Hadis Rasulullah saw

"SEBAIK2 JIHAD ITU BERKATA BENAR DISISI PENGUASA YANG ZALIM"

Sunday, January 17, 2010

Hikayat 2001 Malam ( Part 3 )

.
Adapun ramai khalayak yang nyata terang lagi bersuluh menaruh syak wasangka akan Dol Serbatahu kerana mengikut geran peranakannya hanya termaktub gelaran Serbatahu bin Mamak Ceti.

Maka berteka tekilah siang malam akan hamba rakyat mengadap sekian ramai ahlil nujum tersohor gusar yang amat akan gerangan apakah dicanang asal usul kalimah Dol.

Sayugia diingatkan mengikut adab tertib negeri Gerbang Bulat hanya orang berpangkat besar bijak pandai menggali lombong garam sahaja dimasyhurkan gelaran Dol dipangkal nama adanya.

Arakian semakin besarlah syak wasangka hamba rakyat tatkala mengetahui bahawa Dol Serbatahu tiada pernah akan dia menggali lombong garam.Maka bercerita akan rakyat seloka lucu mencuit hati sekian banyak orang akan kepelikan Dol Serbatahu dari dusun ke pondok,pondok ke desa,desa ke pekan, pekan ke ibukota Darul Bulat.

Apakala sekian ramai hamba rakyat tua muda miskin kaya bersendaloka akan kepelikan Dol Serbatahu maka terbisiklah kalam jenaka kepada Menteri Agong Wali Abdal.Amat besarlah amarah Wali Abdal tatkala sampai khabar cerita loya tekak lagi busuk mencecah menantu yang mulia lagi bijaksana padanya.

Kerana akan gundah gulana yang amat bilamana Dol Serbatahu dihidu sebagai lawak jenaka maka bermohon ke depanlah Wali Abdal membela betul duduk akan menantunya.

Maka Wali Abdal dengan muka merah mata tajam membuat dalil helah bagi menyuci diri akan menantunya yang sudah hilang semangat KAMBING JANTAN tidak tahan dengan karenah hamba rakyat adanya.

Adapun Wali Abdal pun perintah sekalian tukang lapor masuk mengadap di Kota Darul Bulat bagi mencuci arang hitam legam yang menjadi bedak di muka Dol Serbatahu.

Mengikut tuan empunya hikayat Wali Abdal melayan sekelian tukang lapor dengan amat baik,diberi hidu bau kepala rusa tunggal yang telah dijampi mentera bersama setalam kuih tahi itik adanya.

Adapun sekelian tukan lapor tidak dapat menelan walau sekelumit lauk pauk kerana hormat pada puasa tengah bulan.Maka kenyanglah sekelian tukang lapor tatkala pecah liur menghidu sekian banyak makanan terlazat seperti lidah naik ketuat adanya.

Apakala sekelian tukang lapor sudah kenyang pecah perut menghidu bau maka Wali Abdal beritahulah akan tujuan faedah dipanggil datang mengadap dengan tiada tangguh akan dia.

Maka dipaksa terima sekelian tukang lapor bahawa Dol Serbatahu sangat alim,suka akan dia solat di saf depan,suka akan dia cuci kolah surau,suka akan dia makan sireh dengan garam,suka akan dia makan kulat pusu jantan.

Makanya dengan tiada rasa malu alah Wali Abdal bersabda puja memuji Dol Serbatahu layak gantung tinggi tanam dalam jual jauh di depan mata tukang lapor lagak seperti terkena MINYAK SENYONYONG TOK BATIN ORANG ASLI oleh menantu di hati anak di mata.

Arakian bilamana Wali Abdal bercakap berpuji akan harum wangi menantunya Dol Serbatahu, maka keluarlah fatwa dari mulut manis Wali Abdal terselak cerita hikayat ‘CAH KETING KERAT PAHA IKAT TANGAN ’ budaya lama zaman purbakala di negeri Gerbang Bulat adanya.

.Adapun sekian tukang lapor merasa pelik toleh kiri kanan tatkala mendengar sabda Wali Abdal.Ada juga sebahagian tukang lapor yang ketawa terbahak-bahak geli geleman dengan tingkahlaku Wali Abdal seperti NAIK PERAHU KAYUH SENDIRI adanya.

Arakian telah berlalu 2 purnama maka pecah tembelang pula kisah tabiat buruk siku Dol Serbatahu yang tidak dapat dibilas dengan airmuka Wali Abdal.Kali ini sangat besar akan punahnya Dol Serbatahu tatkala riuh bising seluruh pelusuk negeri bak guruh di langit cerita dia makan DUIT KUTU ORANG MATI.

Maka habis pening mabuk muntah sekelian waris orang mati apakala dikebas akan Dol Serbatahu harta pusaka mereka adanya.Arakian berduyun-duyun kepala suku ketua adat segenap daerah datang mengadu kepada Wali Abdal akan hak mereka turun temurun telah diratah dicuri oleh Dol Serbatahu di khazanah Perut Muda adanya.

Bersambung ………………………………..cilipadi007

5 comments:

  1. duit kutu orang mati?

    gapo tu bro??

    heheheh

    ReplyDelete
  2. macam pernah dengar bab cas keting,panazzzzzzz

    ReplyDelete
  3. adooiii, bestnya baca, salute ambo ko cilipadi007. kemah sungguh cerita demo,

    nazman, kalu nak tahu duit kutu orang mati, tu duit hok kifaalah tu lah, ye dok cilipadi007.

    meme kena benar dok cerita hok cilipadi007 buat pasal Dol serbatahu ni, meme gitulah perangai dia, mugo ambo yang jadi jiran Dol serbatahu tu. Mujur tok tua dia, wali abdal larang supaya pagar dia tu ubah masuk sikit, kalu tidak, rapat pah ko rezab jalan.

    ReplyDelete
  4. Kalu mu raso mu btol bakpo..dok nyamar jadi cilipadi ko nte gapo ko..perkenalkan diri dan berkata benarlahhh jange dok nyorok alik namo samaran .Kalu tengok kepala blog meme hebat dengan hadis.. ptuiii dasar munafik.. pemecah jamaahh

    ReplyDelete