Apakah strategi Amerika ini akan diimport oleh "desperado" untuk merubah landskap politik Malaysia? Apakah pendukung kebenaran dan keadilan di Malaysia telah menyediakan " payung sebelum hujan " ? Segalanya mungkin!! Takdir tidak dapat di atasi... Hanya Islam penyelamat ummah
Oleh AlHusseyn
Tehran, Iran - Sabtu lepas, Presiden Iran yang lantang, Mahmoud Ahmadinejad berkata bahawa versi rasmi Serangan 11 September adalah sebuah "pembohongan besar" yang digunakan oleh Amerika Syarikat sebagai alasan untuk menyerang keganasan di Afghanistan, media kerajaan melaporkan.
Kenyataan Ahmadinejad itu dibuat sewaktu berucap kepada kakitangan Jabatan Perisikan, telah meningkatkan lagi ketegangan antara Barat dan Teheran atas program nuklear yang dipersengketakan.
Ini menunjukkan bahawa Iran tidak mempunyai rancangan untuk mengendurkan keadaan walaupun hukuman pemulauan yang lebih ketat bakal dikenakan keatasnya kerana penolakannya untuk menghentikan program pengayaan uraniumnya.
"11 September adalah satu pembohongan besar dan satu alasan untuk perang terhadap keganasan dan langkah pertama untuk menyerang Afghanistan," Ahmadinejad disebut sebagai berkata melalui televisyen kerajaan.
Dia menyebut serangan itu sebagai "senario perisikan rumit dan tindakan ."
Presiden Iran itu telah mempersoalkan versi rasmi Amerika Syarikat tentang serangan 11 September dahulu, tapi ini adalah pertama kalinya ia memberanikan diri untuk melabelkannya sebagai "pembohongan besar."
Pada tahun 2007, pegawai-pegawai New York menolak permintaan Ahmadinejad untuk melawat halaman World Trade Center sewaktu beliau berada di bandar tersebut menghadiri satu mesyuarat PBB.Presiden juga menimbulkan kegemparan apabila beliau mengatakan dalam sebuah ceramah di New York bahawa penyebab dan kondisi yang mengarah serangan itu , dan juga siapa yang merancangkannya, masih perlu diteliti.
Pada waktu itu, dia juga mengatakan kepada televisyen kerajaan Iran, serangan itu "hasil daripada salah urus dan pentadbiran tidak berperikemanusiaan di dunia oleh Amerika," dan bahawa Washington menggunakan 11 September sebagai alasan untuk menyerang orang lain.
Beliau juga mempersoalkan korban terbunuh dari sekitar 3,000, tragedi 11 September, dan mendakwa Amerika tidak pernah mendedahkan nama korban tersebut.
Pada tahun 2007 , dalam satu upacara memperingati serangan tersebut, 2,750 nama-nama mangsa korban di New York telah dibacakan dengan lantang. / end

No comments:
Post a Comment