Hadis Rasulullah saw

"SEBAIK2 JIHAD ITU BERKATA BENAR DISISI PENGUASA YANG ZALIM"

Monday, January 25, 2010

SURAT CIKGU MUSA SALLEH KEPADA PIMPINAN ( 2 )

6.5 Pada 10/4/1986 ( sebelum Mesyuarat Agnong PAS P/Puteh), kumpulan penyokong Ust Muhamad Husin mengadakan stau perjumpaan sulit di Kg Pintu Pupoh, Saring Gaal dengan diberi sekeping kertas ( list/senarai untuk ditulis sendiri mana2 yang hadir tanpa menyatakan sebab kenapa perjumpaan itu dibuat). Selepas selesai daftar nama dan tandatangan dibuat, barulah mereka menanya sebabnya. Apabila selesai saja penerangan itu dan sesudah ramai drpd yg hadir itu pulang, penganjur perjumpaan menulis ayat di bawah senarai nama2 seperti berikut:

KAMI TIDAK SETUJU CIKGU MUSA SALLEH MENJADI ADUN GAAL

s.k.KEPADA SEMUA PERWAKILAN

6.6 Dlm Mesyuarat Agong PAS P/Puteh pada tahun 1986, setelah gagalnya rancangan Ust Muhamad Hussin dan konco2nya membuat undi tidak percaya kpd saya selaku YDP PAS P/Puteh , tiba2 Jasin B Isa ( Pakda Yasin) bangun dan terus menendang DUA kali berturut2 kepada anak saya bernama Ali Akbar Musa, selaku perwakilan Dewan Pemuda Pas Kawasan. Kemudian selepas itu pula, ketika saya sedang bercakap dengan Hj Omar Mohamad ( Speaker DUN) selaku Pengerusi Tetap PAS P/Puteh, dengan tidak disedari tiba2 Pakda Yasin menumbuk pipi saya dengan kuatnya. Majlis mesyuarat itu kelam kabut dan huru-hara seketika.

6.7 Dalam Pilihanraya Kebangsaan tahun 1986, Ust Muhamad Hussin dengan menggunakan kereta kepunyaan Cikgu W Ab Rahim W Abdullah yg bernombor PAS 4664 masuk mengempen orang2 PAS di DUN Gaal jangan mengundi saya supaya tewas dalam pilihanraya itu dengan alas an “ kalau Cikgu Musa menang dan PAS menang dan membentuk kerajaan di Kelantan,maka huru haralah pula negeri Kelantan kerana Cikgu Musa hendak jadi MB Kelantan. Berlakulah sepertimana Wan Ismail dengan Dato Nik Man dulu, menyebabkan hancurnya PAS dan Kerajaan Pas Kelantan. Kita akan beri Cikgu Musa kerja Kerajaan”. Sepatutnya saya menang, tetapi justeru itu saya tewas dengan 429 undi sahaja.

6.8 Ketika berucap merasmikan mesyuarat agong PAS P/Puteh tahun 1987, antara lain TGNA telah menyindir saya dengan perkataan kesat dan keji, yg tak sepatutnya keluar dari lisan seorang ulama besar sehingga sanggup banding dgn tempurung bulu, perkataan ranggah, kain tak terpakai ( tak bermutu & tak berguna ), Chin Peng (komunis) dll ( kaset ucapan itu berada dalam simpanan saya). Mesyuarat agong itu adalah mesyuarat pemilihan, yg mana Ust Mustafa Rushdi Abd Ghani ( S/usaha Dewan Ulama PAS Kelantan) melawan saya untuk jawatan YDP Kawasan. Alhamdulillah rezeki sekali lagi Allah memberi kemenangan kpd saya dengan kelebihan 24 undi.

6.9 Selepas beberapa hari drpd mesyuarat agong PAS P/Puteh bagi tahun 1987, saya bersama dgn semua anggota Dewan Harian PAS P/Puteh ( kecuali Ketua Dewan Muslimat) datang ke rumah TGNA meminta maaf di atas kesalahan dan kesilapan saya berhubungn dgn mesyuarat agong itu. Dua kali berturut2 saya lafazkan permohonan maaf. Alangkah sedih dan dukacita saya dan sahabat2 bilamana TGNA menolak/ tidak menerima permohonan maaf saya itu dgn perkataan lebih kurang “ Hamba minta maaf kerana hamba tak mahu mendengar masalah politik. Kalau hal lain, bolehlah kita bincang. Kalau Cikgu nak duduk, duduklah. Kalau nak balik, baliklah. Hamba letih dan nak masuk tidur”. Lepas itu TGNA bangun dan terus masuk kebilik tidurnya dgn meninggalkan kami begitu saja. Selepas beberapa minit TGNA tak keluar, kamipun bangun dan turun serta terus pulang. Ulama apakah semacam ini? Wallah huaklam

6.10 Dlm mesyuarat agong PAS P/Puteh pada tahun 1989, sekali lagi Ust Muhamad Hussin dan konco2nya telah mengambil kesempatan melagakan Ust W Mustafa Rushdi Abd Ghani ( S/Usaha Dewan Ulama PAS Kelantan) untuk merebut jawatan YDP dengan saya. Alhamdulillah sekali lagi saya menang dengan kelebihan 147 undi. Apa yang mendukacitakan saya, perbuatan Ust Wan Mustafa dating bertanding di Kawasan P/Puteh itu adal bercanggah dan melanggar Perlembagaan PAS, yg mana beliau mengambil bahagian dlm mesyuarat agong lebih daripada sekali dalam satu tahun dan lebih daripada satu Kawasan, iaitu sesudah ianya dilantik/ dipilih selaku jawatan Naib YDP Kawasan Kota Bharu bagi tahun 1989, kemudian dating bertanding jawatan YDP PAS P/Puteh tahun 1989 itu dan sesudah tewas di P/Puteh ianya pula balik memegang semula Naib YDP PAS Kota Bharu pada tahun 1989 itu juga.

6.11 Pada 20/3/1990 Sdr W Daud W Bakar selakun ketua Pas Cawangan Nering, Gaal mewakili 8 cawangan PAS dlm DUN Gaal iaitu (1) Nering (2) Telipot (3) Telosan (4) Gong Mengkelis (5) Kemal (6) Gaal Hulu (7) Wakaf Licong (8) Gong Nangka, kononya menentang / tak akan member kerjasama dengan PAS P/Puteh dibawah pimpinan saya. Bantahan ini telah diambil kira oleh TGNA.

6.12 Dlm bulan September 1990 kira2 29 dari 30 cawangan PAS dlm DUN Gaal telah membuat penafian diatas surat bantahan yg dibuat W Daud itu, termasuk 8 cawangan yg disebutkan, hatta Cawangan Nering sendiri memberi sokongan kpd saya memimpin Pas P/Puteh dan mendesak Badan Perhubungan PAS Kelantan melantik saya menjadi calon di DUN Gaal dlm PRU 1990. Surat tersebut ditandatangani oleh 3 orang drpd kepimpinan PAS cawangan masing2. Surat yg dibuat oleh 29 cawangan itu telah tidak diambil kira oleh pihak Badan Perhubungan PAS Kelantan. Salinan surat tersebut tak dapat saya kembarkan sama kerana banyak. Insyaalah saya kan kemukakan dalam perbicaraan nanti.

