Hadis Rasulullah saw

"SEBAIK2 JIHAD ITU BERKATA BENAR DISISI PENGUASA YANG ZALIM"

Thursday, January 14, 2010

PAS KELANTAN: Ranjau Sebuah PERJUANGAN

.
Firman Allah maksudnya “APAKAH KAMU INGAT AKU JADIKAN KAMU SIA-SIA,DAN KAMU TIDAK AKAN KEMBALI KEPADAKU”

Bukan mudah mentadbir sebuah kerajaan islam.Banyak dugaan dan perancangan jahat parti lawan bersilih ganti.

Kemenangan hari ini hasil dari benih pengorbanan yang ditanam oleh pejuang terdahulu. Bukan enteng harga sebuah perjuangan.Apatah lagi bila berjuang dilandasan Pas yang serba kekurangan.

Kini kita bermegah kerana Pas mengetuai 2 buah kerajaan iaitu Kelantan dan Kedah. Pas juga menjadi rakan kongsi kerajaan di Selangor dan P Pinang.

Sebelum tahun 1990, Pas sinonim dengan 1001 susah, payah, derita, ditekan, dihina dll. Tiada istimewanya Pas kecuali LILLAHI TAALA. Kerja baik di dunia dengan balasan di akhirat… itulah Pas.

Ya! Benar Pas ingin tubuh sebuah kerajaan islam.Soalnya bila? Arwah Nik Abdullah Arshad (ayahanda Nik Amar) pernah berkata kepada anak muridnya Hj Sulaiman Tapang “zaman kita ni hanya untuk tebas hutan ASSABIYAH dan tanam benih islam,buat laluan untuk pemimpin akan datang”

Pak Nik lah seorang pejuang kental,seluruh jiwa diwakaf untuk perjuangan Pas.Usahkan solat,makan minum tak pernah sendirian,mesti berjemaah.Paknik Lah kenal erti bersendirian tatkala dijemput menjadi ‘tetamu’ ISA selama 2 tahun.

Bahana kezaliman BN sangat dahsyat.Masyarakat terpaksa menjauhkan diri dari Pas kerana ancaman dan ugutan. Gerakan Pas bergerak melalui institusi agama seperti warga pondok.Berapa ramai Ulama pondok menjadi mangsa ISA kerana menyokong Pas secara terbuka.

ALFATIHAH ! Semoga Allah merahmati arwah Hj Yaacob Berangan ( ayahanda TMB),Hj Omar Wakaf Bharu,Hj Hassan Lemal dan Paknik Lah ( ayahanda Nik Amar).ISA bukan pembunuh jiwa mereka.Semangat mereka tidak pernah luntur untuk melihat Islam ditegakkan melalui siasah.

Turut bergerak mewarnai lukisan perjuangan Pas ialah arwah Hj Musa Yahya ( ayahanda Husam),Pakcu Hasan Lemal ( Tok Wali Hasan),arwah Hj Lah ( Lubok Tapah),arwah Hj Atiqullah ( ayahanda Baihaki),arwah Hj abd Rahman ( ayahanda Latiff KP)

Tiada individu yang berani menghalang operasi judi secara berlesen kerana kekangan undang-undang.Hanya istilah TEGUR serta tarbiah saja kemampuan tokoh agama terbilang.

Kesemua Ulamak Pondok sepakat bahawa hanya dengan kuasa politik saja Islam dapat ditegakkan di Malaysia. Bayangkan dengan Pondok Pasir Tumbuh,Pondok sungai Durian,Pondok Lubok Tapah dll hanya mampu membenci JUDI,DISKO DAN MAKSIAT yang jelas HARAM disisi Islam.

Kemenangan 1990 memberi kuasa kepada TGNA untuk menutup premis judi di Negeri Kelantan.Semua maksiat dapat diTUTUP dengan kuasa politik yang dimilikki TGNA dan jamaah Exconya.

Perginya Paknik Lah mengadap Ilahi tatkala sedang berceramah diratap seluruh warga Pas.Rindu kasih pada beliau sedikit terubat bila anak sulongnya menjadi pengganti.Nik Amar Berjaya mengganti kerusi Parlimen Pengkalan Chepa tapi sayang bukan semuanya peribadi Paknik Lah diwarisi Nik Amar.

Sedarkah kita bahawa Kerajaan Islam Kelantan yang ada ini kita warisi dari nyawa dan jihad pemimpin terdahulu.Pengorbanan mereka terlalu mulia hingga nyawa jadi taruhan.

Betapa keringat ,airmata dan darah mengalir dari perjuangan Pas. Perjuangan zaman sebelum 1990 cukup perit. Pas serba kekurangan dari aspek kewangan mahupun longistik. Tapi semangat juang ‘FI SABI LILLAH’ tidak pernah luntur.

Misteri kematian HJ SAMAD GOL penuh tragis dan teka teki.Sebagai wakil rakyat pas yang hebat tentunya mengundang gerun di hati musuh Islam.Syahidnya Hj Samad Gol bila TETAKAN KAPAK membaham leher beliau tanpa belas kasihan selepas berceramah di Pejabat Pas Kelantan.

