Hadis Rasulullah saw

"SEBAIK2 JIHAD ITU BERKATA BENAR DISISI PENGUASA YANG ZALIM"

Tuesday, December 22, 2009

Bandaraya Islam?

Qulil Haq,

Tok Lebai tadbir MPKB-BRI dah 19 tahun,hasilnya makin kurang.Entah mana silapnya, "allignment" lari atau "balancing" tak betul.Dari Perbandaran biasa dah jadi Bandaraya Islam,warga bandar makin tersepit.

Ini bukan P Pinang,Johor Bharu atau KL.Ianya sebuah bandar terperosok di Pantai Timur,gahnya nama dicipta untuk memacu hidup warga kota.Sedar atau tidak,sebenarnya kita "lena diulit mimpi indah".

Ungkapan retorik silih berganti,direkacipta untuk mengabui warganya,malang sungguh nasib kita.19 tahun dulu MPKB diperintah oleh puak jahil agama,halatujunya samar tapi risikonya tidak seberapa.

Kini MPKB ditadbir oleh pak-pak lebai,kononnya mengikut sunnah Nabi.Diimport pelbagai istilah "arab" dalam urusan MPKB-BRI,Islam itu berbahasa Arab pada meraka.Makin lama harta MPKB-BRI makin susut,aset berharga ( tanah ) sudah banyak bertukar tangan.

Bangunan besar dan gah milik individu,syarikat korporat tertentu dipajak 99 tahun.Nyatanya kita telah merampas harta anak cucu akan datang,bukannya meninggalkan warisan berharga untuk mereka.

Peniaga kecil di bandar terpaksa berkorban untuk pembangunan "Islam".Tapak asal marhaen mencari sesuap nasi dikuburkan secara "paksarela".Identiti peniaga kecil yang sinonim dengan bandar Kota Bharu sudah terhakis sedikit demi sedikit seperti hakisan di Pantai Sabak.

Slogan "Pas For All" untuk hidangan pilihanraya,bila dah berkuasa rakyat dianaktirikan.Golongan "kapitalis" mula mengaut untung,ambil modal "lobi" waktu pilihanraya.

Siapa tak kenal "Pasar Padang Bas",dulunya menjadi mercu tanda Bandar Kota Bharu.Lebih 50 peniaga kecil berjuang mencari rezeki ditempat yang strategik di pusat bandar.

Arus "pembangunan Islam" telah menelan mereka kerana memberi laluan untuk golongan kapitalis.Harini gah tersergam "double pasaraya Giant dan Parkson" di atas tapak yang dulunya milik rakyat marhaen.Di manakah peniaga kecil?

Lewat petang tadi saya mengunjungi bekas peniaga padang bas,yang kini ditempatkan di belakang BSN Kota Bharu.Sedih dan pilu melihat nasib mereka yang dulunya terlalu sibuk menjelang maghrib waktu berniaga di padang bas.

Tinggal 9 gerai yang masih beroperasi,itupun hidup segan mati tak mahu.Pendapatan harian bukan setakat cukup makan,adakalanya makan modal.Mana tidaknya,dengan suasana yang suram,kebersihan yang jauh dari indeks masyarakat tambahan pula prasarana yang serba berkurangan.Mana perginya suasana "mesra perniagaan" yang dilaungkan oleh pemimpin tempatan.

Mana pergi peniaga selebihnya? Sukar untuk menjawab,rasanya sesuai untuk MPKB-BRI menjelaskan masalah mereka.Bandingkan suasana di belakang BSN dengan bangunan Parkson,tentunya tidak adil untuk rakyat berebut mencari rezeki di padang yang tidak sama rata.

Perlukah rakyat marhaen dibela? Apa untungnya selain dari satu undi wakti mengundi.Sumbangan kapitalis ( korporat ) jauh lebih hebat untuk menutupi tanggungjawab sebuah kerajaan.

Golongan kapitalis boleh mengubah apa jua keputusan kerajaan melibatkan rakyat.Pendek ceritanya kapitalis sudah menguasai bandar Kota Bharu,mencari untung semaksimum mungkin tanpa rasa ehsan dan belas.

Duhai pemimpin Islam,sedarlah dari alpa.Sudah banyak tindakan anda melukai rakyat terbanyak.Jangan terlalu menurut kata kapitalis,kerja mereka mengaut untung.Bila keadaan terdesak barulah terserlah tembelang mereka.

Kerja mereka menyokong kerajaan memerintah tanpa peduli inspirasi sebuah perjuangan.PAS atau BN pada mereka sama,siapa perintah maka disitulah mereka bertenggek dengan pelbagai "proposal".Yang penting "untung,untung,untung."

Jangan sampai rakyat marhaen muak dan jelek dengan anda semua ( Ahli Majlis MPKB).Mana pergi sikap amanah dan tanggungjawab? Cukuplah berkawan dengan kapitalis,tiba masanya anda kembali kepada rakyat.

Kata Sayyidina Umar,,MEREKA YANG LEMAH DISISI KAMU MAKA KUAT DISISIKU,MEREKA YANG KUAT DISISI KAMU MAKA LEMAHLAH DISISIKU.Fikir,renung dan muhasabahlah.Jangan sampai penderitaan rakyat diluahkan melalui kertas undi.

Sekian.

1 comment:

  1. Tahniah..nicely put article. Wonder, kenapa tiada respons dari pembaca. Cili Padi, you should foward article ini to TGNA and Takiyuddin. To me, Padang Bas sgt sentimental, pusat peniaga kecil cari makan sesuap nasi..just like my Late father

    ReplyDelete