Hadis Rasulullah saw

"SEBAIK2 JIHAD ITU BERKATA BENAR DISISI PENGUASA YANG ZALIM"

Friday, April 30, 2010

HIKAYAT 2001 MALAM KEMBALI

.
Maka berangkat pulang Wali Abdal, isterinya Dang Anum Setia dan gerombolan kecil dari beramal di Negara tempat lahir agama Islam. Justeru itu Wali Abdal sangat bersyukur akan dia kerana dapat juga belayar bagi tujuan melepas rindu akan dia kepada Rasulullah saw.

Mengikut tuan empunya cerita, Wali Abdal telah lama berhajat untuk belayar sejak beberapa purnama yg sudah akan tetapi tersangkut jala musibah yg tidak diduga

Sebermula cadangan untuk belayar datangnya dari menantu Wali Abdal yakni Dol Serbatahu yg menerima tumbuk rusuk sebagai hidangan anak beranak dalam pelayaran adanya.

Adapun hidangan anak beranak dalam pelayaran itu sangatlah mewah adanya bak "bersultan di mata beraja di hati" telah berjaya menusuk kalbu Wali Abdal yg sederhana hidupnya hasil mulut manis Dol Serbatahu. 

Hatta bersoraklah puak2 Parti Cacamerba kerana Wali Abdal hampir pasti menelan umpan yg telah lama dipasang adanya. Hatta bersiap siaga akan Parti Cacamerba seakan maklum bahawa rakyat jelata akan geli geleman menolak pimpinan Wali Abdal kerana makan suap akan dia.

Makanya gundah gulana sekelian pembesar negeri tatkala Wali Abdal hilang waspada dengan racip yg dipasang Dol Serbatahu yg licik bak belut adanya. Justeru berpakatlah sekalian pembesar masuk mengadap Wali Abdal pohon agar ditangguh belayar dengan anak menantu hingga keadaan kembali aman adanya.

Arakian kerana hati jujur jiwa bersih, Wali Abdal tersedar dari lamunan mulut manis Dol Serbatahu sedikit demi sedikit lantas membatal akan dia kerja baik tersebut. Maka selamatlah Negeri Gerbang Bulat dari fitnah besar untuk merampas Kota Darul Bulat.

Tatkala kembali dari pelayaran itu, Wali Abdal telah berkunjung ke daerah Padi Huma dalam negeri Antah Kuning menyorong bahu menyingsing baju bagi ujian untuk pilih ketua. Tersangat sukalah akan rakyat jelata apakala dapat bertemu Wali Abdal yg baru kembali dari belayar selama setengah purnama adanya.

Adapun pada ujian kali ini, wakil Parti Cacamerba telah berpakat menipu ilat  jual darjat dan tabur fulus sebagai  umpan kepada rakyat jelata untuk membeli kertas conteng.

Arakian berduyun2 tukang karut hati busuk bergelar Putera Katak Pisang, Raja Sumpah Seranah dan Pria Bebas Hutang Lapok mengadu domba mereka cerita untuk Parti Cacamerba meraih kertas conteng adanya.

Menurut hikayat yg sahih Parti Cacamerba amat bijak tipudaya dan pandai berjanji kata. Maka  kaum yg bertani padi huma serta rakyat gelap yg menoreh getah sekerap menjadi lali dan masuk bubu umpan mereka. Adapun hanya kaum pedagang mata sepet sahaja yg menjaga diri dari dijualbeli.

Apakala dihisab sekalian kertas maka Parti Cacamerba telah mendapat kertas conteng paling banyak lantas dimasyhur sebagai penguasa daerah yg menabur janji menadah budi .

Maka bersedihlah Wali Abdal tatkala musuh utama Parti Agama Suci dimasyhur sebagai penguasa baru. Sayugia diingatkan bahawa sepeninggalan Wali Abdal, berlaku sedikit huru hara di negeri Gerbang Bulat gara2 salahlaku beberapa kerat golongan penguasa yg tamak haloba adanya.

Sekian banyak cerita songsang dalam diam kini terbongkar dari seorang pria bergelar Sang Sidi Sakti yg juga dari kalangan sepupu sepapat dengan Wali Abdal adanya. Adapun Sang Sidi Sakti ini pernah menadah kitab ilmu adab dari bawah dagu Wali Abdal beberapa purnama lamanya.

