Firman Allah swt maksudnya :
IAITU KETIKA KETUA2 YG MENJADI IKUTAN ITU BERLEPAS DIRI DARI ORANG2 YG MENGIKUTNYA, SEDANG KEDUA2 PIHAK MELIHAT NGERINYA AZAB SEKSA ITU ( KETIKA ) TERPUTUSNYA SEGALA HUBUNGAN DI ANTARA MEREKA ( Surah Al Baqarah Ayat 166 )
Kita perlu akui bahawa TGNA sangat istimewa di hati rakyat. Setiap urusan dunia dan akhirat telah lama diwakafkan TGNA untuk Islam. Keikhlasan perjuangan TGNA tiada tolok bandingnya.Betul tetap betul dan salah tetap salah, itulah TGNA yg saya kenali walaupun beliau tak kenal saya.
Sabda Rasulullah bermaksud “SESIAPA YG MELIHAT KEMUNGKARAN MAKA HENDAKLAH DITEGUR DENGAN TANGAN ( KUASA ), JIKA TIDAK MAMPU MAKA TEGURLAH DENGAN LISAN ( KATA2 ), JIKA TIDAK MAMPU MAKA TEGURLAH DENGAN HATI, ITULAH SELEMAH2 IMAN.
Saya memilih jalan pertengahan ( tegur dengan lisan ) kerana malu untuk mengambil jalan yg melemahkan iman.TGNA bukan maksum, atas sifat insan yg bermaksud pelupa dlm bahasa Arab. Bila TGNA betul kita sokong dan jika tersilap kita wajib tegur. Bukan sokong membuta tuli, sokong membawa rebah.
Setelah 20 tahun menjadi MB Kelantan terlalu banyak perkara betul dibuat TGNA untuk rakyat. Namun atas sifat insan ada juga salah silap yg wajib ditegur. Alhamdulillah atas sikap pemimpin berjiwa besar TGNA terima teguran dengan hati terbuka. Rakyat biasa yg bertanggungjawab mesti menegur salah silap pemimpin yg tak mampu ditegur pemimpin lain kerana malu alah.
Kalau tidak kerana teguran blogger kickdefella mungkin isu PMBK masih berlarutan. Nasihat kickdefella beserta fakta yg jelas sukar ditolak TGNA, beliau mengambil tindakan kerana kepentingan awam.Itulah dipanggil “check and balance”, bukannya pemimpin sentiasa betul dan tahu semua perkara.
Rakyat wajib menegur pemimpin, itulah prinsip Islam. Khalifah Umar Al Khattab juga pernah ditegur dengan pedang oleh rakyatnya. Pemimpin pula wajib menjaga kebajikan rakyat, menjana kesejahteraan rakyat sepanjang masa.Itulah yg dikatakan agama itu politik, politik itu sebahagian dari agama. Tiada pemisahan antara kedua2nya macam isi dengan kuku.
TGNA ulama kelulusan Al Azhar dalam bidang agama. Beliau bersifat penasihat dan mampu memimpin melalui gandingan bersama barisan Exco yg berkemahiran dalam pelbagai bidang. TGNA tidak memonopoli semua tugas penting dalam pentadbiran seperti MB BN. Beliau mengagihkan potfolio pentadbiran, kewangan, pembangunan, infrastruktur, perumahan dll kepada individu yg terbukti mampu membantunya.
TGNA jelas tidak gila kuasa dalam mentadbir Kerajaan Kelantan. Cuma tempoh 20 tahun terlalu lama menjadi MB merugikan bakat2 yg berkebolehan untuk memimpin. Kata pepatah “penantian itu satu penyeksaan”…
TGNA adalah benteng terakhir PAS dalam menentang agenda UG yg merupakan satu gagasan besar melibatkan pemimpin besar. Namun penentangan itu masih berkesan biarpun TGNA melepaskan MB kerana jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri dan Mursyidul Am perlu dikekalkan hingga akhir hayat.
Elemen UG tidak akan berjaya mengeksploitasi TGNA kerana beliau seorang yg berprinsip. Pengalaman ditendang oleh BN tahun 70an tetap segar diingatan dan TGNA tidak akan sesekali terperangkap.
TGNA dan TGHH adalah dua ulama besar yg menjadi aset PAS. Gandingan jitu antara mereka berdua yg berpendidikan agama, beriman dan mengamalkan cara hidup beragama menjadi pelindung kepada agenda musuh. Bezanya TGNA bersama “penasihat sesat” tetapi kebal pendiriannya dan mengutamakan kepentingan jamaah.
TGHH pula dikelilingi “pencetus UG” tetapi tipudaya mereka selalu dipintas, gagal di pertengahan jalan. Mungkin pengalaman TGNA melebihi TGHH tambahan pula TGHH tidak merasa peritnya ditendang BN dulu.
Pepatah Arab berkata “peperangan itu satu tipu daya”. Pihak yg mempunyai strategi akan beroleh kemenangan Mungkin ada sedikit persamaan antara peperangan dan pentadbiran kerajaan serta parti. Hanya strategi menjadi pemisah antara menang dan kalah.
