak dijadikan iktibar dalam memimpin sebuah Kerajaan Islam contoh.

Sabda Rasulullah saw “TIDAK AKAN DISENGAT ORANG MUKMIN ITU DALAM SATU LUBANG DUA KALI “.Apakah peristiwa ‘sepinggan nasi’ dalam kes Thames Water berulang kembali, skrip dan filem yang sama cuma mungkin pelakonnya berbeza.

Apakah virus kebobrokan BN kini diimport ke dalam PAS? Bila berceramah kita sering mendedahkan salah urus Kerajaan BN seperti pampasan Jambatan Bengkok ( RM 100 juta ), Landasan Berkembar Ipoh Rawang ( RM 230 juta ), skandal PKFZ dll.

Seringkali bila BN melakukan kesilapan PAS lantang mendesak prinsip ketelusan diamalkan secara total bukannya menutup @ mengalih isu besar kearah tindakan retorik. PAS sangat vokal menentang penggunakan OSA untuk menutup ketamakan BN dalam mengurus dana awam.

Malangnya bila kes RM 23 juta terpaksa dibayar PAS kepada pemaju, maka seorang Exco kanan menghuraikan skop OSA terhadap pendedah maklumat. Akta yang dipandang jijik selama ini semacam releven bila kena batang hidung PAS sendiri.

Patutnya Kerajaan Islam Kelantan menjadi model kepada Pakatan Rakyat untuk meraih ‘DURIAN RUNTUH’ PRU 13. Alangkah mulianya jika PAS Kelantan berlapang dada dengan pembongkaran isu RM 23 juta tanpa alasan politik yang tak masuk akal.

Ramai berpendapat inilah masanya Kerajaan Kelantan perlu wujudkan sebuah SURUHANJAYA DIRAJA bagi menyiasat kes RM 23 juta ,memulang 'paku buah keras' kepada sikap PAS selama ini. Kesilapan teknikal yang diakui TGNA perlu dibedah bagi mengetahui PUNCA kesilapan sebenar dan INDIVIDU TERLIBAT.

PAS perlu menggarap acuan berbeza dengan BN terutamanya dari pengamalan Prinsip “RESPONSIBILITI DAN AKAUNTABILITI “ dalam mengurus tadbir sesebuah entiti korporat ( GLC ). Peneraju GLC mesti amanah dan jujur untuk kepentingan rakyat keseluruhannya seperti maksud Firman Allah “ SESUNGGUHNYA ALLAH MEMERINTAHKAN KAMU MENYAMPAIKAN AMANAH KEPADA AHLINYA”

Setiap kerugian melibatkan dana awam hendaklah disiasat dan individu terbabit hendaklah dihadap ke muka pengadilan. Jangan sesekali kita bersyubahat membiarkan si ‘anu’ yang merugikan harta rakyat BEBAS MENGHIRUP UDARA SEGAR tanpa mendapat hukuman yang setimpal.Tiada IMUNITI dalam hukum Islam.

Kenapa setelah hampir 20 tahun memerintah PAS Kelantan masih ketinggalan dari segi audit dalaman? Contohilah tindakan proaktif Kerajaan Selangor yang punyai SELCAT atau Kerajaan Trengganu 1999-2004 era Ustaz Hadi Awang menjadi MB dengan Jawatankuasa Hisbah diketua Tun Salleh Abas.

Tiba masanya Kerajaan Kelantan menubuhkan JAWATANKUASA HISBAH untuk menyiasat apa jua aduan berkaitan pengurusan dana awam. Lantiklah kalangan peguam, individu berkecuali dan NGO sebagai ahli tetapi jangan sesekali melantik aktivis politik untuk lebih efektif.

Fungsi Jawatankuasa Hisbah boleh dilebarkan untuk menyiasat KEKAYAAN LUARBIASA pemimpin politik tempatan dengan gaya hidup mewah persis korporat tersohor. Isu pengumpulan harta sudah mangli pada rakyat dan keJUTAwanan pemimpin tempatan amat menjolok mata.

Sepatutnya Kerajaan Kelantan yang 100 % Islam pertama sekali mengarahkan Anggota Exco dan Pimpinan Kerajaan mengISYTIHARkan pemilikan HARTA kepada umum sebagai bukti ketelusan ISLAM.

Di manakah moral kita Parti Islam bila dibandingkan dengan Kerajaan PR Selangor dalam isu isytihar harta MB dan Barisan Exco pelbagai agama? Jangan jadi seperti ayam jantan berkokok berdegar2 tapi ekor bergelumang …..