Ramai pemimpin muda tidak mengenali Hj Samad Gol.Hanya nama menjadi sebutan. Kehebatan Mohd Sabu berceramah mengingatkan kita kepada Hj Samad Gol.Lantang dan berani dengan suara yang gagah adalah keistimewaan Hj Samad Gol yang tiada gantinya.

Tidak ternilai juga gerak kerja dan buah fikiran PROF ZULKIFLI AHMAD bekas Ahli Parlimen Bachok.beliau antara pemimpin yang bijaksana dalam Pas anugerah Allah. Gaya pidato Prof Zulkifli masih tiada tandingan.

KeBISAan berpidato dengan gaya bahasa terindah hingga digelar ‘Sukarno Malaysia’. Ribuan Khalayak terpegun,sunyi sepi menghayati setiap tutur kata darinya tatkala berceramah. Ceramah beliau adalah medan ilmu untuk teguhkan pegangan dan menjadi modal kepada pendokong Pas beristiqamah.

Prof Zulkifli tidak lokek menurunkan segala ilmu dari pengalamannya sebagai ahli akademik untuk susun atur gerakan Pas.Daya intelek yang ada telah diadaptasikan untuk perjuangan Pas.

Takdir Allah mengatasi segalanya.Di saat khidmat beliau untuk Pas terlalu amat perlukan,Pro Zulkifli telah pergi menyahut seruan allah.Beliau telah ‘syahid ‘ kemalangan jalan raya di Negeri Pahang .

Jangan kita lupakan arwah CIKGU MUSA SALLEH Pasir Puteh.Biarpun beliau mati diluar dari Pas tapi percayalah tanpa Cikgu Musa keadaan mungkin berbeza .Beliau pembangkit ‘semangat’ dikala jiwa penyokong Pas menjadi lesu tidak bermaya.

Era Cikgu Musa cukup menakutkan bila lahirnya Pemuda Tahan Lasak.Gerak gempur Pemuda Tahan Lasak sangat kejam,zalim. Bayangkan setiap ceramah Pas disabotaj.Rumah penyokong Pas dilontar batu hingga pecah cermin dan dinding.Pemuda Pas dipukul,dilanyak sesuka hati.

Cikgu Musa bangkit berceramah di saat genting berdepan Pemuda Tahan Lasak.Tiada penceramah berani ke depan kerana takut mengambil risiko.Hanya Cikgu Musa dengan misai “ala pelakon Hindustan” tidak pernah gentar pada semua itu.

Daerah Pasir Puteh terkenal dengan “GEDEBE” yang ramai.Faktor duit menyebabkan ramai gedebe dibeli BN untuk menghentam Pas.Banyak kali ceramah Cikgu Musa diganggu tapi beliau tidak pernah berputus asa.Kezaliman musuh ditutupi oleh keberanian beliau.

Beliau sendirian berceramah diiringi teman setia.Mengikut cerita Hj Salleh Bukit Gedombak yang selalu menemani Cikgu Musa berceramah ”ceramah dulu tak ramai pendengar kerana rakyat takut untuk dengar ceramah Pas”.

“Ramai yang kena penampar,ditendang dan dipukul oleh Pemuda Tahan Lasak.Ambo mesti bawa senjata sebagai pelindung diri bila diajak Cikgu Musa”.

TGNA juga tidak terlepas dari serangan Pemuda Tahan Lasak.Tanyalah bekas Penghulu Badang, Pak Ariffin yang setia mengiringi TGNA berceramah.Bukan pelik ceramah TGNA dilontar batu, diugut pukul dan dihalang secara keras.

Tentunya TGNA masih ingat peristiwa selepas ceramah di Semut Api,Badang.Kereta TGNA dihalang batang kelapa dalam perjalanan pulang selepas ceramah.Pak Ariffin terpaksa memotong batang kelapa tersebut dengan gergaji untuk membuka jalan bagi TGNA pulang ke rumah.

Pas mencapai era gemilang selepas tahun 1990.Kemenangan besar membolehkan Kerajaan Kelantan menjadi milik Pas.Perjuangan Pas berubah dari pembangkang menjadi kerajaan.Anugerah Kerajaan Kelantan tentunya bersama ‘ghanimah’ yang menguji mentaliti para pejuang.

Sikap tamak haloba pemimpin tempatan Pasir Puteh telah “mengorbankan” Cikgu Musa.Pangkat dan jawatan mula dikejar.Demi mencapai cita-cita busuk dan jawatan,golongan ini telah memfitnah untuk menjatuhkan Cikgu Musa.

Sayang Seribu Kali Sayang! Terlalu mudah pucuk pimpinan parti mempercayai fitnah terhadap Cikgu Musa.Adilkah tindakan yang diambil terhadap beliau? Di mana nilai keringat pengorbana beliau saat Pas dalam kesusahan.

