Hadis Rasulullah saw

"SEBAIK2 JIHAD ITU BERKATA BENAR DISISI PENGUASA YANG ZALIM"

Sunday, January 24, 2010

SURAT CIKGU MUSA SALLEH KEPADA PIMPINAN

.
FIRMAN ALLAH MAKSUDNYA :
DAN KATAKANLAH ( WAHAI MUHAMMAD ) AKAN DATANG KEBENARAN, DAN AKAN LENYAPLAH KEBATHILAN, SESUNGGUHNYA KEBATHILAN ITU SEPERTI BUIH DI LAUTAN

Seorang sahabat ‘istimewa’ telah memberi Cilipadi sepucuk surat yang dihantar oleh Cikgu Musa Salleh kepada pucuk pimpinan PAS. Isi kandung surat itu memberi gambaran kedudukan beliau yang tersepit bahana konspirasi untuk menjatuhkannya.Baca di sini

Adalah lebih molek kandungan surat ini didedahkan untuk membersihkan arang yang terconteng di landskap politik Arwah Cikgu Musa Salleh. Terpulang kepada kita untuk menjadi hakim hasil skrip tulisan beberapa pemimpin yang kita kasihi.Sabda Rasulullah saw BERKATA BENARLAH SEKALIPUN PAHIT.

Surat Cikgu Musa terpaksa di edit tetapi tidak lari dari maksud versi asal kerana isi kandungan surat tersebut terlalu panjang 14 m/s kesemuanya.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Dengan Nama Allah Tuhan Yang Amat Murah lagi Amat Mengasihani, Tuhan Yang Maha Besar Lagi Maha Berkuasa,Tuhan Yang Mendengar Lagi Maha Mengetahui, Tuhan Yang Maha Melihat Lagi Maha Bijaksana, Tuhan Yang Maha Adil Lagi Maha Pembalas.

Cikgu Musa Bin Saleh,

Kg Wakaf Lanas,16800 Pasir Puteh, Kelantan Tel : 09-762194

24 November 1993

Kepada yang dihormati lagi dikasihi,

Kepada yang dihormati lagi dikasihi,
1) Sdr Setiausaha J/Kuasa Tatatertib merangkap Setiausaha Agong PAS
2) Al Fadhil Tuan Guru Mursyidul Am Pas Pusat
3) Al Fadhil Ustaz Presiden Pas Pusat
4) Al Fadhil Tuan Guru Timbalan Presiden Pas Pusat
5) Al Fadhil Naib-Naib Presiden Pas Pusat
6) Sdr Bendahari Pas Pusat
7) Al Fadhil Tuan Guru Ketua Dewan Ulama Pas Pusat merangkap Pesuruhjaya Pas Kelantan
8) Al Fadhil Ust Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat
9) Sdr Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat
10) Semua AJK Pas Pusat
11) Setiausaha Syura Ulama Pas Pusat

PER : POHON BATALKAN SERTA MERTA PENGGANTUNGAN KEAHLIAN PAS MUSA SALEH K/P 2429511

Dengan hormat takzimnya merujuk surat saudara PAS/PA/1.06/Jld 1 bertarikh 23 Jamadilawal 1414 bersamaan 8 November 1993 berhubung dengan perkara di atas, telah selamat saya terima dan faham.Diucapkan terima kasih.

2. Dengan perasaan terperanjat sedih dan pilu, dukacita saya nyatakan, bahawa tindakan penggantungan keahlian Pas saya yang dibuat /dihukumkan ke atas saya oleh Jawatankuasa Tatatertib Pas Pusat yang bersidang pada 8 November 1993 sesudah menimbang satu Representasi yang dikemukakan oleh Badan Perhubungan Pas Kelantan mendakwa kononnya dalam beberapa ketika dahulu hingga sekarang bercanggah dan berlawanan dengan Parti.
Tinadakan itu adalah suatu tindakan prejudis, dzalim dan kejam serta mengandungi unsur2 yang tidak sihat, seolah-olah “ ada udang disebalik batu” yang dilakukan oleh Kepimpinan Pas di bawah Pimpinan Ulama ke atas saya yang mendakwa kononnya hendak melaksanakan hukum Islam secara keadilan dengan berpandukan Al Quran dan As sunnah.