6.13 Pd bulan September 1990 selepas selasai TGNA member ceramah umum merasmikan penubuhan Cawangan Atas Kob/ Kg Raja, tiba2 datang anak sepupu TGNA bersama Tuan Zahari selaku Bendahari Pas cawangan tersebut, menuduh saya mencuri wang dalam tabung derma minum the bagi cawangan itu dan meminta saya supaya menggantinya sebanyak mana yg telah saya curi. TGNA sepatahpun tidak kata apa2 dan tak campur tangan langsung di atas peristiwa malang ke atas diri saya itu dihadapan pemimpin2 PAS dan Semangat 46 termasuk penceramah undangan ( Cikgu Mat Rafie Salleh) selaku Pegawai Penerangan Semangat 46 Kelantan. Tak ada langit nak dijunjung, tak ada bumi nak dipijak diketika itu, malu dan hinanya tiada terhingga saya kpd orang ramai. Hanya kepada Allah saja saya berserah dank pd Allah saya meminta tolong. Satu hari nanti Insyaallah Tuhan akan tunjuk, siapa benar dan siapa bersalah. Ekoran dari itu, berlaku pula perkara yg tidak diingini seperti berikut :

6.13.1 Selepas beberapa hari dari peristiwa itu, berlaku pergaduhan yg hebat, yg mana orang yg kena pukul terpaksa masuk hospital beberapa hari dan yg dituduh ditangkap polis dan dihadapkan ke mahkamah, yg berkesudahan mereka yg didakwa itu dikenakan hukuman nmahkamah

6.13.2 beberapa hari sesudah berlaku pergaduhan itu, pihak yg kena pukul itu, memukul pula orang yg memukulnya. Tapi orang yg kena pukul kemudian itu tidak membuat aduan polis.

6.14 Pada 6/10/1991 ( malam) ketika TGNA berunding dengan beratus2 orang PAS P/Puteh diatas Masjid Kg Pulau Melaka, yg mereka merayu TGNA “ Tok Guru ambillah Cikgu Musa jadi calon PAS DUN Gaal.Kalau tak hancurlah PAS P/Puteh”. Dgn angkuh, takbur dan sombong disamping menepuk dada, TGNA menjawab “ Kalau Cikgu Musa PONGOH, hamba PONGOH lebih dari dia.Kalau PAS P/Puteh nak hancur, hancurlah. Kalau jenis macam sampah,padan kuis dengan kaki disamping menggayakan kakinya sekali. Kalau Cikgu Musa lapar nak jadi calon, masuklah calon Bebas supaya senang kita bertindak. Kalau setakat Cikgu Musa nak jadi Ketua PAS P/Puteh, peganglah sampai mati. Adek kakak, tangan hamba ni haram sain Cikgu Musa jadi calon disamping menunjukkan tangannya, kalau hamba sain juga berdosa besarlah hamba. Hamba nak ambil seseorang tu menjadi calon PAS, bukan sehari dua hari, bukan sebulan dua bulan, bukan setahun dua tahun hamba kaji bahkan 4 tahun Istikharah baru hamba terima”. Pendek kata banyak lagi kata2 angkuh dari TGNA yg tak perlu dituliskan.

6.15 Dlm tahun 1991 selepas TG Hadi Awang selaku Timb YDP PAS Pusat berucap merasmikan Pelancaran Tabung Derma Serambi Mekah di Balai Islam, Lundang Kota Bharu, YB Hj Omar Mohamad ( Speaker DUN merangkap S/Usaha Badan Perhubungan PAS Kelantan) memberitahu saya, mendakwa yg ianya mewakili Kepimpinan PAS dan Kerajaan Kelantan suruh bertanya dan berjumpa Cikgu Musa, “ Sanggupkah Cikgu terima @ menolak bekerja dengan Kerajaan Kelantan yg gaji/pendapatan bulananya lebih kurang sama dengan pendapatan Wakil Rakyat”. Saya menjawab, “Insyaallah saya akan terima dan hendaklah kemukakan apa jenis jawatan itu”

6.16 Pada 16/3/1991 ( 2 hari sebelum puasa) saya datang berjumpa dengan TGNA dibilik pejabatnya di Kota Darulnaim bercakap dengannya. Antara lain:

6.16.1 Saya meminta maaf di atas kesalahan dan kesilapan tindak tanduk politik saya .TGNA menjawab “ kesalahan Cikgu kepada hamba, hamba maafkan.Tetapi kesalahan Cikgu kepada parti dan jamaah, hamba tak dapat maafkan”.

6.16.2 Saya juga merayu TGNA dan memohon belas ihsan dan simpati, agar berikhtiar mendapatkan saya bekerja dengan Kerajaan Kelantan, yg gajinya cukup untuk nafkah hidup saya sekeluarga, kerana saya sekarang hidup dalam kesusahan dan miskin. TGNA menjawab, “ Cikgu cari sendirilah, bila ada kosong, Cikgu datanglah berjumpa hamba dan hamba akan memberi surat sokongan.

6.17 Pada 29/4/1991 ketika berucap merasm


ikan mesyuarat agong PAS P/Puteh, Yb Ust Ab Halim Ab Rahman Timb MB merangkap Timb Pesuruhjaya PAS Kelantan, antara lain ucapannya beliau menegaskan “ Samada Cikgu Musa menang @ kalah dalam pertandingan merebut YDP PAS P/Puteh pada hari ini, kita (Kerajaan dan Parti) akan member Cikgu Musa kerja dengan Kerajaan Kelantan, kerana kerja itu sudahpun ada dan sedang diuruskan. Kita tahu dan sedar, bahawa Cikgu Musa ini banyak jasa dan berkorban harta benda dan berjuang siang malam bagi menjayakn perjuangan PAS kita, yg tak dapat dinafikan”. Justeru itu saya membatalkan urusan menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah pada tahun itu.

6.18 Dlm mesyuarat agong PAS P/Puteh pada 29/4/1991, satu kekecohan berlaku oleh YB Ust Muhamad Hussin dan konco2nya, yg mana Ust Muhamad Husin hendak bertanding sendiri jawatan YDP Pas P/Puteh sedangkan beliau tak menjadi ahli PAS P/Puteh, kerana tidak mendaftarkan sijil keahliannya dalam Buku Daftar Ahli PAS Kawasan dan tidak ada tanda tangan s/usaha PAS Kawasan serta cop rasmi Pas P/Puteh. Berkali2 kawasan memberitahu beliau supaya berbuat demikian sebelum drpd berlaku mesyuarat agong PAS Kawasan, malahn dengan surat rasmipun dikemukakan juga kpdnya, memaklumkan beliau tak boleh bertanding kerana bercanggah dengan Perlembagaan PAS Fasal 12 (3), Fasal 15 (2) dan Fasal 24 (2). Akhir sekali terpaksa PAS Kawasan P/Puteh menghubungi S/Usaha Agong PAS untuk pengesahan kehendak Perlembagaan PAS itu. Oleh kerana Ust Muhamad Husin berdegil juga nak bertanding, maka terpaksalah YB Omar Mohamad selaku Pengerusi Tetap menyerahkan mandate kepada perwakilan, samada membenarkan @ tidak beliau bertanding. OLEH KERANA ADA PERWAKILAN BERSETUJU membenarkan dan ada yang menentang, maka pengundian dijalankan. Di antara lebih 400 orang perwakilan yg hadir, hanya 79 undi saja menyokong membenarkan beliau bertanding, selebihnya adalah penyokong PAS yg tidak membenarkan beliau bertanding. Keputusannya jawatan YDP P/Puteh dimenangi oleh saya tanpa bertanding.

