Hadis Rasulullah saw

"SEBAIK2 JIHAD ITU BERKATA BENAR DISISI PENGUASA YANG ZALIM"

Saturday, February 27, 2010

ROYALTI : UMNO MAJU SETAPAK KE BELAKANG

.
Firman Allah swt maksudnya:

DAN JANGAN KAMU MENCAMPUR ADUKKAN YG BENAR ITU DENGAN YG PALSU, DAN KAMU SEMBUNYIKAN YG BENAR ITU PULA PADAHAL KAMU MENGETAHUINYA ( surah Al Baqarah ayat 42 )

Marilah kita tunjuk simpati pada Dato Mustapha Mohd Menteri MITI yg terpaksa berlakon untuk kepentingan politik. 2 wajah satu jasad kerana politik. Moral dan maruah kena tolak ke tepi untuk cari “ political mileage”.

Masa PRK Manik Urai dulu bukan main hebat menafikan tuntutan royalti minyak Kelantan. Ke hulu ke hilir bumi Manik Urai dia teroka untuk menidakkan royalti… kononnya tiada setitik minyakpun dalam wilayah Kelantan.

Sayyidina Ali pernah berkata kepada pengikutnya selepas Majlis Tahkim : APABILA TIBA DUA KEBENARAN DALAM SATU MASA, MAKA KEBENARAN ORANG YG LEBIH BERKUASA AKAN DITERIMA.

Usahkan Dato Pa, TPM sendiri yg merupakan orang ke 2 berkuasa di Malaysia pun dilihat senada dengan “BOS” UMNO Kelantan. Tuntutan Kelantan dinafikan oleh kesemua insan yg berdarah UMNO tanpa merujuk kepada fakta sebenar.

Kerana agenda politik, pimpinan UMNO rela bertindak bodoh tanpa merujuk kepada sumber2 yg sahih seperti Petronas dan EPU JPM. Bahana kebodohan UMNO kini dihidu oleh rakyat Kelantan yg cintakan ilmu dan ketagih maklumat hingga TGNA gelarkan bumi Kelantan sebagai medan Universiti Politik Terbuka.

UMNO yg ditubuhkan untuk agama ( Islam ), bangsa ( Melayu ) dan tanahair ( Malaysia ) sudah tersasar dari matlamat asal. Dasar UMNO masih sama tapi halatujunya dilarikan pemimpin terkini yg rakus menurut hawa nafsu.

UMNO membela Islam tapi pemimpin UMNO lulus lesen judi, murtad dibiarkan bermaharajalela, gejala sosial dibiarkan dan hukum Islam dipermainkan.

UMNO menjaga bangsa tapi pemimpin UMNO biarkan biarkan melayu menjadi majoriti miskin tegar, gantikan biasiswa dengan pinjaman PTPTN, rombak Kementerian Pembangunan Usahawan yg mengutamakan bumiputera, diskriminasikan “malay heartland” seperti Kelantan dan Kedah serta

UMNO mempertahankan tanahair tetapi pemimpin UMNO mengambil tanah rezab melayu tanpa ganti, menggadai WPI Johor kepada Singapura, memberi hak milik kepada bangsa asing di Cyberjaya dan gagal meningkatkan hartanah strategik di bandar2 besar kepada kaum bumiputera.

UMNO sanggup “berperang” dengan Kerajaan dan rakyat Kelantan dalam isu royalti minyak. Pemimpin UMNO Kelantan sangat takut jika Kerajaan Kelantan berjaya menuntut royalti hasil dari perut bumi negeri itu sendiri.

UMNO yg biadap merancang untuk menggunakan wang ehsan sebagai senjata merampas Kelantan. Pengangihan wang ehsan dianggap jerat untuk memerangkap rakyat Kelantan seperti yg dilakukan di Trengganu. Hakikatnya Kelantan lain, Trengganu lain.

Sedar @ tidak UMNO telah khilaf menilai mentaliti rakyat Kelantan yg jauh bezanya dengan rakyat Trengganu. Wang Ehsan tidak memberi “ bonus” kepada UMNO tetapi menjadi “liability” buat UMNO.

Percaturan UMNO merebut hasil tunai dari industri gas dan petroleum di Perairan Kelantan untuk dijadikan wang ehsan menjadi kebencian rakyat Kelantan. “Senjata Fakir” yg dikejar UMNO sudah bergolek ke dalam saku PAS.

Sepatutnya PM dinasihati oleh cerdik pandai UMNO agar melangsaikan tuntutan royalty kepada Kerajaan Negeri. Itulah peluang untuk menguji keikhlasan pemimpin PAS dalam mentadbir duit royalti hak mutlak rakyat Kelantan.

Kalau agihan oleh kerajaan Kelantan telus maka rakyat akan dapat nikmat melimpah ruah. Andai Pemimpin PAS Kelantan curang dalam penagihan maka terimalah balasan negatif dari rakyat Kelantan yg sentiasa peka dengan iklim politik. Segala kemungkinan boleh berlaku.

Kenapa UMNO masih buta huruf dalam mengenal gaya politik rakyat Kelantan. Sejak dulu lagi rakyat Kelantan tidak rela ditekan, politik ugutan bukan budaya rakyat negeri serambi Mekah. Tentangan rakyat Kelantan meningkat berkali ganda bila ditekan dan dihina.

PAS sangat bertuah bila UMNO enggan membayar royalti kepada kerajaan Kelantan. Isu royalti berjaya dimanipulasi pemimpin PAS untuk menarik semangat patriotik rakyat Kelantan. Isu royalti telah memadam segala kemelut yg membelenggu Kerajaan Negeri Kelantan sebelum ini.

Tunggulah PRU13!! Isu royalti adalah “political milleage” baru PAS Kelantan, senjata utama untuk berdepan UMNO dalam PRU13. Bukan mudah PAS mencari isu tapi kerana keSOMBONGan UMNO ia menjadi hak milik PAS.

Insyaallah PRU13 PAS Kelantan akan mendekati rekod 1990 @ 1999… selepas PRU13 UMNO hanya mampu menggigit jari dan mungkin perlu menggantikan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dari muka baru @ tokoh “recycle”. SELAMAT MENGUNDUR Ke BELAKANG WAHAI UMNO dan BN

Wallahuaklam cilipadi007

Thursday, February 25, 2010

PR PERINTAH PUTRAJAYA SELEPAS PRU13, HANYA TGANU DAN SARAWAK KEKAL DIKUASAI BN

Firman Allah swt maksudnya :

JIKA ALLAH MENOLONG KAMU MENCAPAI KEMENANGAN, MAKA TIADA SESIAPAPUN YG AKAN DAPAT MENGALAHKAN KAMU, DAN JIKA DIA MENGECEWAKAN KAMU, MAKA SIAPAKAH YG DAPAT MENOLONG KAMU SESUDAH ALLAH ( MENETAPKAN YG DEMIKIAN ), DAN KEPADA ALLAH JUALAH HENDAKNYA ORANG2 YG BERIMAN MENYERAH DIRI … Surah Ali Imran ayat 160

Allah kurnia akal untuk berfikir, Allah beri mulut untuk berbicara, Allah sedia telinga untuk mendengar, Allah wujudkan mata untuk melihat. Syukur pada Allah yg Pemurah memberik nikmat untuk hambanya.

Akal yg waras pasti menolak alasan yg dangkal, mulut yg manis pasti tersenyum kambing, telinga yg sempurna pasti terasa geli, mata yg celik pasti berkelip2….kerana alasan ini.

Cakap siang pandang2, cakap malam dengar2, lama tak semestinya veteran, veteren tak semestinya bijak… fikir dulu sebelum cakap bukan cakap dulu sebelum fikir.

Kini banyak keraguan ahli2 pada S/U Agong PAS. Cita2 dia nak jadi S/U Agong tercapai bila KJ melepaskan jawatan itu selepas PRU12. Menurut sumber dia dah melobi jawatan itu sebelum dipegang oleh KJ ( bila Nasa jadi Timb Presiden ).