Tindakan cikgu Musa menyertai AKIM bukan UMNO sebagai tanda kecewa dengan pucuk pimpinan.Jiwanya tetap bersama Pas sehingga akhir hayat.Walaupun beliau membawa diri jauh dari Pas tapi jasa dan pengorbanan beliau adalah secebis dari coretan perjuangan Pas Kelantan.

Jangan kita lupakan watak-watak hebat seperti Arwah Asri Muda dan juga Muhamad Nasir.Biarpun harumnya seketika cuma namun ianya tetap terukir dalam kamus Perjuangan Pas.Wangian yang dicoretkan mereka berdua tetap dihidu dalam kenangan mengisi liku-liku Pas Kelantan.

Pas juga terhutang budi tidak terhingga kepada arwah Ust Buniyamin Yaacob,penceramah hebat era 90’an.Beliau bersama Hj Mohd Sabu membuat ‘road-show’ di setiap pelosok daerah di Kelantan agar Pas diterima biarpun serba kekurangan.

Arwah Buniyamin ‘mengadap Allah’ tatkala keringatnya masih diperlukan Pas Kelantan. Sedihnya beliau tiada harta pusaka untuk kelangsungan hidup keluarganya. Apa yang ditinggalkan hanyalah sebuah perjuangan yang diharapkan dapat membantu kesusahan keluarganya.

Sukar untuk Pas bangkit selepas ditendang dari BN.Buktinya pada pilihanraya umum 1978 betapa pas berada jauh dari hati rakyat. Derita selepas tahun 1978 terubat 12 tahun kemudian iaitu 1990. Jangan pula pimimpin muda lupakan luka lama yang perlu dipahat di sanubari sebagai iktibar sebuah perjuangan.

Kini Pas memiliki segala-galanya.Hampir setiap kawasan mempunyai bangunan sendiri hasil dari ‘INFAQ’ ahli parti dan sumbangan dari ‘KHAZANAH’ daerah Hulu Kelantan.Pemimpin makin selesa dengan pelbagai imbuhan yang banyak melekakan dan sesetengahnya menjadi alpa “LUPA DARATAN”.

Tahukah pemimpin muda kini betapa susahnya bergerak sebagai pembangkang.Mengikut Ust Rahimi Al-Madani Baung, Pas Kelantan pernah BERIJTIMAK dalam KEBUN GETAH di TEPI TALIAIR KG TOK PANJANG,BINJAI KOTA BHARU. Bayangkan peritnya dengan pacat dan nyamuk menjadi teman tika berijtimak.

Kini semua derita sudah berlalu.Sungguh mudah kita lupakan dugaan aktivis terdahulu. Bayangkan IJTIMAK ULAMA MUDA berlangsung di Dewan KTC,sejuk dan nyaman. Tiada lagi unggas dan lumpur selut sebagai teman.Hampir separuh hadir berkereta,ada juga BERKERETA MEWAH.Tidak lagi menumpang van C20 milik peniaga pasar malam.

Awal pemerintahan Pas 1990 rakyat cukup bersatu dan simpati dengan perjuangan.Kerana ikhlas dan kasih sayang mendalam kepada Islam, rakyat menderma tanpa berfikir panjang.Adakalanya bukan sekadar WANG RINGGIT tapi GELANG dan CINCIN EMAS turut didermakan.

Kerana perjuangan rakyat sanggup berkorban harta benda.Rela terlepas nasi berlauk pagi kerana Pas lebih perlukan derma.Rakyat marhaen menjiwai perjuangan Pas sepenuh hati.

Amanat bekas Presiden arwah Ust Fadzil Nor di penghujung usianya cukup mengharukan. Arwah selalu berpesan tentang beberapa perkara yang hampir menjadi kenyataan kini. Sungguh tajam daya fikir arwah waktu menerajui Pas.

Pertamanya arwah mendoakan agar Allah panjangkan umur Dr Mahathir.Tujuannya supaya Dr Mahathir sempat melihat kemusnahan politik di Malaysia hasil kesilapan beliau selama 22 tahun menjadi PM.Kini Dr Mahathir cukup menderita melihat legasi yang ditinggalkan.

Ucapan Dasar Presiden dengan tema FIKRAH MADHIAH sangat dalam maksudnya.Apa yang dibimbangi oleh arwah Ust fadhil kini hampir menjadi kenyataan.Lontaran idea juga amaran arwah terhadap mentaliti KEBENDAAN agar jamaah lebih berwaspada jika ditakdir membentuk Kerajaan.

Lupakah Pemimpin Pas sekarang pada satu muktamar di PUTIK era arwah Ust Fadhil menjadi Presiden. Dengan tema WAHDATUL FIKRAH kita mendengar perbahasan yang penuh simbolik. Hakikatnya kita semua hampir lupakan INTIPATI yang telah disetujui bersama.

Perginya mengadap Rabbuljalil arwah Ust Fadhil sebelum melihat Pas berjaya seperti PRU12.Sudah tersurat bukan rezeki arwah untuk melihat Pas menjadi tonggak siasah di Malaysia.Biarpun begitu arwah telah memPUSAKAkan Pas dengan landasan terbaik untuk meneruskan perjuangan.

