Firman Allah swt maksudnya:
KALAU KAMU BEROLEH KEBAIKAN MENYAKITKAN HATI MEREKA, DAN JIKA KAMU DITIMPA BENCANA , MEREKA BERGEMBIRA DENGANNYA. DAN KALAU KAMU SABAR DAN BERTAQWA, MAKA TIPU DAYA MEREKA TIDAK AKAN MEMBAHAYAKAN KAMU. SESUNGGUHNYA ALLAH MELIPUTI PENGETAHUANNYA AKAN APA YG MEREKA LAKUKAN ( surah Ali Imran ayat 120 )
Ahli UMNO kata TGNA licik dan menyalahgunakan agama untuk kepentingan politik. Ahli PAS kata TGNA jujur, ikhlas dan zuhud dalam mentadbir Kerajaan dan PAS. Itulah perbezaan pendapat antara dua kumpulan melayu yg berlarutan tanpa penghujung.
Ramai terkejut bila TGNA mempelawa UMNO untuk ‘berbincang’ dan menamatkan sengketa yg tak berkesudahan antara 2 parti politik terbesar orang melayu. Betul ke TGNA? Ini kenyataan politik @ pelawaan ikhlas? Baca di sini
Selepas PRU12 kita lihat TGNA cukup serius menolak bila diajak berunding dengan UMNO.Isu kerajaan perpaduan, muzakarah dan terakhir sekali EGM PAS. Penyokong PAS bergantung harap kepada TGNA sebagai benteng terakhir menolak kerjasama dengan UMNO demi ‘survival’ PAS,
Kini pendirian TGNA sudah berputar 360’…sukar untuk rakyat memahami kebijaksanaan TGNA berpolitik yg kadangkala lebih lajak pada laju. Terlalu tinggi ilmu siasah TGNA hingga tak tercapai akal ahli-ahli PAS.
Bila timbul isu kerajaan perpaduan lontaran idea Presiden PAS, pelbagai hujah dibentang TGNA untuk menolaknya. Saat itu menampakkan konflik yg jelas antara puak Presiden dan puak Mursyidul Am hinggakan bekas calon KP PAS Kelantan menuduh TGNA dipengaruhi “nasihat sesat” dari seseorang.
Apakah cadangan TGNA untuk berbincang dengan UMNO berada di landasan yg betul setelah “penasihat sesat” diganti dengan individu yg mendapat restu bekas ahli majlis MPKB/ bekas calon KP PAS Kelantan / Putera TGNA. Apakah kenyataan TGNA setelah mendapat taklimat “kabinet dapur’ Pulau Melaka?
Penentangan TGNA terhadap kerajaan perpaduan telah mengorbankan bakat seorang Exco Kanan yg bertanding Timbalan Presiden pada muktamar PAS 2009 di Shah Alam. Rupanya niat baik untuk menjayakan hasrat murni TGNA ditolak biarpun mendapat sokongan padu dari mentornya.
Kini segalanya telah berubah. Bila digasak oleh media maka TGNA menyatakan cadangan berbincang dengan UMNO hanyalah untuk isu agama Islam sahaja. Inilah padahnya bila agamawan terlalu memikir soal politik semata-mata.
Apa perlunya PAS berbincang dengan UMNO soal agama Islam? Kalau muzakarah yg dipersetujui 25 tahun lepaspun tidak menjadi kenyataan. Apakah TGNA menganggap bahawa UMNO ikhlas dan sedia menerima cadangan PAS untuk mengukuhkan Islam? Jauh panggang dari api.
UMNO tidak akan sesekali membuat sesuatu yg dicadang oleh PAS walau sebaik manapun, begitu juga sebaliknya. Itulah resam politik di dunia. Dasar PAS itu Islam manakala UMNO itu kebangsaan, mana mungkin ada titik persamaan antara air dengan minyak.
Kita terfikir mungkin TGNA membuka ruang berkomunikasi dengan UMNO berdasarkan sirah Nabi Musa as yg tercatat dalam Al Quran sepertimana maksud Firman Allah PERGILAH ( BERDAKWAH ) KEPADA FIRAUN, SESUNGGUHNYA DIA TAGHUT.
Allah swt telah memerintahkan Nabi Musa as berdakwah kepada Firaun ( BAPA ANGKAT BAGINDA ) yg nyata seorang pemerintah yg Taghut dan zalim. Akan tetapi diperintahkan juga agar Nabi Musa as berbicara dengan Firaun menggunakan bahasa yg lembut ( KALIMAH LAYYIN ) sebagai bahasa pendakwah.
Tak pernah pula kita diceritakan oleh para ulama bahawa Nabi Musa as pernah mengeluarkan kata2 kesat terhadap Firaun sebelum pertemuan itu. Inilah antara rahsia dakwah ( uslub dakwah ) yg menjadi pegangan sekalian Rasul-Rasul yg mendapat wahyu dari Allah swt.
Apakah selepas TGNA menggelar UMNO ajaran sesat ( Ayah Pin ) , berfahaman komunis, terompah kayu dan sekular maka kita pula terhegeh-hegeh ajak berbincang. Inikah cara kita berdakwah setelah hampir 1400 tahun Rasulullah saw mempusakakan Al Quran dan Hadisnya untuk rujukan kita semua.
Sesekali kita terfikir sungguh banyak hikmahnya bila Allah swt mewafatkan Rasulullah saw tatkala baginda berumur 63 tahun…satu tempoh yg cukup rasional untuk ummat akhir zaman berfikir secara bijak.
Warga PAS masih menyayangi TGNA sebagai Idola PAS yg ulung di abad ini. Janganlah pula kerana pujian dan harapan yg tinggi menjadi lesen untuk tindakan yg mungkin memudaratkan Parti dan agama. Kekeliruan isu perbincangan dengan UMNO mesti ditamatkan segera.
PAS mesti berpegang teguh kepada keputusan Muktamar di Ipoh dan Shah Alam yg jelas memutuskan untuk memperkasakan Pakatan Rakyat ( PR ).Setiap kenyataan dan idea mesti selari dengan keputusan Muktamar.
Kalaulah cadangan TGNA berbincang dengan UMNO kerana isu royalti minyak, ianya perlu diselesaikan antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat. Pertemuan antara PAS dan UMNO bukan landasan terbaik untuk menyelesaikan isu Royalti…
Ada baiknya PAS juga melantik badan bebas untuk membuat kaji selidik sokongan terhadap PAS sebagai persediaan menghadapi PRU13.
Ada baiknya kita menyerahkan tugas pentadbiran agama Islam kepada 13 mufti negeri bersama Menteri Agama yg telah wujud sejak kemerdekaan 1957.
Sekian dari cilipadi007
KALAU KAMU BEROLEH KEBAIKAN MENYAKITKAN HATI MEREKA, DAN JIKA KAMU DITIMPA BENCANA , MEREKA BERGEMBIRA DENGANNYA. DAN KALAU KAMU SABAR DAN BERTAQWA, MAKA TIPU DAYA MEREKA TIDAK AKAN MEMBAHAYAKAN KAMU. SESUNGGUHNYA ALLAH MELIPUTI PENGETAHUANNYA AKAN APA YG MEREKA LAKUKAN ( surah Ali Imran ayat 120 )
Ahli UMNO kata TGNA licik dan menyalahgunakan agama untuk kepentingan politik. Ahli PAS kata TGNA jujur, ikhlas dan zuhud dalam mentadbir Kerajaan dan PAS. Itulah perbezaan pendapat antara dua kumpulan melayu yg berlarutan tanpa penghujung.