Bila tak dapat dia merajuk sakan hingga menolak untuk dilantik P/Jaya PAS Tganu. Bila dipujuk baru diterima… orang lama merajuk. Almaklumlah orang yg perasan hebat dan banyak pengalaman kononya.

Bila bergelar P/Jaya PAS Tganu masih lagi pegang beberapa jawatan strategik di PAS Pusat spt Pengarah JPP dan Pengerusi Harakah. Bukan main hebat berlagak macam “mastermind” PAS Pusat tapi negeri sendiri tak terjaga.

Bila kalah PRU11, PRU 12 secara berterusan mulalah fikir guna kepala otak “second hand”. Peliknya waktu menang PRU10 dan berjaya menubuhkan Kerajaan Negeri macam tiada budi yg melekat di hati pengundi. Minda pengundi Tganu tak berubah. Sungguh mudah BN “spin” terus tolak PAS.

BN tetap BN sampai kiamat tak pernah berubah. PAS Tganu kalah bukan kerana BN bijak tapi kerana lawan BN kurang bijak. Tak usah main angka dan %, ini bukan tesis budak universiti. Fikir strategi mcm Kelantan, Selangor, Kedah, P Pinang dan Perak sediakan bila berhadapan Pilihanraya.

Pastikan PAS disokong majoriti penduduk Tganu, bukan setakat ahli2 PAS Tganu saja. Sekali fikir PAS Tganu sebiji macam UMNO Kelantan. Kuat dan ramai “on paper”, rupanya untuk hantar ramai perwakilan ke Muktamar. Pilih orang kita ( Tganu ) untuk negeri kita ( Tganu ) demi parti kita ( PAS Tganu ). Hakikatnya inilah “ first class assobiyyah”.

PRU10 1999 S/U Agong menang DUN dan Parlimen, dilantik Exco kanan dalam Kerajaan Tganu. Bila dah perintah sepenggal tiba giliran PRU11 tapi bayangkan masih lagi bertanding DUN dan Parlimen, kalah sekaligus.

Mungkin sebagai Pengarah JPP diberi maklumat bahawa akan kalah di DUN tapi menang di Parlimen. Baca di sini Rupanya jawatan Exco Kanan, Pengarah JPP dan Pengerusi Harakah tidak mampu menangkis serangan BN.

Mana moral S/U Agong PAS bila dilantik di kalangan Panglima kalah perang. Sebagai perbandingan antara S/U Parti politik di Malaysia nampaknya S/U PAS dah jadi 2nd Class. S/U Keadilan dan DAP bergelar YB Parlimen agar dapat berhujjah di medan pembuat dasar tapi S/U PAS dok di Parlimen Jln Raja Laut…

Bila gagal nak jadi YB melalui jalan yg sah, mulalah nak fikir “pintu belakang”, buat cadangan UG kononnya untuk kebaikan ummat Melayu Islam. Saya teringat pepatah yg menjadi pegangan orientalis ”IF YOU CANNOT FIGHT THEM, YOU HAVE TO JOIN THEM”

Sedarlah tingkahlaku kita sebagai pemimpin kanan dinilai oleh ahli2 parti. Tak usah nak berangan jadi menteri ke @ mcm2 ikut “pintu belakang”. Kuatkan negeri Tganu dulu sebelum jadi “bos” di Jln Raja Laut.

Ramai yg masih optimis selepas PRU13, Kerajaan Malaysia akan diperintah oleh PR dan BN menjadi pembangkang tunggal di Parlimen. Hanya Tganu dan Sarawak diperintah oleh BN. Mungkin juga penguasaan BN akan hancur bila dibangkitkan Imam Mahdi untuk membetulkan akidah manusia sebelum kiamat.

Tak percaya?? Tunggu dan lihat senario politik Tganu dan Sarawak banyak persamaan tapi bukan semuanya.

Semoga PAS Tganu bermuhasabah seikhlas hati dan penting sekali sedar dari kesilapan lampau. Perbanyakkan bermunajat kepada Allah secara beramai2 seperti dibuat TGNA di Kelantan. Insyaalah berubahlah mentaliti pemimpin dan ahli2 PAS Tganu.

Sekian dari cilipadi007

Friday, February 19, 2010

PERKASAKAN PARTI BUKAN PEMIMPIN( PART 2 )

.
Kita akui bahawa PAS negeri itu tidak kurang hebatnya. Perhatikan setiap ceramah di negeri itu menggamit ribuan hadirin. Banyak cawangan baru ditubuhkan buktinya bila PAS Pusat menabalkan PAS Kawasan Marang sebagai pemenang anugerah pendaftaran ahli baru teramai.

Negeri itu pernah ditadbir PAS ( 1999-2004 ) tapi kenapa sukar untuk mengekalkan kemenangan? Fenomena PRU12 tidak memberi kesan langsung kepada PAS negeri itu? Kenapa BN masih mengekalkan majoriti 2/3 di negeri itu sedangkan Selangor, Perak, Kedah dan P Pinang mengikut jejak Kelantan.

Kelantan, Kedah dan negeri itu dikenali sebagai “Malay Heartland”. Kesemua Melayu di 3 negeri itu mengamalkan budaya melayu, agama Islam Mazhab Shafie tetapi kenapa Melayu di negeri itu mengamalkan budaya politik berbeza? Politik negeri itu terlalu pelik seperti mempunyai acuan sendiri, hanya gaya mereka, orang mereka untuk mereka.

Pengalaman bersembang dengan seorang penyokong PAS dari Kg Rhu Rendang ketika bersarapan pagi di Jln Kg Cina KT hari penamaan calon PRK Kuala Trengganu sungguh melucukan. Beliau menghurai panjang lebar persoalan PAS negeri itu yg sukar untuk mengalahkan BN. Alasannya ialah kerana UGUTAN, SOGOK WANG EHSAN dan PENGUNDI HANTU…. Propaganda lapok

Apakah hanya BN negeri itu membudayakan ugutan ketika berkempen? Apakah hanya UMNO negeri itu bijak mengatur pengundi hantu dan menyogok fulus untuk memenangi pilihanraya?

Jawabnya itu taktik lapuk BN yg tidak berkesan di Kelantan, Kedah, Selangor, Perak dan P Pinang kerana pemimpin PAS negeri telah menyediakan perisai untuk penyokongnya berhadapan dengan senjata sulit BN yg diketahui sejak merdeka lagi.

TGNA telah mengeluarkan fatwa BERI DUIT AMBIL, BERI GULA KACAU, BERI KAIN PAKAI,BERI LEMBU JUAL, TAPI UNDI PAS. Kenapa fatwa itu tidak terpakai di negeri itu?

Inilah peranan Pesuruhjaya PAS negeri.menggerakkan seluruh pimpinan dan jentera supaya bersedia mental dan fizikal untuk berhadapan dengan BN. Kegagalan PAS menguasai negeri itu bukan kerana rakyatnya tetapi kerana kelemahan pimpinan.

Adalah menjadi tugas pimpinan untuk merubah mentaliti rakyat. Minda rakyat akan turut berubah selari dengan perancangan dan inisiatif pimpinan. Sesuatu kejayaan itu bermula dengan perancangan dan strategi bijak pemimpin bukannya hasil kreativiti rakyat.

Era ( 1999-2004 ) TGHH menjadi MB negeri itu. Sungguh aneh PAS masih ditolak setelah TGHH memansuhkan cukai pintu, membatalkan kutipan tol di Jambatan Sultan Mahmud dan mengarahkan Pejabat Tanah untuk memproses permohonan tanah penduduk miskin.

Apakah langkah TGHH tidak memadai untuk memberi kredit kepada rakyat negeri itu? Sayang sekali keikhlasan TGHH nampak berseorangan tanpa bantuan dari pimpinan yg tulus.