Akan tetapi segala madu bertukar hempedu tatkala Sang Sidi Sakti bersengketa dengan Dol Serbatahu adanya.  

bersambung di cilipadi007

Wednesday, April 28, 2010

SESETENGAH AHLI MAJLIS PBT SEMACAM LITTLE NAPOLEON

.
Sabda Rasulullah saw terakhir sebelum wafat :
   UMATKU! UMATKU! UMATKU!
Sabda Rasulullah saw ke 2 terakhir sebelum wafat :
   PELIHARALAH SOLAT DAN PELIHARALAH ORANG2  YG LEMAH DI   KALANGAN KAMU..

Betapa cinta dan kasih Rasulullah saw kepada ummatnya, kasih sayang hingga ke penghujung usia. Tentunya selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah saw semoga kita dapat bersama Baginda di akhirat kelak.

PAS, parti Islam. Perjuangan PAS sebagai meneruskan ajaran Rasulullah saw menerusi pelbagai contoh ( uswah hasanah ) yg menjadi pusaka semua ummat Islam di dunia.

Apakah selari dengan ajaran Rasulullah saw segala tindak tanduk pejuang PAS kini terutamanya penjawat2 jawatan utama dlm PAS? Paling menjolok mata masyarakat kini bila individu yg bergelar Ahli Majlis PBT memacu halatuju sesebuah PBT mengikut budibicara yg tidak mesra rakyat.

Kita maklum bahawa Ahli Majlis hanya manusia biasa, bukan maksum dan terpelihara dari salah silap. Apa yg musykil ialah tindakan mereka yg menyimpang jauh dari pesanan Rasulullah saw " PELIHARALAH ORANG2 YG LEMAH DI KALANGAN KAMU".

Sepatutnya jawatan Ahli Majlis PBT menjadi landasan untuk membantu golongan yg lemah. Mereka juga perlu lebih releven dan dilihat penyelesai masalah dan meringankan beban YB yg terlalu banyak tugas. Apa yg berlaku kini sebaliknya...Ahli Majlis dilihat menambah beban masalah kepada YB.

Lihat saja pembangunan di PBT setelah hampir 20 tahun PAS menjadi Kerajaan di Kelantan. Jemaah Ahli Majlis lebih berminat untuk JV tanah2 milik PBT bagi mencari keuntungan jangka pendek. Mereka juga terlalu berkompromi dan bersekongkol dengan puak2 kapitalis yg mencari untung di atas harta rakyat.

Ahli Majlis PBT semacam dirasuk "ROH UNTUNG" tanpa pedulikan kesan politik disebalik sesuatu keputusan. Tambahan pula sesetengah PBT melantik Ahli2 Majlis di kalangan tokoh2 korporat yg berkiblatkan "KAPITALIS". Realitinya Ahli Majlis bukan jagoh rakyat tapi wakil pemodal dari "parti fulus".

Sampai bilakah PAS akan terus "delegate power" kepada Ahli2 Majlis yg lebih bersifat "LITTLE NAPOLEON"... salahguna kuasa yg dipinjamkan oleh rakyat. PAS juga perlu fikirkan mekanisma baru tentang tempoh lantikan Ahli Majlis yg seolah2 milik individu tertentu silih berganti.

Belanjawan tahunan PBT juga semakin hari semakin membazir untuk memuaskan nafsu mereka seperti agenda lawatan sambil belajar ke luar negara dll...terlalu banyak kesalahan berulangkali dilakukan kerana kuasa mutlak yg diamanah oleh PAS.

Selalunya bila berdepan dengan masalah rakyat marhaen, tiada peruntukan @ masalah kewangan menjadi skima jawapan. Sesetangah masalah rakyat marhaen dipandang enteng...biarlah kerana mereka golongan marhaen. Bukankah setiap rakyat juga memilikki 1 undi?

Sedarlah wahai Ahli2 Majlis PBT!!! Gelagat anda sedang diperhati dan tindakan songsang anda selama ini sudah menjadi buah mulut rakyat...Jadilah pemegang amanah yg bertanggungjawab merealisasikan pesanan Rasulullah saw seperti di atas. 

Jangan terlalu ghairah mengejar "ghanimah" hingga kelompok anda menjadi "liabiliti" kepada PAS.