Ramai terkejut bila TGNA mempelawa UMNO untuk ‘berbincang’ dan menamatkan sengketa yg tak berkesudahan antara 2 parti politik terbesar orang melayu. Betul ke TGNA? Ini kenyataan politik @ pelawaan ikhlas? Baca di sini
Selepas PRU12 kita lihat TGNA cukup serius menolak bila diajak berunding dengan UMNO.Isu kerajaan perpaduan, muzakarah dan terakhir sekali EGM PAS. Penyokong PAS bergantung harap kepada TGNA sebagai benteng terakhir menolak kerjasama dengan UMNO demi ‘survival’ PAS,
Kini pendirian TGNA sudah berputar 360’…sukar untuk rakyat memahami kebijaksanaan TGNA berpolitik yg kadangkala lebih lajak pada laju. Terlalu tinggi ilmu siasah TGNA hingga tak tercapai akal ahli-ahli PAS.
Bila timbul isu kerajaan perpaduan lontaran idea Presiden PAS, pelbagai hujah dibentang TGNA untuk menolaknya. Saat itu menampakkan konflik yg jelas antara puak Presiden dan puak Mursyidul Am hinggakan bekas calon KP PAS Kelantan menuduh TGNA dipengaruhi “nasihat sesat” dari seseorang.
Apakah cadangan TGNA untuk berbincang dengan UMNO berada di landasan yg betul setelah “penasihat sesat” diganti dengan individu yg mendapat restu bekas ahli majlis MPKB/ bekas calon KP PAS Kelantan / Putera TGNA. Apakah kenyataan TGNA setelah mendapat taklimat “kabinet dapur’ Pulau Melaka?
Penentangan TGNA terhadap kerajaan perpaduan telah mengorbankan bakat seorang Exco Kanan yg bertanding Timbalan Presiden pada muktamar PAS 2009 di Shah Alam. Rupanya niat baik untuk menjayakan hasrat murni TGNA ditolak biarpun mendapat sokongan padu dari mentornya.
Kini segalanya telah berubah. Bila digasak oleh media maka TGNA menyatakan cadangan berbincang dengan UMNO hanyalah untuk isu agama Islam sahaja. Inilah padahnya bila agamawan terlalu memikir soal politik semata-mata.
Apa perlunya PAS berbincang dengan UMNO soal agama Islam? Kalau muzakarah yg dipersetujui 25 tahun lepaspun tidak menjadi kenyataan. Apakah TGNA menganggap bahawa UMNO ikhlas dan sedia menerima cadangan PAS untuk mengukuhkan Islam? Jauh panggang dari api.
UMNO tidak akan sesekali membuat sesuatu yg dicadang oleh PAS walau sebaik manapun, begitu juga sebaliknya. Itulah resam politik di dunia. Dasar PAS itu Islam manakala UMNO itu kebangsaan, mana mungkin ada titik persamaan antara air dengan minyak.
Kita terfikir mungkin TGNA membuka ruang berkomunikasi dengan UMNO berdasarkan sirah Nabi Musa as yg tercatat dalam Al Quran sepertimana maksud Firman Allah PERGILAH ( BERDAKWAH ) KEPADA FIRAUN, SESUNGGUHNYA DIA TAGHUT.
Allah swt telah memerintahkan Nabi Musa as berdakwah kepada Firaun ( BAPA ANGKAT BAGINDA ) yg nyata seorang pemerintah yg Taghut dan zalim. Akan tetapi diperintahkan juga agar Nabi Musa as berbicara dengan Firaun menggunakan bahasa yg lembut ( KALIMAH LAYYIN ) sebagai bahasa pendakwah.
Tak pernah pula kita diceritakan oleh para ulama bahawa Nabi Musa as pernah mengeluarkan kata2 kesat terhadap Firaun sebelum pertemuan itu. Inilah antara rahsia dakwah ( uslub dakwah ) yg menjadi pegangan sekalian Rasul-Rasul yg mendapat wahyu dari Allah swt.
Apakah selepas TGNA menggelar UMNO ajaran sesat ( Ayah Pin ) , berfahaman komunis, terompah kayu dan sekular maka kita pula terhegeh-hegeh ajak berbincang. Inikah cara kita berdakwah setelah hampir 1400 tahun Rasulullah saw mempusakakan Al Quran dan Hadisnya untuk rujukan kita semua.
Sesekali kita terfikir sungguh banyak hikmahnya bila Allah swt mewafatkan Rasulullah saw tatkala baginda berumur 63 tahun…satu tempoh yg cukup rasional untuk ummat akhir zaman berfikir secara bijak.
Warga PAS masih menyayangi TGNA sebagai Idola PAS yg ulung di abad ini. Janganlah pula kerana pujian dan harapan yg tinggi menjadi lesen untuk tindakan yg mungkin memudaratkan Parti dan agama. Kekeliruan isu perbincangan dengan UMNO mesti ditamatkan segera.
PAS mesti berpegang teguh kepada keputusan Muktamar di Ipoh dan Shah Alam yg jelas memutuskan untuk memperkasakan Pakatan Rakyat ( PR ).Setiap kenyataan dan idea mesti selari dengan keputusan Muktamar.
Kalaulah cadangan TGNA berbincang dengan UMNO kerana isu royalti minyak, ianya perlu diselesaikan antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat. Pertemuan antara PAS dan UMNO bukan landasan terbaik untuk menyelesaikan isu Royalti…
Ada baiknya PAS juga melantik badan bebas untuk membuat kaji selidik sokongan terhadap PAS sebagai persediaan menghadapi PRU13.
Ada baiknya kita menyerahkan tugas pentadbiran agama Islam kepada 13 mufti negeri bersama Menteri Agama yg telah wujud sejak kemerdekaan 1957.
Sekian dari cilipadi007
soalan tuan di bawah berkemungkinan besar timbulnya dorongan cadangan berbincang dengan umno:
ReplyDelete"Apakah cadangan TGNA untuk berbincang dengan UMNO berada di landasan yang betul setelah "penasihat sesat" diganti dengan individu yang mendapat restu bekas ahli majlis MPKB/bekas calon KP PAS Kelantan / Putera TGNA. Apakah kenyataan TGNA setelah mendapat "kabinet dapur" Pulau Melaka?"
pengganti "penasihat sesat" yang mendapat restu bekas ahli majlis MPKB/bekas calon kp pas kelantan/putera tgna adalah juga setiausaha jabatan pilahanraya pas pusat yang pernah berkhidmat di bawah setiausaha agong pas kini. pemberi restu adalah dikenalpasti yang marahkan "penasihat sesat" yang kononnya menyebabkan ayahanda menolak kerajaan perpaduan; yang menyarankan supaya jangan disekat ayahanda untuk menerima kerajaan perpaduan.
bersandarkan hujah ini, pemberi restu dilihat se pasukan dengan gerombolan yang asyikkan kerajaan perpaduan. justeru restu yang diberi sudah tentu ada kena mengena dengan cadangan gerombolan. tugas utama pengganti "penasihat sesat" adalah untuk 'memerangkap' tgna supaya bertindak seiring dengan kehendak serta agenda puak gerombolan.
islam, yang sinonim dengan perjuangan tgna, dipilih dan dicadangkan oleh orang tengah yang menggantikan "penasihat sesat". cadangan yang dilontarkan tgna segera disambut oleh presiden, 'pencetus' ide kerajaan perpaduan. respon serta merta dari 'pencetus ide kerajaan perpaduan menunjukkan se olah2 ia sudah dirancang kerana umum mengetahui betapa perlahan dan lembab presiden memberi respon kepada isu2 yang dilihat 'menguntungkan' umno.
apatah lagi hujah "islam" yang ditaja oleh pengganti "penasihat sesat" mendapat pula dorongan dari "kabinet dapur" pulau melaka.
wallahu'alam.
Memang betul apa komen tuan blogger dan pengomen di atas. Sejak Wan Nik Wan Yussof jadi SU Politik TGNA gaya percakapan TGNA dah jauh berubah. Wan Nik ni waktu jadi Pengarah Pusat Kajian Strategik bawak tokoh2 pro-UG ke Himpunan Ulama' Muda di KTC. Selain Cikgu Pa, mahaguru Wan Nik ialah Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat yang baru, Wan Rahman Latif. Wan Rahman dilantik ke jawatan itu sebab dia pro-UG, yang diganti yang anti-UG, Dr Dzulkefly Ahmad. Betullah jika dikata Wan Nik sekarang menyuap kepada TGNA bahan suapan dari Terengganu.