Jawabnya ialah kerana daya tahan rakyat negeri itu tidak dapat bertahan setelah diasak bertubi2 oleh BN. Kerana kejayaan perang Badar maka tentera Islam menjadi leka seketika . Apakah kemenangan tahun 1999 melekakan PAS negeri itu?

Peristiwa itu hampir menyamai tentera Islam dalam perang Uhud yg mengingkari arahan Rasulullah kerana berebut ghanimah. Kesempatan itu diambil Khalid Ibn walid untuk menyerang setelah ketiadaan pemanah di Bukit Uhud hingga memberi kemenangan kepada mereka.

Setelah berjaya membentuk kerajaan tahun 1999 maka pimpinan dan penyokong PAS negeri itu sudah berubah. Usahkan pemimpin, Pengerusi JSR juga sudah menunjukkan belang dan memberi modal kepada BN untuk menyerang. Politik negeri itu banyak mengamalkan konsep balas dendam.

Bayangkan anak seorang Exco menerima wang zakat untuk melanjutkan pelajaran di Timur Tengah. Sepatutnya Exco terbabit menolak bantuan wang zakat untuk anaknya walau layak sekalipun ianya tetap mendatangkan fitnah kepada Parti dan Kerajaan.

Isu pengusiran pelajar Tabika juga wajar dielakkan. Tiada alasan untuk menyekat proses pembelajaran anak2 kecil. Setiap keputusan Kerajaan hendaklah mengambil kira kepentingan parti dan maslahah ummah. Elakkan dari berlaku politik membalas dendam yg memberi ruang untuk musuh “counter attack”.

Pimpinan negeri itu ( MB dan Exco ) yg diberi kuasa sepenggal mendatangkan kegelian di hati rakyat bila 5 pemimpin besar beroleh kurniaan Dato dari DYMM Tuanku. Rekod mereka mengatasi Kelantan yg memerintah selama 20 tahun ( 5 penggal ), bukan semua pimpinan berpangkat Dato. Kedah yg baru sepenggal memerintah hanya MB sahaja bergelar Dato.

Resam politik bukan sekadar telus tapi hendaklah dilihat telus. Seorang pengendali haji berasal dari Kg Sura Gate berkata “ susah PAS nak menang di negeri itu kerana tiada TGNA di sini. Pemimpin PAS di sini jenis berakhlak tetapi tidak mesra rakyat ( sombong ), pemimpin UMNO sangat mesra ( peramah ) tetapi tidak berakhlak."

Maknanya “mileage politic selalu memihak kepada UMNO. Lagi satu pemimpin negeri itu tidak semacam pemimpin Kelantan berpolitik. Sukar untuk bertemu YB di masjid2 @ kedai kopi tak seperti YB di Kelantan yg berada dimana2 tempat rakyat berkumpul.

Tahun 2010 PAS negeri itu masih dikuasai muka2 lama yg sudah ketinggalan zaman. Sebagai perbandingan PAS Kelantan, Kedah, Perak dan Selangor di Pimpin oleh TGNA dan TPJ diisi oleh 3 tokoh muda yg masih segar dengan idea.PAS negeri itu dipimpin oleh tokoh veteran, TPJ juga dibarisi tokoh veteran semacam tiada bakat baru untuk diketengahkan.

Pemimpin ini sedar bahawa mereka masih gagal mengubah iklim politik negeri mereka sendiri. Mereka dapat menjangkakan bahawa BN tetap menjadi kerajaan selepas PRU12. Mereka masih gunapakai taktik lapok, tiada strategi moden dan efisien untuk merampas kekuasaan dari BN kerana masih mengekalkan budaya politik zaman dulu.

PRU12 masih ada individu penting menjadi calon DUN dan Parlimen dan kalah dikedua2 kerusi tersebut. Ketamakkan mereka sekaligus menolak kehadiran tokoh2 baru mengisi kelompangan politik negeri itu.

Politik mereka unik dengan gaya tersendiri. Mereka lebih banyak menghukum dari mendidik. Merekalah pelopor menuduh UMNO JUMUD, ASSOBIYAH, KAFIR, THOGHUT dan JAHILIYYAH. Hasil tarbiyyah pemimpin lama sudah mula dipusakai pemimpin muda yg saling tak tumpah bila berceramah. Lagu lama tetapi dimainkan semula dengan melodi baru tetapi tetap sama.

Kini pemimpin negeri itu diangkat darjat ke Jln Raja Laut untuk memimpin PAS FOR ALL. Entah kenapa PAS yg berhasrat menguasai Putrajaya diterajui Panglima yg kalah perang di negeri sendiri. Presiden, S/U agong, Ketua Dewan Ulama dan Timb K/ Pemuda dipilih dari negeri yg PAS kalah teruk.

Senario PAS seperti mengambil guru tuisyen yg gagal dalam SPM untuk mengajar anak2 kita yg bakal menghadapi SPM. Tentunya itu adalah keputusan yg kurang bijak. Lucu bin kelakar, macam raja lawak Astro.

Bersambung…

sekian dari cilipadi007

Tuesday, February 16, 2010

SINOPSIS CERITA TAMIL BERJUDUL "DURAI"

.
Sinopsis cerita Tamil berjudul DURAI tayangan Astro 202 16/2/2010 jam 12.00 – 2.30 pagi. Banyak pengajaran terselit sebagai renungan kita bersama.

Kisah berlaku di Negeri Tamil Nadu India Selatan. Ketua Menteri bernama Devanayagam yg juga Presiden Parti Berjasa Rakyat. Pemerintahan Ketua Menteri sangat mengambil berat soal kebajikan rakyat dan sangat disanjung setiap lapisan masyarakat..

Devanayagam mempunyai seorang isteri, seorang anak lelaki bernama Shanmugam dan seorang anak perempuan bernama Sandya. Ibarat “kuah tumpah ke nasi” maka anak lelakinya Shanmugam juga menceburi bidang politik dan berjawatan Naib Presiden Parti Berjasa Rakyat.

Sebagai Presiden parti, Devanayagam dibantu Timb. Presiden Dayyal, 3 Naib Presiden iaitu Shanmugam (anak lelakinya ), Dharma ( Ketua Gangster Timur Tamil Nadu ) dan Durai ( muka baru sahabat anak lelakinya Shanmugam yg bijak berpidato dan berbakat besar ).

Setelah melalui satu Pilihanraya Umum, Parti Berjasa Rakyat telah mendapat kemenangan besar dan berjaya menubuhkan kerajaan. Jawatan Ketua Menteri masih disandang Devanayagam manakala Dayyal, Shanmugam, Dharma dan Durai dilantik sebagai pembantu pejabat Ketua Menteri.

Kehadiran Durai banyak membantu Ketua Menteri Devanayagam dan diberi potfolio kanan untuk menguruskan kewangan dan kebajikkan bagi kepentingan rakyat.Dengan idea2 bernas Durai juga banyak mencetuskan program kebajikan rakyat menyebabkan dia dikasihi pimpinan parti dan seluruh rakyat Tamil Nadu.

Durai banyak membanteras rasuah yg telah lama menjadi barah dalam pemerintahan Kerajaan Tamil Nadu. Tindakan Durai mencetuskan rasa bimbang di kalangan ahli politik yg rasuah seperti naib Presiden Dharma , ketua gangster dan bersubahat dengan pegawai tinggi polis untuk kerja peras ugut berlesen.

Shanmugam sangat berbangga apabila sahabatnya Durai sering mendapat pujian dari ayahnya Devanayagam Ketua Menteri Tamil Nadu. Kemana sahaja majlis melibatkan Ketua Menteri maka beliau akan bawa Durai dan Shanmugam bersamanya bagi melihat kesusahan rakyat di samping menberi pendedahan “asam garam politik” kepada mereka berdua.