Kekosongan selepas ketiadaan arwah Ust Fadhil masih belum terisi hingga kini. Jiwa,semangat kental dan bijak membuat keputusan politik adalah aset arwah yang sukar dicari ganti.

Pas menerima kepimpinan Ust Hadi Awang sebagai Presiden dengan penuh tawadduk. Garapan seni politik beliau juga tajam berbisa.Sayangnya zaman beliau terlalu banyak cabaran dan dugaan menggugat perpaduan ahli-ahli parti.

Kini pelbagai isu melingkari jamaah Islam bernama Pas.Kita bertelagah berebut jawatan, pangkat dan ‘ghanimah’. Beginilah lumrah manusia,tinggi sabarnya bila ditimpa kesusahan. Namun bila diuji dengan kesenangan ramai yang kecundang…...LUPA DIRI

Tiba masanya Pas muhasabah atas mihnah dan tribulasi yang berlaku kini.Hidupkan kembali roh USRAH yang semakin dilupakan. Konsep TARBIYYAH juga mesti selari dengan tuntutan politik abad ke 21.

Maksimumkan gerak kerja penerangan seperti CERAMAH untuk penjelasan isu-isu semasa. Bangkitkan kembali semangat rakyat yang hampir luput dari kamus perjuangan Pas.Rasailah denyut nadi rakyat marhaen yang menjadi ‘HARD CORE’ Pas selama ini.

Pemimpin besar di semua peringkat hendaklah menjadi contoh kepada rakyat bawahan dari segenap aspek. Amalkan sikap SEDERHANA dalam semua sudut kehidupan agar kemanisan perjuangan itu dapat dirasai kembali.

Pimpinan semua peringkat hendaklah menjauhkan diri dari ambang FITNAH yang merupakan api dalam sekam. Jangan tinggalkan ruang walau sebesar lubang jarum untuk pihak lawan yang sentiasa menerkam dengan agenda tersendiri.

Hanyutkan KRONI DAN ANAK MENANTU dari arus pemerintahan.Buktikan bahawa Pas adalah parti Islam Tulen yang berjuang FI SABI LILLAH.

Pulihkan kembali PERSEPSI yang tercalar selama ini sebelum terlambat untuk PRU13. Kembalilah pada asas Perlembagaan Pas yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

Berjuanglah dengan ikhlas dan redha dengan ketentuan Allah.Semoga Kerajaan Islam Kelantan mendapat perakuan dari Rasulullah sebagai menurut sunnahNya dan hampir menyamai PIAGAM MADINAH.

Sekian.cilipadi007.blogspot.

43 comments:

  1. Saya orang UMNO tapi saya hampir menitis air mata membaca paparan artikel saudara. Memang perit jika itulah yang dikatakan perjuangan. Saya juga mahu berjuang dengan ikhlas kerana Allah walaupun saya tidak sekapal dengan saudara Islam saya dalam PAS.

    Kenapa hati ini begitu keras untuk menerima PAS? Walaupun saya pernah bersimpati dengan gerakan Islam satu masa dulu tapi sehingga kini saya masih tidak dapat melihat roh perjuangan Islam tersebut dalam jiwa ahli2 PAS sekarang ini. Yang amat malang sekali apabila kata2 kesat yang tidak saya sangka boleh terhambur keluar dari mulut pemimpin PAS yang saya juga hormati sebagai seorang ulamak besar dulu tapi tidak kini.

    Perjuangan Islam akan hanya tertegak jika kita benar2 ikhlas dan dilakukan dengan penuh ciri2 keislaman yang menonjol. Buktikan kepada kami yang masih diluar jemaah PAS bahawa PAS benar2 ikhlas dalam perjuangan ini. InsyaAllah, ramai yang akan turut serta nanti. Jika tidak, PAS akan masih dalam tahap "membersihkan belukar bagi membuka jalan" untuk pemimpin akan datang. Sampai bila? Terpulang kepada pemimpin PAS dan ahli PAS.

    Islam itu indah dan jangan cemari dia dengan sampah2 yang membusukkan.

    ReplyDelete
  2. cukup mengharukan artikel ni. ya, kadang2 kaduk terlupa junjung yang telah membenarkan dirinya dipijak bagi kaduk mendapatkan cahaya suria.

    perlu diingatkan sentiasa.

    junjung akan sentiasa ada, jika tidak banyak pun, terasnya akan terus kekal, buat menampung kaduk yang juga sering bersilih ganti. pucuk2 yang baru jg perlu meninggi demi sebuah survival.

    ReplyDelete
  3. Saya adalah pengundi PAS di DUN Perupok, akhir-akhir ini saya mudah sebak & menitiskan airmata bila mengenang keadaan di Kelantan sekarang, isu yang mengaitkan anak, menantu & isteri dalam pentadbiran.