ReplyDeleteAmbo dengar cerita, Wan Nik ni akhlaknya bukanlah bagus mana pun, ada jugak la fitnah2 berlegar sekitar dia. Pernah dicerita orang dia mengajak bini orang bernama Mek Poh (yang kerja sebagai tukang fotostat di kedai fotostat ANDA dekat bulatan jam besar) ke KL dengan biaya dan penginapan ditanggung olehnya waktu dia jadi MP Bachok dulu. Katanya dia bagitau Mek Poh dia ada rumah kosong di KL. Tak pastilah Mek Poh terima tidak tawaran itu. Kena tanya dia atau pekerja2 ANDA Copier lani yang sempat dengan dia kalau nak tau lanjut. Mek Poh dah tak kerja di ANDA Copier lagi lani. Dia ni duduk di Pasir Tumbuh khabarnya. Mek Poh ni kira seksilah, badan gempal. Wan Nik selalu lepak di ANDA Copier. Dia ada share di situ. Boss ANDA Copier, Haji Dinkah nama, orang Bachok, kamceng dia khabarnya.
ReplyDeleteENTAHLAH, MENYAMPAH BACA TULISAN SET POL BARU TOK GURU NAMA WAN NIK NI, BANYAK NAK MENUNJUK KONON DIA INTELEK, GUNA ISTILAH2 ILMIAH DAN SELIT PATAH2 BI MACAMLAH ORANG LAIN TAK MENGAJI. PADAHAL KALAU TAK DIMUAT AYAT2, ISTILAH2 DAN KONSEP2 PELIK GITU TAK MENJEJAS KEFAHAMAN ORANG PUN. MALAH BILA DIGUNA AYAT2, ISTILAH2 DAN KONSEP2 PELIK GITU LAGILAH ORANG TAK FAHAM.
ReplyDeleteBILA MENULIS KENA MENULIS SERINGKAS DAN SEMUDAH MUNGKIN. TUJUAN UTAMA NAK BAGI ORANG FAHAM APA KITA NAK KATA. BUKAN NAK MENUNJUK KITA PANDAI, ADA MASTER, TAU ISTILAH SOSIOLOGI. TULISAN KOMPLEKS TAPI ORANG TAK FAHAM BUAT HAPE?
SELALUNYA ORANG YANG MENULIS DENGAN TUJUAN NAK MENUNJUK PANDAI GINI ADALAH ORANG YANG TAK YAKIN DENGAN KEKUATAN DIRI SENDIRI. SEBAB TU DIA KENA SELINDUNGKAN KELEMAHAN DIA. CONTOHNYA BI DIA HANCUR, NAK ELAK ORANG TAU KENALAH DIA SELITKAN AYAT BI SEPATAH DUA DALAM TULISAN.
KELAKAR LE DIA NI. TAK DE KER ORANG LAIN YANG LAGI LAYAK JADI SET POL TOK GURU?
Teringat bila ex YB Wan Nik kalah di Parlimen Bachok dalam PRU 2004, Wan Mat Bukit Marak (yang bergocoh dengan Pok Jak di Kantin SUK dulu tu) selamba jer kata depan2 Wan Nik, padan muka, dulu hagah sangat bila jadi tok wakil. Haha, nak tergelak aku. Sape tak percaya pegi la tanya Wan Mat tu.
ReplyDeleteKorang semua kena tau Wan Nik ni musuh Dato Husam. Sebab tu Nik Abduh ok je dia jadi SUP. Pernah dulu pertandingan Pemuda Negeri Wan Nik duk alik orang yang lawan Husam (yb hasan mahmood tawang), bukan setakat sokong je, malah siap main ilat tipu kertas undi lagi nak bagi Husam kalah. Boleh confirm dengan Husam kalau korang tak percaya. Jadi sekarang bila Wan Nik control Tok Guru, tak lama lagi alamatnya Husam dot dot dot la kot.
ReplyDeleteNAPOK SGT TOKGURU LO NI MAKE KECEK PUAK2 UG.TUNGGU DAN LIHAT LEPAS PRU13.APA NAK JADI KPD PAS.FIKIR MOLEK2 TOKGURU WEH
ReplyDeleteana rasa pelik bila tengok perangai pemimpin pas sekarang.dulu kata akhbar putarbelit fakta sampai buat kempen boikot akhbar.
ReplyDeletekini macam ketagih nak buat kenyataan akhbar.lepas tu pulak keluar cerita sensasi salahkan akhbar.
apa pas akan kuat ke bila banyak sangat kontroversi.kalau artis dipanggil publisiti murahan tapi kalau pas tak taulah apa gelarannya.
tolong buat kerja untuk menarik sokongan pengundi.banyak masalah pentadbiran yang belum selesai.tambah pula era 2008 berlalu tanpa bukti pas buat sesuatu projek besar untuk rakyat.
kalau tiap2 hari berpolitik nasib rakyat tak terbela sampai bila2
Woit.Takkanlah tok guru sebodoh tu nak telan je apa orang hadap kat dia! Suruh kata a, kata a, takkan la tok guru bodoh dan tak de akai macam tu kot! Don't insult his intelligence please! Wan Nik ka, sapa ka, semua tu kuli dan budak suruhan tok guru je tarafnya, tau dak?
ReplyDeleteHAI
ReplyDeleteDAH TAJUK PUN TGNA JANGANLAH KELIRUKAN RAKYAT. TAK NAK TGNA KELIRUKAN RAKYAT KALU TGNA KENA BERHENTI LA. LOGIK LA SIKIT, UMUR DIA DAH 79, KALAU CAMPUR 3 TAHUN YANG LEWAT DAFTAR SURAT BERANAK DAH 82 TAHUN SEBENARNYA USIA TGNA NI. TAK KABAR-KABAR LAGI KAH GAMAK NYA? AYAHANDA TGNA DULU SEBELUM MENINGGAL KHABARNYA JADI TAK BERAPA BETUL FIKIRANNYA, HABIS DIKERAH ANAK2 MURIDNYA GALI KUBUR SURUH MASUK DALAM KUBUR, JANGAN TGNA JADI BEGITU SUDAHLAH YA.
Menate sungguh puak-puak ni. Nya wat tubik hal mek poh pulok doh. Apa kaitan hal peribadi dengan prestasi kijo nyo? Baso puak-puak bodo tak reti nak ajar. Tak leh lawan hujah nya duk sibuk nok korek hal peribadi ore. Ngisaf la wei!
ReplyDeleteSetuju dengan luahan Baka Pok Nik.
ReplyDeleteSebagai satu contoh, bila saya baca tulisan Sdr Wan Nik Wan Yussof di bawah terus kepala yang ok jadi pening dan serabut.
"Positivisme" tu apa ke jadah nya?
"Struktural fungsionalisme" tu amende?
"Perpaduan organik" pulak amende?
"Masyarakat yang rasional dan bersifat organisma" apa ke benda?
Saya ada degree, tapi tak boleh nak faham.
Kalau orang tiada degree lagi la tak faham.
Harap jangan syok sendiri bila menulis.
Kalau niat tak ikhlas, tak lama jawabnya.
WAN NIK WAN YUSSOF: Positivisme Ku Li dalam tuntutan royalti | Print | E-mail
Wan Nik Wan Yussof
Ku Li seorang positivisme
Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) telah merealisasikan prinsip peribadinya dengan jaya sekali apabila tampil berceramah di Stadium Sultan Muhammad IV atas isu royalti minyak Kelantan. Penampilan itu sebenarnya atas undangan penganjur sebuah badan gabungan 50 NGO bernama Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) pada 28 Januari lalu.