Kerana terlalu menyayangi anak didiknya, Devanayagam berhasrat untuk menyerahkan jawatan Ketua Menteri kepada Durai apabila tiba masanya. Sebagai langkah kearah itu beliau sering memuji kehebatan Durai di hadapan pimpinan parti sebagai simbolik untuk menjayakan agendanya. Pujian berulangkali Devanayagam telah menimbulkan rasa tidak puashati dan irihati di kalangan pesaing Durai.

Kesempatan itu diambil oleh Dharma untuk menghancurkan persahabatan antara Shanmugam dengan Durai. Dharma menghasut Shanmugam agar berwaspada dengan tingkahlaku Durai yg kononnya bercita2 untuk menguasai parti dengan bertanding jawatan Presiden Parti Berjasa Rakyat dan merampas jawatan Ketua Menteri. Durai juga dituduh memberi nasihat sesat kepada Devanayagam.

Persahabatan Shanmugam dan Durai menjadi renggang hasil kerja jahat Dharma yg berpakat dengan Tim P/Jaya Polis yg kaki rasuah. Pada mereka hanya Shanmugam dapat mempengaruhi ayahnya supaya meminggirkan Durai dari dunia politik dan kerajaan.

Pada suatu malam Devanayagam telah memanggil anaknya Shanmugan ke bilik untuk berbincang soal politik. Beliau telah memberitahu anaknya untuk menyerahkan jawatan Presiden Parti Berjasa Rakyat dan jawatan Ketua Menteri kepada Durai. Ini kerana pada penilaian beliau Durai sangat layak kerana memilikki sifat sabar, bijak mengurus , jujur serta idealis.

Shanmugam yg bercita2 untuk menjadi pengganti ayahnya sangat marah dan tidak bersetuju dengan cadangan itu. Dia mengatakan sanggup berbuat apa saja termasuk membunuh untuk jawatan Presiden dan Ketua Menteri

Devanayagam sangat sedih mendengar ugutan anaknya dan menganggap sikap negatif itu adalah kerana KEGAGALAN BELIAU MENDIDIK ANAK. Shanmugam pula merasa sangat irihati pada Durai ( orang luar/ penasihat sesat ) yg menjadi kesayangan ayahnya melebihi kasih sayang pada dia yg merupakan darah daging sendiri.

Dengan sayu Devanayagam memeluk anaknya Shanmugam sebagai lambang kasih sayang tetapi dengan kejam pula Shanmugam telah mencekik ayahnya hingga mati. Selepas itu dia mengarahkan adiknya Sandya menghubungi Durai supaya segera datang ke rumah untuk perbincangan penting dengan ayahnya.

Durai yg betul lurus tidak menyedari bahawa itu adalah satu perangkap untuk memusnah karier politiknya. Shanmugam telah berpakat dengan Dharma dan Timb Pesuruhjaya Polis menunggu kedatangan Durai. Setelah tiba Durai terus masuk ke bilik Devanayagam dan mendapati mentornya itu sudah mati.

Tiba2 serbuan dilakukan anggota polis diketuai Tim P/Jaya Polis dan menangkap Durai atas tuduhan membunuh Ketua Menteri Devanayagam. Rancangan jahat Shanmugam dengan kerjasama Dharma berjaya dan Durai diheret ke muka pengadilan.

Apabila tuduhan membunuh Devanayagam dibacakan maka Durai mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan. Hakim menetapkan satu tarikh untuk perbicaraan dan Durai tidak boleh dijamin kerana tuduhan serius membunuh dengan niat. Sementara menunggu perbicaraan maka Durai akan ditahan dipenjara.

Perancangan jahat Shanmugam dan konco2nya tidak terhenti setakat itu saja. Mereka merancang untuk membunuh Durai sebelum perbicaraan bermula. Timb P/Jaya Polis telah diarahkan membunuh Durai ketika penghantaran ke penjara.

Bukan mudah membunuh hero tamil bila Durai berjaya membelasah semua gangster yg diupah untuk membunuhnya ketika van polis berhenti di tengah hutan. Habis kesemua samseng dibelasah Durai termasuklah Timb Pesuruhjaya Polis dan anggotanya.

Selepas bebas dari perangkap polis Durai sangat bimbangkan keselamatan anak isterinya dan bergegas pulang ke rumah. Sayang sekali dia telah terlewat dan hanya dapat menyaksikan mayat anak dan isterinya digantung dalam rumahnya. Durai meraung sekuat hati kerana sangat sedih.

Apabila selesai pengkebumian anak isterinya maka Durai bertindak menyiasat siapakah individu yg berkonspirasi menghancurkan karier politiknya. Tanpa prasangka beliau telah menghubungi sahabat baiknya Shanmugam yg sedang menguruskan pengkebumian ayahnya Devanayagam.

Shanmugam berlakon kononnya sedih dengan kematian ayahnya dan menagih simpati Durai. Sebagai kawan yg dipercayai Durai telah memberitahu bahawa Timb Pesuruhjaya Polis bersyubahat untuk membunuhnya. Shanmugam berpura2 percaya dan berjanji akan menghukum Timb Pesuruhjaya Polis jika didapati bersalah.

Durai meneruskan siasatan dan berjaya mengesan Timb Pesuruhjaya Polis sedang bersauna di sebuah kelab eksklusif. Di situ Durai telah membelasah Timb Pesuruhjaya Polis serta konco2nya dan memberi tempoh 24 jam untuk memberitahu dalang di sebalik pembunuhan itu.

Malamnya Durai menerima panggilan telefon dari Timb P/Jaya Polis menjemput ke rumahnya untuk dedah rahsia pembunuhan itu. Sekali lagi Durai diperangkap bila Timb P/Jaya Polis telah dibunuh dan rumahnya dipasang gas untuk letupkan semua sekali. Biasalah Durai adalah hero Tamil pasti terlepas.

Durai Berjaya larikan diri dari letupan itu bersama telefon bimbit milik Timb P/Jaya Polis dan berjaya mengesan beberapa panggilan dari Dharma ( Naib Presiden/ Ketua Gangster ) Justeru itu Durai mengsyakki Dharma terlibat dan melaporkan kepada Shanmugam.

Hasil laporan itu Shanmugam telah memanggil Dharma ke pejabatnya dan membunuh Dharma dengan pistolnya. Sekali lagi Durai telah dituduh membunuh Dharma dan menjadi buruan polis tahap 1. Shanmugam juga mula curiga adiknya Sandya memberi maklumat kepada Durai dan mengarahkan konco2nya mengawasi Sandya sepanjang masa.

Sandya semakin tertekan dengan tindakan jahat abangnya. Dia telah menghubungi Durai dan menceritakan kisah pembunuhan ayahnya oleh Shanmugam. Selama ini dia berdiam diri kerana ugutan abangnya untuk membunuh dia dan ibunya jika kisah pembunuhan itu terbongkar.

Durai sangat terkejut dengan pembongkaran jenayah sahabatnya Shanmugam. Dia telah atur pertemuan dengan Sandya tetapi telah diketahui Shanmugam dengan bantuan pengesan telefon polis. Sandya telah dibunuh dan Durai akhirnya tertangkap serta dimasukkan ke lokap polis.

Shanmugam telah melawat Durai dalam tahanan dan memberitahu dia akan mengangkat sumpah menjadi Ketua Menteri setelah menghuruharakan Tamil Nadu. Rancangannya ialah untuk memberi imunisasa polio percuma bercampur racun kepada seluruh bayi yg akan mematikan ramai rakyatnya. Tindakan itu akan mengundang darurat di negeri Tamil Nadu.

Sebagai Hero Tamil Durai berjaya melepaskan diri dari polis dan terus ke stesen TV Tamil Nadu. Disitu Durai telah mengganggu berita siaran langsung dan beritahu supaya rakyat tidak mengambil imunisasi polio yg bercampur racun. Rakyat yg kenal dengan budi pekerti Durai yg mulia telah menurut arahan Durai dan tiada kematian dilaporkan serta tiada huruhara berlaku.