    Perjuangan yang asalnya adalah LILLAHITAALA telah bertukar laluan samada sedar atau tidak kepada kepentingan diri untuk mencapai kesenangan duniawi dengan berwasilahkan Islam. Sepatutnya Islam menjadi matlamat tetapi lagaknya sekarang Islam menjadi alat demi mencapai matlamat diri untuk kesenangan & kemewahan duniawi.

    Aisyah r.a pernah berkata: Kita mampu mengatasi ujian jika ianya dalam bentuk kesusahan tetapi kita mungkin gagal jika ujian tersebut berbentuk kesenangan/kemewahan.

    Nyatanya ramai dikalangan pejuang PAS telah membuktikan kata-kata Aisyah r.a ini.

    Proses tarbiyyah dalam PAS hari ini sudah semakin dipinggirkan. USRAH tidak lagi menjadi keutamaan. Program di masjid @ balaisah tidak lagi menjadi agenda utama. Jika ada pun hanya dihadiri oleh golongan warga emas kecuali sedikit bilangannya dari golongan muda. Pemimpin PAS samada di peringkat Kawasan @ Negeri lebih mengutamakan gaya & penampilan. Jika mereka ini dari golongan keluarga yang sememangnya kaya dari dulu tidak menjadi isu @ fitnah tetapi mereka berubah gaya hidup selepas memegang jawatan dalam parti & kerajaan. Kononya berniaga tetapi rupanya berniaga dengan agensi kerajaan @ GLC atau rakan-rakan yang seumpamanya.Kalau betul betul nak berniaga jangan libatkan diri dengan Parti @ Kerajaan. Tunjukkan kehebatan diri yang sebenar. Jangan sekali-kali menggunakan Parti & Kerajaan untuk mencapai matlamat diri.

    Saya berkeyakinan penuh ALLAH swt akan HANCURKAN golongan seperti ini seperti HANCURNYA tentera Abrahah. ALLAH swt akan gantikan perjuangan ini dengan pemimpin yang istiqamah, amanah & ikhlas kerana Allah. ATAU Allah swt akan hantarkan musuh untuk menghancurkan kita kerana kesalahan kita. Tunggu lah masanya.

    ReplyDelete
  4. Teringat bab semasa bermunajat dalam kebun getah. Pengikut mensedekahkan apa sahaja hatta barangan berharga (gelang mas, rantai hatta jam tangan!)..

    Itulah perjuangan PAS dahulu, berpanas berhujan, beronak duri semata2 mahu melihat perjuangan Islam sampai ke kemuncak..

    Tapi sekarang semuanya berubah, harta..pangkat..kedudukan..wang ringgit..nama dsb yg di kejar, perjuangan asal di letak dibawah.

    Dimanakah Hudud yg di rindui pemimpin terdahulu?

    ReplyDelete
  5. Saya ucap tahniah kpd cilipadi.Inilah tulisan terbaik pernah saya baca di blog.
    Rupanya masih banyak cerita sedih pas lalui selama ini.moga tulisan ini dibaca semua ahli pas samada pemimpin atau ahli biasa.
    ambillah pengajaran dari sejarah orang terdahulu

    ReplyDelete
  6. Kalau Mahathir di panjangkan umur kerana supaya dia dapat melihat kerajaan hasil dari tangannya musnah, bagaimana pula dengan Tok Guru?

    Adakah Tok Guru meninggalkan kita dengan keadaan PAS bergelumangan berebut harta dan pangkat?

    ReplyDelete
  7. Saya amat-amat sedih mendengar cerita yang diriwayatkan dari Abe Haji Anual Bakri apabila saya bandingkan dengan rakaman sidang akhbar TGNA berkenaan isu yang sama. Allah maha mengetahui siapakah PEMBOHONG dalam cerita ini. LAKNAT ALLAH lah, LAKNAT ALLAH lah,LAKNAT ALLAH lah kepada pembohong itu.

    ReplyDelete
  8. Ahli Pas Seumur HidupJanuary 14, 2010 at 3:58 PM

    Masanya sudah tiba untuk Pas kembali ke pangkal jalan.Belum terlambat setelah hampir tersungkur dengan kealpaan mengejar nikmat dunia

    semoga tulisan cilipadi memberi kesedaran untuk semua

    ReplyDelete
  9. Salam Ziarah dari Pahang.....Link telah dibuat di blog ana, minta kebenaran untuk copy paste, artikel yang menarik.

    ----aidilbalsus.blogspot.com----

    ReplyDelete
  10. tq atas komen...ambo izinkan copy ke mana2 blog untuk tatapan pembaca.moga dapat balasan baik dariNya

    ReplyDelete
  11. tahniah buat penulis.
    Semuanya betul belaka mengikut ingatan saya.
    Cumanya tolong ambil berat bab paragraf 3 dari bawah.
    Pas 4 All Takbir

    ReplyDelete
  12. Kepada semua pemimpin2 ku yang ku sayangi dan hormati...