Penganjur (GEGAR) merupakan gandingan Gabungan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Kelantan (GABUNGAN) dengan Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT). Maka, majlis ceramah perdana itu bukan anjuran Kerajaan Negeri atau parti PAS. Penampilan Ku Li pada malam itu sebenarnya adalah atas prinsip beliau seorang tokoh positivisme yang telah membukti orientasi struktural fungsionalisme kepada rakyat dan ibu pertiwinya Kelantan.
Struktural fungsionalisme ialah satu perspektif dalam sains sosial yang merujuk kepada struktur sosial yang saling berfungsi di antara unsur-unsur yang diterima masyarakat seperti norma, adat, tradisi dan institusi. Bagaimana struktur sosial itu berfungsi dengan baik adalah satu gambaran perpaduan organik (organic solidarity) yang bersifat positivisme.
Justeru itu, peranan Ku Li pada majlis ceramah perdana itu adalah suatu gambaran yang memperlihatkan kewujudan masyarakat Kelantan yang tetap utuh berpegang kepada teras pembinaan masyarakat yang rasional dan bersifat organisma. Di sana akan berlakunya kerjasama erat secara sedar atau tidak sedar bekerjasama ke arah mencapai keseimbangan sosial (social equilibrium) yang menyeluruh.
Kesanya, kesemua fenomena sosial dan kebudayaan akan dilihat saling berfungsi membentuk suatu persefahaman dan bekerjasama. Maka logiknya Ku Li memainkan peranan positif mencetuskan kelangsungan fenomena tuntutan royalti minyak dan sekali gus menolak penyaluran wang ihsan.
Fenomena itu dapat dikatakan sebagai suatu realiti perpaduan sosial (social solidarity) mencapai integrasi yang dapat dilihat secara bermasyarakat, berkumpulan dan berjiran. Ia sebenarnya mengukuhkan lagi hubungan sosial yang kental antara individu-individu dalam masyarakat.
Kekentalan hubungan sosial itu telah mencorakkan nilai keunikan masyarakat yang menyamai semangat `asobiyah’ yang dinyatakan oleh Ibn Khaldun sebagai perpaduan sosial yang menitik beratkan penyatuan (unity), kesedaran berkumpulan, ikatan sosial yang bersifat kesukuan (tribalism) dan kepuakan (clanism).
Salam. Harap berhati-hati bila mengomen. Jangan blog dijadi medan menyebar fitnah. Mengenai dakwaan Wan Nik dan Mek Poh oleh Anonymous 1:59PM. Kebetulannya saya pernah kenal orang bernama Mek Poh ini. Mengikut kata Mek Poh, suaminya seorang anggota polis, jadi kurang logik jika Wan Nik berani mengacau dia. Seingat saya, Mek Poh pernah beritahu saya Wan Nik pernah menghantar dia balik kerja ke Pasir Tumboh, itu sahaja. Bukanlah salah seorang majikan menumpangkan pekerjanya balik. Mek Poh juga bukanlah seorang yang lawa, bahkan serius dan garang. Agak kurang munasabah cerita yang dikeluarkan oleh Anonymous 1:59PM.
ReplyDeleteMenarik tulisan Cilipadi ini. Tetapi disebut TGNA menyatakan cadangan berbincang dengan UMNO hanyalah untuk isu agama Islam sahaja. Tidakkah agama Islam itu lengkap, mencakupi aspek ekonomi, politik, sosial dan sebagainya?
ReplyDeletesetuju komen di atas.
ReplyDeletekeliru, keliru, keliru sokmo2
SAUDARA HUSSIN,
ReplyDeleteTOLONG BACA TULISAN TERBARU "PENASIHAT TAK SESAT" DALAM HAKARAHDAILY INI. BUKANKAH JELAS DIA TIDAK SEPERTI SAUDARA HUSSIN DAN CILIPADI SANGKA? TOLONG MINTA MAAF PADA WAN NIK!
Menerusi sidang media di majlis penutup seminar anjuran Tatok itu, kenyataan spontan Tuan Guru Nik Abdul Aziz antaranya menyebutkan, "saya datang hanya untuk menutup majlis, tapi saya sangat gembira kalau boleh majlis macam ini dibuat antara PAS dengan Umno.
Walau bagaimanapun, apabila akhbar arus perdana keesokan harinya (5 Februari) telah memutar kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di sidang media penutup seminar tersebut. Akhbar-akhbar itu telah mengemukakan tajuk berita yang agak terkeluar daripada konteks asal maksud Tuan Guru. Sehingga ada pembaca yang terkeliru yang kononnya PAS mahu menjalin kerjasama politik dengan Umno.
Maka, di sana dilihat peranan akhbar mahupun media elektronik turut mengambil peluang memanaskan kenyataan Tuan Guru, termasuk menyiarkan maklum balas pemimpin Umno dan tidak terkecuali Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib memberi maklum balas dengan nada yang sinis, apabila menyifatkan pendirian Tuan Guru Nik Abdul Aziz selalu berubah-ubah seperti ramalan cuaca.
Paling tidak tepat dan tersasar apabila akhbar Utusan Malaysia (8 Februari) melaporkan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semasa lawatan kerjanya ke Kuching, Sarawak. Berita berkaitan isu yang sama atas tajuk "PAS sedia kerjasama dengan Umno" dan berita yang sama turut disiarkan oleh Utusan Borneo. Akhbar berkenaan telah memetik kenyataan yang sebenarnya menggambarkan wartawan berkenaan tidak memahami konteks sebenar apa yang diterangkan oleh Presiden PAS.
Apapun catatan wartawan berkenaan, ia telah tersasar dan tidak menepati maksud sebenar kenyataan Presiden PAS. Ini kerana maksud asal cetusan Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah berbincang atas dua isu utama mengenai kepentingan agama Islam, iaitu berkisar kepada persoalan kenapa Umno tolak Islam terima sekular dalam perjuangannya, dan hakikat kemelut salah faham terhadap Islam adalah kerana kegagalan Umno menguruskan kefahaman Islam yang menyebabkan rakyat tidak memahami Islam sebenar.
Oleh itu, Presiden PAS pun mengeluarkan kenyataan di atas konteks yang sama dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, yang menyatakan kepada wartawan semasa di Kuching bahawa isu agama yang dicadangkan untuk berbincang dengan Umno itu adalah dalam skop memahami Islam adalah agama yang lengkap - meliputi semua aspek kehidupan termasuk ekonomi, politik pentadbiran, pembangunan, sosial, undang-undang, kehakiman, mahupun ketenteraman.
Maka, amat tersasarlah cara Utusan Malaysia mengemukakan tajuk "PAS sedia kerjasama dengan Umno". Kerana kerjasama akan membawa implikasi hubungan politik bersifat persetujuan politik, sedangkan usul asalnya berbincang yang bererti pendekatan bagi menyampaikan maksud tertentu kepada Umno, iaitu isu-isu berkaitan agama.
Sayugia, pihak akhbar dan media amnya dapat bertindak adil di dalam melaporkan sesuatu yang tidak tepat dengan maksud sebenar. Dalam isu, kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang tidak sepatutnya dijadikan asas untuk mengeruhkan misi PAS bersama Pakatan Rakyat berdepan dengan Umno dan BN demi keadilan, kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.
Semoga Tuhan Yang Esa membekalkan kewarasan nyata kepada mereka yang tumpul daya warasnya, dan terzahir keharmonian Islam sepanjang zaman.
Wan Nik Wan Yussof,
Setiausaha Politik
Menteri Besar Kelantan.
hahaha lawak betul komen di atas.dia petik kenyataan wan nik kata 'penasihat tak sesat'.
ReplyDeletekalau pergi kat tanjong rambutan semua penghuni kat situ cakap kita majnun.depa yg gila tak mengaku gila.
mana ada orang nak mengaku dia sesat @ gila @ mencuri @ merogol 2 membunuh.
saya syorkan pengomen di atas menyertai akademi raja lawak.sah tak sia2, paling kurang dapat hadiah saguhati raja lawak
Inilah masaalahnya pimpinan kita di Kelantan.
