Hadis Rasulullah saw

"SEBAIK2 JIHAD ITU BERKATA BENAR DISISI PENGUASA YANG ZALIM"

Saturday, March 13, 2010

APAKAH BUMIPUTERA @ UMNOPUTERA DARI TUNTUTAN ISLAM ?

Firman Allah maksudnya :

DAN JANGANLAH KAMU JADIKAN PESANAN2 DAN PERINTAH ALLAH SEBAGAI MODAL UNTUK MENDAPAT KEUNTUNGAN DUNIA YG SEDIKIT, SESUNGGUHNYA APA YG ADA DI SISI ALLAH ( BALASAN BAIK ), ITULAH SJA YG LEBIH BAIK BAGI KAMU, KALAU KAMU MENGETAHUINYA ( Surah An Nahl ayat 95 )

Malaysia Negara tercinta. Inilah negara milik kita semua rakyatnya yg bergelar warganegara. Melayu, Cina, India dan lain2 bangsa berkongsi sebuah negara bernama Malaysia. Malaysia tidak sesekali menjadi milik mutlak bangsa Melayu seperti cerita dongeng versi UMNO.

Negara kita bukan lagi bernama Malaya, tidak lagi dipanggil Tanah Melayu @ Persekutuan Tanah Melayu. Suka @ tidak kita mesti realistik bahawa Bangsa Melayu telah berkongsi dengan pelbagai kaum sebuah Negara bernama Malaysia.

Hanya kalimah " Bumiputera " menjadi pusaka bangsa Melayu yg lebih lunak ditafsir sebagai UMNOputera. Apa makna bumiputera? Apa istimewa bumiputera? Apa semangat bumiputera? Apakah bumiputera masih releven?

UMNO parti pejuang bangsa, mendokong roh bumiputera kononnya perlu dipertahan sebagai tongkat bangsa Melayu. Entah Rasul mana menjadi ikutan UMNO. Tak pernah pula penceramah agama bercerita Rasulullah memberi status bumiputera untuk kaum Ansar bila terbentuknya Negara Islam Madinah.

Hampir 53 tahun merdeka tapi tiada lonjakan untuk bangsa Melayu. UMNO yg dipimpin Bumiputera masih gagal untuk membantu bangsa Bumiputeranya. Berbillion ringgit bajet bumiputera hangus tapi taraf hidupnya masih jauh ketinggalan.

UMNO tak ubah seperti syarikat sdn bhd, strategi UMNO hanya untuk perKAYAkan golongan penguasa. Pemegang utama jawatan UMNO semuanya jutawan walaupun hanya bergelar Ketua Bahagian.

Lagi besar jawatan dalam UMNO lagi banyaklah peluang buat duit, halal haram bukan menjadi batasan. Sentimen bangsa dan bumiputera adalah modal UMNO menelan duit rakyat bermula dari peringkat cawangan, bahagian seterusnya pemimpin pusat.

UMNO sebuah parti kebangsaan yg sombong bila mendapat kuasa. Bila kuasa semakin menghakis maka bermulalah tipudaya untuk menjerat musuh tradisi ( PAS ) agar kuasa yg diwarisi dapat dikekalkan.

Bila terdesak, UMNO berlakon baik dan mendekati rakyat dengan slogan "Juara Rakyat" dan 1Malaysia. UMNO menjemput PAS untuk agenda UG yg kononnya untuk kepentingan bangsa Melayu dan Islam. Idea UG perlu pada UMNO kononnya Islam akan menjadi kuat bila Melayu bersatupadu.

UMNO memusuhi PAS sealiran dengan sikap Quraish Mekah terhadap Rasulullah saw. Kerana Islam Quraish Mekah membunuh pengikut Rasulullah di Mekah seperti Sumaiyyah, UMNO membunuh AsSyahid Ibrahim Libya dan pengikutnya dalam peristiwa Memali.

Quraish Mekah melarang Rasulullah menyebarkan Islam, UMNO menggunakan Akta Polis untuk menghalang ceramah PAS. Pendek kata PAS dizalimi dari segenap perkara selama ini seperti :

  1. Menolak hukum Islam yg menjadi syariat Islam
  2. Mendiskriminasi negeri2 yg diperintah pembangkang
  3. Memansuhkan pelajaran Jawi dari sukatan pelajaran
  4. Menahan guru2 agama di bawah ISA
  5. Menarik bantuan perkapita untuk SAR
  6. Membiarkan gejala "murtad" berleluasa tanpa tindakan pencegahan
  7. Menggantikan biasiswa dengan pinjaman PTPTN
  8. Memberikan jawatan Ketua Menteri kepada Gerakan pada tahun 1999 walaupun UMNO menang majoriti
  9. Melepaskan Singapura dari Persekutuan Tanah Melayu
  10. Menggadai tanah Rezab Melayu kepada bangsa asing
  11. Memberi hakmilik hartanah kepada bangsa asing di bandar2 besar seperti Johor Bharu, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang
  12. Menyalahguna / Membazir wang pembayar cukai dengan dasar pengswastaan yg menguntungkan kroni
  13. Menggunakan akta lapok seperti ISA, OSA dan Akta Polis untuk menekan pembangkang
  14. Menarik balik subsidi minyak dan bahan makanan yg membebankan rakyat
  15. Memecahbelah perpaduan rakyat di negeri2 pembangkang dengan penubuhan agen persekutuan seperti JPP yg fungsinya menyamai SUK
  16. Mengagihkan bantuan rakyat miskin dengan memilih bulu dan mengikut fahaman politik
  17. Ingkar membayar royalti minyak walaupun termaktub dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974
Apakah parti asobiyyah UMNO boleh menjadi rakan kongsi PAS untuk UG? Apakah betul bila PAS cuba bekerjasama dengan UMNO yg zalim disaat permintaan dalam Qunut Nazilah menimpa UMNO?

