Hadis Rasulullah saw

"SEBAIK2 JIHAD ITU BERKATA BENAR DISISI PENGUASA YANG ZALIM"

Thursday, December 24, 2009

Benang Basah!!

Qulil Haq!

Agak betul juga pepatah “Cuba menegak benang basah”,inilah sikap orang kita.Kalau isu dah kena batang hidung kita dan keluarga,bermacam hujah timbul.Semua orang buat silap,hanya kita saja yang benar…kata omputih “divert” perhatian kelembah retorik.

Bila dah emosional tentunya buah fikiran jauh dari rasional.Mulalah melalut tak tentu pasal, sampai terlondeh kain pun tak sedar.

Sikap kita semacam mentaliti budak tadika,lain ditanya lain pula jawapannya.Bila dah tersasar mulalah guna jawapan skima “fitnah! Fitnah ! Fitnah !Entah sampai bila kita nak sedar.

Patutnya ruang yang ada digunakan untuk jawap persoalan tapi disalahgunakan untuk menyalahkan orang lain.Rupanya “kambing hitam” berada dimana-mana,disetiap sudut parti siasah di Malaysia.

Coretan Blog Serisuri.wordpress harini 23/12/2009 macam baling batu sembunyi tangan.Siri serangan berskala dulunya dihala kepada Kickdefella dan seorang Exco yang diiktiraf menjadi musuh tradisi. Senjata terbaru ditujukan kepada semua pimpinan PAS kononnya tiada yang tampil membela TGNA .

Drama menjadi semakin menarik,temanya TGNA bersendirian,tiada pembelaan dari pimpinan dan rakyat.Macam rakyat dah hilang hormat serta kasih pada TGNA.Betulke telahan Putri TGNA?Ingatlah wahai Putri TGNA,Rakib & Atib tak pernah cuti @ mc.

Kita ijtihad soal “Parti mengatasi Kerajaan”,semua polisi kerajaan mestilah mendapat mandat parti.Perkara berbangkit tentang kerajaan dibawa ke mesyuarat parti untuk penyelesaian.

Betulke kita semua junjung prinsip yang kita sanjung? Apakah teori ini dipraktik oleh Kerajaan Negeri Kelantan?

Putri TGNA berpolemik isu PMBK,kononnya untuk membetul fitnah terhadap suaminya.Justeru pimpinan dituntut tampil bersama untuk membetulkan fitnah terhadap suaminya yang sedikit mencalar persepsi TGNA.Jangan dibiarkan TGNA sebatang kara,bukankah kita berjamaah katanya.

Antara TGNA dengan Putri TGNA banyak bezanya.Kalau dibanding TGNA dengan suami Putri TGNA,lagi jauh personaliti mereka berdua.Masa sebelum “promote” Arifahmi jadi CEO PMBK,ada ke TGNA bentang ke mesyuarat parti?

Ada TGNA peduli soal bantahan dari pimpinan parti terhadap perlantikan Arifahmi? Bila terbeban dengan silap keputusan sendiri,mula nak ajak pimpinan bersekongkol.

Bila dah lantik menantu ke jawatan CEO bermulalah episod PMBK.TGNA beralasan ringkas,usul CEO disetujui oleh semua ahli Penasihat PMBK,Penasihat Undang2 pun tak bantah bermakna ianya tidak menyalahi undang2.

Adakah “pre-counsil” wujud sebelum mesyuarat penuh? Siapa yang keluar usul perlantikan? Apakah TGNA “Zero knowledge” bab undang2 asas pentadbiran?

Mangsa terbaru Penasihat Undang2, tambah lagi senarai “kambing hitam”. Mana pembelaan untuk Pegawai Kanan Kerajaan yang tidak tuntas disalahkan,Risiko Pegawai Kerajaan bila berlaku pertembungan kepentingan.

Nampaknya Penasihat Undang2 kena minta isteri beliau buat “blog” untuk menebus maruahnya yang tercalar.Tambah lagi blogger pembela suami...

Pandangan Naib Presiden @ pimpinan semua tak peduli.Jangan campur urusan TGNA,ini soal anak menantu dan keluarga.Imej parti soal remeh,lambat laun rakyat akan lupa.Asyik2 puji menantu kononya banyak jasa dan pemuda aktif.

Sesekali periksa rekod kecemerlangan menantu kesayangan,hebatke background sebelum jadi menantu.Banyak mana projek mega yang berjaya dijana oleh Arifahmi.

Susahnya bila Menteri Besar Sdn Bhd @ Menteri Besar Pulau Melaka.Asal terlibat anak menantu tak boleh kritik.Buat betul mesti puji kalau salah tak boleh baiki.Sikit-sikit wala’,tak boleh derhaka nanti punah jamaah Islam.

Bila dah terdesak pakat-pakat buat blog,kononnya nak betulkan perkara mungkar dan fitnah.Sekali fikir macam fikrah rakyat tak boleh selisih dengan warga Pulau Melaka yang beriman dan berakhlak mulia.

Ingatlah,kita semua hamba Allah yang tiada beza samada anak Ulamak,Tok Guru,Tok Jahil dll.Hanya taqwa membeza darjat kita disisiNya.Sirah membuktikan bahawa anak Nabi Adam,anak isteri Nabi Nuh,Syeikh Barsisha,Syeikh Bal-am warga neraka.

Jangan dilupakan Mashitah isteri Firaun,pelacur yg memberi minum kepada anjing menjadi penghuni syurga.Awaslah!Iman itu bukan pusaka untuk diwarisi,nyata ianya anugerah Allah yang berada dijalan yang lurus.

Tahniah buat pimpinan yang mengambilkira soal benar @ salah dalam memberi sokongan.Bukan sokong membuta tuli nanti sokong membawa rebah.Pejuang Islam tulen adalah pembela kebenaran,bukan menyokong berkiblatkan retorik.

Zaman keagungan retorik sudah berakhir.Kini persepsi sudah berada dilandasan politik moden.

Sekian.cilipadi007.blogspot.com

4 comments:

  1. Slm Cilipadi,

    Hahaha,orang dah tau apa kebenda dlm kerajaan kelantan... TGNA dah kena tipu dengan anak branak.Kita sapa dok harap TGNA adil?

    ReplyDelete
  2. Btl la ape ngko tulis,dah 19 thn dok pakai MB tu jgk.Nilah masa dia nak jaga anak branak die,takkan asyik orang lain je.Nanti dh pencen anak menantu nak makan ape?

    "Lu pikir le sendiri"

    ReplyDelete
  3. Bravo,

    Rakyat kena pikir jgk masa depan.Jangan dok sokong membabi buta.Kena ada fakta baru boleh sokong...salah tak jadi betul,betul tak jadi salah.

    Kena korban juga bagi tok guru sedar,bukan asyik kena bodek dengan menantu je.Kena ambil kira pandangan Exco,parti dan rakyat.

    Jangan tunggu PRU13 baru sedar,dah terlewat nak baiki silap

    ReplyDelete
  4. Pakat2 doa bagi tok guru sedar.Jangan dok ikut nasihat salah dari anak menantu.
    Rakyat Kelantan nak tok guru macam dulu,rakyat tetap no 1.
    Biarlah silap hak lepas tu,harap lepas ni tok guru berubah dan kembali ke pangkal jalan

    ReplyDelete