Shanmugam sangat marah kepada pasukan polis yg gagal mengawal Durai lantas mengumpul semua gangster untuk membunuh Durai. Berlakulah pergelutan yg sangat dahsyat antara Durai dan gangster tetapi dibelasah semua sekali oleh Durai yg gagah perkasa.

Akhir sekali Durai bergelut dengan Shanmugam satu lawan satu dan kemenangan berpihak kepada Durai. Shanmugam telah mati dibunuh oleh Durai dengan “flying kick ala Tamil”.

Keadaan kembali pulih dan sekalian rakyat berarak mendesak agar Durai dilantik Ketua Menteri dan Presiden Parti Berjasa Rakyat tetapi Durai menolak tawaran itu. Durai telah mencadangkan kedua2 jawatan itu diberikan kepada Dayyal ( Timb Presiden Parti ).

Itulah Durai, pembela rakyat yg berjuang bukan kerana pangkat @ kebendaan. Durai adalah karektor berhati mulia dan sanggup mempertaruhkan nyawa dan jasad demi rakyat.

Cerita Tamil adalah hiburan tetapi masih terselit mesej yg baik untuk kebaikan masyarakat. Semoga DY Haslam mengubah sedikit sebanyak jalan cerita Gerak Khas yg adakalanya menyimpang jauh dari fakta sebenar kepolisan di Negara Kita.

Sekian dari cilipadi007

Monday, February 15, 2010

PERKASAKAN PARTI BUKAN PEMIMPIN

.
Firman Allah swt maksudnya :

IAITU KETIKA KETUA2 YG MENJADI IKUTAN ITU BERLEPAS DIRI DARI ORANG2 YG MENGIKUTNYA, SEDANG KEDUA2 PIHAK MELIHAT NGERINYA AZAB SEKSA ITU ( KETIKA ) TERPUTUSNYA SEGALA HUBUNGAN DI ANTARA MEREKA ( Surah Al Baqarah Ayat 166 )

Kita perlu akui bahawa TGNA sangat istimewa di hati rakyat. Setiap urusan dunia dan akhirat telah lama diwakafkan TGNA untuk Islam. Keikhlasan perjuangan TGNA tiada tolok bandingnya.Betul tetap betul dan salah tetap salah, itulah TGNA yg saya kenali walaupun beliau tak kenal saya.

Sabda Rasulullah bermaksud “SESIAPA YG MELIHAT KEMUNGKARAN MAKA HENDAKLAH DITEGUR DENGAN TANGAN ( KUASA ), JIKA TIDAK MAMPU MAKA TEGURLAH DENGAN LISAN ( KATA2 ), JIKA TIDAK MAMPU MAKA TEGURLAH DENGAN HATI, ITULAH SELEMAH2 IMAN.

Saya memilih jalan pertengahan ( tegur dengan lisan ) kerana malu untuk mengambil jalan yg melemahkan iman.TGNA bukan maksum, atas sifat insan yg bermaksud pelupa dlm bahasa Arab. Bila TGNA betul kita sokong dan jika tersilap kita wajib tegur. Bukan sokong membuta tuli, sokong membawa rebah.

Setelah 20 tahun menjadi MB Kelantan terlalu banyak perkara betul dibuat TGNA untuk rakyat. Namun atas sifat insan ada juga salah silap yg wajib ditegur. Alhamdulillah atas sikap pemimpin berjiwa besar TGNA terima teguran dengan hati terbuka. Rakyat biasa yg bertanggungjawab mesti menegur salah silap pemimpin yg tak mampu ditegur pemimpin lain kerana malu alah.

Kalau tidak kerana teguran blogger kickdefella mungkin isu PMBK masih berlarutan. Nasihat kickdefella beserta fakta yg jelas sukar ditolak TGNA, beliau mengambil tindakan kerana kepentingan awam.Itulah dipanggil “check and balance”, bukannya pemimpin sentiasa betul dan tahu semua perkara.

Rakyat wajib menegur pemimpin, itulah prinsip Islam. Khalifah Umar Al Khattab juga pernah ditegur dengan pedang oleh rakyatnya. Pemimpin pula wajib menjaga kebajikan rakyat, menjana kesejahteraan rakyat sepanjang masa.Itulah yg dikatakan agama itu politik, politik itu sebahagian dari agama. Tiada pemisahan antara kedua2nya macam isi dengan kuku.

TGNA ulama kelulusan Al Azhar dalam bidang agama. Beliau bersifat penasihat dan mampu memimpin melalui gandingan bersama barisan Exco yg berkemahiran dalam pelbagai bidang. TGNA tidak memonopoli semua tugas penting dalam pentadbiran seperti MB BN. Beliau mengagihkan potfolio pentadbiran, kewangan, pembangunan, infrastruktur, perumahan dll kepada individu yg terbukti mampu membantunya.

TGNA jelas tidak gila kuasa dalam mentadbir Kerajaan Kelantan. Cuma tempoh 20 tahun terlalu lama menjadi MB merugikan bakat2 yg berkebolehan untuk memimpin. Kata pepatah “penantian itu satu penyeksaan”…

TGNA adalah benteng terakhir PAS dalam menentang agenda UG yg merupakan satu gagasan besar melibatkan pemimpin besar. Namun penentangan itu masih berkesan biarpun TGNA melepaskan MB kerana jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri dan Mursyidul Am perlu dikekalkan hingga akhir hayat.

Elemen UG tidak akan berjaya mengeksploitasi TGNA kerana beliau seorang yg berprinsip. Pengalaman ditendang oleh BN tahun 70an tetap segar diingatan dan TGNA tidak akan sesekali terperangkap.

TGNA dan TGHH adalah dua ulama besar yg menjadi aset PAS. Gandingan jitu antara mereka berdua yg berpendidikan agama, beriman dan mengamalkan cara hidup beragama menjadi pelindung kepada agenda musuh. Bezanya TGNA bersama “penasihat sesat” tetapi kebal pendiriannya dan mengutamakan kepentingan jamaah.

TGHH pula dikelilingi “pencetus UG” tetapi tipudaya mereka selalu dipintas, gagal di pertengahan jalan. Mungkin pengalaman TGNA melebihi TGHH tambahan pula TGHH tidak merasa peritnya ditendang BN dulu.

Pepatah Arab berkata “peperangan itu satu tipu daya”. Pihak yg mempunyai strategi akan beroleh kemenangan Mungkin ada sedikit persamaan antara peperangan dan pentadbiran kerajaan serta parti. Hanya strategi menjadi pemisah antara menang dan kalah.

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Mukjizat Hadis Rasulullah berlaku pada 29 Mei 1453 melalui Sultan Muhammad Al Fateh yg berjaya menakluki Kota Constantinapole. Sarjana barat mengakui bahawa kebijaksanaan Sultan Muhamad Al Fateh dan menggelarkannya sebagai “Grand Seigneur” yang bermaksud pemimpin agung

Baginda adalah Sultan yg adil , Ketua Agama yg beriman dan Panglima Perang yg bijaksana. Kita perlu akui bahawa Iman yg teguh penting tapi perlu berganding dengan bijak mengatur strategi untuk berjaya samada dlm perniagaan, pengajian dan juga berpolitik.

Biarpun berusia muda seawal 26 tahun, Baginda seorang raja yg alim ilmu agama dan bijak mengkaji strategi peperangan hingga berjaya mengalahkan tentera musuh melalui pertempuran hampir 54 hari lamanya.

Constantinapole menjadi idaman untuk para pejuang Islam menyebarkan dakwah berdasarkan semangat Sabda Rasulullah ketika perang Khandak. Era pemerintahan Muawiyah bin Abi Sufian lagi telah bermula perancangan untuk menawan Constantinople.