ReplyDeleteBila masuk musyawarah menikus tak cakap apa.
Bila sudah diputus kawan ni jadi SU Politik mulalah bisek-bisek itu ini kat luar.
Konon kawan tu itulah, konon kawan tu inilah.
Mana wala' pada keputusan jama'ah?
Tuan Cili Padi. Boleh tanya, mengapa Tuan memboldkan bahagian hikmah Allah swt mewafatkan Rasulullah saw tatkala baginda berumur 63 tahun? Apakah Tuan bermaksud menyindir Tuan Guru Nik Aziz yang belum mahu berhenti walau umur sudah melebihi 63 tahun? Kalau betul, mengapa Tuan bersikap pengecut dan tidak berani berterus-terang menyata apa sebenar terbuku di hati Tuan?
ReplyDeleteSokong komen Lan Jusoh. Lan Jusoh mana satu ni, Lan Jusoh Harakah kah?
ReplyDeleteTulisan tuan punya blog: Sesekali kita terfikir sungguh banyak hikmahnya bila Allah swt mewafatkan Rasulullah saw tatkala baginda berumur 63 tahun
Bahaya tulisan Tuan ini. Boleh saja ditanya, apakah maksudnya Tuan mempersoalkan mengapa Allah swt belum mewafatkan Tokguru Nik Aziz?
Patut la gu ambo di SUK kecoh mintak ambo baca hal panas SU Politik baru Tok Guru dalam ruang komen blog Cili Padi petang tadi. Rupanya ada kisah skandal. Ha ha, entah siapa la Mek Poh ni. Ambo rasa Tok Guru perlu siasat benda ni sebab kalu betul ia boleh mencemar imej Pejabat MB. Lagikan Hashim Omar tertengok gambar porno dalam internet boleh lucut jawatan Pegawai Khas MB. Inikan lagi kalu betul ada affair.
ReplyDeleteIsh ish, berat sungguh kalu betul cerita ni.
Berkenan sangat dengan apa yang Cili Padi tulis. TGNA perlu berhenti segera bercakap dengan wartawan. Kenyataan TGNA selalu mengelirukan ahli dan menyusahkan pimpinan parti. Kalau ada keperluan untuk TGNA buat kenyataan atau komen buatlah secara bertulis. Kenyataan bertulis susah nak dimanipulasi. Bila nak sedia pun ada yang tukang check. Dengan ini perkara sensitif boleh dielak. Dalam hal ini tirulah Lim Kit Siang.
ReplyDeletesdr anon 4:40 pm / pengguna signature block wan nik wan yussof, setpol mb kelantan,
ReplyDeletemarah sungguh demo kat ambo. kalu demo wan nik, ambo malu sebab angkat ekor sendiri - "penasihat tak sesat". bengong kalau guna balaci untuk tujuan tersebut.
"penasihat sesat" dilucutkan jawatan di atas restu 'elemen' ug kelantan. pengganti dimasyhurkan juga di atas restu 'elemen' ug yang sama. hubungan rapat di antara pengganti dengan setiausaha agong yang terbentuk sejak bersama dalam jab praya pas pusat dilihat berperanan di dalam permasyhuran.
setpol berkhidmat kepada mb, sepenuh masa. dia tidak akan menghilangkan diri untuk sembang2 saraf (sss) di sungai congkak dalam program pgs pas pusat yang dianjurkan oleh jab praya pas pusat. sebagai su jab praya pas pusat, beliau secara otomatik menjadi ajk pgs. 'elemen' ug berkeliaran di sungai congkak. justeru sudah tentu berlaku sss dalam masa 2 hari 1 malam di sana. lebih2 lagi selepas pemasyhuran sebagai setpol yang mendapat restu dari 'elemen2' ug kelantan/jln raja laut. siap lagi memuji2 bos lama kononnya seorang yang ikhlas dalam perjuangan!
adalah bijak bagi setpol mb melepaskan jawatan sebagai su jab praya pas pusat yang tentu akan sibuk dengan persediaan menghadapi pru13. ini ditambah lagi dengan kerja2 pgs. jika jawatan su jab praya itu lebih glamour, lepaskanlah jawatan setpol. khidmat setpol juga penting pada waktu itu.
beberapa komen di sini telah mendedahkan latar belakang hubungan pengganti dengan "exco itu", menguatkan lagi persepsi ambo akan peranan ug dalam memasyhurkan pengganti.
tgna adalah penentang utama ide ug yang kononnya mendapat nasihat dari "penasihat sesat". dengan tercantasnya "penasihat sesat", halangan masih wujud dengan kehadiran "exco itu" yang dilihat banyak jasanya. diperkasakan lagi dengan tuturan tgna "ambo sayeng ke dia". untuk mencantas "exco itu" mungkin sedikit pro-nya tetapi banyak kontra-nya. berdasarkan ini, cara lain perlu dilaksanakan. batang tubuh tgna adalah peluang terbaik untuk melakar tindakan halus. usaha2 perlu berterusan untuk memerangkapkan beliau supaya dilihat lemah guna memperlekehkkannya. apabila tgna "tewas", maka mudahlah untuk menyelesaikan "exco itu".
adalah terlalu awal untuk mengatakan "tak lama lagi alamatnya Husam dot dot dot la kot". namun, mengikut sifir politik kebarangkaliannya tetap ada. cuma sama ada berani atau tidak. ia adalah satu "gamble" yang besar. sanggupkah mengambil risikonya?
Anon 5 (2:11pm)
ReplyDeleteWan Mat Bukit Marak bukan nama Wan Mat, tapi Che Ahmad. Kisah dia bertumbuk dengan Razak Abas itu betul. Razak Abas dulu yang berkecek huduh pasal dia. Dia tumbuk Razak Abas, Razak Abas panggil geng anak dia (Cikgu Mi). Berat kena Che Ahmad kat Cikgu Mi. Balak punya hal.
salam cilipadi,
ReplyDeletesebelum ni saya tak percaya wan nik ada hubungkait dgn kabinet dapur pulau melaka. pasal dia pro ug tu satu dunia dah tahu.
tembelang wan nik pecah bila tokguru ajak umno bincang.entah apa maklumat dia brief tokguru hingga tokguru keluar statement berputar dari yg dulu.
patut bila jadi setpol tokguru kena wala' pada tokguru,buat kerja untuk pulih imej tokguru yg tercalar sikit dlm drama almenantunya.ini asyik dok wala' pada cikgu pa dan fraksi ug.rosak habis imej tokguru kalau dok ikut kerja buat fraksi ug.penuh agenda jahat untuk jadi menteri.
pru13 minta wan nik jadi calon pas di trengganu darul perpaduang.habis cerita
adusssssssss...ceteknya pikiran dia.org nak bincang pasal islam,bukan nk bincang bergabung.apa yg kelirunya????
ReplyDeleteApe yang hang ngarut ni setan????????????
ReplyDeleteEncik Hussin:
ReplyDeleteAnda menyebut tentang hubungan rapat Wan Nik Wan Yussof dengan Datuk Mustafa Ali yang terbentuk sejak bersama dalam jab praya pas pusat.
Anda menyebut tentang pujian Wan Nik Wan Yussof kepada Datuk Mustafa Ali kononnya Datuk Mustafa Ali seorang yang ikhlas dalam perjuangan.
Anda menyebut tentang Wan Nik Wan Yussof menghilangkan diri selama 2 hari 1 malam untuk sembang2 saraf (sss) di sungai congkak dalam program pgs pas pusat yang dianjurkan oleh jab praya pas pusat.
Anda juga menyebut tentang Wan Nik Wan Yussof perlu melepaskan jawatan sebagai su jab praya pas pusat jika mahu kekal jadi setpol mb.
Dari segala yang anda sebut ini, terang lagi bersuluh anda adalah pemimpin tinggi parti atau orang yang rapat dengan pemimpin tinggi parti.