    Bola tangkis yang tanggung pasti akan di "smash" sekuat hati oleh pihak lawan... Sehandal mana pun bertahan tapi kalau dah terlampau banyak sangat bola tangkis yang tanggung pasti akan ada satu atau dua yang terlepas hinggap di atas batang hidung tak pun sipi2 kena.

    ReplyDelete
  13. Renungkan kenapa ‘hijab’ keluarga TGNA sedikit demi sedikit didedahkan Allah swt kepada masyarakat umum.

    Kita mengharapkan penyelesaian terbaik dapat dilakukan di Kelantan.

    ReplyDelete
  14. banyak sejarah berkisarkan negeri kelantan,,,

    PAS kedah tolong cerita sikit sejarah perjuangan PAS kedah,,,

    (pengundi pengkalan kundur,, )

    ReplyDelete
  15. artikel yg amat bermakna sbg muhasabah. betapa jauhnya kita dr kekentalan perjuangan org2 dulu. org pas skrg lbh pntgkan politik dr tarbiyyah. sanggup meeting sampai pagi tp subuh tak mampu nak ke surau atau masjid.

    ReplyDelete
  16. salam saudara pengarang,tahniah atas posting ini,,ALFATIHAH BUAT PEJUANG ISLAM PAS YG TELAH MENGADAP ILAHI...AL FATIHAH

    ReplyDelete
  17. saudara memang perjuang pas sejati, pas bermula dalam pokok getah, pas bermula dengan rakyat marhaen, pas bermula sebagai parti pak lebai, susah senang suka duka, tiada sempadan negeri antara orang pas, tapi sekarang pas kelantan lain ,pas terengganu lain, pas perak lain, pas kedah lain, blog dah jadi tempat penyebar fitnah yang ulung.

    ReplyDelete
  18. Ya Allah... sy rasa sebak yg teramat menbaca artikel ini... sy memohon kepada ARIFAHMI supaya sedarlah apa yg anda lakukan sekarang hanya akan merosakkan segala2 pengorbanan pimpinan dan jemaah terdahulu..

    ReplyDelete
  19. ARIFFAHMI,
    TIDAKKAH ANDA RASA BERDOSA ?????

    ReplyDelete
  20. Ramai org yg tau onar yg dilakukan si ariffahmi ni, tp tak berani bersuara...kerna si ALMENANTUNYA ini amat kebal dan berkuasa mcm dia yg jd MB

    ReplyDelete
  21. Artikel ini yang padat dengan roh perjuangan. Mereka2 yang terdahulu telah buktikan "Bekerja untuk Islam dan kerana Allah". Semoga Allah menerima setiap amal soleh mereka dan Allah ampunilah segala kesilapan & kekurangan mereka. Ya ganjarilah mereka dengan nkmat yang terbaik sebagaimana yang Engkau janjikan. Bagi kita, ambillah iktibarnya, tanpa merobek "landasan2" yang mereka bina kukuh dihati mereka. Arwah Ust Fadhil Nor telah bina jambatan kukuh antara kesolehan Ulamak dan ketangkasan profesional bagi memertabatkan Islam dihati setiap rakyat. Islam tiadalah lagi dipinggirkan. Kita meraih hasilnya, gelombang kebangkitan rakyat 1990, 1999 dan terkini 2008. Rakyat meletak harapan. Apakah kita pulak yang berusaha meroboh jambatan tersebut? Tak perlu lagikah jambatan itu? Mampukah kita menghadapi cabaran semasa UBN secara berpecah2 & berasingan?

    ReplyDelete
  22. Harap harap TGNA baca blog ni, atau pun anak anak beliau baca dan sampaikan pada ayahnda.

    ReplyDelete
  23. Saya percaya TGNA tidak tahu apa yang berlaku kepada rakyat Kelantan. Kerana, orang-orang dikeliling yang terdekat menyampaikan satu situasi baik dan terkawal. Apakah TGNA tidak membaca?

    ReplyDelete
  24. muktamar pas kelantan atau muktamar pas pusat akan datang tak payah la buat di bangunan selesa atau berhawa dingin

    sekali sekala bg peserta muktamar ni susah skit

    buat je muktamar dalam kebun getah atau tepi sawah atau dalam kebun kelapa sawit. buat kat tempat semak samun macam masa pas susah dulu2

    biar generasi muda yang dah selesa dan naik lemak ni rasa sendiri ketidakselesaan dan perit jerih pejuang pas dulu2

    kalau lepas tu masih tak insaf gak , masih tak sedar diri gak so paham2 je la. buang je pemimpin macam ni dari tampuk kepimpinan pas.

    rasat2 pemimpin pas sekarang termasuk yang berjawatan tinggi dok kat rumah mahal2 kereta besar2 duit berkepuk2

    terlalu selesa sangat pun bahaya juga. ujian kesenangan kadang kala lebih bahaya dari ujian kesusahan

    ReplyDelete
  25. Hok moleknya TGNA pun berehat lah. Supo ho cilipadi cadangkan sebelum ni.Banner ko menantu naik doh. Tok Tua tok pahe lagi ko.