Peperangan pertama yang berlaku pada tahun 44 Hijrah, namun tentera Islam yg dipimpin Abu Ayyub Al Ansari ( seorang ulama sahabat rasulullah ) tidak berjaya menembusi kubu Constantinapole yg sangat kuat. Gerombolan tentera Islam telah dikalahkan dan Abu Ayyub sendiri telah syahid bersama ribuan tentera Islam.

Kekalahan tentera pimpinan Abu Ayyub bukan kerana Iman mereka lemah. Mustahil seorang sahabat Rasulullah tidak menitikberatkan soal keimanan kepada tenteranya. Rumusan dari kegagalan itu kerana susun atur strategi yg tidak mantap dan tidak berpadanan dengan kekuatan musuh.

Strategi yg bijak juga memberi kemenangan kepada Panglima Thariq Ibn Ziyad berperang dengan tentera Raja Sepanyol Visigothic melalui Gibraltar. Kebangkitan di zaman kegemilangan Islam bertitik tolak melalui Iman yg kuat di samping strategi yg sistematik.

PRU12 membuktikan bahawa kejayaan PR menawan 5 negeri hasil kombinasi antara Iman yg teguh serta strategi yg sistematik. Tiada kemenangan di dunia hanya bersenjatakan Iman manakala tiada kejayaan di akhirat berbekal strategi tanpa panduan agama.

Kenapa PAS gagal menguasai Negeri yg mempunyai pantai terpanjang di Malaysia? Kenapa negeri yg dimasyhurkan mempunyai ahli2 PAS ramai hampir sejumlah dengan Ahli PAS Kedah dikuasai BN? Kenapa negeri yg didominasi pengundi melayu tidak mengikut jejak langkah Kelantan yg miskin dan senarai keahlian PAS tidak seramai Kedah?


bersambung


sekian dari cilipadi007

Saturday, February 13, 2010

PAS DAN KEADILAN ISLAM

.
Firman Allah maksudnya:

DAN APABILA KAMU MENJALANKAN HUKUMAN DI ANTARA MANUSIA,( ALLAH MENYURUH ) KAMU MENGHUKUM DENGAN ADIL.( Surah An-Nisa ayat 58 )

Seorang ahli PAS telah membuat aduan salahlaku pemimpin besar parti kepada J/Kuasa Disiplin Parti.Tindakan pengadu / blogger ini mengundang pro dan kontra dari khalayak. Baca di sini

Rasanya beliau telah menyahut seruan TITM yg mahukan ahli2 parti bertangunggjawab membuat aduan mengikut saluran parti, bukan mengkritik sesuka hati. Baca di sini

Nah ! Kini semuanya dilakukan mengikut saluran yg sah, saluran parti. Aduan dihidang kepada setiusaha kerja PAS Pusat untuk tindakan selanjutnya. Rakyat menanti reaksi segera TITM setelah beberapa aduan melalui email sebelum ini tidak diambil sebarang tindakan.

Kita juga dikejutkan dengan gesaan oleh peguam parti agar mengkaji semula hukuman yg diputuskan oleh J/Kuasa Disiplin terhadap Dato Hasan Ali dan YB Khalid Samad Baca di sini

Drama ketidakpuasan hati terhadap J/Kuasa Disiplin bermula bila keputusan yg diumumkan nyata “double standard”. Hukuman sangat berat sebelah, dijatuhkan berdasarkan sentimen dan seolah2 wujud “tangan2 ghaib” menggangu gugat kebebasan J/Kuasa Disiplin.

Sungguh tidak berbaloi penantian rakyat selama 6 bulan menunggu J/Kuasa Disiplin yg sepatutnya membuat keputusan yg adil dan nampak keadilannya. Peliknya tuduhan yg berat diberi hukuman ringan manakala tuduhan ringan diberi hukuman berat.

Keraguan rakyat terhadap J/Kuasa Disiplin PAS hampir menyamai keraguan kepada Mahkamah Persekutuan. Membuat keputusan bias kepada pemimpin berkuasa adalah lambang ketidakadilan sesebuah perbicaraan.

Kita juga meragui TITM bila membuat penjelasan yg bercelaru terhadap keputusan yg tidak rasional. Apakah TITM dan J/Kuasa Disiplin dipandu oleh seseorang yg berkuasa untuk menjayakan agenda tertentu?

PAS parti Islam, Perlembagaan PAS berdasarkan AlQuran dan Hadis. Peliknya bila J/Kuasa Disiplin bersidang mengikut pertimbangan seksyen dan akta tertentu, bukannya berdasarkan AlQuran dan Hadis serta sirah Rasulullah.

Apa beza antara PAS ( Islam ) dengan UMNO ( sekular ) bila kedua2nya mengawal parti berpandukan akta dan seksyen ciptaan manusia, bukannya mengikut Alquran dan Hadis? Alangkah indah jika J/Kuasa Disiplin memberi penjelasan hukuman yg dijatuhkan berdasarkan dalil2 agama seperti ini.

Kita musykil bila TITM berhujah tentang isu J/Kuasa Disiplin mengikut seksyen dan akta bukannya dalil agama. Tindakan TITM seperti dua pihak berdebat berkenaan Islam, satu pihak menggunakan rujukan “AlQuran/ Hadis” manakala satu pihak lagi merujuk “Oxford Dictionary”. Tentulah pihak yg berhujah dengan dalil agama lebih tepat berbanding puak yg satu lagi.

Kita menghormati TITM sebagai ulama sejak zaman Forum Perdana Ehwal Islam lagi. Sayang sekali imej ulama TITM menjadi pudar bila mengetuai J/Kuasa Disiplin. Tindakan TITM tidak mencerminkan keadilan Islam dan boleh mengundang keraguan berpanjangan dari rakyat.

TITM perlu sedar bahawa J/Kuasa Disiplin adalah saluran terakhir untuk memperkasakan PAS. TITM juga perlu mengambil kira kepentingan umum dalam menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan yg dilakukan. Betul atau silap keputusan yg dibuat memberi impak kepada PAS untuk Islam Kerana Allah.

Bila diamati J/Kuasa Disiplin diberi kes untuk dibicarakan ekoran Seminar Khas Parti setelah TGNA mendesak diadakan EGM untuk membersihkan parti dari makhluk perosak yg dibimbangi boleh memecah belah parti.

Sayang sekali bila cadangan TGNA ditolak ketepi dan kemuncup yg cuba dicabut oleh TGNA masih melekat di kaki seluar PAS. Kemuncup itu juga telah bertindak membuat aduan kepada J/Kuasa Disiplin terhadap YB Khalid Samad dan berjaya mencapai agendanya.


Kini rakyat mengambil sikap tunggu dan lihat tindakan yg bakal diambil TITM terhadap aduan terbaru. TITM mesti bertindak segera bukan lagi menunggu hampir 6 bulan untuk membuat keputusan.

Buatlah satu pembetulan dan bertindak berdasarkan “keadilan Islam” untuk kepentingan PAS. TITM wajib mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kewibawaan J/Kuasa Disiplin yg semakin terhakis.

Selamat bersidang TITM dan J/Kuasa Disiplin.

Sekian, cilipadi007

Wednesday, February 10, 2010

TGNA: TOLONGLAH JANGAN KELIRUKAN RAKYAT

.
Firman Allah swt maksudnya:


KALAU KAMU BEROLEH KEBAIKAN MENYAKITKAN HATI MEREKA, DAN JIKA KAMU DITIMPA BENCANA , MEREKA BERGEMBIRA DENGANNYA. DAN KALAU KAMU SABAR DAN BERTAQWA, MAKA TIPU DAYA MEREKA TIDAK AKAN MEMBAHAYAKAN KAMU. SESUNGGUHNYA ALLAH MELIPUTI PENGETAHUANNYA AKAN APA YG MEREKA LAKUKAN ( surah Ali Imran ayat 120 )


Ahli UMNO kata TGNA licik dan menyalahgunakan agama untuk kepentingan politik. Ahli PAS kata TGNA jujur, ikhlas dan zuhud dalam mentadbir Kerajaan dan PAS. Itulah perbezaan pendapat antara dua kumpulan melayu yg berlarutan tanpa penghujung.