Sekian dari cilipadi007

Monday, April 12, 2010

BICARA SOAL KEBERSIHAN

.
Sabda Rasulullah saw :
KEBERSIHAN ITU SEBAHAGIAN DARI IMAN

Kalau nak tengok negara yg bersih lawatlah eropah @ negara omputih. Jangan cakap soal kebersihan kalau berada di Negara Pak Arab dan Asia. Indeks kebersihan negara Islam jatuh merudum. Soalnya kenapa??

Islam mengajar umatnya supaya menjaga kebersihan. banyak dalil dari AlQuran dan Hadis mengajar soal kebersihan... rohani dan jasmani. Barangsiapa yg menjaga kebersihan dikira mendapat pahala kerana ia tuntutan agama.

Masalah kini kekotoran menjadi sindrom kepada penganut Islam. Bukan semua tapi dah jadi adat resam. Perhatikan tandas masjid @ institusi agama, teruk betul... kotor dan tidak terurus. 

Perhatikan juga tahap kebersihan bandar Kota Bharu Bandaraya Islam, hancus. Pasar Siti Khadijah kotor dan jadi pusat tikus membiak. Geli nak cakap... tikus era milenium ni bahaya... pembawa virus kencing tikus...boleh membawa maut.

Kalau Ipoh, Melaka, K Trengganu tak bersih boleh dimaafkan kerana statusnya bukan Bandaraya Islam. Kalau MPKBBRI tak bersih menjadi satu persoalan... MPKBBRI bukan contoh Bandaraya islam tulen tapi bandaraya islam Ciplak.

Setiap tahun kerajaan buat pelbagai kempen kearah menjadi masyarakat yg bersih tapi hasilnya..???? Bajet hangus tapi kesannya masih sama.

Kenapa Ya? Kenapa negara Barat menjadi pengamal tuntutan Islam dalam bab kebersihan? Ke mana penghayatan kita ummat Islam?

Cadangan kearah masyarakat yg utamakan KEBERSIHAN akan bersambung......

Wallahua'lam dari cilipadi007

Friday, April 9, 2010

RUANG UNTUK PAS LEBIH DINAMIK

.
Firman Allah swt maksudnya :

Kemudian ( setelah kamu bertaubat ) kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka dan kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta kami jadikan kamu kaum yg lebih ramai pasukannya ( surah Al Isra ayat 6 )

Beberapa peristiwa penting akan berlaku pada Bulan April 2010, cuaca panas melampau mengiringi isu politik yg hangat. Institusi politik pelbagai peringkat terlibat mencipta catatan sejarah iaitu :
  1. Sidang Parlimen yg huru hara dengan isu ciptaan Wakil Bebas Mesra BN, Gimik 16 September dan paling kontroversi isu APCO ( Zionis Yahudi )
  2. PRK Hulu Selangor... medan ujian antara pengaruh PM Najib dan De Facto PR DSAI
  3. Pertabalan Presiden MCA dar tokoh "MUFLIS MORAL"
  4. Sidang DUN Perak yg dihadiri YB ASP, YB Chif Inspektor, YB Sarjan, YB Kopral
  5. Mesyuarat PAS Kawasan ( MPK )
Cilipadi hanya berminat berkongsi sentimen dengan penjengok isu Mesyuarat PAS Kawasan. Saban tahun PAS adakan Mesyuarat PAS Kawasan ( MPK ) memilih wakil ke Muktamar Tahunan.

Biarlah MPK tahun ini keluar dari kepompong lama. MPK tahun ini perlu diisi dengan agenda perubahan sebagai bukti PAS layak menjadi pengganti UMNO. PAS perlukan satu anjakan paradigma supaya dilihat releven untuk PRU13.

PAS perlu dilihat maju ke depan, berubah menjadi pejuang rakyat atas sifat Ulul Amri. Fikrah pembangkang dan mengkritik BN sudah melepasi tarikh luput. PAS wajib jana kekuatan sendiri, bukan lagi mencari undi atas kelemahan BN.

MPK patut jadi medan untuk PAS berbahas idea untuk kepentingan rakyat. MPK juga medan membentuk pemimpin baru dan bertenaga selaras dengan tuntutan dunia moden.

PAS perlu sediakan garis panduan tentang tempoh pemegang jawatan dalam parti. Soal tempoh perlu dibincang secara terperinci kerana budaya "LETAK JAWATAN" sudah lenyap dari kamus politik Malaysia.