2.1 Beginikah caranya pembalasan atau pengurniaan habuan kepada saya yang berjuang bermati2an siang dan malam dengan penuh penderitaan dan azab sengsara, mengorbankan harta benda, tenaga dan titik peluh serta nyawa hampir2 melayang bagi menghidupkan Parti Pas yang hampir berkubur di Kelantan setelah mengalami kekalahan teruk di dalam Pilihanraya Kebangsaan 1978 dahulu, yang hanya tinggal DUA kerusi Dewan Undangan Negeri ( Sering dan Manek Urai ) dan DUA kerusi Parlimen ( Pengkalan Chepa dan Bachok ), ketika itu diibarat “ayam tak patuk,itik tak sudu.” Kata pepatah orang tua2 “ Bunga yang saya berikan, tapi tahi yang dibalaskan”.” Susu yang saya berikan, tetapi tuba pula yang dibalaskan”. “ Bunga dipersunting, perdu diberekkan”.

2.2 Begitu juga bagaimana bersusah payahnya saya untuk menjayakan kerjasama antara Parti Semangat 46, Bersa dan Hamim ke dalam Angkatan Perpaduan Ummah ( APU ), sehingga di waktu saya pergi tolong banti pilihanraya kecil bagi Parti Semangat 46 ( ketika itu masih digunakan calon Bebas ) bagi Parlimen Johor Bahru yang calonnya ialah Dato Shahrir Samad dan DUN Parit Raja yg calonnya ialah Hamdan Yahya, pada masa itu, terutama waktu saya mengempen menyokong Bebas ( Dato Shahrir ), saya dituduh dengan perkataan keji oleh penyokong2 PAS “ Cikgu Musa kafir, toghut, murtad dll” sehingga sibuk di merata2 bercakap suruh pecat saya daripada ahli PAS. Boleh dikatakan ketika itu semua Pemimpin2 PAS seluruh Kelantan dari semua golongan menentang habis2an kerasama dengan Parti Semangat 46 ( ketika itu Bebas ) dan ada diantara Pemimpin PAS yang mengatakan dalam ceramah umum, samada UMNO Mahathir maupun UMNO Ku Li ( Tg Razaleigh –BEBAS/46) “ ibarat biawak seekor kerat 2, kepala pun biawak, ekor pun biawak”. Tetapi bila Berjaya menjadi Kerajaan dalam APU dan Berjaya membentuk Kerajaan di Kelantan, mereka dapat nekmat, tetapi saya dihina dan dipersendakan dengan berbagai cara sehingga digantung keahlian dan berkemungkinan besar akan dipecat daripada ahli PAS.

3. Kenapakah tindakan penggantungan keahlian PAS ke atas saya baru sekarang dilakukan diwaktu menjelangnya mesyuarat agong PAS kawasan Pasir Puteh pada 29/11/1993 akan datang ini. Sepatutnya tindakan itu dilakukan selepas saya mengadakan wawancara dengan TV1 & TV3 serta persidangan akhbar tempatan pada 5/2/1992 membuat kenyataan perletakkan semua jawatan saya di dalam Parti PAS dan Ahli Majlis Daerah Pasir Puteh serta salinan surat perletakkan jawatan itu telah saya utarakan kepada sudara ketika itu sepertimana Photostat surat tersebut yang dikembarkan bersama ini, disamping ketika itu disusuli ceramah terbuka saya kepada umum di beberapa tempat di Kelantan menerangkan kenapa dan mengapa saya meletakkan semua jawatan tersebut, itu pun mesti mengikut prosedur parti yang betul sepertimana yang dikehendakki oleh Islam dan Undang2, iaitu mestilah mengadakan perbicaraan di hadapan J/Kuasa Tatatertib Parti terlebih dulu.