BERANI kerana BENAR….TAKUT kerana SALAH. Buktikan Kerajaan Kelantan sebagai abang sulong dalam PR tidak kalah kepada adik bongsu dalam prospek ketelusan kearah “Good Governance”. Aplikasikan segera Sabda Rasulullah saw “ ISLAM ITU TINGGI DAN TIADA YANG LEBIH TINGGI DARINYA”.

Sekian dari cilipadi007

23 comments:

  1. Salam, Ambo ni Pengundi PAS DUN Perupok,

    Kalu siasat pastinya YAB MB akan didapati terseret sama atas "kelalaian" beliau i.e: Melantik AAF ke jawatan COO seterusnya CEO lagi pulok beliau adalah Pengerusi PMBK.Maka disini lah kewajaran surat terbuka & saranan cilipadi supaya TGNA berehat. Teramat wajar-dah lama dah jadi MB. Oghe Kelate kata-Habih gas doh.

    ReplyDelete
  2. ada berani ke tokguru siasat salah urus duit 23 juta.takut kena ke almenantunya

    ReplyDelete
  3. kesilapan TGNik Aziz adalah terlalu ikut telunjuk menantunya... itulah menjadi perosak kerajaan kelantan

    ReplyDelete
  4. salah satu lagi sebabnya , adanya SB dalam kerajaan kelantan

    ReplyDelete
  5. Dah terlampau disillusioned dgn kepimpinan TGNA. Pelik sungguh. AAF report ke TGNA atau TGNA report ke AAF? Sampai AAF boleh 'suruh' TGNA pecat Anual Bakri, remove Nik Azlan (ex S/U Sulit) remove Tuan Hj Sabri Ketua Eksekutif PKINK darpada menjadi Ahli Lembaga Penasihat PMBK. masukkan YB Dato Amar & YB Zul (Machang) ke Lembaga Penasihat PMBK. Pelik. At times like this what is sorely needed ialah ahli korporat yg boleh memberi pandangan dan analysis yg tajam keatas setiap business proposal. Kalu setakat Exco dan Ex Exco, kita akan terus live in a fantasy world. Perlu ada ahli2 penasihat PMBK yg lebih critical dan exposure luas dlm bidang korporat. Jgn confine ke org2 di Kelantan shj, ramai yg berpengalaman di luar sana. Jgn biar AAF terus influence TGNA dalam hal2 PMBK even though dia no longer serve PMBK (last day 30th Jan 2010).To the new CEO, be your own person, stick to yr principles and most of all ingat amanah yg di pikul.

    ReplyDelete
  6. AF melakukan terlalu banyak kerosakan dan mesti disiasat. Bermula dengan perlantikannya, kemudian cadangan pemergiannya ke Mekah, kemudian Bazar TG. Semuanya TG yang jadi mangsa kerana mempercayainya. Bukan sahaja AF, bahkan kedua-dua Nik Amalina dan Nik Abduh turut merosakkan imej TG dengan mempertahankan 'penasihat yang baik' yang sudah dikenali seluruh negeri.
    Exco-exco cuma kelihatan mahu 'mengawal kepunahan' menantu tersebut. Tapi hakikatnya, Hisbah mesti dibuat dan orang yang bersalah mesti dihukum.

    ReplyDelete
  7. Jangan mudah menyalahkan UMNO apabila nafsu sendiri tak dapat dikawal. UMNO jahat itu sedia maklum, tetapi orang yang menggunakan Islam dan hubungan rapat dengan TG untuk kepentingan duniawi dua kali lebih jahat.

    ReplyDelete
  8. jangan biar almenantunya tinggalkan lubang dalam di pmbk tanpa hukuman.pls be fair and square

    ReplyDelete
  9. Mengaku kesilapan is one thing. It does not stop there. Apa kah tindakan susulan? Mana accountability? Ini bukan duit TGNA. Ini duit rakyat Kelantan. Dah lah tak banyak sumber dana Kerajaan Kelantan, senang2 aje buat silap tanpa apa2 tindakan! Kerajaan Islam tuntut keadilan, pls TGNA you must not pretend to be naive... Takkan lah dah dekat 20 tahun tak reti2 lagi??? AAF must be held responsible and answer to the rakyat. Jgn memperbodohkan kami dengan alasan2 BODOH. Kalu kita kata AAF bodoh, bukan main marah lagi. Sampai terpecat Anual Bakri kerana kononnya mengatakan AAF tu bodoh. Well.... kan dah confirm the stupidity of AAF atau pun the schemer that he is ?? AAF is walking away a rich man indeed. So much for pemuda terbaik di Kelantan.....