Program di sungai congkak adalah program rahsia yang hanya diketahui pemimpin tinggi parti dan hanya pemimpin tinggi parti sahaja tahu apa dibuat atau dipercakap di dalam program ini.
Masalah pada anda ialah anda hanya berani bersuara dalam blog. Jika anda betul-betul anak jantan mengapa anda tidak menyebut apa yang anda katakan ini dalam mesyuarat parti?
Siapa anda mahu menyuruh Wan Nik Wan Yussof melepaskan jawatan sebagai su jab praya pas pusat? Anda tidak fahamkah konsep parti menguasai kerajaan? Dengan memegang jawatan penting parti dan kerajaan serentak Wan Nik Wan Yussof dapat menyelaraskan kehendak parti dan kerajaan. Bukan seperti "penasihat sesat" dahulu yang tiada jawatan dalam parti dan menasihat mb tidak mengikut kehendak parti!
Anda juga menulis tidak berdasar kepada fakta.
Sila anda baca petikan-petikan dari buku Wan Nik Wan Yussof bertajuk "Demokrasi: Rakyat Terengganu Menolak Parti Islam" yang diterbit oleh Political Analysis and Strategic Development pada tahun 2004 dahulu.
PETIKAN 1 (Muka surat 35)
"Faktor kepimpinan PAS yang menang di Terengganu juga sedikit sebanyak terkesan untuk menjadi asas sebahagian rakyat menolak PAS dalam pilihan raya umum (2004) lalu, sehingga ada di kalangan pemimpin PAS di luar Terengganu turut melahirkan rasa kurang senang dengan perubahan imej dan penampilan (mereka), terutama di kalangan 'kepimpinan bergelar' dalam kerajaan negeri dan wakil-wakil rakyat. Sebelum mendapat 'kedudukan bergelar' dan menjadi wakil rakyat serta menduduki jawatan pengarah/pengerusi di dalam syarikat milik kerajaan negeri, didapati imej dan penampilan (mereka) lebih menyerlahkan identiti 'orang PAS'. Sebaliknya, selepas berkerajaan dan mendapat kedudukan tertentu, imej dan penampilan (mereka) telah berubah sehingga ada pula yang menyifatkan (mereka) 'serupa tulor' dengan pemimpin UMNO"
PETIKAN 2 (Muka surat 58-60)
"Pendedahan kelemahan dan penyelewengan pentadbiran Kerajaan PAS Terengganu telah membawa tekanan serius kepada kekuatan politik PAS di Terengganu…Pendedahan yang dibuat oleh UMNO Terengganu tentang tahap keberkesanan pentadbiran Kerajaan PAS Terengganu sebenarnya cukup memberi kesan negatif kepada keyakinan rakyat dalam menilai moral PAS secara makro kerana apa yang didedahkan ialah kes-kes yang negatif dan membawa kesan politik dan krisis keyakinan rakyat terhadap ketelusan dan sifat 'good governance' Kerajaan PAS Terengganu. Kemudian ia telah diperbahas sampai di peringkat nasional. Sebenarnya, imej kepimpinan Kerajaan PAS Terengganu telah dikaitkan dengan sifat-sifat kepimpinan Islam. Akibatnya, ia menjadi isu sensitif apabila diberitahu ada juga penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan Islam. Pendedahan isu zakat, pemberian konsesi balak dan tender-tender projek kerajaan sekaligus mempamerkan sifat kepimpinan kerajaan yang teruk dan tidak popular".
SOALAN CEPU EMAS UNTUK ENCIK HUSSIN:
Kalau betul Wan Nik Wan Yussof adalah proksi golongan UG dan mempunyai hubungan rapat dengan Datuk Mustafa Ali, apakah mungkin Wan Nik Wan Yussof akan menulis seperti apa yang ditulis dalam bukunya itu???
Hanya jauhari yang mengenal maknikam!!!
anon 1:28,
ReplyDeletebuku itu ditulis pada 2004. ug timbul 2008. mu nak ghoyat ggapo? mu paham ke apa yang mu tulis?
ambo pemimpin tertinggi parti? kah kah kah, jangan bergurau, senok perut ambo. pandangan ambo adalah berdasarkan perkembangan2 yang terkumpul kemudian dianalisa sejak tercetus ide ug sehingga kini.
dah 2 tahun isu ug berlarutan tanpa kesudahan, nape wan nik tak tulis buku mengenainya?
demo kata, "Dengan memegang jawatan penting parti dan kerajaan serentak Wan Nik Wan Yussof dapat menyelaraskan kehendak parti dan kerajaan."
ambo setuju sangat2, sebab tu ambo hubungkait dengan ug. kalau bukan untuk "menyelaras" kehendak "parti" (jln raja laut) dan "kerajaan" (tgna), untuk apa? politik maa.
sungguh tepat ungkapan demo, "Hanya jauhari yang mengenal maknikam!!!"
semasa prk bagan pinang, kereta pengarah pgs disembur cat dengan tulisan "pengarah pgs pas pusat". ini pun rahsia parti. sama seperti program di sungai congkak tu. yang "sembur" prof aziz bahari di seminar ganti egm tu siapa pulak?
kalau demo rajin sss, demo akan dapat perolehi apa yang demo sebut sebagai "rahsia2" parti. kenapa agaknya? ambo terjemahkannya sebagai sura2 yang tidak puas hati, yang telah meluat dengan keadaan. loyar pas, hanipa, ada sebut gitu.
celiklah. dan ambo hanya seorang ahli biasa parti yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa parti. ambo sayang parti. demo pun tentu sayang parti. dalam kita sayangkan parti, kenapa kita tidak boleh berlapang dada berhujah berdasarkan apa yang ada depan mata kita? harap demo boleh counter pandangan ambo dengan hujah, bukan menyoal ambo menggunakan hujah ambo. cuba buktikan dengan hujah bahawa ug sudah mati.
wallahu'alam
Guano jadi berbalah dalam blog proksi UG dengan proksi anti UG ni?
ReplyDeleteKalau baca pada buku Wan Nik nampak hebat (berani) dan ikhlas perjuangan dia. Harap-harap dia istiqamah.
Dah dia sendiri boleh tulis pemimpin-pemimpin PAS Terengganu sama macam UMNO, kalau dia pergi bersekutu dengan mereka macam dia bersekutu dengan UMNO jugalah gamaknya.
Kapsul Kebenaran?Saya sudah menyiasat kisah Wan Nik dan Mek Poh.Malang sekali ia memang betul.Molek kalau Wan Nik letak jawatan sebelum isu ini terbongkar.
ReplyDeletesetuju dengan pak long.
ReplyDeletelebih baik berhenti sebelum imej tokguru kena plk.
mslhnya dia dapat restu ahli kabinet dapur...susah nak suruh dia berhenti
adusssssss...pemikiran cam budak2 jer..lain kali pikir yg tersirat dan paham betul2 dulu...
ReplyDelete"PAS mesti berpegang teguh kepada keputusan Muktamar di Ipoh dan Shah Alam yg jelas memutuskan untuk memperkasakan Pakatan Rakyat ( PR ).Setiap kenyataan dan idea mesti selari dengan keputusan Muktamar."
ReplyDeleteMacam ahli kitab tunjuk kitab kat nabi jer. tunjuk kitab suruh baca sebalah tapi tangan sebelah lagi tutup sebelah kitab.
Keputusan muktamar bukan tertutup macam tu jer.
UMNO mana tahu agama? Depa hanya ingat duniawi sahaja. Tgh sibuk nak cari skrip kao2 mcmana nak sumbat DSAI ke penjara lps kes Perak dah kaotim. Tulah keje depa. Nak berkuasa smpi kiamat walau bergelumang dgn dosa.
ReplyDeletecilipadi ni diantara penulis yg suka membesar2 lubang kekeliruan ahli dan penyokong parti masih lagi memutarbelit dan cuba memisah antara agama dan politik contohnya inilah padahnya bila agamawan memikirkan soal politik semata2.
