Firman Allah swt maksudnya :
SEBENARNYA YG TERGAMAK BERDUSTA ITU HANYALAH ORANG2 YG TIDAK BERIMAN KEPADA AYAT2 ALLAH DAN MEREKA ITU IALAH ORANG2 YG BERTABIAT DUSTA ( Surah An Nahl ayat 105 )
Dia fikir dia bijak, ada pengaruh. Betul! Banyak benda yg dia rancang hampir berjaya tapi belum jadi kenyataan.
Dia bekas Timbalan Menteri ( masa PAS joint BN ), dia bekas cikgu, dia bekas P/Jaya PAS Negeri, dia bekas Exco Kanan Negeri Darul Kerepok Lekor... dia bekas itu dan ini.
Dia yg berlagak bijak kononnya serba berpengalaman. Dia tak pernah merasa jadi MB, tak tau selok belok buat keputusan sebagai Ketua Eksekutif Negeri. Entah apa yg dia fikir, dia tegur MB Nizar buat tak betul.
Ir Nizar MB Perak, Ketua Kerajaan PR Perak. Kenapa dia tak tanya terus kat MB tapi kritik secara terbuka. Takkan dia bekas P/Jaya PAS Negeri dan Bekas Pengarah JPP tiada akses untuk hubungi Ir Nizar.
Saturday, June 28, 2008
Milik kekal hanya di zaman penjajah sahaja
Dalam akhbar Utusan hari ini saya terbaca berita kononnya kerajaan negeri Perak di bawah pimpinan Menteri Besar, Dato' Sri Mohamad Nizar Jamaludin becadang untuk memberikan tanah kepada kampung-kampung baru di negeri itu dengan milikan kekal 999 tahun.
Bagi saya, ini satu maklumat baru dan jika benar, ia satu tindakan yang luar biasa sejak negara kita merdeka. Pemberian tanah di zaman selepas merdeka hanya diberikan pajakan atau hak milik selama 99 tahun sahaja paling lama.
Pemberian hak milik 999 tahun atau selagi adanya bulan dan matahari ini hanya berlaku di zaman penjajahan Inggeris sahaja seingat saya.
Jika tujuan pemberian tanah sebegini untuk mendapat political milege dari kumpulan tertentu, pada pendapat saya, kerajaan negeri juga perlu mengkaji kesan negatif dari kumpulan lain dalam negerinya.
Bagi saya, Menteri Besar harus cermat dalam kenyataannya bukan untuk mendapat political milege sahaja. Tambahan lagi apabila ada maklumat yang mengatakan pajakan untuk kampung-kampung tersusun dalam negeri yang sama dan didiami oleh pelbagai kaum termasuk orang-orang Melayu hanya 99 tahun sahaja.
Seterusnya baca di sini
Dia patut fikir kesan kepada PR bila buat kritikan terbuka. Bukan setakat MB Perak je, MB Selangor dan KM P Pinang pun dia kritik. Kononnya "buat perkara tak betul, merugikan rakyat dan parti".
2 MB dan 1 KM PR tak reti jaga negeri, tak macam dia yg pernah perintah negeria dia sepenggal ( 1999 - 2004 ). Kalau nak kalah tiru macam saya, PAKAR STRATEGI PAS UNTUK KALAH.
Pelajaran dari kes Selangor dan Pulau Pinang
Ini adalah tulisan pertama saya dalam alam siber ini khasnya sebagai blogger. Saya memilih untuk menamakan blog ini Politik Malaysia kerana kecenderungan dan pengalaman saya sedikit sebanyak dalam bidang ini.
Untuk tulisan yang pertama ini, saya tertarik dengan apa yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang sekarang. Ia sebenarnya banyak mewarnakan politik Malaysia kini.
Dalam kes di Selangor, saya secara peribadi mengucapkan tahniah kepada Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim atas sikap berani dan tegasnya. Kata orang tindakan beliau itu without fear or favour.
Ini merujuk kepada tindakan beliau menggantung Pegawai Khas beliau Yahaya Shaari selama dua bulan selepas Yahaya disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah atas tuduhan salah guna kuasa. Bagi saya ini tidakan berani dari Khalid dan dibuat tanpa takut akan implikasi politiknya.
Tindakan ini dibuat selari dengan amalan biasa dalam dunia korporat yang mana Khalid terdidik dengannya. Maknanya, style tindakan Khalid nampaknya seumpama tindakan seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dalam sebuah syarikat korporat berbanding dengan tindakan seorang Menteri Besar kepada sebuah kerajaan negeri yang mesti banyak membuat rujukan kepada pimpinan kerajaan negeri yang lain dan parti sebelum bertindak.
Untuk tulisan yang pertama ini, saya tertarik dengan apa yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang sekarang. Ia sebenarnya banyak mewarnakan politik Malaysia kini.
