Hadis Rasulullah saw

"SEBAIK2 JIHAD ITU BERKATA BENAR DISISI PENGUASA YANG ZALIM"

Tuesday, March 9, 2010

KEMBALINYA ISTERI YG HILANG SETAHUN LALU

.
Dia sangat risau bila isterinya telah dicuri, dibawa lari ke Uruguay Negara Amerika Latin yg miskin. Dia sangat malu bila cerita isterinya menjadi bahan lawak jiran tetangganya. Ya lah, mana mungkin isteri kesayangan boleh dilarikan orang begitu mudah sekali.

Lagipun isteri kesayangannya bukan jenis kurus kering, badannya gempal bermucung tajam. Selama ini isterinya hanya terperap dalam bilik, almaklumlah isteri tersayang adalah sangat berharga dan tiada nilainya.

Jiran tetangga pula mula berceloteh kisah rumahtangga dia. Ada yg kata dia jenis tak tahu jaga bini, ada yg kata memang dia rancang agar isterinya kena curi, ada yg kata isterinya jenis suka larikan diri, ada yg kata dia memang tak sedar diri.

Malu! Malu! Malu! Isteri ni maruah, bini adalah airmuka suami. Bila isteri hilang maka suaminya dipandang hina. Dah nasib... apapun dia akan buktikan pada jiran tetangga bahawa dia jenis suami bertanggungjawab.Dia mesti betulkan keadaan yg silap selama ini.

Setelah setahun isterinya hilang, dia telah mencari di serata dunia. Dia mesti cari sampai jumpa tak kira berapa lama sekalipun. Berkat usaha dan penat lelah mencari maka isterinya yg hilang setahun lepas telah ditemui berada di Uruguay... jumpa juga akhirnya.

Kini dia akan tunjukkan kepada semua yg menghinanya selama ini bahawa dia jenis suami yg baik, berjaya juga dia cari bini yg hilang setahun yg lalu. Dia akan berusaha untuk membawa pulang bininya dari Uruguay.

Biar masyarakat tahu dia jenis yg bertanggungjawab. Biar keluarga mertuanya "tabik spring" bila isterinya pulang nanti. Dia kini kuat berpegang pada "prinsip pandir", maruah tetap disanjung bila barang yg hilang dijumpai balik. Tak kisah la apa orang kata, yg penting jumpa balik.

Dia berazam untuk menjaga isterinya sebaik mungkin agar tidak dicuri lagi. Dia juga berharap agar jiran sekampung tidak lagi memanggil dia "DAYUS" kerana tidak pandai jaga bini. Dia juga berharap isterinya masih releven untuk selama-lamanya.

Seterusnya baca di sini

No comments:

Post a Comment