    ReplyDelete
  10. Ini komen ore dale Kickdefella. Kawe kopi pes saja:
    Anak Mek Lijah (18:06:59) :

    Semua benda-benda – bayar sana, bayar sini – sebenarnya adalah ibarat cerita wayang kulit Kerajaan Negeri sahaja… atau lebih tepat dalam kata bidalan : MACAM BERSELIMUT DENGAN KAIN SELIMUT SINGKAT… Tarik keatas, kaki nampak terjulur…; tarik kebawah, dada terdedah sejuk.. Serba tak kena. Itulah sebenarnya isu “RM 23 juta” itu..

    Sheikh,

    Kalau dalam bahasa kampung, in macam cerita Mek Lijah. Mek Lijah tu miskin wang.., tapi ada tanah pusaka seluas 10 ekar. Taukeh mari, bagitau Mek Lijah, dia nak majukan tanah Mek Lijah. Dari 10 ekar tanah Mek Lijah, hanya 1 ekar sahaja yang taukeh ni nak start dulu. Lagi 9 ekar, taukeh cakap, nanti saya punya hal lah nak buat apa2 lain masa. Maka tanah 10 ekar ni pun ditukar miliklah kepada taukeh ni.

    1 ekar tanah Mek Lijah tu taukeh nak buat 10 unit rumah teres, satu deret. ‘Corner lot’ kiri-kanan tu taukeh punya. Mek Lijah diberi 4 unit tengah2 tu, dengan HARGA PENILAIAN TAUKEH tu sendiri sebanyak RM 500,000 se unit. Seronok lah Mek Lijah hebahkan sana-sini kerana dapat harta bernilai RM 2 juta dari taukeh. Dia bukannya tahu, kos sebenar taukeh tu buat rumah teres tu adalah RM 100,000 se unit sahaja. Maknanya, taukeh tu sebenarnya beli tanah Mek Lijah dengan harga RM 400,000 jer. Tu ‘tak cerdik’ fasa pertama…

    Lepas perjanjian dibuat semua depan loyar, taukeh pun buat lah rumah2 teres tu. Masa tengah bina, tup-tup, anak2 Mek Lijah yang 6 orang tu balik ke kampung. Mereka mendesak nak kan rumah kerana tempat tinggal mereka di bandar selama ini akan dirobohkan.

    Dek malu kat jiran, Mek Lijah pergi jumpa taukeh… nak 2 unit lagi rumah. Yang 4 anak perempuan tu, tak aperlah ambik rumah teres tengah2 sorang satu…, tapi anak2 lelaki lagi dua ni nak rumah ‘corner lot’..

    Taukeh pun baik hati… Dia kata boleh ambik 2 unit ‘corner lot’ ni.., cuma Mek Lijah kena bayar ler. Satu unit RM 800,000 … 2 unit kena bayar RM 1.6 juta ! Mek Lijah pulak mana lah tau berapa kos sebenar pembinaan 2 unit ‘corner lot’ ni.. dan Mek lijah pun tak ader kuasa nak pertikai kos sebenar unit ni. Apa pun, Mek Lijah kena cari duit RM 1.6 juta untuk dibayar kepada taukeh…. Mana dia nak cari? Nak makan selama ini pun susah.. Itu ‘tak cerdik’ fasa kedua..

    Dalam Mek Lijah dok ‘mutar itek’ (duk tgh bingung), tup-tup, jiran2 dia dapat tahu, bahawa rumah lama anak2 Mek Lijah yang nak kena roboh di bandar tu pun, TAUKEH SAMA jugak yang nak majukan .. !!!

    Setakat ni dulu…. nak terketawa ni… !! Sambung cerita lain kali… Hehehehehehe…..!!!

    ReplyDelete
  11. Anon 5:55,
    Beduh kata Anual tu penasihat jahat. Sekarang AF jadi pensihat baik. Tu dah bagi nasihat baik kat Tok Guru sampai kena bayar RM23 juta tu.

    ReplyDelete
  12. Satu pandangan/cadangan/saranan yang bagus.

