Hadis Rasulullah saw

"SEBAIK2 JIHAD ITU BERKATA BENAR DISISI PENGUASA YANG ZALIM"

Saturday, February 27, 2010

ROYALTI : UMNO MAJU SETAPAK KE BELAKANG

.
Firman Allah swt maksudnya:

DAN JANGAN KAMU MENCAMPUR ADUKKAN YG BENAR ITU DENGAN YG PALSU, DAN KAMU SEMBUNYIKAN YG BENAR ITU PULA PADAHAL KAMU MENGETAHUINYA ( surah Al Baqarah ayat 42 )

Marilah kita tunjuk simpati pada Dato Mustapha Mohd Menteri MITI yg terpaksa berlakon untuk kepentingan politik. 2 wajah satu jasad kerana politik. Moral dan maruah kena tolak ke tepi untuk cari “ political mileage”.

Masa PRK Manik Urai dulu bukan main hebat menafikan tuntutan royalti minyak Kelantan. Ke hulu ke hilir bumi Manik Urai dia teroka untuk menidakkan royalti… kononnya tiada setitik minyakpun dalam wilayah Kelantan.

Sayyidina Ali pernah berkata kepada pengikutnya selepas Majlis Tahkim : APABILA TIBA DUA KEBENARAN DALAM SATU MASA, MAKA KEBENARAN ORANG YG LEBIH BERKUASA AKAN DITERIMA.

Usahkan Dato Pa, TPM sendiri yg merupakan orang ke 2 berkuasa di Malaysia pun dilihat senada dengan “BOS” UMNO Kelantan. Tuntutan Kelantan dinafikan oleh kesemua insan yg berdarah UMNO tanpa merujuk kepada fakta sebenar.

Kerana agenda politik, pimpinan UMNO rela bertindak bodoh tanpa merujuk kepada sumber2 yg sahih seperti Petronas dan EPU JPM. Bahana kebodohan UMNO kini dihidu oleh rakyat Kelantan yg cintakan ilmu dan ketagih maklumat hingga TGNA gelarkan bumi Kelantan sebagai medan Universiti Politik Terbuka.

UMNO yg ditubuhkan untuk agama ( Islam ), bangsa ( Melayu ) dan tanahair ( Malaysia ) sudah tersasar dari matlamat asal. Dasar UMNO masih sama tapi halatujunya dilarikan pemimpin terkini yg rakus menurut hawa nafsu.

UMNO membela Islam tapi pemimpin UMNO lulus lesen judi, murtad dibiarkan bermaharajalela, gejala sosial dibiarkan dan hukum Islam dipermainkan.

UMNO menjaga bangsa tapi pemimpin UMNO biarkan biarkan melayu menjadi majoriti miskin tegar, gantikan biasiswa dengan pinjaman PTPTN, rombak Kementerian Pembangunan Usahawan yg mengutamakan bumiputera, diskriminasikan “malay heartland” seperti Kelantan dan Kedah serta

UMNO mempertahankan tanahair tetapi pemimpin UMNO mengambil tanah rezab melayu tanpa ganti, menggadai WPI Johor kepada Singapura, memberi hak milik kepada bangsa asing di Cyberjaya dan gagal meningkatkan hartanah strategik di bandar2 besar kepada kaum bumiputera.

UMNO sanggup “berperang” dengan Kerajaan dan rakyat Kelantan dalam isu royalti minyak. Pemimpin UMNO Kelantan sangat takut jika Kerajaan Kelantan berjaya menuntut royalti hasil dari perut bumi negeri itu sendiri.

UMNO yg biadap merancang untuk menggunakan wang ehsan sebagai senjata merampas Kelantan. Pengangihan wang ehsan dianggap jerat untuk memerangkap rakyat Kelantan seperti yg dilakukan di Trengganu. Hakikatnya Kelantan lain, Trengganu lain.

Sedar @ tidak UMNO telah khilaf menilai mentaliti rakyat Kelantan yg jauh bezanya dengan rakyat Trengganu. Wang Ehsan tidak memberi “ bonus” kepada UMNO tetapi menjadi “liability” buat UMNO.

Percaturan UMNO merebut hasil tunai dari industri gas dan petroleum di Perairan Kelantan untuk dijadikan wang ehsan menjadi kebencian rakyat Kelantan. “Senjata Fakir” yg dikejar UMNO sudah bergolek ke dalam saku PAS.

Sepatutnya PM dinasihati oleh cerdik pandai UMNO agar melangsaikan tuntutan royalty kepada Kerajaan Negeri. Itulah peluang untuk menguji keikhlasan pemimpin PAS dalam mentadbir duit royalti hak mutlak rakyat Kelantan.