ReplyDeletekita akui cilipadi ni ada benarnya apa yg ditulis tetapi sayangnya seolah2 dia lebih arif dari tuan guru walaupun kita tahu setiap insan tak kira ianya ulamak atau bukan memang tidak sunyi dari membuat kesilafan dan apa yg kita tahu nik Ajis tidak lekang dgn kalimah zikir dimulutnya dan gemar mengadu kpd Allah dlm doanya diwaktu rakyatnya dibuai mimpi .
Cuma satu yang kita rasa kecewa sebagaimana cilipadi kenapa segala kemelut dalaman dalam parti tidak dibawa kemajlis sora ulamak supaya dibincang diolah dan dibahas barulah semua pemimpin bila repoter tanya nampak ada kesamaan SEBAGAIMANA DESAKAN TN GURU MEMINTA MUKTAMAR KHAS. Ini tidak Peresiden cakap lain N/Peresiden cakap lain dewan ulamak pun mengulas lain memang pun bersandarkan ayat2 qur'an tetapi memasing seolah membelakangkan qarinah dan yg sedihnya seolah2 membelakangkan MURSIDUL 'AM sendiri itu yg jemaah kesalkan sehingga amat bercelaru sekali sekarang. Masih lagi menceritakan konsep UG lagi dan sehingga tuan guru nik ajis menepis demi menepis serangan musuh yg dihulurkan olih pucuk pimpinan sendiri dari Presiden hinggalah ahli jawatankuasanya seolah2 kita sedang menghadapi perpecahan ketika ini.
Sudah!! sudahlah perjuangan kita adalah musuh dihadapan iaitu UMNO selagi ia tidak melaksanakan hukum Allah maka dialah musuh kita dan wajib bagi kita semua yg mengaku mukmin menghalakan segala peluru dan kekuatan kepada mereka bukan kita saling menyalahkan sesama sendiri.
cilipadi ni sapa dia?
ReplyDeletedudduk dlm saf perjuangan ke?
cuba nak langkah bahu tok guru ke?
aku rasa elok cilipadi ni kita sumbat masuk dubur dara seipool jer
menyampah aku baca artical sampah umno ni...
umno terpaksa guna jembalang barua dia nak rosakkan jammah PAS
umno sekarang yg ada hanya bangkai dan lubang juboqs sialfool
AL TAHRIM : 12
ReplyDeleteDan juga (satu misal perbandingan lagi, iaitu): Maryam binti Imran (ibu Nabi Isa seorang perempuan) yang telah memelihara kehormatan dan kesuciannya (dari disentuh oleh lelaki; tetapi oleh sebab Kami telah takdirkan dia mendapat anak) maka Kami perintahkan Jibril meniup masuk ke dalam kandungan tubuhnya dari roh (ciptaan) Kami; dan (sekalipun Maryam itu hidup di antara kaum kafir) ia mengakui kebenaran Kalimah-kalimah Tuhannya serta Kitab-kitabNya; dan ia menjadi dari orang-orang yang tetap taa
penulis artikel ni mmg tak makan nasi lah.
ReplyDeletemedia ini kerja dia menulis.
untuk mendapatkan berita tak kira berita betul atau salah.
untuk aku yg kenal nik aziz.
dia bukan nk kelirukan rakyat.
rakyat yg tak makan nasi je akan keliru.
korang dok belasah dier buat apa.... belasah je MOD tu.. aku nampak satu je.. team hj hadi ni nak try bina image baru lepas teruk kena belasah... korang study elok2 rentenan lepas dibugelkan prof2 tahun lepas... study elok2 kronology dier.. nanti nampak sgt
ReplyDeleteAL TAHRIM : 10
ReplyDeleteAllah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada manfaatnya) bagi orang-orang kafir (berhubung rapat dengan orang-orang mukmin selagi mereka tidak beriman dengan sebenar-benarnya), iaitu: perihal isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut; mereka berdua berada di bawah jagaan dua orang hamba yang soleh dari hamba-hamba Kami (yang sewajibnya mereka berdua taati); dalam pada itu mereka berlaku khianat kepada suami masing-masing; maka kedua-dua suami mereka (yang berpangkat Nabi itu) tidak dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari (azab) Allah, dan (sebaliknya) dikatakan kepada mereka berdua (pada hari pembalasan): “Masuklah kamu berdua ke dalam neraka bersama-sama orang-orang yang masuk (ke situ)”.
abis tu nak pemimpin yang pak pacak ke? nak komen isu dengan elok pon tak dapat... boleh fikir tak apa jadi bila org yang dipimpin merasa pandai dari yang memimpin mereka? huru hara laa jawabnya...
ReplyDeletedari segi gaya penulisan aku nampak nak menghemtam org je, sama lah dgn 2 artikel sebelum ni. Apa yang kitaorang perasan, Hj Hadi cuba menonjolkan dirinya lepas dibugelkan oleh 2 pensyarah... ai tak serik2 betul puak2 PAS trg ni
aku nampak hanya satu... puak2 pimpinan PAS trg tak kemana nya.... dan tgk laaa PRU13 nanti ya... BN akan sapu bersih
macamana lah nak boikot Utusan, BH atau TV3
ReplyDeleteorang PAS ni pantang di sua kan microfon atau tape recorder oleh wartawan....mula lah....
adakah kerana mereka penceramah sebab tu jenis tak tahu tutup mulut atau cakap NO KOMEN.
salam..
ReplyDeleteapa yg kamu sibuk2 nak hentam cilipadi..
Dia bloger apa yg dia rasa betul dalam fikiran dia, maka di paparkan nya dlm blog nya.
Apa yg baik kamu ambil laa..yg tak baik jgn sumpah BEB..
Kalau CIK TANTALUM rasa tak puas hati,dan rasa ada byk ilham.buka blog sendiri..
Nabi kita di tegur oleh Allah,jibrail menjadikan Rasulullah Maksum.
Alhamdulillah hasil teguran bloger TG akur supaya Menantu nya melepas jawatan segera dan SUK mengambil alih BAZAR TG bagi menempati janji kpd peniaga2 kecil yg di seleweng oleh menantu nya.
Ini lah kerja bloger cik Tantalum.
Sekarang ini dunia globalisi..peminpin kentut pun org tahu..hati2 lah wahai pemimpin2 semua..
alllow cik tahir,org dok crite pasal umum.pas for all bukan cerita habuk kecik mcm bazaar tg @ menantu.
ReplyDeletedunia globalisasi ambil kira pandangan umum bukan mcm cik tahir.cakap apa mcm katak bawah tempurung.
global pun kena ingat islam juga,jemaah islam lebih penting dari individu
komen korang mmg tersgt bagus....mane2 org yg cube sentuh tok guru nik aziz, korang bantai lah cukup2 sampai puas.
ReplyDeletemampos pas klu ade 45% ahli cam korang.
salam....
ReplyDeletepertama...mana dalil yang menunjukkan bahawa nabi diwafatkan pada umur 63 tahun kerana pada ketika itu puncak kepada pemikiran rasional?
Kedua...TGNA berusaha untuk promosi Islam,bukan penggabungan politik...jika UMNO terima dasar Islam insyaAllah PAS dan UMNO berpadu..takkan nak suruh PAS ubah kepada dasar kebangsaan?UMNO islam terimalah dasar islam...apa salahnya orang Islam terima dasar Islam?
SIAPA MAKAN CILI DIA RASA PEDASNYA.
ReplyDeletehidup mulut longkang!!!
salam..
ReplyDeletesuka dengar pejelasan cik anymost 4 kebawah..
Untuk pengentuan Tuan islam ini bermula dgn individu yakni Rasulullah dengan akhlak beliau(individu)yg di gelar AL-AMIN..
jANGAN TAKUT NAK TAROK NAMA .. WAHAI CIK ANONYMOUS
BETUL GAK..
