Sinopsis cerita Tamil berjudul DURAI tayangan Astro 202 16/2/2010 jam 12.00 – 2.30 pagi. Banyak pengajaran terselit sebagai renungan kita bersama.
Kisah berlaku di Negeri Tamil Nadu India Selatan. Ketua Menteri bernama Devanayagam yg juga Presiden Parti Berjasa Rakyat. Pemerintahan Ketua Menteri sangat mengambil berat soal kebajikan rakyat dan sangat disanjung setiap lapisan masyarakat..
Devanayagam mempunyai seorang isteri, seorang anak lelaki bernama Shanmugam dan seorang anak perempuan bernama Sandya. Ibarat “kuah tumpah ke nasi” maka anak lelakinya Shanmugam juga menceburi bidang politik dan berjawatan Naib Presiden Parti Berjasa Rakyat.
Sebagai Presiden parti, Devanayagam dibantu Timb. Presiden Dayyal, 3 Naib Presiden iaitu Shanmugam (anak lelakinya ), Dharma ( Ketua Gangster Timur Tamil Nadu ) dan Durai ( muka baru sahabat anak lelakinya Shanmugam yg bijak berpidato dan berbakat besar ).
Setelah melalui satu Pilihanraya Umum, Parti Berjasa Rakyat telah mendapat kemenangan besar dan berjaya menubuhkan kerajaan. Jawatan Ketua Menteri masih disandang Devanayagam manakala Dayyal, Shanmugam, Dharma dan Durai dilantik sebagai pembantu pejabat Ketua Menteri.
Kehadiran Durai banyak membantu Ketua Menteri Devanayagam dan diberi potfolio kanan untuk menguruskan kewangan dan kebajikkan bagi kepentingan rakyat.Dengan idea2 bernas Durai juga banyak mencetuskan program kebajikan rakyat menyebabkan dia dikasihi pimpinan parti dan seluruh rakyat Tamil Nadu.
Durai banyak membanteras rasuah yg telah lama menjadi barah dalam pemerintahan Kerajaan Tamil Nadu. Tindakan Durai mencetuskan rasa bimbang di kalangan ahli politik yg rasuah seperti naib Presiden Dharma , ketua gangster dan bersubahat dengan pegawai tinggi polis untuk kerja peras ugut berlesen.
Shanmugam sangat berbangga apabila sahabatnya Durai sering mendapat pujian dari ayahnya Devanayagam Ketua Menteri Tamil Nadu. Kemana sahaja majlis melibatkan Ketua Menteri maka beliau akan bawa Durai dan Shanmugam bersamanya bagi melihat kesusahan rakyat di samping menberi pendedahan “asam garam politik” kepada mereka berdua.
Kerana terlalu menyayangi anak didiknya, Devanayagam berhasrat untuk menyerahkan jawatan Ketua Menteri kepada Durai apabila tiba masanya. Sebagai langkah kearah itu beliau sering memuji kehebatan Durai di hadapan pimpinan parti sebagai simbolik untuk menjayakan agendanya. Pujian berulangkali Devanayagam telah menimbulkan rasa tidak puashati dan irihati di kalangan pesaing Durai.
Kesempatan itu diambil oleh Dharma untuk menghancurkan persahabatan antara Shanmugam dengan Durai. Dharma menghasut Shanmugam agar berwaspada dengan tingkahlaku Durai yg kononnya bercita2 untuk menguasai parti dengan bertanding jawatan Presiden Parti Berjasa Rakyat dan merampas jawatan Ketua Menteri. Durai juga dituduh memberi nasihat sesat kepada Devanayagam.
Persahabatan Shanmugam dan Durai menjadi renggang hasil kerja jahat Dharma yg berpakat dengan Tim P/Jaya Polis yg kaki rasuah. Pada mereka hanya Shanmugam dapat mempengaruhi ayahnya supaya meminggirkan Durai dari dunia politik dan kerajaan.
Pada suatu malam Devanayagam telah memanggil anaknya Shanmugan ke bilik untuk berbincang soal politik. Beliau telah memberitahu anaknya untuk menyerahkan jawatan Presiden Parti Berjasa Rakyat dan jawatan Ketua Menteri kepada Durai. Ini kerana pada penilaian beliau Durai sangat layak kerana memilikki sifat sabar, bijak mengurus , jujur serta idealis.