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Mukjizat Hadis Rasulullah berlaku pada 29 Mei 1453 melalui Sultan Muhammad Al Fateh yg berjaya menakluki Kota Constantinapole. Sarjana barat mengakui bahawa kebijaksanaan Sultan Muhamad Al Fateh dan menggelarkannya sebagai “Grand Seigneur” yang bermaksud pemimpin agung
Baginda adalah Sultan yg adil , Ketua Agama yg beriman dan Panglima Perang yg bijaksana. Kita perlu akui bahawa Iman yg teguh penting tapi perlu berganding dengan bijak mengatur strategi untuk berjaya samada dlm perniagaan, pengajian dan juga berpolitik.
Biarpun berusia muda seawal 26 tahun, Baginda seorang raja yg alim ilmu agama dan bijak mengkaji strategi peperangan hingga berjaya mengalahkan tentera musuh melalui pertempuran hampir 54 hari lamanya.
Constantinapole menjadi idaman untuk para pejuang Islam menyebarkan dakwah berdasarkan semangat Sabda Rasulullah ketika perang Khandak. Era pemerintahan Muawiyah bin Abi Sufian lagi telah bermula perancangan untuk menawan Constantinople.
Peperangan pertama yang berlaku pada tahun 44 Hijrah, namun tentera Islam yg dipimpin Abu Ayyub Al Ansari ( seorang ulama sahabat rasulullah ) tidak berjaya menembusi kubu Constantinapole yg sangat kuat. Gerombolan tentera Islam telah dikalahkan dan Abu Ayyub sendiri telah syahid bersama ribuan tentera Islam.
Kekalahan tentera pimpinan Abu Ayyub bukan kerana Iman mereka lemah. Mustahil seorang sahabat Rasulullah tidak menitikberatkan soal keimanan kepada tenteranya. Rumusan dari kegagalan itu kerana susun atur strategi yg tidak mantap dan tidak berpadanan dengan kekuatan musuh.
Strategi yg bijak juga memberi kemenangan kepada Panglima Thariq Ibn Ziyad berperang dengan tentera Raja Sepanyol Visigothic melalui Gibraltar. Kebangkitan di zaman kegemilangan Islam bertitik tolak melalui Iman yg kuat di samping strategi yg sistematik.
PRU12 membuktikan bahawa kejayaan PR menawan 5 negeri hasil kombinasi antara Iman yg teguh serta strategi yg sistematik. Tiada kemenangan di dunia hanya bersenjatakan Iman manakala tiada kejayaan di akhirat berbekal strategi tanpa panduan agama.
Kenapa PAS gagal menguasai Negeri yg mempunyai pantai terpanjang di Malaysia? Kenapa negeri yg dimasyhurkan mempunyai ahli2 PAS ramai hampir sejumlah dengan Ahli PAS Kedah dikuasai BN? Kenapa negeri yg didominasi pengundi melayu tidak mengikut jejak langkah Kelantan yg miskin dan senarai keahlian PAS tidak seramai Kedah?
bersambung
sekian dari cilipadi007
Sokong 100 % tulisan di atas, terutama bila melibat hak di bawah ni:
ReplyDeleteTGNA adalah benteng terakhir PAS dalam menentang agenda UG yg merupakan satu gagasan besar melibatkan pemimpin besar. Namun penentangan itu masih berkesan biarpun TGNA melepaskan MB kerana jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri dan Mursyidul Am perlu dikekalkan hingga akhir hayat.
pas ramai pemimpin pelapis berkebolehan.
ReplyDeletemereka tidak menonjol hanya kerana tidak diberi kesempatan menunjukkan kebolehan mereka.
bagaimana boleh dato husam atau dato nik amar tunjukkan kepakaran mereka bila tokguru masih tercokoh di situ.
high time for tokguru to go.
bagilah peluang kepada pemimpin lain pula.
inilah bahayanya bila kita terlalu melonjakkan taraf tokguru hingga mengabaikan kekukuhan organisasi.
perkara ini pernah disebut oleh banyak penganalisis, termasuk dr khazani dalam seminar 20 tahun dasar membangun bersama islam.
right time untuk tokguru serah mb pada pengganti.bolehlah tokguru tumpu pada tugas mursyidul am yg sentiasa kena tepis agenda ug
ReplyDeleteselagi puak2 ug wujud dlm pas tganu n pusat mesti agenda ug berterusan. pas kena waspada dgn puak2 ug hinggalah mereka tersungkur dlm pru13
wallahuaklam
wahai penulis, tahukah kamu bahawa fitnah itu berdosa besar
ReplyDeletewahai penulis, tahukah kamu melaga2kan orang satu dosa besar
wahai penulis, tahukah kamu memperlekeh2kan orang satu dosa besar,
wahai penulis, tahukah kamu dosa besar itu membawa ke neraka
wahai penulis, tahukah kamu neraka itu penuh dengan azab seksa
wahai penulis, bertaubatlah sebelum terlambat
aku heran btul dgn ngkou cilipadi
ReplyDeletetulisan ngkou cari slah silap tok guru dan pemimpin pas
ngkou ni sapa hah?
sapa tokey bayar upah ngkou tulis fitnah?