Kalau agihan oleh kerajaan Kelantan telus maka rakyat akan dapat nikmat melimpah ruah. Andai Pemimpin PAS Kelantan curang dalam penagihan maka terimalah balasan negatif dari rakyat Kelantan yg sentiasa peka dengan iklim politik. Segala kemungkinan boleh berlaku.

Kenapa UMNO masih buta huruf dalam mengenal gaya politik rakyat Kelantan. Sejak dulu lagi rakyat Kelantan tidak rela ditekan, politik ugutan bukan budaya rakyat negeri serambi Mekah. Tentangan rakyat Kelantan meningkat berkali ganda bila ditekan dan dihina.

PAS sangat bertuah bila UMNO enggan membayar royalti kepada kerajaan Kelantan. Isu royalti berjaya dimanipulasi pemimpin PAS untuk menarik semangat patriotik rakyat Kelantan. Isu royalti telah memadam segala kemelut yg membelenggu Kerajaan Negeri Kelantan sebelum ini.

Tunggulah PRU13!! Isu royalti adalah “political milleage” baru PAS Kelantan, senjata utama untuk berdepan UMNO dalam PRU13. Bukan mudah PAS mencari isu tapi kerana keSOMBONGan UMNO ia menjadi hak milik PAS.

Insyaallah PRU13 PAS Kelantan akan mendekati rekod 1990 @ 1999… selepas PRU13 UMNO hanya mampu menggigit jari dan mungkin perlu menggantikan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dari muka baru @ tokoh “recycle”. SELAMAT MENGUNDUR Ke BELAKANG WAHAI UMNO dan BN

Wallahuaklam cilipadi007

4 comments:

  1. kata dah merdeka, tapi hasil bumi di perah macam British dulu! Saya bimbang nanti ada yang berdarah Tok Jangut keluar angkat senjanta kerana tuntutan wang royalti!

    ReplyDelete
  2. Apa yang penting bagi para pemimpin UMNO Kelantan... bukan perjuangan parti itu... tapi... kepentingan peribadi yang boleh diboloti mereka.. status pengerusi itu dan ini, kontrak2 projek, duit2 habuan dari pelbagai sudut dari agensi2 pusat di Kelantan...seperti yang sebelum ini... JPPK, Kemas, KADA, KESEDAR, FELDA, FELCRA, RISDA, PPRT, Jabatan Kebajkan Masyarakat ..dsb... yang terkini WANG EHSAN MINYAK KELANTAN.......

    Perjuangan UMNO sekarang ini adalah fokus hanya untuk FULUS......... dulu, kini, selamanya.....?

    ReplyDelete
  3. salam,

    khabarnya wan ni dah lepaskan jawatan setiausaha jabatan pilihanraya pas pusat. kalau benar khabar ini, alhamdulillah.

    wan nik perlulah memastikan tgna tidak lagi 'melatah' bincang dengan umno. hatta berkaitan islam sekali pun. "bincang dengan umno" sudah jadi phobia kepada majoriti rakyat.

    mulai sekarang, semua perkara dengan umno perlu dijauhi. usahlah memberi ruang pernafasan kepada umno, biarkan dia lemas dengan masalah yang mereka sendiri buat. yang penting fokuskan segala gerakerja memperkasakan pas dan pakatan rakyat mendepani pru 13. jangan dilayan isu2 tajaan umno.

    agihan wang ehsan oleh umno mulai mac ini adalah kerana kekuatan pas. wang ehsan adalah senjata terakhir umno untuk melemahkan pas. rakyat perlu faham ini. ucapan "kalau nak ambil, kalau tak mahu, tak payah" adalah sikap 'defeatist' pemimpin umno. dah mati akal. hujah dah tiada. kerana apa yang rakyat nampak segala yang jahat (bakar gereja ke, kepala lembu ke, kepal;a babi ke, enjin jet hilang ke, kapal selam tak boleh menyelam ke) adalah kerja buat umno.

    gembelingkan segala usaha ke arah memastikan pandangan, sikap dan emosi rakyat yang sudah meluat dengan umno diperhebatkan lagi.

    dan jangan pula lupa kepada penyakit yang sedang melanda pas. segelintir opportunist yang sedang memperalatkan pas dengan konsep sebelah kaki dengan pakatan rakyat manakala sebelah kaki lagi dengan umno!

    wallahu'alam

    ReplyDelete
  4. Salam, mana ada umno maju setapak ke belakang? Umno maju berlangkah-langkah ke belakang adalah. Itu yang pemimpin pas cuba selamatkan tu...

    ReplyDelete