6.19 Selepas muktamar PAS Pusat tahun 1991, saya berjumpa Yb Ust Ab Halim Ab Rahman di Kota Darulnaim. Saya bertanya beliau tentang masalah kerja/ jawatan saya dengan kerajaan Kelantan. YB Ust Ab Halim memberitahu saya “ jawatan untuk Cikgu sudah ada di Kelantan Baja Corporation sdn bhd (KBC) anak syarikat PKINK. Cikgu pergilah berjumpa dengan Hj W Ab Rashid W Mahmood Pengurus Besar PKINK @ Hj Aziz Nawi Pengarah Permodalan Kelantan Bhd (PKB) anak syarikat PKINK”.

6.19.1 Keesokan harinya saya telah dapat menghubungi Hj Aziz Nawi Pengarah PKB dipejabatnya. Saya bertanya tentang jawatan saya sebagaimana yg diberitahu oleh YB Ust Ab Halim TMB. Hj Aziz memberitahu saya “ Ya, memang betul selaku URUSETIA PENERANGAN DI BAJA CORPORATIOAN ( KBC) , sudahpun siap dengan tugas2 dan gaji/elaun bulanannya. Tapi dukacita perlantikannya tidak dapat dibuat kerana ditahan oleh Cikgu W Ab Rahim W Abdullah Setiausaha Politik MB. Kalau Cikgu W Rahim arah suruh buat surat perlantikan kepada Cikgu Musa, esok pun hamba boleh buat, kerana hal itu sudahpun siap”.

6.19.2 Keesokanpaginya pula saya dating berjumpa dengan Cikgi W Ab Rahim SUP MB di Kota darulnaim. Saya beritahu beliau tentang jawatan saya itu sepertimana diterangkan oleh YB Ust Ab Halim TMB dan Hj Aziz nawi itu disamping merayu jasa baik dan kerjasamanya menyelesaikan dan membuat perlantikan segera jwatan itu kepada saya. Beliau menjawab “ Jawatan itu memang ada tapi perlantikan kepada Cikgu Musa tak dapat dibuat sebelum dibincang dan diluluskan oleh Dewan Harian Perhubungan PAS Kelantan terlebih dulu, kerana jawatan itu adalah jawatan besar”. Saya merayu Cikgu Ab Rahim supaya mengemukakan masalah jawatan saya itu apabila mesyuarat Dewan Harian diadakan nanti.

6.19.3 Seleps berjumpa Cikgu W Ab Rahim, sya terus berjumpa YB Ust Halim TMB dan beberapa anggota Dewan Harian Pas Kelantan serta Exco Kerajaan dari PAS, menceritakan masalh jawatan saya itu dan merayu jasa baik dan kerjasama mereka supaya meluluskan perlantikan Jawatan Kerajaan saya itu dlm mesyuarat Dewan Harian yg akan dating. Semua mereka sanggup. Mungkin sekarang ada antara mereka yg sudah lupa di atas kesanggupan mereka itu.

6.20 tunggu punya tunggu, pd 10/9/1991 S/Usaha PAS P/Puteh telah menerima surat drpd Pejabat Menteri Besar, Ruj: MB(KN) SUP.55/(12) bertarikh 4/9/1991 yg ditandatangani oleh Cikgu W Ab Rahim W Abdullah selaku SUP MB Kelantan dlm ruangan “B” surat tersebut, yg mana beliau menyatakan TGNA tak pernah menjanjikan apa2 jawatan dlm Kerajaan Negeri samada kepada YDP PAS P/Puteh @ mana2 YDP PAS Kawasan lain. Islam apakah ini yg diamalkan oleh Badan Perhubungan PAS dan Kerajaan Kelantan . Hati siapa tak sedih,pilu, marah, meradang bila dirinya dipersenda2, diperkotak katik bermacam2 cara sepanjang masa.

6.21 Pada 21/10/1991 PAS P/Puteh menghantar surat kepada TGNA ke alamatnya di Kg Pulau Melaka Ruj PAS/K024/2.02 (8)/91 di atas 2 masalah:

6.21.1 Ingin mendapat penjelasan drpd TGNA samada benar @ tidaknya maksud surat dan ditandatangani oleh Cikgu W Ab Rahim SUP MB Ruj MB(KN) SUP.55/ (12) bertarikh 4/9/1991 dalam paragraph “B” itu benar2 arahan drpd TGNA

6.21.2 Mohon TGNA member satu tarikh khusus perjumpaan untuk membincang dari hati ke hati di antara Kepimpinan PAS P/Puteh dengan TGNA bagi menyelesaikan masalah PAS P/Puteh, yg kononya sentiasa dalam kegawatan dan kekecohan sepanjang masa di bawah kepimpinan saya. PAS P/Puteh telah melantik 5 orang wakil dari Dewan Harian PAS Kawasan diketuai oleh YB Ust Othman Ab Wahab selaku Timb YDP PAS P/Puteh. Nama saya kerana terbabit tak disenaraikan.

6.22 Pd 27/10/1991 PAS P/Puteh telah menerima surat jawapan bdari TGNA bertarikh 24/10/1991 sebagai jawapan surat PAS Kawasan dgn mempertahankan Cikgu W Abd Rahim. Barangkali TGNA tak tahu, siapa sebenar melantik YB Ust Abd Halim Ab Rahman sebagai TMB. Kalaulah TGNA tahu dan ingat, yg dialah melantik jawatan TMB kpd Ust Abd Halim, pastilah TGNA tak mempertahankan Cikgu W Abd Rahim sampai begitu sekali, sedangkan Yb Ust Abd Halim terang2 mengisytiharkan Jawatan Kerajaan kpd saya di dalam mesyuarat agong PAS P/Puteh itu tidak diambil kira. Perangai apakah TGNA sampai semacam itu. Wallahuaklam. Tentang permohonan PAS P/Puteh minta nak berjumpa dan berunding, tak disebut langsung dalam surat jawapannya.

6.23 Pd awal Disember 1991 ketika saya bercakap dgnYB Rozali IsohakTMB2 dipejabatnya di Kota Darulnaim dengan disaksikan oleh Hj Fuad Hassan selaku S/Usaha sulit KDYMM AL Sultan Kelantan yg telah sedia ada dalam bilik itu. Yb Hj Rozali memberitahu saya, katanya “ kelmarin Hj W Ab Rashid Pengurus Besar PKINK berbual dgn saya di sini, yg mana dia telahpun melantik Cikgu Musa Saleh Pasir Puteh kerja sebagai Urusetia Penerangan di Kelantan Baja Corp (KBC) kira2 DUA bulan yg lepas”. Saya jawab kpd YB Hj Rozali (TMB2) itu tak benar, kerana sampai sekarang pun jawatan tersebut dll tak pernah ditawarkan kepada saya.