    ReplyDelete
  26. Setuju sangat kalu TGNA berehat.

    ReplyDelete
  27. sememangnya pas dulu amat berlainan dgn sekarang. Dulu bjuang berdasarkan islam. tapi sekarang dah ada cucu dan anak dah besar maka fikiran mula goyah dgn anakcucu diutamakan baik pemimpin atau penjawat awam dari glgan Pas sendiri. UMNO memang dah jadi sebati kronismenya. Pas pusat atau pas kelantan sama saja.

    ReplyDelete
  28. Patut semua sedar susah senang pas nak naik mcm skrg.jangan bila dah senang buat dunia jadi hakmilik.

    kembali ke pangkal jalan la weh

    ReplyDelete
  29. PAS masih molek & releven tetapi beberapa kerat pimpinan & pejuang PAS yang mula berjuang untuk kepentingan sendiri, keluarga demi kemewahan hidup didunia sementara ini(tetapi mereka menafikanya). Saya selalu berkata kepada diri sendiri, jadilah penyumbang kepada JAMAAH tanpa meminta dibalas. Jangan sekali-kali mengharapkan sumbangang yang telah diberi membolehkan kita menagih balasan dalam pelbagai bentuk. Lagi sedih jika RASUAH telah ditukar nama kepada SEDEKAH, TAJAAN,SUMBANGAN KEPADA TABUNG PEMBINAAN SEKOLAH AGAMA dsbnya. Kalau ianya datang dari prinsip RASUAH maka DOSA lah akibatnya. Ingat matlamat tidak menghalalkan cara. Jika tidak tunggulah kehancuran. Sama-sama lah kita muhasabah diri. Hapus & buang CANCER dalam PAS terutamanya di Kelantan agar prinsip perjuangan dapat diteruskan. Kita berjuang bukan kerana individu dalam PAS kita berjuang kerana prinsip Islam yang menjadi tonggak. Jika individu yang diamanahkan sudah tidak mampu @ telah jelas kekucarkacirannya maka sewajarnya individu tersebut digugurkan dan diganti dengan individu lain. jangan kita taksub kepada individu tetapi taksublah dengan Islam. Itulah asas yang diajar oleh Nizhom al-Hukm fil Islam.

    Moralnya: Kalau nak kaya-usahalah sendiri. Jadilah peniaga atas usaha & titikpeluh sendiri. Jangan harapkan TAJAAN dari sesiapa pun untuk hidup mewah. Jangan langgar batasan halal & haram. Jangan berfatwa sendiri untuk mengharuskan apa yang telah dilakukan. Diluar sana telah ramai pejuang PAS yang kaya atas usaha sendiri tanpa menyandarkan diri @ perniagaan mereka kepada JAMAAH @ KERAJAAN. Masih banyak peluang rezeki Allah swt dimuka bumi ini. Seeru ala barakatillah.

    ReplyDelete
  30. kerajaan kelantan terpaksa bayar rm 23 juta kerana "technical error", kata tok guru. benarkah? apa yang dilihat ia lebih kepada "almenatunya error". exco yang bertanggungjawab kepada kb-bri kini dah dijalan raja lautkan sebagai penolong setiausaha agong. menjelang pru 13 nanti banyak kejutan pasti berlaku...

    ReplyDelete
  31. sayang weh 23juta kalau bagi kat orang2 susah betapa gembiranya mereka.

    berbaloikah kerajaan bayar 23juta kpd pemaju untuk tebus kesilapan almenantunya??

    siapa perlu pikul tanggungjawab??

    ReplyDelete
  32. rupanya selama ini husam yang bela peniaga kecil takut kena tipu dengan almenantunya.patutlah almenantunya lakibini marah sangat kat husam.takut tembelang pecah.
    kesian kat tokguru kena tipu dengan almenantunya kesayangan

    ReplyDelete
  33. Saya pun sering tertanya-tanya semua persoalan yang diutarakan, tetapi pernahkah semua persoalan ini dijawab oleh yang pemimpin PAS? Kemanakah arah tuju PAS sekarang ?
    Boleh dipercayai lagi kah PAS sekarang dalam perjuangan Islam ?
    Adakah semua persoalan ini difikirkan oleh ahli PAS diperingkat akar umbi, yang bermati-matian mempertahankan PAS ?

    ReplyDelete
  34. Syabas!!!Sangat menjana minda post anda!!Teroskan berblog!!!

    ReplyDelete
  35. good job bro!! mmg bernas ape yg ko ckp..keep it up...ambe pung pengundi atas pagar...suke blog hopping..

