.
Kedapatan ramai bersoal jawab apa cerita apa musabab Dol serbatahu hingga dinobatkan Ketua Tinggi Pangkat Pusat Perut Muda oleh Menteri Agong Wali Abdal tidaklah diketahui akan hamba rakyat negeri Gerbang Bulat.
Adapun sudah menjadi adat resam negeri taat kepada pemerintah tanpa sedikit musykil adanya.Arakian kekurangan Wali Abdal adalah suka akan dia campur adukkan hal dapor bersama hal siasah negeri adanya.
Kedapatan ramai bersoal jawab apa cerita apa musabab Dol serbatahu hingga dinobatkan Ketua Tinggi Pangkat Pusat Perut Muda oleh Menteri Agong Wali Abdal tidaklah diketahui akan hamba rakyat negeri Gerbang Bulat.
Adapun sudah menjadi adat resam negeri taat kepada pemerintah tanpa sedikit musykil adanya.Arakian kekurangan Wali Abdal adalah suka akan dia campur adukkan hal dapor bersama hal siasah negeri adanya.
Mengikut tuan empunya cerita pemuda Dol Serbatahu ini sangat culas membodek mertuanya Wali Abdal dan isterinya Dang Anum Setia.Alkisah bagi menambat hati mertua laki bini dibinanya sebuah mahligai di Tasik Pauh Jangi tempat bersemayam salasilah Wali Abdal sejak dahulukala zaman berzaman.
Sayugia diingatkan bahawa Wali Abdal dari keturunan Dewa-Dewi asal Raja Serama dan Sita Dewi dan moyangnya Tomarisi Mata Api.
Arakian timbul bermacam cerita tatkala mengundur ke belakang berhikayat hal-hal kecil remeh temeh sebelum Dol Serbatahu memilih hari baik bulan baik mula membina mahligai.Adapun besarnya mahligai Dol Serbatahu tidaklah seberapa cumanya sekecil saiz padang bola adanya.
Gegak gempita sekelian rakyat tetangga tatkala mula kerja besar kerana Dol Serbatahu tersengaja mengambil tanah rizab jalan kaki ditepi tanah pusaka nenek moyang.
Maka berbalah berkelahi Dol Serbatahu dengan sekelian rakyat tetangga tak bertegur sapa menjawab salam hinggalah hari ini jua.
Amatlah besar amarahnya Ku Semail Gagak Kurus tatkala menjadi rakyat tetangga Dol Serbatahu. Adapun Dol Serbatahu tidak ambil kisah pasal tetangga kerana tabiat riaknya makin membesar.
Berpantang Dol Serbatahu dimaki hamun oleh tetangganya maka mengadulah akan dia kepada Wali Abdal laki bini dengan tokok tambah busuk hatinya.Kepada mertuanya diadukan bahawa rakyat tetangga mendengkikannya lalu menabur fitnah durja bermacam-macam.
Kadangkala berlapik lembut lidah seperti ekor cicak kubing adanya tatkala bermadah di hadapan mertua dan ipar duai sepupu sepapat sekeliannya.Apa jua perkara yang busuk meloyakan akan terhidu manis dan wangi gerangan putar alam Dol Serbatahu.
Sesetengah riwayat menceritakan bahawa Dol Serbatahu bijak berputar belit sejak belum akhil baligh lagi.Ayahandanya Paduka Mamak Ceti sangat berbesar hati bangga diri tatkala Dol Serbatahu dijulang sebagai juara “Persembahan Putar Belit Anak Kecil” tatkala puteranya berumor 4 tahun adanya.
Maka amat betullah segala ramalan ‘Ahlil Nujum Daerah Kerini’ akan kelahiran Dol Serbatahu yang pelik lagi ajaib tandanya.
Adapun Dol Serbatahu terlalu kuat main wayang depan mertuanya.Maka itu dinihari sudah bangun berjalan bergelek ke masjid untuk tunjuk waraknya.Adakalanya solat subuh dikerjakan berlebih-lebihan 4 rakaat,ada juga 6 rakaat kerana tawadduk akan dia.
Mengikut dongeng empunya cerita Dol Serbatahu tersalah bangun lewat pada satu dinihari.Maka dijadikan cerita berkejar berlarilah dia untuk bersolat di saf hadapan dengan tiada mengambil wuduk akan dia.
Usai solat bersegeralah Dol Serbatahu bangun terjun ke dalam kolah untuk mengambil wuduk secara ‘jamak senohong’ akan dia. Maka tersenyum kambinglah akan Wali Abdal kerana kewarakan menantunya.
bersambung .......................................................................cilipadi007.blogspot.com
hahaha kisah almenantunya kaki bodek ampu kelentong semua jenis auta
ReplyDeletewatak dol serbatahu sindiran untuk siapa?
ReplyDeletehahaha...bijak sungguh pemuda itu.silap hb boleh jual 1 negeri ni
ReplyDeletetak caya tunggu pru13
ralit weh cerita niiii...sambung jgn tak sambung..
ReplyDeletemujur terjun kolah, kalu terjun sungai........
ReplyDeletebaso jenis ore peruh hudoh ni nya wat blako.asal boleh kikih harta.dengar cite nok jadi tok wakil plk
ReplyDeleteIndah bahasa lama petikan cerita tuan.selamat maju jadi di alam siber maya
ReplyDeleteMemang ado satu MAKHLUK yg kerja di PMBK,watak dia saling tak tumpah @ sebijik macam DOL SERBATAU
ReplyDeleteadakah dol serbatahu itu almenantunya??????????????
ReplyDeleteadakah dol serbatahu itu almenantunya??????????????
ReplyDelete