Hadis Rasulullah saw

"SEBAIK2 JIHAD ITU BERKATA BENAR DISISI PENGUASA YANG ZALIM"

Tuesday, January 26, 2010

PEMECAH AMANAH DIPUJA, PEMEGANG AMANAH DIBUANG

.
"">FIRMAN ALLAH MAKSUDNYA “ PELIHARALAH DIRI KAMU DAN AHLI2 KAMU ( ANAK ISTERI KELUARGA) DARI API NERAKA…

Kesian rakyat Kelantan, lain yg dijanji lain yg dapat. Inilah cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap. Banyak bercakap tapi tak buat apa yg dicakap. Cakap senang tapi nak buat susah.

Bukan rakyat tak sayang TGNA. Banyak bukti kasih sayang pada TGNA tak pernah pudar. Apakah kerana kasih sayang membuta tuli memberi lesen untuk TGNA perintah negeri “ikut suka dia”.

Berapa banyak rakyat kena tanggung rugi gara2 TGNA beri kuasa/ lantik anak menantu jaga harta rakyat. Mulanya alkisah PMBK, beli kek hari raya, Kifalah dan terbaru Rumah Kelantan Jln Stonor KL .Baca di sini.

Apa sudah jadi dengan Kerajaan Negeri Kelantan? Kalau setakat nak jual harta benda kerajaan, tak perlu orang bijak jadi CEO, bagi kat budak kecil pun boleh buat.

Rasulullah saw diutuskan dalam masyarakat jahiliyyah yg hidupnya bertuankan nafsu. Sabda Rasulullah saw “SESUNGGUHNYA AKU DIUTUSKAN UNTUK MENYEMPURNAKAN AKHLAK MANUSIA” . Apa yg berlaku di Kelantan harini adalah kerana kurangnya pembentukan akhlak yg mulia.

Akhlak sebuah Kerajaan diukur dengan istilah INTEGRITI, TELUS, BERTANGGUNGJAWAB. Semuanya adalah istilah ciptaan Barat tapi halatujunya kearah Kerajaan yg baik mentadbir untuk kesejahteraan rakyat.

Zaman pasca Kemerdekaan, hampir separuh jawatan utama dalam kerajaan dan GLC disandang oleh Penjajah Inggeris. Tika itu indeks rasuah sangat rendah walaupun pemerintahan dikuasai bukan Islam. Kenapa? Kerana ajaran barat sangat bencikan tumbuk rusuk…kerana INTEGRITI perasuah akan dipandang jijik oleh masyarakat.

Islam juga memusuhi rasuah berdasarkan Hadis Rasulullah “ PEMBERI DAN PENERIMA RASUAH AKAN DIHUMBAN KE DALAM NERAKA”. Definasi rasuah akan berubah jika diistilahkan sebagai sumbangan, baksis dan pemberian ikhlas. Kenapa ummat Islam terlibat dengan rasuah? Kerana IMAN sudah menipis dan NAFSU menguasai AKAL.

Berada disekeliling TGNA bukan jaminan berakhlak mulia. Akhlak itu berkait rapat dengan hati yg ikhlas melahirkan Iman yg teguh. Nikmat Iman tak dapat diwarisi dari sesiapapun hatta anak beranak Nabi sendiri.

Abu Jahal dan Abu Sufian ( sblm pembukaan Kota Mekah) selalu bertemu Rasulullah saw sebelum dan selepas Baginda diangkat menjadi Rasul. Mereka berdua tidak dipanggil sahabat Rasulullah saw biarpun pernah bertemu, bercakap, berbalah dan sama2 warganegara/ bumiputera Mekah AlMukarramah.

Benteng pemisah antara Rasulullah saw dengan Abu Jahal dan Abu Sufian ialah beriman kepada 6 Rukun Iman. Abu Jahal yg lahir di Mekah dan mati di Mekah tidak dikenang sumbangannya membina tamaddun Kota Mekah.

