"">FIRMAN ALLAH MAKSUDNYA :
>DAN BERPESANLAH KAMU DENGAN KEBENARAN…DAN BERPESANLAH KAMU DENGAN KESABARAN
Banggakah kita bila MPKB-BRI bakal untung RM 6.3j hasil pembangunan di Tapak Stesen Bas jalan Hamzah seperti laporan ini.
Tak pelik dan tak ajaib… inilah antara motto sebuah Bandaraya Islam. Segala kepakaran hasil buah fikiran cerdik pandai penguasa MPKB-BRI mendapat hasil lumayan dari pelaburan jangka pendek.
Banyak sangatkah nilai RM 6.3j? Berapakah harga semasa tanah seluas 24,500 kaki persegi di Jalan Hamzah Kota Bharu ?
MPKB-BRI kini seolah-olah ditadbir ‘remisier’ pasaran saham. Fokus utama ialah mencari untung, soal rakyat warga Bandar tak ambil peduli.
Bayangkan kalau dibina rumah murah untuk rakyat miskin di Bandar Kota Bharu…tak rugi tapi untungya tak besar. Inilah nasib rakyat marhaen kerana pilihanraya 5 tahun sekali. Andai Parlimen dibubar setiap tahun tentu nasib rakyat berubah setahun sekali.
Bayangkan dalam tempoh 20 PAS menjadi kerajaan, wujudkah kerja buat MPKB-BRI yang memberi lonjakan sokongan kepada PAS? Jauh panggang dari api.
Mentaliti peneraju MPKB-BRI sudah berubah .Baca di sini
Patutnya tanah 24,500 kaki persegi dibina bangunan untuk peniaga kecil ataupun rumah kos rendah. Berapa ramai warga Bandar yang miskin dan tidak mempunyai rumah sendiri?
MPKB-BRI sepatutnya menyelesaikan masalah Pasar Lama MPKB dan Arked UDA dengan membina Bazaar untuk peniaga kecil berpindah.Bukannya menyerahkan masalah kepada TGNA hingga terjerumus kedalam kemelut PMBK dan Bazaar Tok Guru.
Bilakah MPKB-BRI akan bersikap mesra peniaga kecil ? Alangkah baik kiranya rakyat Kelantan yang serba boleh dan berjiwa usahawan mendapat peluang hasil dari keikhlasan MPKB-BRI. Terfikirkah MPKB-BRI untuk menyediakan pelan induk peniaga kecil di Bandar Kota Bharu ?
Nampak sangat MPKB-BRI pro-kapitalis, tanah strategik milik MPKB-BRI hampir pupus satu persatu dibaham kapitalis. Pembangunan Bandar dirancang oleh kapitalis berorientasikan untung,untung,untung
Apakah Pelan Induk Peniaga Kecil pernah dibincangkan oleh MPKB-BRI bila mentadbir Bandar yg beridentitikan Peniaga Kecil?
Sebagai perbandingan aset antara MPKB-BRI ( yg diperintah Islam PAS ) dengan Majlis Bandaraya Kuala Trengganu ( MBKT diperintah sekular BN ) semacam ada jurang yang luas. Apakah ini konsep BALDATUN TOYYIBATUN WARABBUN GHAFUR… dalam Bandaraya Islam
Kebijaksanaan MBKT membina bangunan sendiri di atas tanah miliknya tanpa bekerjasama dengan pemodal.Langkah ini lebih selamat kerana tanah miliknya tidak berpindah milik dan menjadi aset berharga yg nilainya meningkat dari tahun ke tahun.
Siapakah menguasai polisi pelaburan MPKB-BRI? Isu ‘bail-out’ Tingkat 1 Bazaar Tengku Anis bukti MPKB-BRI melabur cukai rakyat untuk kepentingan individu tertentu. Apakah berbaloi nilai RM18j digunakan untuk membeli aset yg jauh lebih mahal dari harga semasa pasaran?
MPKB-BRI patut lebih realistik dalam menilai hartanah di Bandar Kota Bharu. Sedar atau tidak harga pasaran hartanah ( per kaki persegi ) milik MPKB-BRI di Kota Bharu kini hampir menyamai hartanah di segitiga emas Kuala Lumpur.
