Hadis Rasulullah saw

"SEBAIK2 JIHAD ITU BERKATA BENAR DISISI PENGUASA YANG ZALIM"

Wednesday, January 6, 2010

Selamat Bercuti TGNA

Qulil Haq,

Konflik di Negeri Cik Siti Wan Kembang Nampak belum ada akan reda.Makin hari keadaan bertambah kusut dengan pelbagai reaksi negatif yang mencemar imej Kerajaan Pas Kelantan.Klimaks masalah masih jauh kerana hala tuju pendamai masih samar.Kiranya situasi ini dibiar berterusan maka impaknya sangat bahaya untuk masa depan politik Islam.

Tiba masanya TGNA mengambil cuti 3 bulan untuk meredhakan konflik yang melengkari pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan.Berikan ruang untuk TGNA merehatkan minda setelah 19 tahun berhempas pulas mentadbir rakyat.Bukan sedikit onar yang terpaksa TGNA lalui selama ini,isu datang silih berganti.

Tempoh 3 bulan boleh juga digunakan oleh TGNA untuk menghasilkan buku ilmiah seperti yang dilakukan Dr Mahathir pada tahun 1997.Beri ruang TGNA bersama anak cucu dan keluarga yang selama ini amat terasa kesibukan ayahanda mereka.

Pentadbiran negeri bolehlah diserahkan kepada barisan pelapis yang sedia.Inilah peluang untuk menguji ketahanan dan bijak pandai pelapis menguruskan negeri sepanjang 3 bulan tanpa TGNA.Sebolehnya TGNA tidak memberi “sentuhan ajaib” langsung terhadap pentadbiran sepanjang tempoh bercuti.

Sementara ketiadaan TGNA,jawatan MB boleh dipangku oleh Ahmad Yaacob manakala lantiklah Husam Musa menjalankan tugas-tugas TMB.Urusan kerajaan tetap diteruskan dengan agenda yang telah dipersetujui bersama selama ini.Ujian 90 hari ini menentukan sejauh mana bakat kepimpinan barisan pelapis yang bakal mewarisi tampuk pemerintahan.

Saya bukan desak TGNA berhenti tapi sekadar bercuti sementara.Tentunya ada khalayak yang tidak bersetuju tapi ada bezanya antara cuti dengan berhenti.Saya adalah yang pertama tidak bersetuju andai TGNA berhenti.Belum masanya dan kudrat TGNA masih diperlukan rakyat.

Sepanjang tempoh 3 bulan pasti jemaah exco dapat membuat keputusan tanpa ‘malu alah’ yang berlaku selama ini.Banyak keputusan kerajaan perlu ‘technical rebound’ yang akan dapat dilaksanakan tanpa kehadiran TGNA.

Mesyuarat Exco,Perhubungan PAS dan Dewan Harian dapat mencari keputusan terbaik tanpa batasan emosi dan penghormatan berlebihan.Bagilah peluang kepada barisan pelapis untuk melontarkan idea dengan bebas tanpa terikat dengan sesiapapun.Setiap keputusan secara ‘syura’ mesti dilaksanakan segera tanpa memilih bulu atau campurtangan mereka yang tidak berhak.

Konsep musyawarah pasti dilaksanakan,hidupkan kembali semangat ‘syura’ yang sudah terhakis selama ini.Kalau Sayyidina Umar dapat menggantikan Panglima Perang Khalid Ibn Walid dari mengetuai perang kerana bimbang kepada taksud berlebihan ,harapnya ketiadaan TGNA juga dapat kikis sikap taksub berlebihan terhadapnya selama ini.

Politik abad ini perlukan fakta dan persepsi,bukan lagi retorik semata-mata.Kasihanilah TGNA yang terpaksa berkorban masa dan tenaga kerana rakyat terlalu menagih retorik berlebihan darinya.

Tidak susah untuk TGNA bercuti. 3 bulan hanya 90 hari cukup untuk merehatkan enjin minda TGNA.Harapnya selepas tempoh bercuti TGNA lebih segar dan cerdas untuk meneruskan agenda Islam dan pembangunan negeri.

Selamat Bercuti buat TGNA semoga Kerajaan Islam Kelantan kembali berada di landasan yang betul dan kembali jernih seperti sediakala.Firman Allah " SEKIRANYA KAMU BERTELAGAH DALAM SESUATU PERKARA MAKA KEMBALILAH KEPADA ALLAH DAN RASUL"

Sekian.cilipadi007.blogspot.com

12 comments:

  1. kalau t guru cuti sape nak cover almenantunya?

    ReplyDelete
  2. Anta ni cilipadi, baru jer bg cadangan, TGNA tak baca lagi post ni, anta dah ucap "Selamat Bercuti" .....cepat anta ni.

    ReplyDelete
  3. lu ni sebenarnya CILI P U K I, P U K I mak lu

    ReplyDelete
  4. cuti 3 bulan sehingga akhir mac 2010? (^_^)

    ReplyDelete
  5. molek gak test tok guru cuti biar anak buah jaga negeri.kalau lulus boleh cuti terus!!!

    ReplyDelete
  6. Berapo ribu husam upah mu.mu ni fasik serupa azidi balaci husam.buat kejo jahat serupo husam.tak reti baso berlakon tunjuk baik depan tokguru.
    see you in hell bahlollll

    ReplyDelete
  7. Boleh try idea ni.mana tahu lepas cuti tok guru kembali cerdas dan tegas

    ReplyDelete
  8. anta nak tanya TGNA tu nak cuti ker??

    anta rase jgn harap..

    ReplyDelete
  9. good article cilipadi. pemikiran berhemah. jgn dilayan penyokong yg taksub. tgk lah gaya bahasa mereka. tak boleh 'sentuh' langsung pasal tok guru. terus melenting. terus di'cop'nya kita agen umno lah, agen husam lah. fikir dahulu baru bertindak.

    keep on blogging.

    http://bajukumbang.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. Salam, Kepada antihusam-ambo nak minta Tuan berikan bukti & fakta Husam buat kerja jahat. Kalu betul tuduhan Tuan a,bo tak sir doh ngundi di Kelantan PRU13 ni.

    ReplyDelete
  11. sah takde buktinya cakap antihusam.dari dulu dok jaja fitnah kerja jahat husam.kalau kes air kelantan dan jamnapari tu dah selesai.yb nozula dan adhan siap minta maaf pada husam.nak apa lagi?
    Jangan cakap 0,bukti!bukti!bukti!

    ReplyDelete
  12. selama cuti 3 bulan tu, pentadbiran kelantan bolehlah dipangku oleh tuan cilipadi, beliau nampaknya lebih pandai dalam hal2 pentadbiran ni... hahhahaha

    ReplyDelete