4. Saya tahu kenapa dan mengapa tindakan penggantungan keahlian PAS saya baru sekarang dilakukan, “ ibarat kata orang tua…Kilau dan kilau ikan di lautan, tahulah saya jantan betinanya”, “ Masakan tempua bersarang rendah, kalau tidak kerana padi sedang menguning”. Tindakan itu adalah semata2 untuk mencegah/ menghalang saya daripada bertanding jawatan YDP atau AJK PAS Kawasan Pasir Puteh, Kelantan yang akan diadakan pada 29/11/1993 ini.

4.1 Pihak Badan Perhubungan PAS Kelantan tahu yang Insyaallah kemungkinan besar saya akan dipilih @ dilantik menyandang semula jawatan YDP PAS Kawasan Pasir Puteh untuk sessi 1993/1995 di dalam mesyuarat agong itu.

4.2 Oleh kerana pihak Kepimpinan Badan Perhubungan PAS Kelantan tahu yang kemungkinan besar saya akan dipilih @ dilantik semula jawatan YDP Kawasan Pasir Puteh itu di dalam mesyuarat agongnya, maka itulah sebabnya :

4.2.1 Badan Perhubungan PAS Kelantan menasihatkan kepimpinan PAS Kawasan Pasir Puteh , supaya tidak mengadakan mesyuarat agong elum daripada siding muktamar PAS Pusat pada bulan Jun 1993 yg menyebabkan PAS Kawasan Pasir Puteh telah tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam muktamar itu. Ini adalah satu amaln yang tidak sihat dan bertentangan dengan Islam.

4.2.2 Selepas muktamar PAS Pusat itu, berkali2 pula tarikh mesyuarat agong PAS Kawasan Pasir Puteh ditunda, mula2 ditetapkan pada pertengahan bulan julai, kemudian ditunda pada bulan Ogos, kemudian bulan September, kemudian bulan Oktober dan akhir sekali ditetapkan padab 6/11/1993 dengan berbagai2 helah dan alasan, termasuk YB Ust Haji Omar selaku Speaker Dewan Negeri merangkap Pengerusi Tetap PAS Kawasan Pasir Puteh berada di luar negeri.

4.2.3 Pada 30/10/1993 Badan Perhubungan PAS Kelantan telah mengadakan pertemuan dengan AJK Pas Kawasan P/Puteh di Pejabat Perhubungan PAS di Kota Bharu. YAB TGNA Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan meminta supaya mesyuarat agong PAS Kawasan P/Puteh pada 6/11/1993 itu hendaklah ditangguhkan kepada selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan yang akan bersidang pada 20 hingga 25/11/1993 dengan alas an “ PAS Kawasan P/Puteh tidak memaklumkan tarikh mesyuarat agong pada 6/11/1993 itu kepada Perhubungan PAS Kelantan terlebih dahulu. Alasan itu amat tidak logic. Kemudian dapat persetujuan bersama tarikh mesyuarat agong Kawasan P/Puteh itu ditetapkan pada 29/11/1993.

4.3Apakah muslihat sebenarnya mesyuarat agong PAS Kawasan P/Puteh pada 6/11/1993 itu ditunda kepada 29/11/1993, rupa2nya pihak Badan Perhubungan PAS Kelantan menunggu surat resmi Penggantungan Keahlian PAS saya daripada Pejabat Agong PAS hasil daripada representasi YAB TGNA Pesuruhjaya PAS Kelantan dan konco2nya. Budak bodoh sekalipun mengerti dan faham apa maksud yang sebenar apa yang tersirat di sebalik yang tersurat. Sungguh ganjil dan memalukan.

5.Saya juga sangat hairan, kenapa dan mengapakah YAB TGNA dan konco2nya sejak dari 1987 ( tahun Mesyuarat Agong PAS Kawasan P/Puteh) hingga sekarang tak habis2 berdendam dan sakit hatinya kepada saya hingga sanggup membuat representasi kepada J/Kuasa Tatatertib PAS Pusat yang mendakwa kononnya tindak tanduk dan aktiviti saya dalam beberapa ketika dahulu hingga sekarang adalah bercanggah dan berlawanan dengan kepentingan parti yang mana sekarang baharu mendesak supaya mengambil tindakan disiplin parti kepada saya, kalau benar apa yang didakwa:

5.1.1 Sepatutnya sesudah saya meletakkan jawatan YDP dan semua jawatan dalam PAS sejak tahun 1992 ( 5/2/1992) hingga sekarang PAS P/Puteh bertambah maju, aman dan damai. Tetapi sebaliknya pula makin bertambah tidak sehat dan kecoh sehingga menyebabkan :

5.1.1.1 Mengikut pendapat saya bahawa AJK PAS Kawasan P/Puteh yg ada pada hari ini adalah tidak sah kerana melanggar/ bercanggah dengan Perlembagaan PAS sepertimana berikut :

5.1.1.2 Fasal 24 (2) dan Fasal 24 (5) – maksudnya sudah luput @ terlepas tarikhnya (lebih daripada DUA tahun ), yang mana mesyuarat agong pemilihan PAS Kawasan P/Puteh berlaku pada 29/4/1991

5.1.2 Pada tahun 1992 ( tahun saya meletakkan jawatan ) mesyuarat agong PAS Kawasan P/Puteh terpaksa berlaku DUA kali mesyuarat baharu sah.

5.1.3 Pada tahun ini juga ( 1993) berlaku macam2 karenah,angkara, kempen mengempen, lobi melobi dimainkan oleh Yb Ust Muhamad b Husin ( ADUN Gaal ) sebagaimana budaya UMNO, sehingga tergamak mengadakan perjumpaan kumpulannya dengan menyembelih lembu di tempat maksiat ( Perkelahan Jeram Linang, Gaal ) bagi membincang supaya memilih kumpulan mereka menjadi Ketua dan AJK, samada PAS Kawasan, sehingga senarai nama2 calon dikemukakan, lebih2 lagi calon Dewan Pemuda, semua nama2nya dan gambar dimasukkan ke dalam Poster dan dikemukakan kepada umumPerbuatan ini adalah asabiyyah, yg sepatutnya amalan itu tak wujud dalam Harakah / Jemaah Islam terutama Parti PAS kita.

5.2 Saya yakin Insyaallah PAS Kawasan P/Puteh tidak akan aman damai harmonis buat selama2nya selagi pihak Badan Perhubungan PAS Kelantan tidak berhenti dari kegiatan membela dan berikhtiar untuk menaikkan/ menjadikan YB Ust Muhammad Husin itu menjadi pemimpin (YDP) PAS Pasir Puteh, sedangkan sebilangan besar ahli2 dan cawangan2 tak dapat menerimanya, kerana mereka tahu siapa sebenar YB Ust Muhamad Husin itu “ telunjuk lurus, kelingking berkait”, yg mana PAS Kawasan mulai huru hara dan kacau bilau tidak berhenti2 dari dahulu sampai sekarang dicetuskan oleh YB Ust Muhamad Husin ( mulai Yb Ust Muhamad Husin datang ke P/Puteh pada tahun 1985) untuk mengambil alih pucuk pimpinan PAS Kawasan P/Puteh. Selagi cita2nya tak tercapai, selagi itulah kegiatan sumbangnya itu tak akan berhenti.

5.3 Setahu saya PAS Kawasan Bachok juga turut dihalang oleh Pejabat Agong PAS drpd mengambil bahagian dalam Muktamar PAS Pusat, yg kononnya mesyuarat agong PAS Kawasan itu didakwa tidak sah. Saya hairan kenapakah peristiwa itu boleh berlaku, sedangkan Kawasan Bachok itu salah satu drpd Kawasan PAS Kelantan ramai terdiri drpd tokoh2 yg terpenting PAS dan Kerajaan Kelantan :
Hj Mohd Amin Yaakob - Timb P/Jaya PAS merangkap Penasihat Khas MB
YB Ust Omar Mohamad - S/Usaha Badan Perhubungan PAS merangkap speaker DUN
YB Ust Idris Ahmad - YDP PAS Bachok merangkap EXCO Kelantan
Ust Hassan Mahmood - Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan
Ust Wan Nik Yusof Ngah- S/Usaha Kerja Badan Perhubungan PAS Kelantan
Ust Shaari Awang - S/Usaha Kerja Dewan Ulama PAS Kelantan
YB Ust Buniyamin Yaacob – Pegawai Penerangan merangkap S/Usaha Lajnah Penerangan PAS Kelantan

5.4 Saya juga mendapat tahu samada benar @ tidaknya ( wallahuaklam) di Kawasan lain di Kelantan ada dengan masalahnya masing2 berlaku peristiwa yg tak sihat.