MPK perlu bahaskan isu2 berikut agar PAS mampu menarik sokongan untuk PRU13:
  1. Pemimpin veteren perlu undur diri untuk beri ruang kepada pelapis...Sindrom takut untuk bersara menjadi liabiliti kepada PAS. Di manakah moral tokoh2 veteren terus menjadi peneraju utama ( sudah berusia, penyakit strok, bermacam2 penyakit )
  2. Selesaikan masalah rakyat yg berbangkit terutama di peringkat PBT... PAS perlu sediakan satu laporan masalah rakyat yg belum selesai dan mencari alternatif untuk mengatasi secara berterusan.
  3. PAS perlu menilai prestasi pemimpin parti yg dilantik ( Ahli2 Majlis PBT, Lantikan Politik )
  4. PAS perlu membantu masyarakat dalam isu penyalahgunaan Dadah dan Maksiat Remaja
  5. PAS perlu mesra mustadafin, memahami denyut nadi golongan marhaen secara konsisten selaras dengan tuntutan Islam
  6. Program agama seperti Usrah, Tarbiyyah dan khemah ibadat mesti diwajibkan kepada semua ahli2 parti. PAS juga perlu merangka program yg boleh menarik remaja menjadi ahli masjid.
Insyaallah PAS berjaya diperkasakan jika semua pemimpin sedar tentang AMANAH dan TANGGUNGJAWAB. PAS perlu berubah sebelum rebah dibaham fitnah.

PAS perlukan STRATEGI YG EFEKTIF, USAHA YG GIGIH serta TAWAKKAL , Insyaallah PRU13 menjadi mercu kejayaan kepada PARTI ISLAM SEMALAYSIA.


PAS perlu berubah sebelum rebah dalam buaian fitnah dunia. Sekian dari cilipadi007

Thursday, April 8, 2010

PERITNYA JADI RAKYAT MALAYSIA

Firman Allah swt maksudnya :

WAHAI ORANG2 YG BERIMAN, JANGANLAH KAMU MENGAMBIL RIBA DENGAN BERLIPAT2 KALI GANDA, DAN HENDAKLAH KAMU BERTAQWA KEPADA ALLAH SUPAYA KAMU BERJAYA ( Surah Ali Imran ayat 130 )

"Ekonomi negara stabil", KDNK entah berapa %, Pemimpin Malaysia berjaya memacu ekonomi negara berada di landasan yg betul, Pemimpin Malaysia berjaya menguruskan kewangan ketika dunia berhadapan kelembapan ekonomi. Hebat sungguh pemimpin Malaysia ( BN )

Rakyat diperbodohkan setiap hari. Cerita ekonomi direka bermacam2 untuk menipu rakyat. Apa cara sekalipun perlu dibuat. Maka keluarlah istilah yg canggih supaya rakyat terlopong, tak faham. Lagi tak faham lagi bagus, selamat BN. Berbelit lidah sekadar nak sebut, entah apa maksudnya :
  • fundemental ekonomi
  • ekonomi fiskal
  • mikro dan makro ekonomi
  • KDNK
  • Levi, subsidi
 Mak Limah ( Ulu Bera ) , Pak Dolah ( Baling ) , Pn Saraswati ( Estet Kerla ) tak pernah faham makna istilah ekonomi. Mereka rasa pelik dengan ekonomi Malaysia. Dulu duit bulanan yg dihantar anak2 boleh disimpan setelah ditolak belanja dapur dan bayar bil utiliti.

Bila zaman 1Malaysia ni lain pula teori ekonomi. Negara aman, ekonomi tak meleset tapi nilai ringgit semakin mengecil. Hampir semua keperluan rakyat naik harga seperti :
  • keperluan dapur
  • bil utiliti
  • tambang pengangkutan awam
  • keperluan persekolahan
  • bayaran perubatan/ hospital
Ekonomi Malaysia semakin songsang. Rakyat makin tersepit. Setiap hari berjuang mencari rezeki dalam iklim ekonomi yg dipandu kapitalis.

Negara Malaysia sudah jadi Malaysia Sdn Bhd. Hasil mahsul negara dibahagi kepada pemegang syer (BN). Rakyat jadi kuli, sistem hamba dalam masyarakat moden.