6.24 Pada 17/12/1991 Hj Fuad Hassan S/U Sulit KDYMM al Sultan menghubungi saya dengan telefon ke rumah saya memberitahu tentang pihak Istana Kelantan hendak tahu “ samada benar @ tidak, yg Cikgu Musa telah menolak Tawaran Kerja Jawatan Kerajaan Kelantan yg bergaji RM1,500 sebulan dgn alas an “kecil dan tak padan”. Saya jawab, ini adalah satu pembohongan yg amat besar yg dirancangkan oleh orang yg tak bertanggungjawab dgn niat jahat, supaya pihak istana murka kepada saya.

6.25 Pd Bulan Mei 1992 YB Dr Daeng Sanusi Marion selaku N/Presiden PAS Pusat datang ke rumah saya dengan 3 orang lagi rakannya dari R Panjang. Antara lain dlm perbualan kami, YB Dr Daeng Sanusi memberitahu saya “ Hamba telah diberitahu oleh YB Ust Abd Halim dan beberapa orang lain Pemimpin PAS Kelantan, betullah Cikgu Musa telah diberi kerja Jawatan Kerajaan Di (KBC) tapi malangnya ditahan @ dibatalkan TGNA

6.25.1 Saya bertanya kpd YB Dr Daeng Sanusi “ kenapakah begitu marah sekali TGNA kepada saya hingga sanggup berbuat demikian?”

6.25.2 Yb Dr Daeng Sanusi menjawab “ Adakah suatu masa dulu Cikgu berunding dengan TGNA di Pejabat PAS Kota Bharu, yg mana Cikgu telah membuat keputusan tak akan bertanding mempertahankan Jawatan YDP PAS P/Puteh”

6.25.3 Saya menjawab “Ya, betul, iaitu pada tahun 1987 dulu, kerana pada masa perundingan antara saya dengan TGNA menyatakan ramai orang2 PAS P/Puteh termasuk sahabat2 Cikgu, tak mahu Cikgu jadi ketua. Macamana Cikgu nak buat? Bila saya fikir TGNA kata termasuk sahabat2 Cikgu tak mahu kepimpinan saya, maka tak ada guna lagi saya menjadi pemimpin. Justeru itu saya berkata “ Kalaulah benar apa yg dikata oleh TGNA itu, Insyaallah saya takkan bertanding dll yg sebutkan lagi”. Bilamana saya balik dan melaporkan kepada Anggota Dewan Harian PAS tentang kenyataan TGNA itu, mereka menafi dgn sekeras2nya dan mereka mahu supaya saya menjadi YDP P/Puteh itu. Maka itulah sebabnya saya terpaksa bertanding. Kerana saya bertanding juga, itulah menyebabkan TGNA terlampau marah, benci dan dendam kesumat yg tak sudah2 dari tarikh itu sampai kpd harini. Ulama jenis apakah ini?

6.26 Saya rasa setakat inilah sahaja untuk saya laporkan didalam surat ini ditambah dengan alasan2 lain lagi yg telah saya nyatakan dalam surat perletakan jawatan saya yg salinan photostatnya dikemukakan kpd saudara. Lain2 kenyataan dan bukti penyelewengan TGNA terhadap Parti dan Kerajaan apakala diperlukan nanti, samada dalam majlis bicaraan di Pejabat Agong PAS ini antara saya dengan TGNA dan konco2nya atau di mahkamah adat ( Mahkamah Tinggi hingga Mahkamah Agong) kiranya berlaku perkara yg tak dapat dielakkan.

7. Sukacita saya menarik perhatian, bahawa saya tidak akan membuat rayuan di atas penggantungan Keahlian PAS saya oleh J/Kuasa Tatatertib PAS Pusat itu sebagaimana yg diperuntukkan mengikut fasal 13 (3) @ fasal 75 (6) Perlembagaan PAS ( Pindaan 1993), kerana penggantungan itu tidak sah, yg mana saya orang yg kena tuduhtidak pernah diberitahu apakah jenis kesalahan yg telah saya lakukan dan saya juga tidak pernah dipanggil untuk perbicaraan @ diberi peluang membela diri secara bersurat, tiba2 hukuman Gantung Keahlian PAS saya dilakukan setelah kononnya menerima Representasi dari Badan Perhubungan PAS Kelantan. Saya juga menganggap bahawa J/Kuasa Tatatertib PAS Pusat juga bertindak bercanggah dan berlawanan dengan Parti lebih2 lagi Ugama Islam Yang Maha Suci, yg mana bercanggah dengan Perlembagaan PAS mengikut fasal 3, fasal 5 (1) dan (2), fasal 6 (1) (2) (3) dan fasal 7 (1). Disamping pemimpin2 dan ulama2 PAS berceramah disana sini, kononnya memperjuangkan Islam mengikut contoh Perjuangan Rasulullah saw dan sahabat2nya dengan berpandu Quran dan Hadis, Qalallah, Qalarrasul, tapi apakah yg sebenarnya yg berlaku “ cakap tak sama bikin”

8.Saya ingin mendapat tahu Quran mana, Hadis mana, rasul mana dan sahabat2 Rasul mana yg diamalkan TGNA dan konco2nya sehingga sanggup melakukan kezaliman dan kekejaman serta pengkhianatan terhadap saya dan PAS P/Puteh sepanjang masa. Suka mendengar fitnah dan ampu bodek sepanjang masa tanpa usul periksa dan tidak mahu mencari jalan untuk menyelesaikan masalah secara Islam, tak dapat mencegah orang2 disekeliling pinggangnya melakukan kegiatan serta tindak tanduk yg bercanggah dengan dasar Parti dan Agama Islam.

9. Saya menghulurkan tangan sepuluh jari memohon ampun dan maaf di atas kekasaran bahasa kurang adatsopan saya membuat surat semacam ini, oleh kerana penindasan, kezaliman melampaui batas yg dilakukan oleh TGNA & konco2nya ke atas saya dengan menanggung malu, hina dan aib dengan memperkotak katikkan pada sepanjang masa. Sudah tidak tertanggung lagi oleh saya seorang manusi yg lemah, daif, kerdil, miskin dan jahil, meminta sedekah kepada kawan2 secara belas ihsan mereka di atas hasil perjuangan Islam di dalam Parti PAS, yg mana sesudah menang dan berjaya, mereka Pemimpin2, pengampu bodek, penipu yg berada disekeliling pinggang TGNA dan konco2nya hidup mewah dan lumayan. Tapi saya jadilah sepertimana kata pepatah orang tua2 “ ibarat tebu, habis manis, hampas dibuang”. Ibarat isi kelapa, habis santan hampas dibuang”. Hidup mengulong dan menghisap jari pada sepanjang masa. Insyaallah sama2lah kita tunggu apa yg Tuhan balas kepada kita nanti, kerana Tuhan itu Maha Adil dan Maha Pembalas.