5.5 Sesungguhnya peristiwa2 dan tragedy yg berlaku sepertimana yg saya sebutkan di atas itu dan beberapa perkara yg tak sihat terhadap Kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) Kelantan di atas ketidakcekapnya kepimpinan TGNA dan konco2nya seperti Ust Mohd Amin Yaacob,Hj W Abd Rahim W Abdullah, YB Ust Yahya Othman, YB Ust Muhamad Husin, YB Hasan Abdullah. Di samping Qada Tuhan Yang Maha Pembalas, kerana menzalimi dan mengkhianati ke atas saya dan PAS P/Puteh melebihi @ melampaui batas, supaya sedar dan insaf serta kembali kepada AL Quran dan As Sunnah. “ Keroh air di kuala disebabkan keruh air di ulu terlebih dahulu”, “rosak bawang ditimpa jambaknya”.

6. Sukacita juga saya menarik perhatian, bahawa sesungguhnya apa yang didakwa tindak tanduk dan aktiviti politik saya itu bercanggah dan berlawanan dengan Parti, adalah tidak benar. Apa yang saya lakukan itu adalah semata2 menentang secara terus terang dan terbuka di atas tindak tanduk dan perilaku TGNA dan konco2nya kepada saya dan PAS P/Puteh dari dulu hingga sekarang tidak berhenti2 yg telah dan boleh mengancam dan menjejaskan kestabilan dan kesinambungan

6.1Parti PAS dan kewibawaan Kepimpinan Ulama sepertimana berikut : 6.1 Bermula tahun 1985, bila Ust Muhamad Husin dating ke P/Puteh bersama rakan2nya dari Kota Bharu ( termasuk Ust W Mustafa Rushdi Ab Ghani, Ust Othman Ab Wahab dll ) dan seorang dari trengganu bernama Zainal Abidin Husin untuk menggulingkan saya drpd memegang jawatan YDP PAS P/Puteh. Maka bermulalah kecoh dan huru haranya PAS P/Puteh.

6.2 Dlm majlis Mesyuarat Agong PAS P/Puteh pada tahun 1985,Ust Muhamad Husin dan rakan2nya cuba menggulingkan saya daripada jawatan YDP PAS P/Puteh dengan melagakan antara saya dengan arwah Tuan Guru Ahmad Daud ( Naib Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan, Alhamdulillah saya menang.

6.3 Pada tahun 1986, Jasin B Isa ( Pakda Yasin) orang kuat dan pengawal tubuh Ust Muhamad Husin telah menampar muka Che Man Che Ahmad ( S/Usaha PAS P/Puteh) di atas pejabat PAS P/Puteh kerana Pakda Yasin itu tidak Berjaya untuk menjadikan Ust Muhamad Husin mempengerusikan majlis ceramah Ust Fadhil Nor dan saudara Ridhuan Onn di Kg Gong Serapat P/Puteh

6.4 Selepas sahaja selesai majlis ceramah itu, Ust Muhamad Hussin telah tidak memberitahu berapa banyak jumlah wang didapati daripada hasil pungutan derma kilat majlis ceramah itu dan wang derma minum the kepada kepimpinan PAS Kawasan, malahan kepada tuan rumah tempat ceramh itu sendiri dan melarikan wang itu tanpa pengetahuan kami.Selang beberapa lama selepas itu ( berbulan2 ) bari diserahkan wang itu kepada PAS Kawasan dengan kenyataan yang tidak terang dan lengkap serta wang tidak cukup sepenuhnya. Sampai sekarang wang bakinya masih belum diserahkan lagi kepada PAS Kawasan.

ber bersambung