Sebanyak manapun sumbangan Abu Jahal dan Abu Sufian untuk pembangunan Kota Mekah tetap tidak mendapat pahala kerana tidak beriman kepada Allah dan RasulNya. Maksud Firman Allah “APAKAH KAMU MENYANGKA BAHAWA KAMU MEMBERI MINUM KEPADA JEMAAH HAJI DAN MEMAKMURKAN MASJIDIL HARAM SAMA SEPERTI ORANG2 YG BERIMAN KEPADA ALLAH DAN HARI AKHIRAT”.

TGNA telah melantik menantu sendiri menerajui GLC iaitu PMBK. Pada TGNA menantunya layak kerana memilikki gelaran IR, selalu berjemaah Solat Subuh bersamanya, budak bijak dan berpandangan jauh untuk membela rakyat Kelantan. Sayang sekali dalam banyak kriteria disebut TGNA terpinggir soal akhlak. Sejauh mana akhlak menantunya tidak pernah TGNA ambil tahu.

Menantu yg baik bukan setakat menjaga makan minum pakai anak, isteri dan mertua ipar duai. Menantu yg berakhlak tidak menipu dan pura2 baik di hadapan mertua. Menantu yg berakhlak bila diberi amanah tidak akan khianat. Setiap keputusan dibuat menantu yg berakhlak bukan setakat dipersembahkan kepada mertua tapi kepentingan masyarakat umum diambil kira.

Banyak peluang untuk menantu TGNA berkhidmat bila dilantik CEO PMBK. Sayang sekali menantu TGNA bukan pemuda yg berakhlak biarpun pada TGNA menantu yg baik. Perlantikan CEO PMBK yg tidak amanah bukan setakat merugikan rakyat tapi menconteng arang ke muka mertuanya.

Inspirasi mulia TGNA membina Bazaar Tok Guru masih belum kesampaian. Niat TGNA yg baik akan tergendala bila pengendali projek tidak amanah dengan tugasnya.

Menantu baik TGNA diberi dua pilihan bila merancang Bazaar Tok Guru. Ditangannya diberi ujian antara untung jangka pendek bila memihak kepada pemaju dan untung jangka panjang bila membantu peniaga kecil.

Menantu bijak TGNA memilih berpihak kepada pemaju kerana kurangnya akhlak dan amanah. Bila Pemaju menyediakan dokumen perjanjian dengan terma2 yg berat sebelah tapi dipersetujui menantu baik TGNA biarpun tanah lebihan 4.4 ekar terlepas dari genggaman. Tingkat bawah Bazaar Tok Guru juga dihadiahkan kepada pemaju sesuka hati.

Lupakah kita pada sabda Rasulullah saw “ TIGA CIRI2 ORANG MUNAFIQ IAITU MUNGKIR JANJI, BERCAKAP BOHONG DAN BILA DIBERI AMANAH DIA KHIANAT”

Sayyidina Uthman Affan dikenali sebagai menantu Rasulullah saw yg berakhlak mulia. Gelaran Zunnurain diberi kerana 2 kali beliau mengahwini puteri Rasulullah saw. Beliau pernah dipuji Rasulullah saw kerana kemurahan hati menINFAQkan harta untuk Islam, bukan kerana budi pekertinya. Hanya Malaikat yg memuji dan malu dengan amal Sayyidina Uthman.

Sayyidina Ali juga memenuhi kriteria sebagai menantu yg baik bila mengahwini puteri Rasulullah saw. Beliau dipuji kerana akhlak yg baik dan ilmu yg banyak ( GEDUNG ILMU ) bukan kerana solat subuh berjamaah bersama Rasulullah saw di Masjid Nabawi .

Pengorbanan Sayyidina Ali menggantikan tempat tidur Rasulullah dalam peristiwa Hijrah juga tidak menjadi kredit kepadanya dalam pemerintahan Rasulullah.

Rasulullah saw adalah contoh ulung mertua terbaik tatkala memperisterikan Sayyidatina Aishah puteri Sayyidina Abu Bakar. Kerana sifat MAKSUM sepanjang hidupnya Rasulullah tak pernah puji mertuanya tanpa sebab jelas biarpun IMAN Sayyidina Abu Bakar menyamai Iman seluruh ummah.