Shanmugam yg bercita2 untuk menjadi pengganti ayahnya sangat marah dan tidak bersetuju dengan cadangan itu. Dia mengatakan sanggup berbuat apa saja termasuk membunuh untuk jawatan Presiden dan Ketua Menteri
Devanayagam sangat sedih mendengar ugutan anaknya dan menganggap sikap negatif itu adalah kerana KEGAGALAN BELIAU MENDIDIK ANAK. Shanmugam pula merasa sangat irihati pada Durai ( orang luar/ penasihat sesat ) yg menjadi kesayangan ayahnya melebihi kasih sayang pada dia yg merupakan darah daging sendiri.
Dengan sayu Devanayagam memeluk anaknya Shanmugam sebagai lambang kasih sayang tetapi dengan kejam pula Shanmugam telah mencekik ayahnya hingga mati. Selepas itu dia mengarahkan adiknya Sandya menghubungi Durai supaya segera datang ke rumah untuk perbincangan penting dengan ayahnya.
Durai yg betul lurus tidak menyedari bahawa itu adalah satu perangkap untuk memusnah karier politiknya. Shanmugam telah berpakat dengan Dharma dan Timb Pesuruhjaya Polis menunggu kedatangan Durai. Setelah tiba Durai terus masuk ke bilik Devanayagam dan mendapati mentornya itu sudah mati.
Tiba2 serbuan dilakukan anggota polis diketuai Tim P/Jaya Polis dan menangkap Durai atas tuduhan membunuh Ketua Menteri Devanayagam. Rancangan jahat Shanmugam dengan kerjasama Dharma berjaya dan Durai diheret ke muka pengadilan.
Apabila tuduhan membunuh Devanayagam dibacakan maka Durai mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan. Hakim menetapkan satu tarikh untuk perbicaraan dan Durai tidak boleh dijamin kerana tuduhan serius membunuh dengan niat. Sementara menunggu perbicaraan maka Durai akan ditahan dipenjara.
Perancangan jahat Shanmugam dan konco2nya tidak terhenti setakat itu saja. Mereka merancang untuk membunuh Durai sebelum perbicaraan bermula. Timb P/Jaya Polis telah diarahkan membunuh Durai ketika penghantaran ke penjara.
Bukan mudah membunuh hero tamil bila Durai berjaya membelasah semua gangster yg diupah untuk membunuhnya ketika van polis berhenti di tengah hutan. Habis kesemua samseng dibelasah Durai termasuklah Timb Pesuruhjaya Polis dan anggotanya.
Selepas bebas dari perangkap polis Durai sangat bimbangkan keselamatan anak isterinya dan bergegas pulang ke rumah. Sayang sekali dia telah terlewat dan hanya dapat menyaksikan mayat anak dan isterinya digantung dalam rumahnya. Durai meraung sekuat hati kerana sangat sedih.
Apabila selesai pengkebumian anak isterinya maka Durai bertindak menyiasat siapakah individu yg berkonspirasi menghancurkan karier politiknya. Tanpa prasangka beliau telah menghubungi sahabat baiknya Shanmugam yg sedang menguruskan pengkebumian ayahnya Devanayagam.
Shanmugam berlakon kononnya sedih dengan kematian ayahnya dan menagih simpati Durai. Sebagai kawan yg dipercayai Durai telah memberitahu bahawa Timb Pesuruhjaya Polis bersyubahat untuk membunuhnya. Shanmugam berpura2 percaya dan berjanji akan menghukum Timb Pesuruhjaya Polis jika didapati bersalah.
Durai meneruskan siasatan dan berjaya mengesan Timb Pesuruhjaya Polis sedang bersauna di sebuah kelab eksklusif. Di situ Durai telah membelasah Timb Pesuruhjaya Polis serta konco2nya dan memberi tempoh 24 jam untuk memberitahu dalang di sebalik pembunuhan itu.