    Tidak cukup dengan membayar gantirugi RM23j sahaj dan menganggap masalah dah selesai. Perlu dideahkan dengan telus punca2 kesilapan, adakah secara sengaja @ tidak, adakah disebabkan ketidakfahaman urusan perjanjian (pakai main t/t sahaja tapa menliti dan memahami isi kandungan ?), adakah berlaku penyelwengan (krn ada kemungkinannya)

    ReplyDelete
  13. Salam

    Bukan payah sangat nak faham isu ini, dimana mana pun jika pemaju membina perumahan maka kebiasaannya tuan tanah dapat 30% pemaju dapat 70% istilah 7/3 dah biasa dimana mana di malaysia ni. jika tanah pmbk dijual pada harga pasaran, harganya dianggarkan bernilai 30juta. dan apabila dimajukan maka kpmkb diberi petak niaga bernilai 40 juta. itu dah kira untung 10 juta. disebabkan tok guru perihatin kehendak rakyat maka pmbk membeli tingkat bawah dengan harga 23 juta dan jika pmkb menjualnya dengan mengambil sedikit keuntungan maka harga julan balik boleh jadi 33 juta untung lagi 10 juta. 40+10=50 sudah kira untung hampir sekali ganda. barangkali puak puak tu mahu pmkb jual semua petank tu secara percuma.kalau demikian barulah pmkb rugi 50 juta. tapi masih beruntung, rakyat terbela.

    Pihak yang membina bazar tersebut bukan bena bazar tersebut dari wang palsu, kalau ambil pembiyaan bank, keuntungan bank tak perlu ambil kira ke. dan yang paling menarik keuntungan syarikat tersebut dapat disalurkan dalam membiayai sekolah sekolah sekolah agama.

    saya menyeru kepada ahli pas dan rakyat kelantan supaya berlapang dadalah buangkan lah sifat hasad dengki dan semua perasangka buruk.sebab keburukan yang dibuat oleh pihak musuh lebih dahsyat lagi, komisyen je setengah bliliun, dan depa buat dek je. bloger yang buat onar tu mat duitan gak, ada ke mintak gaji lebih dari tokey. yang jelasnya dia adalah musuh dalam selimut yang tulisannya tak boleh pakai.

    ReplyDelete
  14. Kalau Kerajaan Kelantan ada RM23 juta tu utk PMBK, tak perlulah PMBK jemput Sensatimur utk membangunkan Bazar Tok Guru. Perlu juga tanya, kenapa hanya Sensatimur di jemput buat proposal? Mengapa tidak di buat tender terbuka supaya PMBK boleh menilai beberapa proposal instead of dealing hanya dgn Sensatimur? Mana ketulusan/ mana transparency/mana good governance/mana good management?
    ynasri, the deal is lopsided kerana Sensatimur is assured of profits whereas PMBK is saddled with the retail space, probably totalling 1000 lots. Valuation pula is another story. Apa basis valuation RM40mil for !st and 2nd flr sedangkan bazar belum siap, there is no transacted market price, in short, the RM40mil value masih dlm awang2an.Risiko sepatutnya shared barulah nampak fair.Jgn beri excuse pihak lawan lagi teruk utk membela tindakan. Big or small does not mattter. Salah ttp salah. Lagi2 kita meluangkan Islam dan amanah dlm segala tindak tanduk kita.

    ReplyDelete
  15. saya tunggu apa langkah tokguru?apakah almenantunya bebas tanpa tuduhan?
    lepas ni rasanya almenantunya nak plan apa utk kelantan?kalau setakat nak rugikan glc takyah belajar tinggi,orang mabukpun tahu nak jadi ceo

    ReplyDelete
  16. Masalah orang di cari sampai lubang cacing, bila kena atas batang hidung sendiri di marahi dan berdiam diri tanpa mengambil sebarang tindakan. Lain kali jaga negeri sendiri sudah, masalah nasional dibiarkan kepada pemimpin nasional. jadilah murshidul am yang baik bknnya diktator

    ReplyDelete
  17. saya minta tok guru hukum aaf segera.bukan takat letak jawatan saja.bawa ke mahkamah dakwa kes pecah amanah...lebih baik selesai di dunia.rakyat tak redha duit cukai kena kebas kes menantu

    ReplyDelete
  18. ynasri,

    Saya setuju dengan komen anda bahawa, biasalah pemaju dapat 70% dan tuan tanah dapat 30%.

    Yang jadi masaalah di sini adalah bahawa 30% pun kerajaan tak dapat dalam soal ni, kerana PMBK telah buat salah besar dalam perkiraan..., atau sengaja mengelirukan rakyat macam kita semua ni.

    ynasri,

    Tanah tu seluas lbhkrg 6 ekar, dalam bandar Kota Bharu. Tapak bazaar dibina atas tanah 1.5 ekar lbhkrg, yang bakinya 4.5 ekar jadi milik pemaju. Kos pembinaan bazaar tu lbhkrg RM20 juta. (itu saya tau!) Bila kerajaan negeri beli ground floor dengan RM23 juta, pemaju dah tak payah keluar duit dah. Malahan sebenarnya semua lot2 kedai di ground floor tu dah dijual kepada public oleh pemaju..., kerajaan negeri kena bayar RM23 juta tu untuk 'beli-balik'...