Apakah menantu baik TGNA masih menguasai TGNA selepas 31 januari 2010? Apakah diplomasi perletakkan jawatan di PMBK boleh mencuci arang di muka TGNA? Bagaimana nasib tanah anak cucu kita seluas 4.4 ekar di sebelah Bazaar Tok Guru selepas digadaikan 99 tahun kepada pemaju?

Terpulang kepada rakyat untuk menilai baik buruk menantu baik TGNA yg solat Subuh berjemaah di Masjid Pulau Melaka. Kita diberi pilihan antara Sirah Rasulullah saw memimpin ummat Islam atau Episod Baru Kepimpinan Ulama TGNA dan menantu baiknya.

Sekian dari cilipadi007

25 comments:

  1. saya cadang aaf jgn letak jawatan cep pmbk.lepas ni kita tengok semua harta pmbk bagi free kat pemaju.
    next time bila pmbk tak ada harta dia jual plk kerajaan kelantan termasuk p melaka

    ReplyDelete
  2. betul tuan cilipadi.rasululah masa hidup tak pernah bagi jawatan besar dalam kerajaan madinah pada anak perempuan fatimah atau menantunya ali dan uthman.tak la pula ada hadis tentang kroni ajaran tokguru

    ReplyDelete
  3. macam macam dah keluar cerita almenantunya pecah amanah tapi TG macam buat deek.Betulke TG tak tahu perangai burok almenantunya atau malas nak ambil kisah.Sapa tak sayang menantu cik oi?

    ReplyDelete
  4. ana cukup pelik dengan TGNA.Dia jaja dalam akhbar menantunya budak baik dan solat subuh dengan dia.tak rasa tertipu ke TGNA bila kena beli balik bazaar 23j.patutnya siasat asal usul budak tu.apa rekod sebelum ini.minta pandangan orang lama daerah machang cam ust yahya othman siasat pun ok what?

    ReplyDelete
  5. jgn marah kat tok guru.ini konsep 1menantu anak beranak diutamakan bukan mcm pm 1malaysia rakyat kena dulu.

    bilaa dah berjaya 1menantu nanti pru13 pas kelantan tukar jadi 1anak beranak pulau melaka didulukan,canteeeeekk

    ReplyDelete
  6. tulisan cilipadi mcm agenda nak jatuhkan t guru.sapa baya upah penat lelah dok taip cerita burukkan t guru.tak takut dosa ke bro?
    i think you're umnongok or ...

    ReplyDelete
  7. artikel cilipadi untuk betulkan tokguru bukan fitnah suka hati.saya rasa kita patut nilai fakta yg diolah oleh penulis.

    tak patut kita gelar cilipadi umnongok kerana tak setuju atau beza pendapat.

    all the best u cilipadi.

    ReplyDelete
  8. politicians r like the bones of a horses foreshoulder- not a straight one in it. its our islamic hardcore politicians had suddenly turned into just another political player as those of him

    ReplyDelete
  9. salam cili padi..
    kalu betol...
    cube cek betul2 kat mana tanah tu..
    tengok sapa pemaju yang dapat tanah tu.. sapa insan 'mulia' disebaliknya...
    boleh ko dok sapa2 beri ambo namo syarikat mana AF ni kijo sebelom balik KB.. apo kato kito sama2 cek sapo sebenarnya AF ni masa dok kijo KL.. kawe tanyo nik abduh.. dia tok se jawab.. dia tok siar komen ambo...
    Ambo Saye Islam lebih dari saye koo pemimpin Pas Weaaaa!
    Haaaah... SubhanaAllah...