Kategori pendapatan Malaysia Sdn Bhd ialah :
  1. Hasil Tetap spt Petroleum 
  2. Hasil Cukai wajib spt LHDN, Kastam, Imigresen, JPJ
  3. Hasil Cukai Paksa spt Kompoun Trafik, Denda Penguatkuasa yg bermacam2 dari agensi kerajaan
Beginilah nasib Rakyat Malaysia... NEGARA KAYA RAKYAT MISKIN... hasil bijak pandai BN urus harta negara menjadi milik kroni.

Wallahua'lam dari cilipadi007
          
 

    Tuesday, April 6, 2010

    BUAT KERJA, TOLONG RAKYAT DAN KURANG BERCAKAP

    .

    Firman Allah swt maksudnya :

    DAN TIAP2 SEORANG MANUSIA KAMI KALONGKAN BAHAGIAN NASIB DI LEHERNYA, DAN PADA HARI KIAMAT KELAK KAMI AKAN KELUARKAN KEPADANYA KITAB ( SURATAN AMALNYA ) YG AKAN DIDAPATINYA TERBUKA ( UNTUK DITATAPNYA ) ...Surah Al Isra' ayat 13

    8 Mac 2010 genap 2 tahun PRU12. Ini masa untuk ADUN, AP, Exco dan MB tunai janji. Banyak janji dalam manifesto PAS PRU12 belum terlaksana. Rakyat yakin pada Islam, undi PAS untuk keadilan Islam. Majoriti undi itu amanah yg dipikul di bahu pemimpin.

    Kesianlah pada rakyat marhaen. Pemimpin kita banyak sangat bercakap, berfikir untuk slogan baru setiap masa. PAS ada NEGARA BERKEBAJIKAN, MPKB BRI BANDARAYA ISLAM, KEPIMPINAN ULAMA, BERTANI SATU IBADAH, PRINSIP UBUDIAH, MAS'ULIAH DAN ITQAN.

    Setiap hari macam musim pilihanraya, berkempen sepanjang masa. Pemimpin kita sudah nampak membazir, cukai rakyat diguna untuk buat banner dan billboard segenap ceruk negeri. Nasib rakyat tak berubah hanya dengan "kalimah indah" yg berada di setiap bulatan, simpang dan jalan utama.

    Pemimpin kita juga membazir tenaga dan masa berceramah sepanjang masa. Ceramah perlu sebagai sumber maklumat tapi bila "priority" hanya kepada ceramah menjadi satu pembaziran masa. PAS perlu dasar yg seimbang antara teori dan praktikal.

    Kita selalu dihidang dengan kisah pemerintahan Sayyidina Umar Al Khattab, seorang Ulama dan Umara yg mewarisi kepimpinan Rasulullah saw. Kita terpegun mendengar kisah Khalifah Umar membantu keluarga miskin yg merebus batu kerana tiada makanan untuk anak kecil yg menangis kelaparan di malam hari.

    Pengundi PAS tak pernah berharap untuk menjadi Negeri Maju seperti barat. Undi PAS untuk melihat Syiar Islam ditegakkan di Bumi Malaysia. Pengundi sedar PAS serba kekurangan tapi kerana kasih pada Islam mereka rela.

    Pengundi PAS redha dengan ketentuan Allah swt. Kemajuan @ projek bukan berada di tangga teratas dalam prinsip pengundi PAS. Mereka boleh bersabar dalam perjuangan tapi jangan pula kesusahan mereka menjadi lesen untuk kesenangan pemimpin.

    Pengundi PAS tak pernah meminta projek yg melebihi keperluan mereka. Apa makna pembangunan kalau rakyat terpinggir macam Dasar UMNO. Pemimpin PAS perlu bezakan antara pembangunan Islam dengan Pragmatik UMNO.

    Hypermarket di situ di sini, kondominium di situ di sini, bazaar itu dan ini bukan dari kamus hidup rakyat marhaen. Itu dasar yg menjadi mazhab puak2 kapitalis yg mencekik darah rakyat.

    Pemimpin perlu ubah nasib rakyat yg menjadi paksi keadilan Islam. Cukuplah kita pusing Malaysia berceramah, bercerita tentang TGNA yg zuhud, sederhana dan Ulama Tulen. Fakta TGNA memang betul tapi tidak merubah taraf hidup marhaen yg serba kekurangan.

    Zaman retorik sudah berlalu, saat menabur janji sudah luput. Ini masa untuk laksanakan dasar, tunai segala janji yg termampu dan bekerja keras untuk membantu rakyat yg menjadi aset perjuangan Islam.

    Wallahua'lam dari cilipadi007