10.Drpd saya hidup dengan sebegini seksa, maka dengan hati yg bersih dan tulus ikhlas serta dengan perasaan yg penuh merendah diri, saya menyeru saudara dan pemimpin2 PAS Pusat “PECATLAH SAYA DARIPADA MENJADI AHLI PAS PADA BILA2 MASA SAJA”, supaya PAS Malaysia, lebih2 lagi PAS Kelantan di bawah pimpinan TGNA, seorang ulama besar lagi alim dan warak serta adil saksama dengan dibantu oleh konco2nya seperti Cikgu W Ab Rahim W Abdullah, Hj Mohd Amin Yaacob, Hj Hassan Abdullah, Yb Ust yahya Othman dan YB Ust Muhamad Husin yg pandai, cekap, bijaksana serta jujur dan ikhlas, akan bertambah majunya Parti PAS dari masa ke semasa. Justeru itu terlepaslah saya daripada berazam dan bercita2 berjuang untuk menegakkan Islam di dalam PAS di bawah Kepimpinan Ulama hingga hembusan nafas yg akhir.

11. Sukacita saya menarik perhatian dan member peringatan, yg mana sebelum daripada Tindakan PemecatanKeahlian PAS saya dibuat, demi keadilan Islam yg dikehendakki ALLAH dan RASUL, hendaklah diadakan suatu perbicaraan secara terbuka dengan seberapa segera di antara saya dengan TGNA dan konco2nya oleh J/Kuasa Tatatertib PAS Pusat, atau oleh AJK PAS Pusat atau oleh J/Kuasa Syura Ulama, sebagaimana yg dituntut oleh ALLah subhanahu wataala di dalam Alquran ul Karim dalam surah AL IMRAN ayat 105, surah ANNISA ayat 58,59,105 & 107, surah ALMAIDAH ayat 49, surah ALANFAL ayat 13,25, 27, 51 & 71, surah YUNUS ayat 47, surah ANNAHLU ayat 124, surah ANNUR ayat 51, surah ALQASMAN ayat 75, surah ASSAJDAH ayat 22, surah ALHUJURAT ayat 9 & 10, dan surah ALMUMTAHANAH ayat 6, surah ARRUM ayat 54.

Mudah2an terlepaslah kita daripada yg dimaksudkan oleh Allah di dalam Alquranul Karim, surah ARRUM ayat 41.

Sekian, terima kasih, Wassalam.

Dengan segala hormat takzimnya,

Yg sentiasa mempertahankan hak dan kebenaran,

Cikgu Musa Saleh

K/P NO 2429511

43 comments:

  1. Terima kasih Cili Padi. Kini nampak jelaslah wajah Tok Guru Nik Aziz yang sebenar. Ulama' apakah jenis ini? Boleh masuk tidur dan tinggal tetamu yang nak berjumpa? Berdendam dengan musuh? Tak bantu kawan dalam kesusahan? Masya Allah. Pak Daing Sanusi, tolong confirmkan cerita ini demi kebaikan parti.

    ReplyDelete
  2. Kalau Cikgu Musa PONGOH, hamba PONGOH lebih dari dia.

    Baka Raja Jemballah katakan...
    Kasihan kat Cikgu Musa, meninggal dalam kesedihan...
    Inilah seorang unsung hero...
    Sentimental jugak ya orang pongoh ni,siap peribahasa apa semua sekali...

    ReplyDelete
  3. Salam. Betulkah cerita ini? Kalau betul sangat tak melambang akhlak Islam. Terus ambil tindakan tanpa beri peluang bela diri. Jangan salahkan Cikgu Musa tubuhkan AKIM kalau begini caranya dia dilayan. Minta Datuk Paduka Halim Abdul Rahman dan Datuk Omar Mohamad dapat jelaskan perkara sebenar. Minta juga Jawatankuasa Tatatertib PAS waktu itu beri kenyataan.

    ReplyDelete
  4. HAAAH...! ALLAHHUAKBAR... kalau perkara ini tak diperjelaskan dan DIPERBETULKAN... yang patut mintak maaf kena mintak maaf...yang patut undur kene undur... yang patut hukum mesti dihukum... kalu dok kawe dan saudara mara kawe akan boikot mana2 sahaja calon pas dalam PRU13... itu JANJI AMBO!

    ReplyDelete
  5. WAAARGH, HANTU CIKGU MUSA DAH DATANG MINTAK DARAH!!! CABUUUT!!! TAKUUUUT!!!

    ReplyDelete
  6. Pengundi Pengkalan ChepaJanuary 25, 2010 at 10:40 AM

    Assalamu'alaikum...

    Terkejut kalau betul Cikgu Musa ada "bukti penyelewengan TGNA terhadap Parti dan Kerajaan"? Takkan tak sampai tiga tahun memerintah dah menyeleweng kot? Teringat ugutan bekas CEO PMBK Puan Fadhilat nak bongkar rahsia TGNA mintak balak nak buat PUTIK. Tapi mintak balak nak buat PUTIK tu penyelewengan ker? Kalau bukan penyelewengan mengapa Puan Fadhilat ugut nak bongkar?

    Kalau begini lakunya TGNA amba pun tak akan undi TGNA lagi pilihan raya ni.

    Allahu Akbar!

    ReplyDelete
  7. 6.13 Pd bulan September 1990 selepas selasai TGNA member ceramah umum merasmikan penubuhan Cawangan Atas Kob/ Kg Raja, tiba2 datang anak sepupu TGNA bersama Tuan Zahari selaku Bendahari Pas cawangan tersebut, menuduh saya mencuri wang dalam tabung derma minum the bagi cawangan itu dan meminta saya supaya menggantinya sebanyak mana yg telah saya curi. TGNA sepatahpun tidak kata apa2 dan tak campur tangan langsung di atas peristiwa malang ke atas diri saya itu dihadapan pemimpin2 PAS dan Semangat 46 termasuk penceramah undangan ( Cikgu Mat Rafie Salleh) selaku Pegawai Penerangan Semangat 46 Kelantan. Tak ada langit nak dijunjung, tak ada bumi nak dipijak diketika itu, malu dan hinanya tiada terhingga saya kpd orang ramai. Hanya kepada Allah saja saya berserah dank pd Allah saya meminta tolong. Satu hari nanti Insyaallah Tuhan akan tunjuk, siapa benar dan siapa bersalah.

    MASALAH DICETUS OLEH ANAK BERANAK LAGI!!! ANTARA SAHABAT SEPERJUANGAN (CHEGU MUSA) DAN ANAK SEPUPU (TUAN ZAHARI) MALANGNYA TUAN GURU MEMILIH MENGORBANKAN SAHABAT SEPERJUANGAN. PEMIMPIN SEKARANG PERLU AMBIL IKTIBAR DARI SEJARAH INI. JENGKEL DENGAR TUAN GURU NASIHAT PEMIMPIN PAKATAN JANGAN AMAL KRONISMA WALHAL ARIFFAHMI MASIH BERCOKOL DI SITU!

    ReplyDelete
  8. Ehem, seorang cikgu memetik ayat-ayat Quran meminta pimpinan ulamak beri keadilan padanya, dunia sudah terbalik kot.

    Boleh siar gambar cikgu musa tak, ramai generasi baru nak kenal ni? Hebat sangatkah cikgu musa ni dalam pas dulu? Apa jasanya?

