Hadis Rasulullah saw

"SEBAIK2 JIHAD ITU BERKATA BENAR DISISI PENGUASA YANG ZALIM"

Tuesday, December 29, 2009

Korban Konspirator!!

.
Spekulasi penamatan perkhidmatan 2 pegawai kanan Pejabat MB seperti dilaporkan Malaysia Insider mengundang 1001 persoalan.Nampak ‘kucah’ di sekitar TGNA semakin rumit.

Tindakan drastik TGNA menangani isu terkini menunjukkan kemelut dalam kerajaan dan parti semakin memuncak.

Apakah keputusan menoktah perkhidmatan pegawai tersebut kerana kenaikan pangkat atau pertukaran biasa? Mungkin juga kerana agenda seseorang yang mengidam kerusi tersebut selama ini. sila baca disini

Kita sedia maklum bahawa ramai pemimpin parti berkemampuan untuk mengisi jawatan tersebut.Bukan seorang dua malah ratusan yang layak dipilih.Macam isu pengganti CEO PMBK, ribuan yang boleh dipilih.

Soalnya adilkah tindakan TGNA terhadap penyandang jawatan? Apakah kerana salahlaku @ salahlapor?

Memang diakui kuasa mutlak TGNA melantik @ memecat sesiapapun.Kalau asyik guna kuasa veto dimana letaknya prinsip berjamaah? Di mana mandat Dewan Harian Parti.Apakah carta organisasi parti sekadar hiasan ?

Praktikalnya jawatan tersebut lantikan politik tentunya perlukan pertimbangan politik untuk menanganinya.

Persoalan pegawai tersebut ‘proksi’ si anu tidak berbangkit.Realitinya penamatan kontrak seseorang secara drastik mengundang seribu persoalan.Rupanya tempoh perkhidmatan yang lama dan efektif tidak menjamin ‘survival’ di sisi TGNA.

Hubungan yang rapat tanpa pertalian darah bukan pengecualian dari ketegasan luarbiasa TGNA.

Rakyat semakin hairan dengan tindak tanduk TGNA.Indeks KeTEGASan TGNA melonjak 120 % bila berhadapan dengan kes biasa.Namun bila terpalit dengan isu keluarga TGNA bersikap layu dan mula menyalahkan ‘third party’.

Bila berdepan kemelut ‘menantu’ di PMBK,tindakan TGNA mula goyah dan tidak konsisten.Akhirnya jadilah ‘rambut putus2 dalam tepung basi’.Bukan lagi teori ‘tarik rambut dalam tepung’.

Tindakan drastik menggantikan kedua2 pegawai sekaligus mengundang tandatanya??? Ianya tentu mengundang fitnah yang tidak berkesudahan.Bijakkah TGNA jika ‘perisai’ fitnah selama ini ditolak ketepi?

Sungguh pelik tindakan TGNA.Arahan ini perlu diteliti dengan cermat jika ianya lahir dari pemikiran TGNA.Agak sukat diterima TGNA bersendirian membuat keputusan yang agak besar tanpa dipengaruhi sesiapa.’Masakan pokok bergoyang kalau tiada angin’.

Penghujung karier TGNA nampak semakin tidak konsisten dalam membuat keputusan parti dan kerajaan.Banyak persetujuan mesyuarat di pejabat berubah 360’ keesokan harinya.’Stand’ TGNA makin dipertikai terutama bila keputusan bersama diketepikan tanpa sebab.

Semacam ada tangan2 ghaib pengaruhi TGNA kebelakangan ini.Tindakan ini makin selari dengan ‘PENASIHAT SESAT’ seperti olahan blog calon Ketua Pemuda yang tewas.

Jangan pula ia bermula dari ’MEJA BULAT’ seperti blog isteri bekas CEO sebuah GLC.Amat malang kalau khilaf TGNA dapat dihidu rakyat terbanyak yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa.

Kebijaksanaan TGNA disanjung selama ini oleh seluruh rakyat Malaysia.Kami tidak rela ‘bisa’ TGNA semakin hilang kerana dua tiga kerat manusia terdesak.Bahana dendam tanpa disedari seperti api dalam sekam.

Kemana perginya saf kepimpinan parti? Pemuda? Muslimat ? Dewan Ulama? Apa tindakan BBC dalam isu ini? Patutnya BBC perlu ke depan membela pintu kota yang memagari 19 tahun pemerintahan TGNA dan PAS Kelantan.

Jangan dibiarkan benteng kekuatan TGNA dirempuh oleh agenda parti lawan yang menyusup dari dalam.

Semoga amalan TGNA beristikharah dahulu sebelum membuat keputusan sentiasa diamalkan .Kami yakin tindakan yang dimulai dengan Bismillah sentiasa diberkatiNya dan dijauhkan dari angkara manusia pendendam.

Hingga saat ini saya masih percaya bahawa spekulasi penamatan ini hanya teori spekulator yang tidak akan berlaku.Jutaan maaf dari TGNA andai bicara saya ini melukakan insan yang disanjungi selama ini.

Sekian.cilipadi007.blogspot.com

8 comments:

  1. Kerja org munafiq hampir berjaya.

    Cubaan nak jatuhkan tok guru dimulai dengan sembelih pendekar dia dulu.

    kita tengok episod lepas ni sampai tok guru rebah baru kita sedar

    ReplyDelete
  2. Personally knowing Ariffahmi and Nik Abduh, I’m with Husam all the time. You cannot preach to Islam if you have even minor interest to yourself!

    ReplyDelete
  3. aku takut silap-silap 'tok guru' jadi 'tok haru' dalam kemelut episod ni. Bila orang yang berdendam mempergunakan kuasa tok guru demi kepentingannya.

    ReplyDelete
  4. tok guru lbh faham isu sebenar.Jgn main ikut sedap mulut kita nak tulis apa.Kata sayang pas tapi perangai mcm umnogok

    Biar tok guru buat keputusan sendiri,kita wajib wala'.Tak setuju dengan ketua dipersilakan keluar dari pas.ramai lagi diluar sana minat nak joint pas

    ReplyDelete
  5. Slm pemudaislam,

    Bukan tulis ikut sedap mulut tapi ikut fakta.Org Islam takleh tulis fitnah nanti dosa besar weh.

    Ada baiknya pemudaislam cari sumber yang betul baru komen.Silap hb terbalik kot...

    Cari pahala sebanyak mungkin buat bekal

    ReplyDelete
  6. Napok gayo pelandok masuk jerat dah.pahni tumbang la pas kelate.

    padey muka dok baloh samo sediri.dok isi poket puak2 dia jah

    hidup rakyat

    ReplyDelete
  7. Tok guru lali dgn anak menantu sampai parti pun tolak tepi.La ni dok pakai nasihat kitchen cabinet je

    Kalau pas kalah pru13 takpe la pasal 19 tahun dah jaga kelantan.

    harini siap kata celako kpd blogger.lepas ni tak tahu apa lagi nak keluar dari mulut tok guru.

    Hebat anak menantu main watak utama filem kelantan 2009

    ReplyDelete
  8. banyok weh cite pelik hal kelate.malas doh ambo nk pk.hak tu tak kena,hak ni tak betul.tak abis2.nanti nak ngundi bo la dok mintak ambo undi nyo,puak demo ni susah wat kiro

    ReplyDelete