Hadis Rasulullah saw

"SEBAIK2 JIHAD ITU BERKATA BENAR DISISI PENGUASA YANG ZALIM"

Tuesday, March 23, 2010

CERITA RAKYAT 1MALAYSIA

.
Firman Allah swt maksudnya :

ADAPUN NIKMAT TUHANMU, HENDAKLAH ENGKAU SEBUT2KAN ( ZAHIRKAN ) SEBAGAI BERSYUKUR KEPADANYA ( Surah Ad Dhuha Ayat 11 )

KISAH 1

Seorang surirumah tercicir dompet ketika membeli ikan di sebuah pasar. Isi dompet itu ialah beberapa keping duit kertas, kad pengenalan, lesen memandu, gambar suami & anak2 serta beberapa resit.

Mundar mandir dengan muka rungsing si surirumah kerana kerugian yg tak disengajakan. Dokumen penting dan wang ringgit hilang tanpa disedari, entah di mana nak dicari.

Bila gagal untuk menemui dompetnya, surirumah itu pulang ke rumah dan malamnya mengadu kepada suami akan kerugian yg terpaksa ditanggung.

Malang sungguh nasib surirumah bila dimarahi suami kerana kecuaiannya. Sudahlah rugi kena marah pulak bak kata pepatah sudah jatuh ditimpa tangga.

Esoknya surirumah itu mengunjungi Jabatan Pendaftaran Negara untuk membuat kad pengenalan baru. Setelah berjumpa kakitangan berkenaan diberitahu bahawa dia perlu membayar denda RM110 untuk membuat IC baru.

Denda itu hanya dapat dikurangkan jika terdapat salinan report polis dan diskaunnya bergantung kepada pegawai atasan.

Fikir punya fikir surirumah itu pergi ke balai polis untuk buat report polis dan sekali lagi ke JPN untuk buat IC. Setelah berjumpa pegawai didenda RM30 selepas diskaun. dan dapatlah dia buat IC.

beginilah nasib rakyat di negara Malaysia tercinta

KISAH 2

Seorang lelaki telah memilikki IC baru kononya bermutu tinggi selama 3 tahun. Selepas itu terdapat kerosakan pada IC tersebut walaupun kononnya menggunakan teknologi dan bermutu tinggi.

Dia telah pergi ke JPN negeri untuk membuat IC baru kerana kerosakan pada ICnya menyebabkan dia tak dapat menunaikan sekeping cek yg dibayar kepadanya.

Walaupun kerosakan itu kerana kesilapan JPN tetapi dia disuruh membayar denda RM5 untuk membuat IC baru. Apa nak buat? Tiada pilihan dan dia telah membayar RM5 kepada JPN untuk tabung Kerajaan 1Malaysia

KISAH 3

Seorang lelaki telah kehilangan dompet setelah solat di sebuah surau. Keciciran mungkin berlaku ketika menukar seluar untuk memakai kain. Perkara itu disedari 2 hari kemudian ketika dia ke pejabat imigresen untuk memohon pasport antarabangsa.

Pasport Antarabangsa tidak dapat dibuat kerana ketiadaan IC. Justeru dia mengunjungi JPN untuk membuat IC gantian. Proses itu memerlukan dia membayar denda RM110 kerana tiada report polis.

Kerana masa yg tidak mengizinkan maka dia telah membayar denda tersebut untuk mendapat salinan IC baru bagi tujuan membuat pasport antarabangsa. Tabung kerajaan 1Malaysia bertambah RM110 hasil denda lelaki itu. Inilah kerajaan Juara Rakyat.

Rupa2nya denda, kompaun, saman trafik dan mcm2 cukai yg mencekik darah rakyat menjadi sumber pendapatan Kerajaan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Hidup Juara Rakyat.

Sekian dari cilipadi007

9 comments:

  1. Bulan lepas saya kehilangan dompet duit dikawasan pintu pagar masjid. Selepas repot polis, saya ke jabatan pendaftaran. Denda rm110 tanpa dapat dikurangkan. Bayangkan saya kehilangan duit kutu hampir 2k dan dokument lain tapi tak dapat mengurangkan denda tersebut walaupun pertama kali kehilangan ic tersebut.

    ReplyDelete
  2. Co yg dapat kontrak buat IC ni adalah kepunyaan org2 tertentu.

    ReplyDelete
  3. Minggu lps dompet aku kena curi org msk rumah..pegi report polis ckp org msk rumah tapi dia tulis dompet aku tercicir..aku malas nak ckp byk amik je report tu..nak tulis report pun kena byr..

    Pegi JPN dia ckp kalau report tulis kena curi kena RM10, tapi sbb tulis tercicir kena RM110..lps merayu kena RM60..pas tu pegi plak buat lesen kena RM20..buat kad ATM satu kad kena RM12..kad kredit plak bank Islam nak caj satu RM50..

    Dah la rugi byk dompet hilang..kena byr lagi mcm2..nak buat kad ATM kena ada IC tapi nak buat IC kena byr..kad ATM takde mana nak dpt duit..bodoh betul diorang ni..tu pun tak bleh nak pikir..

    ReplyDelete
  4. Kite rakyat biasa ni kalu salah kena saman la,kompaun la,denda la mcm2 la tapi kalu yang ade kroni atau orang dalam lepas camtu ajeee...

    ReplyDelete
  5. x de benda free dlm dunia. wlau aku mnyampah tgk muka najib n rosmah tp sbg rakyat kenalah hulur skit utk apa2 kos perkhdmtan.walau salah yg x dsengajakan. aku yg berhak dapat free kat klinik gov tetap byr bi kerana nak ajar diri drp jd rakyat subsidi.

    ReplyDelete
  6. aik? apsal aku kena rm10?

    celaka betul

    ReplyDelete
  7. Biasa la tu . Takkan yang nie pun nak kritik . Kompoun tu krajaan mana2 pun akan ada . Bayangkan la dalam setahun berbelas ribu ic hilang . Cuma mungkin kjaan / JPN boleh consider untuk tak denda kalau kali pertama hilang .....



    Tapi kalau dah 2 - 3 kali hilang takkan nak bagi percuma lagi ....

    ReplyDelete
  8. Kerajaan mana yg memerintah pun akan sama juga bab cukai, saman, kompaun dll yg seangkatan dgn nya. PBT negeri Kedah , Selangor, Kelantan, PP pun dok saman parking dan lain lain juga.

    ReplyDelete
  9. "IC pn JPN nk wt niage.."

    Itu la salah satu rungutan yg penah ak dengar smase nk apply IC bru yg dh siap..

    Mangkok btl JPN..!!

    ReplyDelete