Apakah kita sudah berpuashati bila membangunkan Bandar Kota Bharu yg kononnya Bandaraya Islam tetapi menggadaikan tanah milik anak cucu kita? Apakah yg ditinggalkan untuk anak cucu kita bila semua tanah milik MPKB-BRI dibangunkan hasil kerjasama ( JV ) dengan syarikat pemodal ( kapitalis ) yg berorientasikan keuntungan semata-mata?
Semoga MPKB-BRI sedar dari lamunan kalimah keramat PEMBANGUNAN yg dibisikkan oleh golongan kapitalis. Marilah kita bersama menghayati maksud firman Allah “ WAHAI ORANG2 YG BERIMAN, JANGANLAH KAMU MENGAMBIL HARTA DI ANTARA KAMU DENGAN BATHIL ( TIDAK SEBENAR )
Sekian dari cilipadi007
Ana rasa kerja ahli majlis semua ini.depa nak kaya jgk mcm wakil rakyat pandai kumpul harta bertimbun
ReplyDeletempkb tak pernah ambil tahu mslh rakyat.asyik fikir untung dan duit ala islam
ReplyDeletebanyak dah puak2 tk lebai dok jual harta mpkb.tanah workshop jln telipot pun nak buat kondo.padang bas bagi parkson dan giant.
ReplyDeleterakyat tengok gigit jari jah
MPKB BRI??????????
ReplyDeleteSaya syor kan MPKB membuang dgn resmi BRI...
Memalukan ISLAM saja dimata org bukan islam..
slah siapa? tak boleh salahkan exco bandaran saja.lagipun exco sibuk bila dilantik pen su parti.kena bagi masa di kb dan kl
ReplyDeleteagaknya ada ke sesiapa yg dapat duit komisen bila mpkb jv dgn mana2 syarikat? halalke? islamke? teluske?
ReplyDeletesalam semua...
ReplyDeletekawe setuju jugok denge kebanyokkan komen cilipadi nii...
tapi jange la lebih2 sangat...
dok banding dengan MBKT.... tak keno weeeaa... kawe tok tahu apo tujuan demo... tok kan demo tok tahu bandaraya kuale terangganu tu do bedal duit royalti banyok mano baru buleh buat so-so projek tu... acu demo cek tehhhh... tanah bowoh MBKT... bulih sapo kebanyokkannyo...
acu demo cek ahli majlis bandaraya kuala terangganu... semua kayo make komisyen...
kawe tahu la demo nok bidah nik abduh... kawe pon raso dia tok layok jadi ahli majlih... tapi cari la perbandingan lojik gak sikit....
seksok.. ALLAH tanyo kito guuuu...
wassalam.
boring la dengar cite puak pas ni.hampehhhhhh takleh harap mcm umno
ReplyDeletesalam,
ReplyDeleteKalau agensi kerajaan dok kejar untung,mananya negeri berkebajikan,tak salah buat untung tapi berpada pada aje,contoh kalau Syt Air Kelantan berorientasikan keuntungan sapa yang merana .???,jangan dok ikut gat perangai umno tu... nahas kita dibuatnya.
Kejayaan agensi kerajaan bukan diukur kepada keuntungan yang besar tapi perkhidmatan yang ditawarkan kepada rakyat.
Saya cukup bimbang bahawa nasib harta tanah orang Melayu Islam dan bumiputera di Kota Bharu akan mengalami nasib yang sama seperti di Johor. Pengalaman kami dahulu di sana, nilai harta tanah Melayu Bumiputera di daerah Johor Bahru, Pontian, Kulai, dan Skudai tidak sampai 15% pun.
ReplyDeleteMemang maju, banyak bangunan besar, gedung2 kapitalis muncul dengan banyaknya. Maka banggalah orang Johor dengan kemajuan itu. Namun hakikatnya, banyak bangunan dan harta tanah adalah milik tauke tauke besar Cina. dan, yang lebih teruk adalah, mereka ialah tauke Cina dari Singapura. Bravo!
MPKB BRI nak cari jalan utk untung cepat? Hubungi Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah,
07-5555000. Khidmat nasihat mereka pasti cukup bernas. Good luck!
setuju komen nazman
ReplyDelete.baru nampak islamic
mpkb tak perlu cari untung banyak2 mcm syarikat korporat.
selesai mslh perumahan rakyat miskin, peniaga kecil, sampah dlm bandar, tikus di siti khadijah dll
Kalau duit dalam kantung MPKB-BRI kurang, darimana diaorang nak dapatkan duit nak bayar kos ahli-ahli majlis MPKB melawat serata dunia.. Turkey laa.., Bangkok, Jepun, Australia, Spanyol... abis pelusok.