    ReplyDelete
  10. hamba rasa cilipadi buka cerita hal tokguru pelik juga.asyik2 cerita hal tokguru.

    bukan tak blh kritik terbuka mcm.kena ingat juga kerja dakwah bukan mudah macam artis.

    kena belajar uslub dakwah bukan main hentam saja.

    tak dok org yg perfect lagilah kalau umno bn lagi berat. demo tu takdak dosa pahala main taruk je.

    molek juga kalau cilipadi dapat bagitahu terus pada tokguru.bukan susah nak jumpa tokguru.

    pergi pejabat di kota bharu atau pulau melaka habis cerita.

    tak payah susah dok karang artikel terbuka yg tentu tokguru tak baca.

    wassalam

    ReplyDelete
  11. ha ha... tadk ditor lain doh clipadi nok bubuh selain citor nik aziz... hok dio post dlm tranungkite semua pasal nik aziz... sumber maksum utama dia kickdafella.... dlm dio puji dio celo...stail budok darjah 4 jah...

    ambilcerita pakai muat... penjelasan dr orang dia hantam dio buat pekak badak... terus menerus jadi talian hayat fitnah.

    aku pun dok suko jugok si arif fahmi... tapi tadok la aku percaya semua citer pasal buruk dio..lain lah kalu kamu sendiri ado dalam meeting atau draft agreement tuh.. tadok ore se bodo gituno lah nok buat reto klate 2-3 sen tu mace reto sendiri...

    ReplyDelete
  12. salam cik ..
    ambo tok tahu la demo serapat mano denge tok guru...
    tapi sependengaran ambo datok nik aziz ni meme mudoh nok jumpe.. tapi payoh dia nok cayo kalau buke demo ore kepercayaan dio...
    dia akan tanyo balik ko ore kepercayaan dia.. kalu demotu kato dok... dok laaa...
    kalu demotu kato yo... yo laa...
    Gak.. tokke dmotu nok kato yo...
    tugah kito cari kebenaran untuk panduan PEMIMPIN ISLAM SEBENAR... tok kiro la datok ni aziz ko sapo ko... hok peting dia tok buat doso besa... jange nok percayo sepenuhnyo ko blog.. kawe pon nok mintok blog bui bukti soheh lebih sikit gaakk.. kalu ado surat tunjuk surat.. kalau ado gamba tunjuk gamba... jange dok ulah kose kok de... BEDOSO
    WALLAHHUAALAM...

    ReplyDelete
  13. saya setuju dengan cilipadi.artikel dia bukan hina tokguru.kalau tak setuju dengan pandangan orang lain bisalah.politik ni serba mungkin.

    jgn kita marah kat cilipadi pasal hk dia tulis ni mcm banyak betul.siasat dulu nak tuduh sapa2

    ReplyDelete
  14. minta tlg cilipadi slow sikit hentam t guru.kesian kat t guru.maruah suci t guru tercalar kes menantu sendiri.nampak sehari dua t guru sudah sedar.

    ReplyDelete
  15. Fuuuh jauh lebih baik berbatu2 menantu yang bejamaah di surau jika dibanding dengan orang yang mengaku Islam tapi tak yakun dan tak nak pakai undang2 Islam. Kalau TGNA salah buat lapuran polis, buat siasatan, adili di mahkamah yang hakimnya adil (bukan barang jual beli UMNO), jatuhkan hukum, insyaAllah TGNA akan akur.

    Kalau banyak masa cilipadi007 pergi buat saranan yang sama terhadap pemerentah yang hampir semua wakilnya rakus lagi ganaa merompak harta rakyat dan muka tak tahu malu. Kalau tak berani tak payah lah susah2 menyalak di sini.

    ReplyDelete
  16. tu kekhilafan TGNA kerena terlalu percaya pada almenantunya ....

    ReplyDelete
  17. bagus cilipadi
    lepas ni pas kelantan buat slogan baru
    GOMO PAS GOMO
    TANAH BALAK GOMO BELAKO
    NEGERI SESOK TAKPO
    ALMENANTUNYA KAYAO RAYO

    ReplyDelete
  18. Tg marah orang dok cas keting dlm pas kelantan. isu tajaan haji 65k, bazaar t guru, ceo pmbk, skandal mpkb cas keting juga kot.
    kata dua Tg dihormati @ satu mockery

    ReplyDelete
  19. cilipadi tlg check dlm sirah nabi pernah ke menantu nabi ( uthman dan ali ) hadiahkan kurma mahal kpd nabi pakai duit baitulmal mcm aaf hadiah kek pada tokguru

    ReplyDelete
  20. Masalah kronisme di Kelantan tak akan lengkap jika tidak dibongkar juga segala harta, kontrak, tender balak dan perniagaan si besan iaitu Hj Abdul Fatah Harun. Adakah blogger2 tidak sedar atau sengaja menutup mata dan telinga jika ianya berkaitan si besan ini?