    ReplyDelete
  9. TGNA apabila sedar kesilapannya, dia akan terus minta maaf. Lihat le kes dengan Puan Fadhilat ex-CEO PMBK. Dia sendiri yang hantar surat minta maaf kepada Puan Fadhilat. Tetapi kerana ada penasihat-penasihat yang 'sesat', mereka rasa TGNA akan hina sebab permohonan maaf itu.
    Saya percaya kes ini juga sedemikian. Paling tidaknya kena dengar pandangan balas dari TGNA, Cikgu Wan Rahim dsb itu. Kalau TGNA sedar kes ini, dia sudah pasti tidak segan silu memohon maaf.

    ReplyDelete
  10. Kepada pimpinan yang tahu atau terlibat soal ini, tolong desak tubuhkan jawatankuasa khas mengkaji penganiayaan ke atas arwah cikgu musa. Jika perlu, temui anak-anaknya beri sedikit penghargaan supaya tidak melarat.

    ReplyDelete
  11. SALAM UKHUWWAH BUAT SEMUA

    MARILAH KITA SAMA2 RENUNG DAN FIKIRKAN MENGAPA SEDIKIT DEMI SEDIKIT HIJAB YANG MENUTUPI TUAN GURU NIK AZIZ MULA TERSINGKAP KEPADA UMUM...

    APA LAGI YANG AKAN MUNCUL SELEPAS INI???

    MAHA BESAR ALLAH TUHAN PENCIPTA ALAM.

    ReplyDelete
  12. Memang betullah blog ni tujuan nok memusnahkan PAS Kelantan dan Tok Guru .Mulanya sekali imbas macam ada keikhlasan nok memperbetulkan jemaah PAS.Aku nok bagi cadangan mu pegilah interview Ust. Nor Deris bekas ulama PAS untuk menyedapkan lagi cerita nok menjatuhkan tok guru ni..sebab dio masih idup lagi.. Bangang betul cilipadi ada hadis diatas blog tapi kutip surat layang... kalu ore nok burukkan Cik Gu Musa nok balas balik kes surat ni Cik gu Musa tadak doh.. kalu mu ore hok keciwo dalam PAS ramai lagi yang sanggup berjuang tanpa balasan.. Nok tegur pimpinan ikutlah saluran dan adat berjamaah kalu buat ceramah rata riti burukkan pimpinan dan parti sapa pun tak suka.. Kalu Cik Gu Musa tu betul sangat bakpo yang buat Parti Akim dia lingkop..Sama jugak dengan Nor Deris dengan Parti Islah.. siap cabar Tok Guru bersumpah.. ni lah hok ore kato Kemuncup dalam perjuangan..

    ReplyDelete
  13. cilipadi,

    saya sokong artikel tuan.minta pimpinan Pas betulkan balik cerita cikgu musa. belum terlewat dan ingatlah hukuman allah. lebih baik selesai di dunia dari akhirat. jangan pandang lekeh soal maruah para pejuang

    ReplyDelete
  14. salam..
    SYABAS SAYA UCAPKAN KPD CILIPADI DI ATAS PENDEDAHAN PERISTIWA YG AMAT2 MENYAYATKAN HATI,SEORANG PERJUANG,HERO YG DI KHIANATI DEMI KEPENTINGAN TERTENTU.

    ReplyDelete
  15. Saya adalah penyokong setia PAS, sejak tahun 1990.
    Tapi akhir2 ini keyakinan saya kpd TG mula pudar bermula dgn perlantikan MENANTU sebagai CEO PMBK.

    Kalau TG dalam surat cikgu musa menyatakan sebelum melantik /membuat keputusan satu2 perkara TG ISTIGHORAH dahulu..

    Disini ingin saya tanya, adakah TG ISTIGHORAH dahulu sebelum membuat keputusan seperti mana perkara2 berikut;

    1-sain kelantan water( hampir merugikan rakyat kelantan)
    2-perlantikan Ibrahim Ali wakil Parlimen Pasir Mas (sekarang makan Tuan sendiri)
    3-Perlantikan Hj ramli DUN pasir pekan( walau telah di pulau oleh rakyat pasir pekan sendiri-akhir kalah teruk pada PR11)
    4-Terkini dan menjadi isu paling pahit dan memalukan k'jaan PAS, perlantikan MENANTU menjadi CEO PMBK.

    ReplyDelete
  16. Salam
    Saya harap tulisan cilipadi betul.kalau fitnah maka sedialah hukuman allah nanti.
    saya yakin c musa telah difitnah oleh puak2 yg cemburu padanya.kisah fitnah berlaku mcm cerita nabi yusof dan adik beradiknya hampir kena bunuh di buang dalam telaga
    Ummul mukminin aishah juga pernah di fitnah jauh lebih besar dari c musa.
    hikmat fitnah untuk naikkan darjah iman manusia.
    saya harap individu vip yg disebut cilipadi buat kenyataan cerita sebenar baru rakyat faham.

    ReplyDelete
  17. sumpahn cikgu musa supaya Allah saja yg Maha Pembalas keatas org yg menfitnah nya dan TG yg mengambil keputusan terburu2 tanpa usul periksa atau TG sendiri takut ura2 mengatakan Cikgu Musa akan merampas MB kelantan..

    sumpah Cikgu Musa 17 tahun dahulu nampaknya sudah mula menghantui TG dgn berbagai masaalah yg menimpa Pas masa terdekat ini.

    Sesungguhnya doa org yg di zalimi adalah termasuk doa2 yg di makburkan oleh ALLAH selain org nyg berpuasa dan musafir.

    ReplyDelete
  18. tahun 1993
    jika diberi pilihan antara cekgu musa dgn tokguru pimpinan memilih tokguru

    tahun 2010
    jika diberi pilihan antara tokguru dengan islam pimpinan memilih islam

    tokguru datang dan pergi tapi islam kekal hingga kiamat allahuakbar

    ReplyDelete
  19. TG NI DARI DULU SAMPAI SEKARANG KALAU SAPA2 DIKALANGAN ORG PARTI YG RAPAT DGN NYA MEMBERITAHU SATU2 PERKARA MAKA CEPAT SUNGGUH DIA PERCAYA TANPA USUL PERIKSA ATAU MEMANGGIL PIHAK SATU LAGI UNTUK DITANYA CERITA ITU BETUL ATAU SEBALIKNYA.

    BEGITU LAH DGN MENANTU NYA ARIF FAHMI,APABILA ORG LUAR MENEGUR, TG CEPAT2 KATA IANYA FITNAH TANPA USUL PERIKSA SEHINGGA K'JAAN NEGERI TERPAKSA MENANNGGUNG KERUGIAN HAMPIR 50 JUTA ATAS KESILAPAN MENANTU NYA,

    ReplyDelete
  20. saya tunggu reaksi vip terlibat skandal cikgu musa.ust yahya,hj omar, cikgu w rahim, ust muhd husin dan tok guru mesti buka mulut
    kalau diam tu tandanya bersalah

    ReplyDelete
  21. Anak Murid Ustaz YaJanuary 25, 2010 at 5:39 PM

    Cerita ini sesungguhnya benar. Tok Guru bukan setakat buat aniaya pada Cikgu Musa saja, malah tokoh lain. Kalau anta tak percaya anta pergi interview Al Fadhil Ustaz Yahya Othman (rumah dia dekat kubur Labok, Machang). Dengar sendiri betapa sedihnya dia ceritakan hal Tok Guru ketepikan dia. Mula2 tak lantik semula sebagai EXCO lepas PRU 1995, kemudian gugurkan terus dari calon pada PRU 1999. Kenapa? Kerana Ustaz Ya dilihat sebagai ancaman kepada Tok Guru? Takkan kawan nak makan kawan sendiri? Lagipun Ustaz Ya lah sebenarnya yang banyak jasa menaikkan PAS di Kelantan. Melalui usrahnya, melalui tarbiahnya. Mengapa Tok Guru aniaya Ustaz Yo? Anta pergi tanya dia sendiri. Kalu rajin lagi, pergi tanya Ustaz Halim sama.