PAS mesti sentiasa berwaspada dengan sikap hipokrit UMNO, setiap gerak mereka dipenuhi jerangkap samar. UMNO cuba berbaik dengan PAS untuk kepentingan politik mereka tapi UMNO tidak pernah lupa untuk memusnahkan PAS.

Agenda Melayu tetap senjata antik UMNO sejak era kemerdekaan. Ungkapan Kuat Melayu maka Kuatlah Islam adalah epik UMNO yg dibarisi pemimpin Islam baka, bukan Islam sejati. Islam melayu yg diwarisi dari nenek moyang nasionalis pemuja mazhab sekular.

Buat pemimpin PAS yg bercita2 untuk menjayakan UG, renungilah makna hadis Rasulullah saw yg diriwayatkan Ibnu Majah bermaksud " SESIAPA YG MEMENTINGKAN DUNIA, SESUNGGUHNYA DIA TIDAK MEMILIKKI APA2PUN DI SISI ALLAH, BAHKAN DI DALAM HATINYA AKAN DITETAPKAN 4 PERKARA IAITU :
  • KEDUKAAN YG TIADA PUTUSNYA
  • KESIBUKKAN YG TIADA KEREHATANNYA
  • KEFAKIRAN YG TIADA SAMPAI KAYANYA
  • ANGAN2 YG TIADA PERHENTIANNYA
Wallahua'lam dari cilipadi007



2 comments:

  1. Tapi bersedia ke puak2 kaffir menerima islam sebagai pemerintah? Di dalam negara islam orang2 kaffir MESTI=WAJIB=COMPULSORY bayar jizyah..jika mereka engan..mereka hendaklah diperangi sampai mereka akur atau masuk islam!

    Kepada mereka yg jahil sila baca nie:
    Article 160
    Main article: Article 160 of the Constitution of Malaysia [en.wikipedia.org]

    Article 160 of the Constitution of Malaysia defines various terms used in the Constitution. It has an important impact on Islam in Malaysia [en.wikipedia.org] and the Malay people [en.wikipedia.org] due to its definition of a Malay person under clause 2.

    It took effect after 31 August 1957 (" Merdeka Day [en.wikipedia.org]" or "Independence Day") in West Malaysia [en.wikipedia.org], and took effect in Singapore [en.wikipedia.org] and East Malaysia [en.wikipedia.org] when they merged with Malaya [en.wikipedia.org] in 1963. The article no longer applies to Singapore, as it declared independence from Malaysia in 1965; however, it does affect the legal status of Singaporean Malays when they enter Malaysia.

    The article defines a Malay as a Malaysian citizen born to a Malaysian citizen who professes to be a Muslim [en.wikipedia.org], habitually speaks the Malay language [en.wikipedia.org], adheres to Malay customs, and is domiciled in Malaysia [en.wikipedia.org] or Singapore [en.wikipedia.org]. As a result, Malay citizens who convert out of Islam [en.wikipedia.org] are no longer considered Malay under the law. Hence, the Bumiputra [en.wikipedia.org] privileges afforded to Malays under Article 153 of the Constitution of Malaysia [en.wikipedia.org], the New Economic Policy [en.wikipedia.org] (NEP), etc. are forfeit for such converts.

    Likewise, a non-Malay Malaysian who converts to Islam [en.wikipedia.org] can lay claim to Bumiputra [en.wikipedia.org] privileges, provided he meets the other conditions. A higher education textbook conforming to the government Malaysian studies syllabus states: "This explains the fact that when a non-Malay embraces Islam, he is said to masuk Melayu (become a Malay). That person is automatically assumed to be fluent in the Malay language and to be living like a Malay as a result of his close association with the Malays."

    It is interesting to note that a Malay from Sabah [en.wikipedia.org] or Sarawak [en.wikipedia.org] is listed as a Bumiputra [en.wikipedia.org] of Sabah and Sarawak in the Constitution, separate from Malays of the Peninsular.

    Article 160 menunjukkan bahawa hak bumiputera nie hak 100% umat islam kecuali bumiputera serawak dan sabah. Di dalam akta ini..seseorang melayu akan hilang hak bumiputeranya jika dia murtad dan orang bukan melayu seperti arab, eropah, cina, india etc yg menukar agama mereka kepad

    ReplyDelete
  2. Artikel yg menarik memperincikan fakta kebejatan UMNO sepanjang berkuasa. Bagi menerangkan bhw PR adalah option yg ada maka mungkin cilipadi boleh terangkan pula dlm artikel masa depan ciri2 PKR & DAP yg menyebabkan mengapa mereka adalah pilihan yg lebih baik dari UMNO. Ini boleh educate pembaca termasuk saya tentang bukti kukuh kenapa kita gembira dgn pendirian kita.

    ReplyDelete