Ramai terkejut bila TGNA mempelawa UMNO untuk ‘berbincang’ dan menamatkan sengketa yg tak berkesudahan antara 2 parti politik terbesar orang melayu. Betul ke TGNA? Ini kenyataan politik @ pelawaan ikhlas? Baca di sini

Selepas PRU12 kita lihat TGNA cukup serius menolak bila diajak berunding dengan UMNO.Isu kerajaan perpaduan, muzakarah dan terakhir sekali EGM PAS. Penyokong PAS bergantung harap kepada TGNA sebagai benteng terakhir menolak kerjasama dengan UMNO demi ‘survival’ PAS,

Kini pendirian TGNA sudah berputar 360’…sukar untuk rakyat memahami kebijaksanaan TGNA berpolitik yg kadangkala lebih lajak pada laju. Terlalu tinggi ilmu siasah TGNA hingga tak tercapai akal ahli-ahli PAS.

Bila timbul isu kerajaan perpaduan lontaran idea Presiden PAS, pelbagai hujah dibentang TGNA untuk menolaknya. Saat itu menampakkan konflik yg jelas antara puak Presiden dan puak Mursyidul Am hinggakan bekas calon KP PAS Kelantan menuduh TGNA dipengaruhi “nasihat sesat” dari seseorang.

Apakah cadangan TGNA untuk berbincang dengan UMNO berada di landasan yg betul setelah “penasihat sesat” diganti dengan individu yg mendapat restu bekas ahli majlis MPKB/ bekas calon KP PAS Kelantan / Putera TGNA. Apakah kenyataan TGNA setelah mendapat taklimat “kabinet dapur’ Pulau Melaka?

Penentangan TGNA terhadap kerajaan perpaduan telah mengorbankan bakat seorang Exco Kanan yg bertanding Timbalan Presiden pada muktamar PAS 2009 di Shah Alam. Rupanya niat baik untuk menjayakan hasrat murni TGNA ditolak biarpun mendapat sokongan padu dari mentornya.

Kini segalanya telah berubah. Bila digasak oleh media maka TGNA menyatakan cadangan berbincang dengan UMNO hanyalah untuk isu agama Islam sahaja. Inilah padahnya bila agamawan terlalu memikir soal politik semata-mata.

Apa perlunya PAS berbincang dengan UMNO soal agama Islam? Kalau muzakarah yg dipersetujui 25 tahun lepaspun tidak menjadi kenyataan. Apakah TGNA menganggap bahawa UMNO ikhlas dan sedia menerima cadangan PAS untuk mengukuhkan Islam? Jauh panggang dari api.

UMNO tidak akan sesekali membuat sesuatu yg dicadang oleh PAS walau sebaik manapun, begitu juga sebaliknya. Itulah resam politik di dunia. Dasar PAS itu Islam manakala UMNO itu kebangsaan, mana mungkin ada titik persamaan antara air dengan minyak.

Kita terfikir mungkin TGNA membuka ruang berkomunikasi dengan UMNO berdasarkan sirah Nabi Musa as yg tercatat dalam Al Quran sepertimana maksud Firman Allah PERGILAH ( BERDAKWAH ) KEPADA FIRAUN, SESUNGGUHNYA DIA TAGHUT.

Allah swt telah memerintahkan Nabi Musa as berdakwah kepada Firaun ( BAPA ANGKAT BAGINDA ) yg nyata seorang pemerintah yg Taghut dan zalim. Akan tetapi diperintahkan juga agar Nabi Musa as berbicara dengan Firaun menggunakan bahasa yg lembut ( KALIMAH LAYYIN ) sebagai bahasa pendakwah.

Tak pernah pula kita diceritakan oleh para ulama bahawa Nabi Musa as pernah mengeluarkan kata2 kesat terhadap Firaun sebelum pertemuan itu. Inilah antara rahsia dakwah ( uslub dakwah ) yg menjadi pegangan sekalian Rasul-Rasul yg mendapat wahyu dari Allah swt.

Apakah selepas TGNA menggelar UMNO ajaran sesat ( Ayah Pin ) , berfahaman komunis, terompah kayu dan sekular maka kita pula terhegeh-hegeh ajak berbincang. Inikah cara kita berdakwah setelah hampir 1400 tahun Rasulullah saw mempusakakan Al Quran dan Hadisnya untuk rujukan kita semua.

Sesekali kita terfikir sungguh banyak hikmahnya bila Allah swt mewafatkan Rasulullah saw tatkala baginda berumur 63 tahun…satu tempoh yg cukup rasional untuk ummat akhir zaman berfikir secara bijak.

Warga PAS masih menyayangi TGNA sebagai Idola PAS yg ulung di abad ini. Janganlah pula kerana pujian dan harapan yg tinggi menjadi lesen untuk tindakan yg mungkin memudaratkan Parti dan agama. Kekeliruan isu perbincangan dengan UMNO mesti ditamatkan segera.

PAS mesti berpegang teguh kepada keputusan Muktamar di Ipoh dan Shah Alam yg jelas memutuskan untuk memperkasakan Pakatan Rakyat ( PR ).Setiap kenyataan dan idea mesti selari dengan keputusan Muktamar.

Kalaulah cadangan TGNA berbincang dengan UMNO kerana isu royalti minyak, ianya perlu diselesaikan antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat. Pertemuan antara PAS dan UMNO bukan landasan terbaik untuk menyelesaikan isu Royalti…

Ada baiknya PAS juga melantik badan bebas untuk membuat kaji selidik sokongan terhadap PAS sebagai persediaan menghadapi PRU13.

Ada baiknya kita menyerahkan tugas pentadbiran agama Islam kepada 13 mufti negeri bersama Menteri Agama yg telah wujud sejak kemerdekaan 1957.

Sekian dari cilipadi007

Friday, February 5, 2010

BILA MENTERI PERTAHANAN ITU NAIB PRESIDEN UMNO

.
>Sabda Rasulullah saw CINTAKAN TANAHAIR ITU SEBAHAGIAN DARI AGAMA

Kelakar sungguh bila Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi membeitahu bahawa terdapat di kalangan anggota tentera yg mendedahkan Rahsia Pertahanan Negara kepada Kedutaan Asing. Betul ke Datuk? Ini bicara politik atau realiti? Baca di sini

Memang susah bila peneraju sesebuah kementerian lebih suka berpolitik. Bila bergelar Naib Presiden UMNO, sepanjang masa beliau bercakap soal politik. Tambahan pula dengan jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang yg diperintah PR.

Datuk Zahid jangan bermimpi nak rampas Pulau Pinang dengan taktik kotor macam beliau pernah lakukan pada Negeri Perak. Politik seribu kemungkinan tapi umpan yg sama belum tentu berjaya.

Betulke ada di kalangan anggota tentera telah bersyubahat dengan Kedutaan Asing mendedah rahsia pertahanan Negara? Ada lagi ke rahsia ketenteraan yg masih dikategorikan sebagai rahsia?

Sudah banyak rahsia pertahanan Negara terdedah sendiri, tak perlu ‘orang dalam’ untuk mendedahkannya. Cerita ketenteraan Malaysia dah jadi bahan lawak rakyat sudah bertahun lamanya.

Rahsia Pertama - Terbaru keluar cerita enjin jet pejuang tentera telah diseludup keluar Negara. Entah mana silapnya enjin pesawat pejuang boleh ‘diangkut ‘ keluar dan diberitakan berada di Negara Amerika Latin.

Sibuklah Menteri Pertahanan mencari ‘kambinghitam’ untuk mempertahankan kerajaannya yg korup. Maka dituduhlah beberapa anggota tentera berpangkat sarjan dan lain2 pangkat rendah. Logik ke Datuk?