    Tingkat 1 dan 2 tu bahagian yang pemaju beri sebagai 'pulangan' kepada PMBK. Pemaju sendiri yang menilaikan kedua2 tingkat itu bernilai RM40 juta..., dan itu adalah balasan kepada harga tanah serta keuntungannya sekali kepada PMBK.

    Dengan pembayaran RM23 juta ini, maka selruh Bazaar Tok Guru akan jadi milik PMBK..., dan atas budibicara PMBK lah nak beri sewa / jual kepada siapa2. Pemaju tak rugi satu sen pun sebab kos pembinaan telah beres..

    Tinggal lagi, baki tanah seluas 4.5 ekar yang berada ditengah2 bandar Kota Bharu itu adalah milik esklusif pemaju. Busuk2 harga tanah di situ adalah RM 6 juta seekar. Ini bermakna, tanpa mengeluarkan duit satu sen pun, pemaju telah dapat tanah bernilai RM 27 juta secara PERCUMA..

    Cuma, sebelum dimulakan kerja, pemaju telah disyaratkan memberi PINJAMAN kepada PMBK sebanyak RM 5.5 juta. Selepas siap projek, PMBK kena bayar balik kepada pemaju duit itu..

    Dari pandangan ynasri, siapa yang bodoh antara pemaju dengan PMBK/kerajaan negeri ni?

    ReplyDelete
  19. Ni..laa dasar penakut,pengecut, bacul dan munafik..penulis berslindung dibalik namo samaran kemudian menabur.. tanpa fakta sahih tujuan nok jatuhkan tok guru...aku salute kickdefella btul2 brani dan b/tgungjawab bukan macam cilipadi.ni..

    ReplyDelete
  20. KEPADA SAUDARA DI ATAS..

    TIDAK TIMBUL SIAPA YG TULIS ....
    AMBIL MENAFAAT ATAS TULISANNYA..
    KALAU INI CARA DAPAT MEMBETUL KAN/ NASIHAT KEPADA TG SEHINGGA TG SENDIRI AKUR...BETUL LAH CARA CILIPADI NIII...
    AWAK SEDIRI PUN KOMEN TAK TAROK NAMA..
    TAPI TAK APA MUNGKIN AWAK ADA CARA SENDIRI..

    ReplyDelete
  21. salam...
    tuduh org tu penakut .pengecut, munafik..apa niii.
    Granti u ni org umno..tak pernah dgr TG mengajar ke? tak takut dosa ke?
    Awak ingat kes ni lepas ke awak kat akhirat,,kalau cilipadi tak maaf awak..
    Pandangan Tahir best..ambil yg baik..dan byk tulisan cilipadi membuka minda kita org.
    Bukan senang nak dapat maklumat ni..habis duit laa..
    terus kan lah tulisan MU cilipadi..bagi yg terbaik pada kami..setakat ni U A THE BEST

    ReplyDelete
  22. hadapkan ariffahmi ke muka pengadilan kerana telah menyebabkan kerugian sebanyak 23 juta duit rakyat kelantan ATAU minta ARIFFAHMI bayar guna duit dia sendiri pada sensatimur... baru betul...
    Juga mohon agar Tok Guru Buat kenyataan "Kalau Menantu ambo ariffahmi tu mencuri, nescaya ambo akan potong tangan dia" Baru lah nmpk kehebatan dan ketegasan tok guru sbg pemimpin Islam yg sebenar

    ReplyDelete
  23. Seman jati..ooo kalu kata munafikkan marah.. tak lepas kalu cilipadi tak maaf, yang mu/cilipadi dok tuduh ko Arifahami tanpa bukti tak pa pulak.Mu jange risaulah kalu Ariff benar-benar salah SPRM tak akan lepaskan begitu shj... SPRM tu Jabatan dari Pusat/umno bukenya kerajaan negeri..Ini belum SPRM dakwa mu doh kuca ,lembang periuk belango.. ho kalu tok guru silap nampok sangat nuh amno berjuta-juta duit hilang bakpo mu tak lawan btul2 mu sebenarnya yang umno .....

    ReplyDelete