    ReplyDelete
  36. tahniah cilipadi,

    saudara kata n amar,ahmad yaacob dan husam anak ulamak belaka.patutnya pas buat forum minta ke 3 mereka bentang sejarah ayahanda mereka susah payah bantu pas masa dulu.boleh digunakan pengalaman berharga mereka

    ReplyDelete
  37. PAS kini dipenuhi dengan 'opportunist'. secara zahir sokongan mereka kepada PAS melebihi penyokong 'hard core'. Mereka menyelinap masuk ke barisan hadapan dan berada dihadapan pemimpin seolah-olah merekalah pelindung (sebetulnya untuk mendapat perhatian pemimpin). Walhal sebenarnya sewaktu berperang dulu mereka tak ada kalau ada pun di barisan yang paling belakang sekali untuk mudah lari kalau-kalau PAS kalah tetapi bila PAS menang mereka muncul dengan lantang dan lunak di barisan hadapan hanya untuk merebut ghanimah. Mereka kini sangat ramai dalam PAS sama ada sebagai pemimpin, kaki tangan parti dan amat sukar untuk dikenal pasti. berhati-hatilah dengan mereka kerana mereka boleh menghancurkan jamaah.

    ReplyDelete
  38. Saya amat setuju dengan kopisusu.

    Antara faktor keadaan ini berlaku kerana PAS Kelantan sudah tidak lagi mengambilkira Proses Tarbiyyah sebagai asas dan syarat untuk memilih & melantik seseorang ke jawatan samada dalam Parti @ Kerajaan tetapi lebih kepada network & cable. Sapa yang kuat cablenya maka cepat lah dia ke depan. Orang arab kata "waasitoh". Ini menjahanamkan PAS & Kerajaan Kelantan. Apa bezanya dengan UMNO?

    Ambo tak tahu nak kata apa dah. TGNA dok syok dengan persekitaran tapi beliau perlu ingat masa PRU 11 dulu pun persekitaran nampak elok tetapi nyatanya Kelantan hampir tersasar dari memenangi kembali tampuk pemerintahan. Saya berkeyakinan jika situasi yang ada sekarang ini tidak diatasi dengan baik & segera maka keputusan PRU 11 tak mustahil akan kembali berlaku pada PRU 13 nanti.

    Pada saya kemelut ini datang dari kelemahan TGNA mentadbir negeri. Hanya ada dua pilihan: Beliau berubah @ Beliau berundur.

    Semoga Allah swt memberkati usaha beliau selama ini. Amiin.

    ReplyDelete
  39. Saya masih tak boleh terima penjelasan YB Dato' Husam dalam kes RM23juta.Sepatutnya bayaran ni tak berlaku pun jika yang menguruskanya amanah & telus. Oleh yang demikian saya minta para exco tak payah jawab lah. koho jawab koho rakyat marah.

    Apapun kesilapan teknikal telah diakui tetapi bila pulak org hok buat kesilapan teknikal akan mengaku dan mengambil tanggungjawab penuh iaitu letak jawatan berkuatkuasa ASAP. Banyak jumlah 23 juta tu. Ambo tak rela be weh.

    ReplyDelete
  40. tgna kini dikelilingi oleh puak ug. nak percaya atau tidak, itu hak masing2. nik abduh salah seorang yang terkilan dengan 'penasihat' ayahanda yang kononnya menyebabkan ayahnada menolak kerajaan perpaduan. lalu diberhentikan annual bakri, setiausaha politik ayahanda, "pemberi nasihat yang salah".

    tempat annual diganti dengan wan nik, setiausaha jabatan pilihanraya pas pusat. suatu ketika dulu diketuai oleh mustapha ali kini diganti pula oleh halim rahman.

    kalau di rumah tgna dikelilingi oleh penasihat ug, kini di pejabatnya sudah ada wakil ug. wan nik memuji mustapha ali sebagai seorang yang ikhlas...

    wallahu'alam

    ReplyDelete
  41. Boleh tak kita dengar dulu apa sebenarnya UG yang cuba diperkenalkan oleh Team Pro UG? @ kita sebenarnya telah membuat penghakiman sebelum dengar kes disebut dimahkamah.

    ReplyDelete
  42. Bila tiada 'istiqamah' dalam perjuangan, maka Allah telah membuka satu persatu kejadian di keliling kita untuk kita gunakan 'akal fikiran.., untuk menilai baik-buruknya.

    Slogan sahaja tak cukup.
    Ceramah sahaja tak cukup..., apa lagi kalau dalam ceramah itu kita hanya tumpukan kepada membuka pekung orang lain semata, tanpa MELAKSANAKAN program2 yang benar2 dituntut Allah. Tatkala Allah memberikan sedikit kuasa kepada kita..., itu hanyalah ujianNya. Ternyata kita telah lari dari tujuan ASAL, lantas condong kepada arah yang salah.

    Hanya kerana ingin kekuasaan, kita telah menghalalkan cara. Allah menyeru kita untuk mencari kemenangan di AKHIRAT. Kita lakukan apa cara untuk kemenangan di dunia..., hingga menjejaskan niat asal untuk mencapai kemenangan akhirat yang dituntut Allah..

    Allah boleh hancurkan kaum kita ini dan menggantikan kita dengan kaum yang lebih baik. ... dan sekarang kita telah lihat bibit2nya...!

    Bersatu lah !!

    ReplyDelete