Malamnya Durai menerima panggilan telefon dari Timb P/Jaya Polis menjemput ke rumahnya untuk dedah rahsia pembunuhan itu. Sekali lagi Durai diperangkap bila Timb P/Jaya Polis telah dibunuh dan rumahnya dipasang gas untuk letupkan semua sekali. Biasalah Durai adalah hero Tamil pasti terlepas.
Durai Berjaya larikan diri dari letupan itu bersama telefon bimbit milik Timb P/Jaya Polis dan berjaya mengesan beberapa panggilan dari Dharma ( Naib Presiden/ Ketua Gangster ) Justeru itu Durai mengsyakki Dharma terlibat dan melaporkan kepada Shanmugam.
Hasil laporan itu Shanmugam telah memanggil Dharma ke pejabatnya dan membunuh Dharma dengan pistolnya. Sekali lagi Durai telah dituduh membunuh Dharma dan menjadi buruan polis tahap 1. Shanmugam juga mula curiga adiknya Sandya memberi maklumat kepada Durai dan mengarahkan konco2nya mengawasi Sandya sepanjang masa.
Sandya semakin tertekan dengan tindakan jahat abangnya. Dia telah menghubungi Durai dan menceritakan kisah pembunuhan ayahnya oleh Shanmugam. Selama ini dia berdiam diri kerana ugutan abangnya untuk membunuh dia dan ibunya jika kisah pembunuhan itu terbongkar.
Durai sangat terkejut dengan pembongkaran jenayah sahabatnya Shanmugam. Dia telah atur pertemuan dengan Sandya tetapi telah diketahui Shanmugam dengan bantuan pengesan telefon polis. Sandya telah dibunuh dan Durai akhirnya tertangkap serta dimasukkan ke lokap polis.
Shanmugam telah melawat Durai dalam tahanan dan memberitahu dia akan mengangkat sumpah menjadi Ketua Menteri setelah menghuruharakan Tamil Nadu. Rancangannya ialah untuk memberi imunisasa polio percuma bercampur racun kepada seluruh bayi yg akan mematikan ramai rakyatnya. Tindakan itu akan mengundang darurat di negeri Tamil Nadu.
Sebagai Hero Tamil Durai berjaya melepaskan diri dari polis dan terus ke stesen TV Tamil Nadu. Disitu Durai telah mengganggu berita siaran langsung dan beritahu supaya rakyat tidak mengambil imunisasi polio yg bercampur racun. Rakyat yg kenal dengan budi pekerti Durai yg mulia telah menurut arahan Durai dan tiada kematian dilaporkan serta tiada huruhara berlaku.
Shanmugam sangat marah kepada pasukan polis yg gagal mengawal Durai lantas mengumpul semua gangster untuk membunuh Durai. Berlakulah pergelutan yg sangat dahsyat antara Durai dan gangster tetapi dibelasah semua sekali oleh Durai yg gagah perkasa.
Akhir sekali Durai bergelut dengan Shanmugam satu lawan satu dan kemenangan berpihak kepada Durai. Shanmugam telah mati dibunuh oleh Durai dengan “flying kick ala Tamil”.
Keadaan kembali pulih dan sekalian rakyat berarak mendesak agar Durai dilantik Ketua Menteri dan Presiden Parti Berjasa Rakyat tetapi Durai menolak tawaran itu. Durai telah mencadangkan kedua2 jawatan itu diberikan kepada Dayyal ( Timb Presiden Parti ).
Itulah Durai, pembela rakyat yg berjuang bukan kerana pangkat @ kebendaan. Durai adalah karektor berhati mulia dan sanggup mempertaruhkan nyawa dan jasad demi rakyat.
Cerita Tamil adalah hiburan tetapi masih terselit mesej yg baik untuk kebaikan masyarakat. Semoga DY Haslam mengubah sedikit sebanyak jalan cerita Gerak Khas yg adakalanya menyimpang jauh dari fakta sebenar kepolisan di Negara Kita.
Sekian dari cilipadi007
tlg bongkar isu pmbk terbaru... dgr2 khabar bekas CEO lama (mungkin merasakan dirinya masih CEO) masih campur tgn dlm urusan dalaman PMBK termasuk isu perlantikan pegawai. Ramai kakitangan yg merungut dan tak puashati...
ReplyDelete