Rahsia Kedua – Berapa ramai juruterbang terlatih TUDM terkorban kerana menjadi jurupandu pesawat Nuri, spesis pesawat zaman perang dunia ke 2 yg masih digunakan TUDM.

Rahsia ketiga – Bagaimana bentuk kawalan terhadap stor simpanan senjata bila berlaku kes kecurian senjata di Kem Tentera Grik angkara kumpulan Al-Maunah beberapa tahun lepas?

Rahsia Keempat – Bagaimana Negara akan kehilangan pesawat MIG 29 buatan Rusia kerana perjanjian yg pelik dan berat sebelah. Pesawat pejuang MIG 29 akan diserahkan balik kepada Syarikat Pengeluar setelah beberapa tahun penggunaannya yg telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Rahsia Kelima – Bagaimana dengan pembelian kapal selam Scorpene yg diberitakan tidak mampu menyelam untuk tempoh melebihi 2 jam? Pelik bin ajaib bila kapal selam tak boleh menyelam?

Rahsia Keenam – Bagaimana strategi pertahanan Negara bila aset strategik seperti KLIA, Pelabuhan2 dan loji janakuasa elektrik tidak dikawal oleh tentera? Sedarkah kita bahawa musuh hanya perlukan setengah jam untuk meletupkan loji janakuasa yg akan menyebabkan Malaysia lumpuh seluruhnya.

Ada baiknya Datuk Zahid pentingkan pertahanan Negara bila menjawat menteri Pertahanan. Hampir 25 juta mengharapkan Kementerian Pertahanan untuk menjamin keselamatan Negara dari anasir dari luar.

Janganlah Datuk Zahid terlalu pentingkan politik bila Berjaya sebagai Naib Presiden UMNO hingga mengheret warga tentera berpolitik. Tolong pisahkan antara politik dan ketenteraan kerana ia sangat penting untuk Negara kita.

Banyak lagi agenda politik yg boleh diketengahkan untuk mendapat “mileage politik” tanpa mengheret kerjaya suci warga tentera. Alangkah indahnya jika Malaysia memilikki Menteri Pertahanan yg berkecuali dan bukan dari kalangan politikus…

Apapun kesangsian rakyat terhadap politikus mengharapkan tindakan segera dari pihak berkuasa jika kenyataan Menteri Pertahanan itu berdasarkan fakta yg jelas. Kerajaan perlu menjalankan siasatan segera kerana ianya keluar dari mulut Menteri Pertahanan bukannya kakitangan ATM

Sebagai ingatan Datuk Zahid adalah Menteri Pertahanan Kerajaan Malaysia, bukan hanya untuk ahli UMNO dan BN sahaja tetapi untuk semua rakyat Malaysia samada PAS, PKR, DAP dan pengundi atas pagar.

Sekian dari cilipadi007

Monday, February 1, 2010

MPKB_BRI untung RM6.3j untuk siapa?

.
"">FIRMAN ALLAH MAKSUDNYA :
>DAN BERPESANLAH KAMU DENGAN KEBENARAN…DAN BERPESANLAH KAMU DENGAN KESABARAN

Banggakah kita bila MPKB-BRI bakal untung RM 6.3j hasil pembangunan di Tapak Stesen Bas jalan Hamzah seperti laporan ini.

Tak pelik dan tak ajaib… inilah antara motto sebuah Bandaraya Islam. Segala kepakaran hasil buah fikiran cerdik pandai penguasa MPKB-BRI mendapat hasil lumayan dari pelaburan jangka pendek.

Banyak sangatkah nilai RM 6.3j? Berapakah harga semasa tanah seluas 24,500 kaki persegi di Jalan Hamzah Kota Bharu ?

MPKB-BRI kini seolah-olah ditadbir ‘remisier’ pasaran saham. Fokus utama ialah mencari untung, soal rakyat warga Bandar tak ambil peduli.

Bayangkan kalau dibina rumah murah untuk rakyat miskin di Bandar Kota Bharu…tak rugi tapi untungya tak besar. Inilah nasib rakyat marhaen kerana pilihanraya 5 tahun sekali. Andai Parlimen dibubar setiap tahun tentu nasib rakyat berubah setahun sekali.

Bayangkan dalam tempoh 20 PAS menjadi kerajaan, wujudkah kerja buat MPKB-BRI yang memberi lonjakan sokongan kepada PAS? Jauh panggang dari api.

Mentaliti peneraju MPKB-BRI sudah berubah .Baca di sini

Patutnya tanah 24,500 kaki persegi dibina bangunan untuk peniaga kecil ataupun rumah kos rendah. Berapa ramai warga Bandar yang miskin dan tidak mempunyai rumah sendiri?

MPKB-BRI sepatutnya menyelesaikan masalah Pasar Lama MPKB dan Arked UDA dengan membina Bazaar untuk peniaga kecil berpindah.Bukannya menyerahkan masalah kepada TGNA hingga terjerumus kedalam kemelut PMBK dan Bazaar Tok Guru.

Bilakah MPKB-BRI akan bersikap mesra peniaga kecil ? Alangkah baik kiranya rakyat Kelantan yang serba boleh dan berjiwa usahawan mendapat peluang hasil dari keikhlasan MPKB-BRI. Terfikirkah MPKB-BRI untuk menyediakan pelan induk peniaga kecil di Bandar Kota Bharu ?

Nampak sangat MPKB-BRI pro-kapitalis, tanah strategik milik MPKB-BRI hampir pupus satu persatu dibaham kapitalis. Pembangunan Bandar dirancang oleh kapitalis berorientasikan untung,untung,untung

Apakah Pelan Induk Peniaga Kecil pernah dibincangkan oleh MPKB-BRI bila mentadbir Bandar yg beridentitikan Peniaga Kecil?

Sebagai perbandingan aset antara MPKB-BRI ( yg diperintah Islam PAS ) dengan Majlis Bandaraya Kuala Trengganu ( MBKT diperintah sekular BN ) semacam ada jurang yang luas. Apakah ini konsep BALDATUN TOYYIBATUN WARABBUN GHAFUR… dalam Bandaraya Islam

Kebijaksanaan MBKT membina bangunan sendiri di atas tanah miliknya tanpa bekerjasama dengan pemodal.Langkah ini lebih selamat kerana tanah miliknya tidak berpindah milik dan menjadi aset berharga yg nilainya meningkat dari tahun ke tahun.

Siapakah menguasai polisi pelaburan MPKB-BRI? Isu ‘bail-out’ Tingkat 1 Bazaar Tengku Anis bukti MPKB-BRI melabur cukai rakyat untuk kepentingan individu tertentu. Apakah berbaloi nilai RM18j digunakan untuk membeli aset yg jauh lebih mahal dari harga semasa pasaran?

MPKB-BRI patut lebih realistik dalam menilai hartanah di Bandar Kota Bharu. Sedar atau tidak harga pasaran hartanah ( per kaki persegi ) milik MPKB-BRI di Kota Bharu kini hampir menyamai hartanah di segitiga emas Kuala Lumpur.

Apakah kita sudah berpuashati bila membangunkan Bandar Kota Bharu yg kononnya Bandaraya Islam tetapi menggadaikan tanah milik anak cucu kita? Apakah yg ditinggalkan untuk anak cucu kita bila semua tanah milik MPKB-BRI dibangunkan hasil kerjasama ( JV ) dengan syarikat pemodal ( kapitalis ) yg berorientasikan keuntungan semata-mata?

Semoga MPKB-BRI sedar dari lamunan kalimah keramat PEMBANGUNAN yg dibisikkan oleh golongan kapitalis. Marilah kita bersama menghayati maksud firman Allah “ WAHAI ORANG2 YG BERIMAN, JANGANLAH KAMU MENGAMBIL HARTA DI ANTARA KAMU DENGAN BATHIL ( TIDAK SEBENAR )


Sekian dari cilipadi007