Qulil Haq!
Lewat 3 hari lepas Dewan Pemuda Pas Kelantan (DPPK) telah bertemu dengan Persatuan Peniaga Kecil Pasar Lama Arked MPKB.Tujuannya untuk menyelami kemelut antara peniaga kecil dengan MPKB dan PMBK.Majlis diatur oleh Sdr Hafiz Musa,setiausaha DPPK dihadiri YB Ust Latiff Abd Rahman ( Ketua Pemuda ), Dr Rosli Allani ( Ketua Penerangan) dan beberapa Exco.
Pertemuan agak lewat diatur tapi belum terlambat ke garis penamat.Patutnya DPPK sudah lama menjengok peniaga Pasar Lama MPKB.Alangkah baiknya jika majlis diatur kala masalah peniaga kecil dengan PMBK baru berputik,masa konflik belum memuncak.
Biar apapun jutaan terima kasih atas keprihatinan DPPK dengan masalah rakyat.Inilah sikap proaktif Pemuda yang berada dilandasan sepatutnya.Teori Pemuda adalah pendesak kerajaan perlu sentiasa diamalkan.Buktikan Pemuda adalah benteng pertama untuk menyelesaikan masalah rakyat.Jangan pula bertindak kerana “political mileage”.
Mungkin kesibukan YB Latif ( Ketua Pemuda Negeri,YDP Pas Kuala Krai,ADUN Mengkebang ) atau terlepas pandang.Inilah kali pertama pimpinan baru DPPK mengambil tempat bersama peniaga kecil.Sikap Yb Latif dan barisan exconya yang banyak mendengar dan berikan ruang untuk menyatakan masalah sangat dipuji.Inilah bakal pemimpin masa depan.
Para peniaga optimis bahawa DPPK boleh membantu melalui medan yang terbentang luas.Sedikit sebanyak terubat luka para peniaga kerana karenah dan mentaliti pemimpin tempatan yang seolah2 telah banyak membantu selama ini.Bukankah pemimpim yang baik membela rakyatnya tanpa had?
Kini rempah ratus sudah diserah peniaga kecil kepada DPPK.Terpulang pada bijaksana DPPK untuk membuat resipi setelah beroleh guni bergaul rempah ratus.Adakah DPPK sebijak ‘Puspa Wangi’ dalam cerita ‘Musang Berjanggut’ yang dapat merungkai ujian dari anak raja ( P Ramlee )?
Bersediakah DPPK menerima 'baton' sebagai pelari terakhir peniaga kecil seperti atlet sebelumnya YB Annuar Tan,Yb Husam,YB Zaki dan Yb Ahmad TMB.Memang kena pada tempatnya tenaga pemuda menjadi pelari terakhir untuk larion baton2 berganti2.
Harapnya DPPK dapat menyuarakan hasrat murni peniaga kecil yang selari dengan inspirasi TGNA.Gunakan keberanian yang jitu untuk berdepan dengan onak duri di liku-liku perjuangan.Usah gentar pada ugutan,cabaran dan kuasa jahat.
Pemuda sinonim dengan sikap agrerif bukannya bisu bila berdepan masalah.Buktikan kepimpinan Ust Latiff di atas platfom yang betul seperti zaman Zaki,Takiyudin dan Husam menerajui pemuda.Jauhkan perjuangan yang memilih bulu atau ‘play safe’ kerana rakyat sentiasa menilai perjuangan kita.Markah terbanyak hanya untuk calon yang bersedia.
Ingatlah “ PANGLIMA PERANG YANG HEBAT KERANA DAPAT MEMERDEKAKAN SEMUA TAHANAN, BUKANNYA DINILAI KERANA MEMBUNUH RAMAI MUSUH”
Selamat Berjuang untuk DPPK.cilipadi007.blogspot.com
Friday, December 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment