Hadis Rasulullah saw

"SEBAIK2 JIHAD ITU BERKATA BENAR DISISI PENGUASA YANG ZALIM"

Monday, December 21, 2009

Hijrah Politik

Qulih Haq,
.
Salam Maal Hijrah 1431H,buat semua penghuni dunia,tanpa mengira anutan agama.Roh hijrah itu satu nikmat untuk semua ummah secara langsung kiranya dihayati secara menyeluruh.Benar!”Piagam Madinah” itu untuk semua penduduk dunia tanpa garis pemisah yang dicipta oleh sesetengah insan.

Marilah kita bersama menyelongkar secara total rahsia “Piagam Madinah”,peninggalan Rasulullah saw yang tentunya diredhai Allah untuk kebaikan hambanya.

Benar!Seluruh ummat Islam mengaku pengikut tegar Rasulullah,pengakuan yang adakalanya penuh dengan simbolik.Jelas ikrar itu sangat lunak namun pengisiannya banyak yang tersasar.

Sedar atau tidak keindahan retorik membelenggu hidup kita seharian.Pemimpin dengan penuh semangat memberi, menggarap harapan menggunung tinggi buat hidangan rakyat terbanyak.Akhirnya pengikut menanti sesuatu yang tak kunjung tiba,jauh panggang dari api.

Dunia siasah kita sudah tersasar secara dramatik,lain teori lain pula praktikalnya.Kehidupan masyarakat marhaen masih ditakuk lama,hanya janji yang melenakan kehidupan.

Perjuangan politik tetap jumud, mengikut warna,biru,hijau, merah dll.Biru dengan pelbagai manifesto,hijau dengan bermacam janji,merah dengan beribu karenah.

Mangsanya rakyat terbanyak,siapa peduli sakit kronik Bilal Him di Pasir Pekan,siapa simpati dengan Mak Tam di Wang Klian yang tidak mampu membeli beras untuk seminggu,siapa faham dengan nasib Makcik Temah di Jerkoh,ibu tunggal menyara hidup 9 orang anak.Bayak lagi siapa? Siapa? Siapa?

Rakyat bertanya Kerajaan itu buat apa?Parti itu untuk apa?Pemimpin ini jaga sapa?Pilihanraya itu pilih sapa? Banyak lagi soalan? Soalan? Soalan? Jawapannya ada pada kita semua,kalau susah berdepan dengan rakyat,bentang je cerita Bangau Oh Bangau! Akal manusia tiada yang dapat selesaikan dongeng Bangau Oh Bangau!

Jelas,alasan yang direka dalam epik Bangau satu helah yang genius…sapu je sampah ke bawah karpet,cuci tangan dan selamat untuk hari ini.Esoknya,selak lagi halaman lain buku Bangau Oh Bangau.Sampai kiamat belum tentu tiba ke titik penghabisan.

Buat pemimpin politik tanpa batasan warna,bantulah rakyat.Jangan peduli pada warna,mereka adalah penyokong anda.Tolak ke tepi sentimen usang,sampai masanya politik kita perlu buta warna.Langkaui batasan warna,agama dan bangsa untuk kebaikan bersama.

Pemimpin yang bernilai itu “jaguh rakyat”,bukan jenis penting diri dan mesra korporat.Berapa kerat ahli korporat yang mencekik darah rakyat,buat untung dari kemiskinan manusia lain.Ke mana tergadai prinsip moral kalau dosa pahala ditolak tepi?

Marilah kita menghayati semangat “Maal Hijrah” secara menyeluruh,bukan sekadar ungkapan retorik sementara.Bukan juga untuk berhimpun sekali setahun,pilih penerima anugerah,bawa kain rentang,gah dengan ramai penyokong berarak keliling stadium.

Fikiran konservatif perlu dianjak kearah mentaliti global,fikir,rancang dan laksanakan program yang mengubah nasib kita semua.Biarlah kalendar Hijrah tahun 1431 memberi semangat jitu buat pemimpin dan rakyat untuk berubah kearah yang lebih baik.

Sekian,bermuhasabah lah! Salam Maal Hijrah 1431H dari cilipadi007@blogspot.com

No comments:

Post a Comment