Hadis Rasulullah saw

"SEBAIK2 JIHAD ITU BERKATA BENAR DISISI PENGUASA YANG ZALIM"

Saturday, January 30, 2010

Royalti dan Disiplin PAS

.
"">WAHAI ORANG2 YG BERIMAN, PENUHI SERTA SEMPURNAKANLAH PERJANJIAN2

( Surah Al Maidah ayat 1 )

Entah kali ke berapa Stadium Sultan Muhd IV sekali lagi menjadi lokasi solidariti Rakyat Kelantan pada Malam 28/1/10. Ajaran TGNA masih melekat di hati sanubari rakyat Kelantan. Bila berdepan masalah besar karenah manusia zalim maka Allah tempat rakyat bermunajat. Baca di sini

Patutnya penjelasan Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah tidak dipersoal oleh Pemimpin Negara ( BN ) yg waras. Sudah nyata hak rakyat Kelantan untuk mendapat 5% royalti hasil dari pengeluaran minyak mengikut Akta Pembangunan Petroleum 1974.

Firman Allah maksudnya DAN JIKA ENGKAU MENGETAHUI ADANYA PERBUATAN KHIANAT DARI SATU KAUM ( YG MENGIKAT PERJANJIAN SETIA ) MAKA CAMPAKLAH ( PERJANJIAN ITU ) KEPADA MEREKA DENGAN CARA TERUS TERANG DAN ADIL. SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK SUKA KEPADA ORANG2 YG KHIANAT surah Al Anfal ayat 58.

Sejarah tuntutan royalti minyak bermula bila Dato Husam Musa Exco Perancangan Ekonomi berkempen pada PRK Manik Urai Kelantan. Reaksi pemimpin BN seperti selalunya menafikan hak Kelantan kononya tiada aktiviti pengeluaran minyak di Negeri Kelantan.

Hebat sungguh penolakan BN terhadap isu royalti hinggakan TPM sendiri mengesahkan Kelantan tidak berhak. Maka bersuara sumbanglah sekelian panglima BN Kelantan yg disifatkan “Deny Syndrome”. Klimasnya bila TPM berjanji untuk mengundang CEO Petronas untuk memberi penjelasan di Manik Urai 2 hari sebelum PRK tapi tidak tertunai hingga kini.

Usai PRK Manik Urai dengan kemenangan PAS dengan majoriti tipis, Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Exco telah melantik Dato Husam Musa sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Petroleum Kelantan. Bermulalah perjuangan secara rasmi Rakyat Kelantan menuntut hak mereka.

Alhamdulillah berkat kegigihan Dato Husam dan AJKnya serta doa rakyat, PM telah mengumumkan di Parlimen bahawa Kerajaan Pusat akan membayar ‘wang ehsan’ kepada Kelantan tak sampai 6 bulan dari tarikh tuntutan dibuat. Pelik dan diluar jangkaan manusia.

PM telah mengaku bahawa berlaku aktiviti pengeluaran hasil minyak di blok Bumi Selatan dan Kelantan akan mendapat ‘wang ehsan’ tapi disalurkan melalui JPP. Betullah pepatah orang tua “lembu punya susu, sapi dapat nama”.

Dato Mustapha Muhamad Bos UMNO Kelantan pula kini beria-ia bercakap soal ‘wang ehsan’ macam ini hasil “kecerdikannya”. Nada suaranya bertukar dalam sekelip mata yg dulunya berada di barisan paling hadapan menafikan hak Kelantan kini mengatur cara untuk pengagihan RM20j ‘wang ehsan’.

Patutnya Dato Mustapha meniru pendirian Ku Li yg sanggup berdepan risiko demi semangat tulen sebagai rakyat Kelantan. Sekalung tahniah buat Ku Li yg mementingkan kebajikan rakyat berbanding politik balas dendam. Jasa dan sumbangan Ku Li akan dikenang oleh rakyat hingga kiamat.

Intipati penerangan Ku Li dapat disimpulkan seperti berikut :

1 ) Rakyat Kelantan berhak mendapat royalti ( wang tunai ) 5% hasil pengeluaran minyak di perairan Kelantan seperti Trengganu, Sabah dan Sarawak

2 ) Negara Malaysia akan berdepan risiko besar ( keyakinan Pelabur Asing ) dari segi perundangan jika menafikan hak Kelantan seperti termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974

3 ) Kewujudan JDA bersama Thailand ialah kerana kecuaian Kerajaan Pusat BN yg membiarkan Thailand meneroka khazanah di Utara Pantai Kelantan. Bekas PM Tun Hussein Onn terpaksa bersetuju dengan tuntutan Thailand apabila berunding untuk membanteras kegiatan komunis di sempadan Malaysia- Thailand.