    ReplyDelete
  22. setuju komen bini,
    sumpah dan doa orang di zalimi akan dimakbulkan tuhan mcm yg diajar TG.
    sapa berbuat zalim akan terima balasannya.marilah kita sama2 berdoa kepada penzalim abad ini supaya dihukum allah atas dunia segera

    ReplyDelete
  23. A'kum.
    Saya tak rasa ini surat layang tapi surat rasmi kepada pucuk pimpinan. Bagaimana ia boleh terlepas ke dalam blog cili padi dua andaian. Mungkin blogger dapat dari anak beranak arwah Cikgu Musa. Mungkin ada pimpinan yang turut diberi salinan surat ini bekalkan. Saya minta blogger scan surat ini dalam blog. Boleh diguna sebagai rujukan bagi pengkaji PAS.
    Sekian.

    ReplyDelete
  24. SDR TAHIR,
    TERIMA KASIH TANYA. SAYA PUN NAK TANYA SOALAN SAMA JUGA. ADAKAH TOK GURU ISTIKHARAH DULU SEBELUM LANTIK ARIFFAHMI CEO PMBK?
    AKHBAR SEHARI DUA NI DUK SEBUT TOK GURU KATA DIA BERSANGKA BAIK KEPADA SEMUA ORANG DI SEKELILING DIA. INILAH MASALAH SEBENARNYA! BUKAN TAK BOLEH BERSANGKA BAIK, TAPI TOK GURU KENA TAHU BUKAN SEMUA PERANGAI BAIK! DUK MAIN BERSANGKA BAIK PADA SEMUA ORANG 24 JAM KENA TIPU SOKMO LA! BETULLAH KATA DATO' MAT DAUD IRAQI, TOK GURU NI SEBIJIK MACAM ABU DZAR.

    ReplyDelete
  25. Pada masa perundingan antara saya dengan TGNA menyatakan ramai orang2 PAS P/Puteh termasuk sahabat2 Cikgu, tak mahu Cikgu jadi ketua. Macamana Cikgu nak buat? Bila saya fikir TGNA kata termasuk sahabat2 Cikgu tak mahu kepimpinan saya, maka tak ada guna lagi saya menjadi pemimpin. Justeru itu saya berkata “ Kalaulah benar apa yg dikata oleh TGNA itu, Insyaallah saya takkan bertanding dll yg sebutkan lagi”. Bilamana saya balik dan melaporkan kepada Anggota Dewan Harian PAS tentang kenyataan TGNA itu, mereka menafi dgn sekeras2nya dan mereka mahu supaya saya menjadi YDP P/Puteh itu. Maka itulah sebabnya saya terpaksa bertanding.

    Kalau didalami kenyataan di atas maka Tok Guru Nik Aziz telah berbohong kepada Cikgu Musa supaya Cikgu Musa tidak pertahankan jawatan YDP PAS Pasir Puteh.

    Nyata dah banyak kali Tok Guru Nik Aziz berbohong, yang mutakhir dalam soal pemberhentian jawatan Anual Bakhri.

    Ulamak macam mana yang sanggup berbohong??

    ReplyDelete
  26. Apa jasa Ir Ariffahmi berbanding Cikgu Musa. Cikgu Musa berpuluh tahun berkorban tiada satu jawatan pun dapat dikecap hingga terpaksa meminta sedekah dari kawan.

    Ir Ariffahmi tak kenal PAS lagi tahun 1990, apa lagi nak buat jasa, dilantik CEO PMBK. Bila berhenti dari PMBK pun banyak kawan membantu (ada udang di sebalik batu).

    Ir Ariffahmi telah ditawar bekerja dengan Che Ariffin ATIRA tetapi Ir Ariffahmi lebih selesa untuk bekerja dengan Cikgu Mi anak Razak Abas bersama abang iparnya Ustaz Nik Abduh. Gaji bakal diperoleh lumayan amat dong.

    Tempat Ir Ariffahmi di PMBK akan diisi oleh Ir Mustafa dari PKINK manakala tempat Ir Mustafa di PKINK diisi oleh Dr Izani.

    Maka bergeraklah dam ajinya...

    ReplyDelete
  27. Anonymous 6.50, setuju dengan anda. Pelawak hangit Tok Guru istikharah 4 tahun untuk pilih calon! Bisikan Pok Jak tak sampai sejam dah cukup nak buat orang tertentu dipilih jadi calon atau tidak! 4 tahun konon!!

    ReplyDelete
  28. Kwn-kwn,jgn dibsr isu ini.Pcy lah pd pmpnn ulama.Tiada tndkn tanpa maslahah.Dgr dan taat:itu lbh aula.

    ReplyDelete
  29. tak setuju komen non.ini bukan pimpinan ulama tapi pimipinan ular dlam semak.
    ulama mana ajar tipu orang ( kes cikgu musa n annual bakhri)
    ulama mana ajar ambil anak branak jadi ceo ( kes arif pmbk, n abduh mpkb)
    ulama mana ajar panggil orang dgn celaka, sampah kuis bawah tikar ( kes c musa dan penarik beca)
    sebenarnya cikgu musa, ust yahya othman, ust halim mangsa 'cas keting' hk tokguru sebut dan buat.
    takdak ulama mengaku tokguru pimpinan ulama

    ReplyDelete
  30. Tuan Barakhbah dan kwn-kwn,bgni saja.Terpulang pd kwn-kwn apa pdgn kwn-kwn pd tuan guru.Pokoknya,ke mana parti nak dibw.Itu maslahah perlu difikir.Jika ditebas tuan guru,ke mn kwn-kwn fikir hala parti?Tuan guru sesatunya benteng parti kekal dlm pakatan.Jika tuan guru tiada,apa jaminan parti msh dlm pakatan?Tuan guru insan biasa,mgkn ada slh slp.Tp soal dibangkit disini bkn isu dsr tp isu peribadi,cakap bohong,mencerca.Isu ini isu furuq,yg utama kemana parti nak dibawa.Jika dgn tiada tuan guru parti meninggal pakatan,dan jika matlamat menegak Islam tdk dpt dilaksana kecuali melalui pakatan,maka haram tuan guru dijatuh.wallahua'lam.