ReplyDeletePENING NYA ANUAR KERANA INDIVIDU BERNAMA SAIFUR..
TANPA INDIVIDU MANA ADA JEMAAH MR ANONYMOUSSSSS...
demo pala kito ekor..
ReplyDeletenok wat guano ikut saja laaa.Jangan gelincir sudohhh
salam cik tahir,
ReplyDeletesetuju islam maju kerana syiar individu bernama muhd al amin.tapi bukan ajaran baginda dok peruduh jemaah.dok tuduh mcm2 kat pemimpin.
akhlak berjamaah kena jaga.amat penting bersifat mulia.jauh dari sifat keji umpat.
Antara kabinet dapur yang cilipadi tak pernah sentuh ialah besan TGNA a.k.a pengarah JPN Kelantan yang juga kawan rapat Pengarah JPN Pusat. Dia ni sebagaimana disebut oleh syed azidi adalah 'political whisperer' kpd TGNA. Cukup dgn hanya berbisik shj segala keputusan TGNA sebagai MB dan Mursyidul Am akan berubah 360°
ReplyDeletePada hemat ambo, tiada jalan lain lagi nak selamatkan masa depan PAS. Kena buat EGM ubah Presiden dan Timbalan Presiden. Kalau tunggu Muktamar 2011 takut lambat pulak, tak sempat rapatkan saf. Ambo tak leh fikir lagu mana PAS nak pertahan kedudukan lani, apa lagi nak melangkah lebih jauh, dengan kepimpinan sekarang. Hal Kelantan dan TGNA kita kesampingkan dulu sebab kot2 mana pun insya'Allah Kelantan akan kekal di bawah PAS.
ReplyDeleteMana Wan Nik atau penyokong Wan Nik/UG, senyap je? Ngaku kalah ker?
ReplyDeleteTapi jangan lupa, Wan Nik pakar strategi, tentu dia tahu strategi baik bila hadapi masalah, dikritik, didedah keburukan atau ditohmah, diam diri hingga orang lupa. Nama lagi bekas Pengarah Pusat Kajian Strategik.
Rosak parti bila tokoh celup yang bermasalah dalam hubungan dengan kaum hawa jadi pencatur strategi parti.
kecoh tul si cili padi ni.......... lenkali takyah wat posting apa apa kat sini la kalo tatau apa apa...
ReplyDeletepada pendapat aku mungkin TGNA nak slow down programme yg telah di programme kan oleh hidden hand keatas pihak pemerintah di malaysia ni.
satu perkara yg mesti kamu tahu ada perkara yg lebih besar telah di rancang dan sedang diperhatikan oleh mereka. Kamu sebagai seorang mukmin dan melayu harus sedar tentang perkara ini.Kita sebagai rakyat malaysia mesti bersatu dan kembali kepada ajaran agama islam untuk mengekang perancangan mereka.Mesti kembali kepada islam!!!!...Mesti kembali kepada islam!!!!....... mestiiiiiiiiiiiiiiiii............
Assalamualaikum,
ReplyDeleteMenurut hamba, perlawaan TGNA tiada masalah dah tidak mengelirukan pun.
Terdapat perbezaan yang nyata diantara unity goverment dengan perbincangan terntang Islam.
Unity goverment lebih kepada menguntungkan Umno dari segi politik.
Berbincang tentang Islam lebih menguntungkan Pas dan orang Islma itu sendiri, apabila kesedaran rakyat lebih kepada perjuangan Islam, kebebasan Islam dan lain-2 maka ramailah rakyak akan menyokong Pas.
Saya tertarik tentang perintah Allah menyuruh Nabi Musa berdakwah kepada Firaun, walaupun sekali pandang hampir mustahil akan berjaya, namun kebesaran Allah melebihi segala-galanya, hasilnya, firaun tetap kafir dan berakhirnya kekuasaannya dengan balasan Allah dan nabi Musa mendapat pengikut yang lebih ramai dimana pengikut tersebut asalnya dibawah kekuasaan firaun.
Apa yang hamba nampak, apabila perbincangan mengenai Islam antara Pas dengan Umno terjadi, umno mestilah akan terus kekas dengan prisip kebangsaannya, namun hasil daripada perbincangan tersebut akan dapat membuka mata dan hati pengikut umno akan kebesaran Islam, insyaallah hasilnya ramai pengikut umno akan beralih kepada Pas dan Umno akan menerima balasan dengan balasan kekalahan yang memalukan dalam PRU. Kekuasaan Allah melimpah ruah, kita hanya berusaha, sekiranya usaha kita diberkati Insyaallah hasilnya dapat kita kecapi semasa hidup lagi.
Wallahhuallam.
pemimpin dalam pas skangnih rata2 nak kuasa.... kalau tidak..takkan meareka sanggup nak jadi ketua..... sbb jadi ketua nih ibarat letakkan kaki seabelah kat neraka...
ReplyDeleteBezanya pemimpin dalam memperjuangkan agama Allah mereka bergantung dan berlandaskan suro atau musawarah dan Pas pada dewan ulamaknya memang sepatutnya apa2 isu baik datangnya dari musuh atau ahli2nya sendiri yg tepatnya bawalah kemajlis suro ulamak !!ini tidak ... kita lihat kebelakangan ini amat bercelaru sekali ulasan pemimpin2 atasan dalam Pas yg ni cakap lain yg tu cakap lain bila diajukan soklan dari pemberita ...
ReplyDeleteContoh yg jelas nyata apabila percanggahan berlaku dikalangan pemimpin tentang isu UG tuan guru desak bawalah kemuktamar khas dan dibincang olih dewan ulamak yg tuan guru sendiri sebagai mursidulnya bukan !!
Begitu juga kes PJ Selangor dgn Khalid Samad sepatutnya dewan ulamak sendiri yg melantik tetapi yg melantik seolah dia sama dia sahaja ia itu orang yg mencanangkan isu UG yang menubuhkan jawatan kuasa diseplin parti hasilnya segala keputusan bercanggah dan mengelirukan malah bolih memecahbelahkan dikalangan pemimpin2 menjadi berpuak2 yg kelihatan amat bahaya sekali dan inilah yg tuan guru amat keciwa sekali akhir2 ini.
Kenapa ahli disuruh berwala'kan pemimpin sedang pemimpin bercakaran sesama sendiri akibat membelakangkan perlembagaan yg ada dalam pas yg sepututnya segala masalah hendaklah ditangani olih dewan ulamak .
Apakah perjuangan dan matlamat Pas sudah ada garis pemisah antara dewan ulamak dgn propesional ???
Macam mana nak buah usrah. Kebanyakkan blogger celaka bukan ahli PAS. Mereka sekadar penyokong tetapi menulis boleh perihal PAS sebebas-bebasnya. Kalau ahli pun, mereka tidak terlibat dalam usrah tetapi mencari, mencuri dan mengintip rahsia parti untuk didedahkan kepada umum.
ReplyDeleteBERHENTI SAJALAH NIK AZIZ WEI, KUBUR SUDAH KATA MARI TU. BAGILAH PELUANG ORANG LAIN NAIK ATAS PULA. YANG TERSUMBAT DI KELANTAN SEKARANG SEBAB YANG PATUT DAH NAIK JADI MB DAN TMB TAK BERGERAK2 BILA NIK AZIZ TAK BERHENTI HENTI.
ReplyDeleteUMNO tidak akan sesekali membuat sesuatu yg dicadang oleh PAS walau sebaik manapun, begitu juga sebaliknya. Itulah resam politik di dunia. Dasar PAS itu Islam manakala UMNO itu kebangsaan, mana mungkin ada titik persamaan antara air dengan minyak.
ReplyDeleteTak kena analogi di atas.
Granted PAS dan UMNO berbeza dasar.
Begitupun, ada titik dan tempat di mana kedua-dua parti boleh bersama.
Kalau Cili Padi ahli PAS anta layak dikena tatatertib kerana menyanggah pendirian Presiden!