Apapun tahniah buat Ku Li, TGNA, Dato Husam Musa, Barisan Exco, NGO dan rakyat Kelantan kerana tuntutan yg dibuat hampir menjadi kenyataan. Firman Allah maksudnya “ PERTOLONGAN DARI ALLAH ITU DEKAT DAN BERGEMBIRALAH WAHAI ORANG2 YG BERIMAN”

Keputusan J/Kuasa Disiplin PAS

Firman Allah maksudnya:

WAHAI ORANG YG BERIMAN, JANGANLAH KAMU MENGAMBIL ORANG2 YG BUKAN DARI KALANGAN KAMU MENJADI ORANG DALAM ( YG DIPERCAYAI ). MEREKA TIDAK AKAN BERHENTI2 BERUSAHA MENDATANGKAN BENCANA KEPADA KAMU. MEREKA SUKAKAN APA YANG MENYUSAHKAN KAMU . TELAHPUN NYATA ( TANDA ) KEBENCIAN MEREKA PADA PERTUTURAN MULUTNYA, DAN APA YG DISEMBUNYIKAN OLEH HATI ( Surah Ali Imran ayat 118 )

Setelah beberapa bulan menunggu, akhirnya keluarlah keputusan J/Kuasa Disiplin PAS yg dipengerusikan Dato Tuan Ibrahim Tuan Man. Ada yg pro dan kontra dengan keputusan yg dibuat mengundang perbahasan berterusan. Baca di sini

Patutnya keputusan itu diterima warga PAS dengan hati terbuka tapi berlaku sebaliknya. Kenapa masih wujud golongan yg tidak berpuashati? Adakah kerana J/Kuasa Disiplin Pas memihak, pilih kasih @ tidak telus . Tepuk dada Tanya selera.

Nostalgia J/Kuasa Disiplin UMNO era peralihan Pak Lah kepada Najib sedikit menghantui memori penyokong PAS. Perbezaan hukuman di atas kesalahan yg sama ( Ali Rustam digantung dan Khairy Jamaluddin diberi amaran )

Pertimbangan J/Kuasa disiplim PAS nampak sedikit condong kea rah membela individu tertentu berdasarkan pangkat dan kedudukan. Apakah J/Kuasa Disiplin bertindak secara berkecuali dan mengambil kira kepentingan masa depan PR?

Tuduhan ke atas Dr Hassan Ali bukan kecil impaknya kepada PAS dan PR. Rasanya tidak memadai sekadar amaran bilamana beliau membuat kritikan secara terbuka isu SELCAT dan membidas Exco PR melalui sidang akhbar.

Tuduhan ke atas Khalid Samad juga agak berat. Prinsip parti tidak membenarkan minit mesyuarat parti didedahkan disamping menegur kepimpinan secara terbuka. Patutnya banyak ruang dan saluran untuk beliau meluahkan ketidakpuasan hati terhadap pemimpin. Penggantungan 6 bulan disifatkan adil sebagai pengajaran untuk beliau.

J/Kuasa Disiplin wajar berrtindak dengan bijak,adil dan telus. Bukan saja telus membuat keputusan tapi wajib dilihat telus oleh ahli-ahli PAS. Kewibawaan J/Kuasa Disiplin PAS mesti lebih berintegriti berbanding J/Kuasa Disipin UMNO yg sudah terpalit dengan pilih kasih.

UMNO sudah lali dengan lidah bercabang kerana ia dipimpin oleh pendokong korup. Sistem UMNO mesti dijauhi PAS yg berprinsip Islam.

Kewibawaan J/Kuasa Disiplin PAS mesti terpelihara dari sifat tercela. Warga PAS hendaklah memberi kepercayaan penuh kepada apa jua keputusan yg dibuat oleh Dato Tuan Ibrahim dan ahli2nya.

Marilah kita berlapang dada dengan pendirian J/Kuasa Disiplin PAS tanpa sebarang perjudis bersandarkan maksud Firman Allah dlm Surah An Nisa ayat 58 DAN APABILA KAMU MENJALANKAN HUKUMAN DI ANTARA MANUSIA, ( ALLAH MENYURUH ) KAMU MENGHUKUM DENGAN ADIL.