    ReplyDelete
  31. pas berjaya mungkin kerana tokguru tapi tak semestinya tokguru sentiasa betul.
    pas tak akan lenyap kalau tiada tokguru selagi islam menjadi pegangan
    tokguru hanya alat utk terus berjuang menegakkan islam.
    selepas wafat rasulullah bukannya islam hancur.selepas zaman sahabat islam masih ujud hingga kini.
    tak mustahil kalau pas kalah nanti kerana tokguru.ini kerana kroni dan anak beranak menjadi pilihan tok guru.
    tak siapa berani tegur silap tok guru.banyak pihak yg sokong tok guru berkepentingan.sokong membawa rebah

    ReplyDelete
  32. Pendedahan mengejutkan.. Harap Cili Padi dapat mengesah dengan mana-mana rakan taulan arwah Cikgu Musa cerita ini.. Dapatkan juga keterangan mereka-mereka yang dituduh.. Apa pun, kalau cerita ini benar, kesalahan tak boleh diletak pada TGNA semata.. Ustaz Muhammad Husin, MP Pasir Puteh sekarang, banyak berperanan.. Kedudukan Ustaz Muhammad Husin selaku Ketua Dewan Pemuda Negeri waktu itu membuat TGNA memihak padanya.. Lagipun Ustaz Muhammad Husin tu Ustaz, Cikgu Musa tu Cikgu.. Apa pun, tahniah cili padi kerana memulih maruah pejuang lama..

    ReplyDelete
  33. Sdr,
    Cikgu Musa ni tokoh PAS yang dulu ditahan ISA kah? Dan pernah cabar penahanannya di mahkamah kah? Seingat saya ada satu kes mahkamah menyangkut ISA membabitkan nama "Chegu Musa" ada direkod dalam Malaysian Law Journal.

    ReplyDelete
  34. salam cik non said...
    ayat cik niii... sebijik macam ayat kaum UMNO masa mahtir merentah dulu... ore umno kato... malaysia tak leh hidup tampa mahtir...
    cik tahu ko bila seseorang tu nok mati.. kalau dato nik aziz tak dok... agok2 pas hacor ko... kalu tak dok datok nik aziz Pas haco... takdok bezo la dia denge mahatir... punca mahatir la UMNO hacor lo nii...
    sekurang-kurangnya kita mencari pemimpin yang lebih baik dari diri kita... kalau dia lebih teruk dari kita... kene tukar ore lain laa... jange dok taksub pada manusia gakk...
    SUBHANAALLAH...

    ReplyDelete
  35. saya juga tak setuju politik taksub.bukan ajaran islam dan nabi kita taksub butatuli.
    hak betul kata betul salah silap kena mengaku.
    tak kira ulama,ustaz,cikgu,lebai,tokguru sama saja di sisi Allah

    ReplyDelete
  36. Salam...
    Untuk kebaikan bersama, eloklah kita ikut cadangan Cili Padi dalam postingnya sebelum ini, iaitu TGNA diberi rehat dari MB selama 3 bulan. Kalau nak lebih elok lagi, tetapkan terus tempoh peralihan kuasa. Ana risau kalau-kalau selepas ini makin banyak skeletons dibawak keluar. Kalau melihat pada arus di markas-markas dan kedai-kedai kopi sehari dua ini, nampak macam patut benar TGNA berdoa dijauh dari dicah keting sebab makin ramai yang macam nak cah keting dia.
    Please...

    ReplyDelete
  37. good job borhan
    lebih baik TG berundur dari diundurkan oleh rakyat dlm PRU13.
    cerita TG ambil orang difitnah ni banyak berlaku.tak caya tanya annual bakri, waejo jiwo kelate, ust yahya othman, ust halim.pastu tanya fadhilat,fadli kpk dan banyak lagi.
    pasal apa TG pecat?semua yg kena pecat bukan anak beranak dari keluarga mulia p melaka

    ReplyDelete
  38. ENTAH APA2 LA YG KORANG SEMUA DUK BISING NI?? MASALAHNYA SENANG SAJA, JANGAN DIBUAT SUSAH. KITA KENA PILIH SATU ANTARA DUA, NAK PADA TOK GURU NIK AZIZ ATAU NAK PADA TOK GURU HADI?? KALAU TOK GURU NIK AZIZ BERUNDUR, GERENTI TOK GURU HADI PALING BERKUASA DALAM PARTI. JIKA DIBANDING BATANG TUBUH DAN KETOKOHAN DUA TOK GURU INI, MANA LAGI GAGAH, MANA LAGI PENTING KEPADA PARTI?? FIKIRLAH SENDIRI!!

    ReplyDelete
  39. Tak setuju dengan anti UG.

    Selagi PAS kekal dengan dasar Islamnya selagi itu ia akan kekal hidup. Siapa datang siapa pergi tak jadi masalah.

    Lagipun TGNA boleh kekal sebagai Mursyidul Am. Yang ramai dari kita mahu ialah TGNA berundur sebagai MB dan Pesuruhjaya Kelantan sahaja.

    PAS sebagai sebuah organisasi kuat kerana dasarnya bukan kerana mana-mana pemimpinnya. Masalah TGNA dia tidak tahu atau tidak mahu ikut adab berorganisasi dan sudah hampir meletakkan dirinya ke tahap diktator.

    Setuju TGNA direhatkan. Bila TGNA tiada dengan sendiri isu-isu panas di Kelantan insya'Allah dapat ditangani dengan mudah secara jama'ie.

    Dalam keadaan sekarang, mengelakkan mudharat lebih besar dalam kerajaan dan parti yang dibawa TGNA adalah lebih utama.

    TGNA perlu membersihkan diri dari dosanya kepada Allahyarham Cikgu Musa, kepada Anual Bakhri, kepada Ustaz Yahya, kepada Ustaz Halim dan kepada rakyat (dalam isu-isu PMBK)!

    ReplyDelete
  40. Ini surat biasa le. Jawapan kepada Jawatankuasa disiplin. Aku rasa Hassan Ali dan Khalid Samad tulis lebih panjang dari ini. Semuanya nak bela diri.

    ReplyDelete
  41. Dari ingatan saya, surat ini bukan surat biasa. Kes ini juga jauh berbeza dari kes Hassan Ali dan Khalid Samad sekarang. Hassan Ali dan Khalid Samad dipanggil membela diri sebelum hukuman dijatuhkan oleh JK tatatertib. Mereka tahu apa dakwaan atas mereka. Cikgu Musa tak tahu apa dakwaan atasnya. Dia juga tak pernah dipanggil membela diri oleh JK tatatertib. Sekonyong-konyong hukuman penggantungan dijatuhkan. Tentulah Cikgu Musa nak bersihkan nama. Surat ini panjang sebab Cikgu Musa tak tahu apa dakwaan spesifik ke atasnya. Adilkah ini?

    ReplyDelete
  42. agenda manusia sama je.dengki demdam takut gilakan pangkat.cekgu musa wajib bela diri bila kena pecat.
    tindakan pas kelantan tak ikut quran hadis.main pecat ikut suka dia.
    kenapa tg tak berani bersemuka dgn cekgu musa.buat perbicaraan utk cekgu musa bela diri.
    saya tak boleh terima tindakan diktator mcm ni.mana islam ajar?

    ReplyDelete
  43. mungkin tuan cilipadi ataupun beberapa pengomen dalam ni rasa mereka lebih layak/pandai jadi mb klantan kot.... hahahhaha

    ReplyDelete