Dalam kes di Selangor, saya secara peribadi mengucapkan tahniah kepada Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim atas sikap berani dan tegasnya. Kata orang tindakan beliau itu without fear or favour.
Ini merujuk kepada tindakan beliau menggantung Pegawai Khas beliau Yahaya Shaari selama dua bulan selepas Yahaya disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah atas tuduhan salah guna kuasa. Bagi saya ini tidakan berani dari Khalid dan dibuat tanpa takut akan implikasi politiknya.
Tindakan ini dibuat selari dengan amalan biasa dalam dunia korporat yang mana Khalid terdidik dengannya. Maknanya, style tindakan Khalid nampaknya seumpama tindakan seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dalam sebuah syarikat korporat berbanding dengan tindakan seorang Menteri Besar kepada sebuah kerajaan negeri yang mesti banyak membuat rujukan kepada pimpinan kerajaan negeri yang lain dan parti sebelum bertindak.
Seterusnya baca di sini
Dialah bapa perpaduang. Dia cari jalan ringkas untuk jadi Menteri @ Senator bila negeri dia kalah. Dia dah buat macam2 hal yg memberi kesan negatif kepada PR tapi dia kebal. Dia kini kuasai Jln Raja Laut.
Dia pernah ditegur TGNA tapi tak berubah.Soalnya sampai bila???
Wallahua'lam dari cilipadi007
dia tempat sang presiden bergantung bab politik. tak dak dia, sang presiden patah kaki, begitulah lakunya. bab2 politik dialah presiden. kekakuan sang presiden semasa press conference terubat apabila dia hadir di sebelah. kehadirannya itu bukan kerana dia nak hadir tetapi sang presiden perlukan dia hadir. sang presiden nakkan dia hadir dan juga tahu memang dia perlu hadir. nanti sang presiden gagap atau tersasul menjawab pertanyaan pemberita.
ReplyDeletedia konon menagih jawatan di jalan raja laut (dah lupa baca kat mana). jawatan tu buat dia power. dia jadikan pas macam dap - setiausaha agong runs the party! nak buat macam mana, semua yang politik dalam kepala dia. apabila perlu, dia suap sang presiden sikit2. dia bukan buat sang presiden bergantung kat dia, tapi sang presiden yang bergantung kat dia. kelemahan sang presiden diekploitasinya ke tahap maksimum. di jalan raja laut, dialah raja! sehingga egm cadangan tgna boleh diketepikan oleh jalan raja laut. pil "menjaga parti" begitu terkesan, digunakan seiring pil wala'. apabila terkesan pil wala' tidak mudah ditelah oleh semua. pil "menjaga parti" diperkenalkan.
kerana menjaga partilah, pembohongan dipertahankan. bohong apabila membawa virus selsema 'ug' masuk ke dalam tubuh pas. virus itu glamour sekali - pertemuan dalam gelap. dia inilah pelaku utama yang membawa virus 'ug' ke dalam pas. melalui ilmu politiknya, dia heret sang presiden yang 100% bergantung politik kepada dia dan budak suruhan/pemandu dia suatu ketika dulu yang bergelar timbalan presiden bercengkarama di bawah bulan sambil meraba2 keris dengan angin 'islam-melayu' bertiup sepoi2 bahasa. dengar khabar, duit kopi bertukar tangan. nak tuduh tak ada saksi. cuma katanya dibungkus. tak ngaku tak apa. Allah maha menyaksikan apa yang berlaku di sebalik amping raba2 itu. di dunia lepas, hanya perlu berani serta catur baik2.
pembawa virus selsema 'ug' ini dia, dan dia pula power di jalan raja laut. dia ibarat jantung kepada pas, dia membekalkan darah ke seluruh tubuh pas. bayangkanlah darah yang dibekalkan sudah di cemari dengan virus selsema 'ug'. inilah gamaknya jalan raja laut tidak bermaya kecuali sekali sekala kedengaran acahan2, itu pun jarang2. tak menggegarkan langsung. akar umbi bukan celaru, tapi menanti2 signal dari entah siapa. tak tergoncang sedikit pun dia.
selagi sang presiden menyimpan pembawa virus selsema 'ug' ini, jangan harap hasrat dan cita2 mursyidul am untuk bersama pakatan rakyat boleh berjalan tanpa gangguan. pas perlukan 'heart transplant', setakat bypass tak kemana.
wallahu'alam
setuju
ReplyDeletestopa & the gang kena nyah dari pas
ana tertarik dengan komen tn husin.panjang lebar dan fakta benar.sabarla,kita tunggu pru13 dan muktamar pemilihan tahun depan.
ReplyDeletelepas tu puak2 ug boleh blah @ masuk umno @ tubuh parti tahalluf siasi