    ReplyDelete
  21. Pengundi PAS Dun Perupok,

    Molek benar doh TGNA berehat. Lamo bedo'oh doh. Lepah tu pulok nye, anok menantu lebih memerlukan perhatian TGNA. Ambo kiro rakyat pun dah sanggup berkorban doh utk lepas kan TGNA berehat & menumpukan perhatian kepada anak menantu. Pitih kerajaan pun beberapa juta akan digunakan utk menebus kesilapan teknikal. Kalu UMNO doh berasap juok-juok PAS akan minta pihak yang melakukan kesilapan teknikal tersebut letak jawatan. Jadi utk mengelakkan lebih banyak duit rakyat Kelantan dimasa akan datang habis ko kesilapan teknikal, maka amatlah baik TGNA berehat. Ambo bimbang koho lamo gak oghe dok terajuk ko TGNA, minta negeri lain telus & jauhi kronisme tapi di negeri sendiri masalah berlambok-lambok. Ambo rasa TGNA ni dah sampai peringkat mcm Gus Dur- bilo Gus Dur tanya oghe sekeliling dio lagu mana kerja-kerja, jawapanyna ialah beres semuanya Pak Kiyai tapi ternyata sebahagian besar adalah hantu raya akhirnya timbulah pelbagai masalah. Jadi amat molek lah TGNA berehat. Jange bimbang ko PAS kerana PAS akan dijaga oleh Allah swt. Wa kafa billahi syahiida.

    ReplyDelete
  22. Mata 'uddunya Qalil, nilainya tak lebih dari sebelah kepak nyamuk sahaja, itu lah yang mereka kesalkan sangat. habuan dunia yang sedikit yang terlepas dari mereka, itulah yang mereka ungkitkan sangat, ingatkah kesah muhajirin yang terkedu semasa pembahagian harta rampasan perang tak silap dalam perang hunain. apa kata Nabi kepada sahabat yang terkilan tu. Tak cukup Aku dan Allah Untuk kamu?. maka menangis sahabat sahabat tersebut.

    ReplyDelete
  23. ambo sokong tok guru......

    ReplyDelete
  24. siapalah TGNA jika dibandingkan dengan rasulullah dan para sahabatnya tetapi pada zaman yang dikuasai oleh para kafir dan munafik ini TGNA adalah ibarat pelita di malam hari.marilah terus bersama dengan ulama pewaris nabi ini!

    ReplyDelete
  25. Hoi Cilipadi kalu mu raso baik dan bijok sangat gak bakpomu to gi report Ko SPRM yang TGNA ni banyak penyelewengan dalam pemerintahannya.. Satu lagi guano gak tok sir siar namo sebenar demonyo takut hilang pembaca ko...kalu ore tahu diri kito sebenarnya sapa.. aku raso semua ore PAS Kelate akan sokong demo kalu demo ore berjurus.. tapi kalu tahap kaki komplen dalam PAS tu biasala ore mace ni banyak benar dalam jemaah..yang aku heran tu Wan Joe hok aku respek kat dio pun buleh ambil artikel Cilipadi ni.. Dalam puji TGNA dalam tu jugak dia kutuk nampok sangat munafiknyo .Tujuannya nak cari jugak silap tu guru walaupun sikit kalu ore kato UMNONGOK ke maroh..kawe tak po la pakai Anon pun pasal tak pengaruh ore dengan blog..Stakat ni kalu di Kelate ore buleh cayo ko Tok Guru jah.. kalu hok lain tu tak tahulah...

    ReplyDelete