Hadis Rasulullah saw

"SEBAIK2 JIHAD ITU BERKATA BENAR DISISI PENGUASA YANG ZALIM"

Friday, February 5, 2010

BILA MENTERI PERTAHANAN ITU NAIB PRESIDEN UMNO

.
>Sabda Rasulullah saw CINTAKAN TANAHAIR ITU SEBAHAGIAN DARI AGAMA

Kelakar sungguh bila Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi membeitahu bahawa terdapat di kalangan anggota tentera yg mendedahkan Rahsia Pertahanan Negara kepada Kedutaan Asing. Betul ke Datuk? Ini bicara politik atau realiti? Baca di sini

Memang susah bila peneraju sesebuah kementerian lebih suka berpolitik. Bila bergelar Naib Presiden UMNO, sepanjang masa beliau bercakap soal politik. Tambahan pula dengan jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang yg diperintah PR.

Datuk Zahid jangan bermimpi nak rampas Pulau Pinang dengan taktik kotor macam beliau pernah lakukan pada Negeri Perak. Politik seribu kemungkinan tapi umpan yg sama belum tentu berjaya.

Betulke ada di kalangan anggota tentera telah bersyubahat dengan Kedutaan Asing mendedah rahsia pertahanan Negara? Ada lagi ke rahsia ketenteraan yg masih dikategorikan sebagai rahsia?

Sudah banyak rahsia pertahanan Negara terdedah sendiri, tak perlu ‘orang dalam’ untuk mendedahkannya. Cerita ketenteraan Malaysia dah jadi bahan lawak rakyat sudah bertahun lamanya.

Rahsia Pertama - Terbaru keluar cerita enjin jet pejuang tentera telah diseludup keluar Negara. Entah mana silapnya enjin pesawat pejuang boleh ‘diangkut ‘ keluar dan diberitakan berada di Negara Amerika Latin.

Sibuklah Menteri Pertahanan mencari ‘kambinghitam’ untuk mempertahankan kerajaannya yg korup. Maka dituduhlah beberapa anggota tentera berpangkat sarjan dan lain2 pangkat rendah. Logik ke Datuk?

Rahsia Kedua – Berapa ramai juruterbang terlatih TUDM terkorban kerana menjadi jurupandu pesawat Nuri, spesis pesawat zaman perang dunia ke 2 yg masih digunakan TUDM.

Rahsia ketiga – Bagaimana bentuk kawalan terhadap stor simpanan senjata bila berlaku kes kecurian senjata di Kem Tentera Grik angkara kumpulan Al-Maunah beberapa tahun lepas?

Rahsia Keempat – Bagaimana Negara akan kehilangan pesawat MIG 29 buatan Rusia kerana perjanjian yg pelik dan berat sebelah. Pesawat pejuang MIG 29 akan diserahkan balik kepada Syarikat Pengeluar setelah beberapa tahun penggunaannya yg telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Rahsia Kelima – Bagaimana dengan pembelian kapal selam Scorpene yg diberitakan tidak mampu menyelam untuk tempoh melebihi 2 jam? Pelik bin ajaib bila kapal selam tak boleh menyelam?

Rahsia Keenam – Bagaimana strategi pertahanan Negara bila aset strategik seperti KLIA, Pelabuhan2 dan loji janakuasa elektrik tidak dikawal oleh tentera? Sedarkah kita bahawa musuh hanya perlukan setengah jam untuk meletupkan loji janakuasa yg akan menyebabkan Malaysia lumpuh seluruhnya.

Ada baiknya Datuk Zahid pentingkan pertahanan Negara bila menjawat menteri Pertahanan. Hampir 25 juta mengharapkan Kementerian Pertahanan untuk menjamin keselamatan Negara dari anasir dari luar.

Janganlah Datuk Zahid terlalu pentingkan politik bila Berjaya sebagai Naib Presiden UMNO hingga mengheret warga tentera berpolitik. Tolong pisahkan antara politik dan ketenteraan kerana ia sangat penting untuk Negara kita.

Banyak lagi agenda politik yg boleh diketengahkan untuk mendapat “mileage politik” tanpa mengheret kerjaya suci warga tentera. Alangkah indahnya jika Malaysia memilikki Menteri Pertahanan yg berkecuali dan bukan dari kalangan politikus…

Apapun kesangsian rakyat terhadap politikus mengharapkan tindakan segera dari pihak berkuasa jika kenyataan Menteri Pertahanan itu berdasarkan fakta yg jelas. Kerajaan perlu menjalankan siasatan segera kerana ianya keluar dari mulut Menteri Pertahanan bukannya kakitangan ATM

Sebagai ingatan Datuk Zahid adalah Menteri Pertahanan Kerajaan Malaysia, bukan hanya untuk ahli UMNO dan BN sahaja tetapi untuk semua rakyat Malaysia samada PAS, PKR, DAP dan pengundi atas pagar.

Sekian dari cilipadi007

7 comments:

  1. Mat_Sempoi (mat_sempoi@yabedabedu.com)February 5, 2010 at 10:45 PM

    Masa Najib jadik Menteri Pertahanan... macam2 berlaku... Al-Maklum masa tu Rosmah berpangkat JENERAL 7 Bintang!!!

    ReplyDelete
  2. Anasir luar tak penting bagi Naguib. Yg lebih penting adalah ancaman dari dalam negara yg terdiri dari PR, Bala, Altantuya, Enjin Jet hilang, Komisyen kapal selam,komisyen Sukhoi, seludup RM k Dubai, Kes Liwat 2, 1Malaysia yg terumbang ambing dan imej sebagai menteri perdana yg terlalu kotor dapat digambarkan oleh rakyat.

    ReplyDelete
  3. salam,

    cuba pastikan samada ayat "CINTAKAN TANAHAIR ITU SEBAHAGIAN DARI AGAMA" itu betul-betul dari Rasulullah SAW ataupun kata-kata sahabat/kata-kata hikmat sahaja.

    wassalam.

    ReplyDelete
  4. Sabdha adalah Hadis...Yang ni aku tak pernah dengar...Sahih mana ni?

    ReplyDelete
  5. Aku menteri pertahanan..aku punya sukalah apa aku nak buat...jual kapal terbang ker, jual injin ker ,,kapal selam ker..korang boleh buat apa beb???. aku menteri yg masih ramai terenjut enjut nak cium tangan aku.. melayu tak sedar dek untung.

    ReplyDelete
  6. ok... logiknya kapal selam patut lebih lama menyelam daripada timbul...

    mungkin spec scorpene di luar sana tak bermasalah ? tapi yang dibeli oleh Kerajaan Malaysia macamana pulak?

    Sukhoi bila landing enjin masuk batu, tak mustahil kapal selam pun ada masalah... kereta kebal yg kita beli pun byk problem tang maintanance...

    cuba baca balik perenggan di atas, perkara rahsia biasanya ceritanya pelik2...

    ReplyDelete
  7. info tak betul, scorpene underwater endurance is more than 3 weeks.

    http://www.dcnsgroup.com/cen/scorpene_caracteristique.html

    check your facts before comments. then you make a fool out of yourself.

    ReplyDelete