Sekian dari cilipadi007

17 comments:

  1. bn memang goblok tak tau jaga negara.pru13 mari kita pakat sokong pr demi nasib anak cucu kita semua.pas 4 all

    ReplyDelete
  2. saya tersentuh baca makna ayat 118 surah imran mcm ditulis cilipadi bab keputusan disiplin pas.
    minta dato t ibrahim perjelas maksud ayat itu dan maksud sebenar ayat itu yg ada kena mengena dengan kes di selangor.
    hebatnya mukjizat alquran yg memenuhi semua tuntutan hidup manusia.takbir!!

    ReplyDelete
  3. keputusan disiplin pas ikut telunjuk puak2 ug,perpaduang,perpaduang,perpaduang dari dulu kini dan selamanya

    ReplyDelete
  4. sdr cilipadi tak payah nak tonjol kehebatan husam dlm isu royalti.kalau tokguru tak serah kat husam tugas ni dia tak ke mana pun.ramai lg exco yg boleh buat kerja menuntut royalti.
    kuli tentu terkejut tengokr 40 ribu rakyat kelantan setia bersama tokguru walau berbagai isu ditimbulkan termasuk oleh cilipadi.personaliti tokguru masih hebat kerana dilindungi allah

    ReplyDelete
  5. hasan ali tu anak emas pas pusat.mesti kena jaga coz kroni cekgu pa.khalid samad kena hukum psl dilabel erdogan pro anwar...
    kalau umno double standard.bila pas buat ikut kitab mana?

    ReplyDelete
  6. jgn kita pertikai keputusan pucuk pimpinan.mereka ambil kira semua sudut bila buat keputusan.terima je la.jgn asyik kritik mcm kita pandai sgt

    ReplyDelete
  7. royalti hk kelantan.tak perlu pertikai

    hukuman hk lembaga disiplin.tak perlu pertikai

    yg baik dari allah,yg buruk dari manusia

    ReplyDelete
  8. tabik spring pada khalid samad.blh terima kena gantung dgn hati terbuka.inilah sikap future leader,berjiwa besar.

    good luck mp khalid samad

    ReplyDelete
  9. puas hati mustafa ali dan geng ug bila khalid kena gantung!!!

    ReplyDelete
  10. HIDUP KHALID SAMAD! HIDUP PR! HIDUP KEEBENARAN!

    LEPAS 6 BULAN GENG UG GIGIT JARI BILA TARING KHALID TAJAM KEMBALI......

    ReplyDelete
  11. Salam

    gantung 6 bulan tak cukup , mau 6 tahun la , khalid langsung tak menunjukan kekesalan bila dihukum , dengan sombongnya dia berkata akan buat lagi kalau Hassan Ali tak berubah ,apa ini !! , ini macam ke pemimpin Pas , tak taat pada ketua

    patut ditukar pesuruhjaya Pas Shah Alam kepada yang lain , yang bersopan serta berbudi bahasa

    kita tak mau pemimpin yang berjuang untuk glamour saja

    ReplyDelete
  12. tukar khalid samad, tukar hasan ali, tukar mustafa ali, tukar hadi awang, tukar nasa, tukar semua org.

    ganti dgn cilipadi yg bijak pandai

    ReplyDelete
  13. Anda bercakap pasal 'rakyat' kelantan atau PAS kelantan?

    Tidakkah wang ihsan juga disalur untuk rakyat kelantan?

    Atau anda tidak tahu pas juga ada kroni & kontraktor yg menunggu projek dari hasil patroleum tersebut?

    Almenantunya macam mana? Berputih mata tak dapat duit?

    ReplyDelete
  14. setuju komen di atas

    wang ihsan dari royalti tak penting asal rakyat kelantan dapat merasa limpahan duit.

    kalau pas dapat royalti mesti diurus oleh kabinet pulau melaka.

    almenantunya letak jawatan cuma sekadar wayang utk tutup kesilapan bazaar t guru dan jalan stonor

    ReplyDelete
  15. Aku nampak takde beza keputusan pengerusi JKD terhadap Hasan Ali dan Khalid Samad berbanding keputusan pakcik pengerusi JKD terhadap menantunya dan pegawai kanannya. Menantu tersayang beri notis 3 bulan tapi pegawai kanan diberi notis 24 jam. Kalau wala' dituntut terhadap keputusan pakcik pengerusi JKD maka wala dan thiqah juga dituntut terhadap keputusan pengerusi JKD.

    ReplyDelete
  16. cilipadi takdok posting baru weh.abis idea ko???

    ReplyDelete