ReplyDeleteItu pasallah MPKB kena jual harta2 dalam bandar Kota Bharu. Seorang ahli majlis pernah mengatakan : "Kita adalah pemilik kepada bandar Kota Bharu ini. Kitalah yang menjaga Kota Bharu. Kitalah 'tuan-tanah' Kota Bharu."
Seorang ahli majlis buat cadangan melawat ke luar negara..., yang lain sokong... bantahan? TIADA ... maka, 'halal' lah pemergian mereka tu...
Zaman dulu, warga PAS pakai kopiah berharga RM5-RM10 sebiji. Zaman sekarang, dah ramai benar yang pakai kopiah berharga ratusan ringgit...!
Nak jadi ahli majlis tidak memerlukan kebijaksanaan. Lantikan adalah upah politik kerana berjaya menaikkan si-anu si-anu jadi ADUN dan seterusnya menjadi exco-exco. Mereka ini adalah tukang2 kerah pengikut2 PAS, tukang2 bahagi-bahagi kain pelikat masa kempen mengundi, tukang2 cari penderma-pederma masa pilihanraya, tukang2 arah si Pak Dogol pergi panjat pokok kelapa nak buboh bendera PAS... semua tak payah guna banyak sel otak sangat.
Akhirnya, orang cerdik yang kena dibodohkan oleh tukang2 seperti ini. Jadi ahli Majlis MPKB lagaknya semacam jadi ahli kabinet dalam bandar Kota Bharu. Kelulusan? Peduli apa? Cukup seorang dua yang boleh dibuat 'kepala'. Loyar burok pun tak apa. Kepakaran mentadbir & merancang? Tak perlu.., janji ada political backing..!
Peduli apa dengan warga bandar...
saya nak tanya sepanjang 20 thn pas perintah apa jasa mpkb utk orang miskin? adake mpkb buat tanggungjawab sosial?
ReplyDeleteasyik2 lawatan ke luar negara je tau.....
ana cadang tahun 2010 ahli majlis mpkb melawat israel@ iraq@ afghanistan.sapa sokong angkat tangan
ReplyDeleteminta cilipadi korek lawatan ahli majlis 2009.hamba rakyat nak tahu
ReplyDeleteDengar MPKB ni duit tak dok..terpaksa jual harta sendiri untuk bayar gaji staf.
ReplyDeleteTapi dalam masa yg sama sibuk atur lawatan ke luar negeri.
Byk tempat dok jalan konon nya melihat negeri2 islam dan ingin mencontiho cara pentadbiran nya.
Nasihat saya gi SINGAPURA tgk camna cara dia urus bandar menjadikan NYA bandar terberseh di Asia.
Kita ni cakap byk lagi tambah BRI tapi bandar kotor, lori sampah macam tong sampah..islam yahudi nii...
PERABIS PITIH RAKYAT..
Korek cilipadi korek..rakyat kelantan tunngu pembongkaran dari anda
CUBA BONGKAR KENAPA KALAU ADA PROGRAM LAWATAN MPKB AKAN GUNA KHIDMAT TRAVEL AGENCY JASA TERATAI (SEBELAH HOTEL ANSAR)? KERANA SYARIKAT TU MILIK BINI TAKIYUDDINKAH? BONGKAR JUGA KENAPA KALAU ADA PERCETAKAN MPKB AKAN GUNA KHIDMAT GREAT WALL BELAKANG PERDANA? AHLI MAJLIS SI HAMID SEMAN PUN DAH TAU GOMOL PROJEK PERCETAKAN JUGAK LONI. DAH GURU KENCING BERDIRI, DIA PUN BUKA SYARIKAT JUGAK LA. TAKIYUDIN HAMPAS, TAU MAIN JE KERJA.
ReplyDeleteminta cilipadi buat surat terbuka pada ydp mpkb-bri... biar demo sedar sikit... kalu perangai demo tu lagu ni gak...lamo2 habislah harta rakyat... x dok gapo tinggal... doh semua tanah di jual... nmpk sgt betapa tak cerdiknya YDP dan ahli2 majlis nyer...nmpk untung jgka pendek jerr... x reti nk pikir untung jgka masa panjang... setaraf dgn pemikiran org kmpung yg sekolah takat darjah 3... jual tanah mesti dapat duit....tu semua org tau...
ReplyDelete