Hadis Rasulullah saw

"SEBAIK2 JIHAD ITU BERKATA BENAR DISISI PENGUASA YANG ZALIM"

Sunday, March 14, 2010

HIPOKRIT @ PURA2 BERMAKSUD MUNAFIK

.
Firman Allah maksudnya :

DAN DEMIKIANLAH KAMI ADAKAN DALAM TIAP2 NEGERI ORANG2 BESAR YG JAHAT SUPAYA MEREKA MELAKUKAN TIPU DAYA DI NEGERI ITU, PADAHAL TIADALAH MEREKA MEMPERDAYAKAN SELAIN DARI DIRINYA SENDIRI, SEDANG MEREKA TIDAK MENYEDARINYA ( Surah Al An'am ayat 123 )

Pemimpin Islam adalah jurupandu supaya pengikutnya tidak sesat. Peranan pemimpin Islam menegakkan syiar Islam. Mereka juga mesti menjauhi fitnah dan sebarang tindakan yg menuju kesamaran.

Timb Presiden adalah pemimpin yg berada di tempat ke 2 dalam hiraki kepimpinan PAS. Tugas Timb Presiden adalah membantu Presiden untuk memperkuatkan jamaah. Apa jua tindakan Timb Presiden memberi kesan secara langsung kepada jamaah Islam bernama PAS.

KESILAPAN PERTAMA

Timb Presiden mengadakan pertemuan sulit dengan UMNO selepas PRU12. Agenda UG tidak sepatutnya berlaku setelah PAS sudah bersepakat dengan PKR dan DAP untuk mengalahkan UMNO secara satu lawan satu dalam PRU12. Apakah Islam mengajar ummatnya "mungkir janji"?

Pembetulan kepada kesilapan itu bila diadakan Muktamar PAS di Ipoh dan pimpinan sepakat untuk menolak sebarang bentuk kerjasama dengan UMNO. PAS berjanji untuk memperkasakan PR sebagai komitmen bersama untuk menentang UMNO.

KESILAPAN KE 2

Timb Presiden berucap pada Muktamar di Shah Alam bahawa agenda UG telah tutup buku. Tiada lagi perbincangan kearah UG. Kenyataan beliau berjaya mempengaruhi perwakilan menyebabkan beliau sekali lagi terpilih sebagai Timb Presiden dalam pertandingan 3 penjuru.

Ucapan pertama beliau setelah diumumkan sebagai penyandang jawatan Timb Presiden menyatakan bahawa PAS sedia berunding dengan mana2 pihak demi untuk mendaulatkan Islam dan kepentingan bangsa Melayu. Keraguan mula timbul di hati perwakilan bahawa "ada udang di sebalik batu" dari intipati ucapan tersebut.Apakah Islam mengajar ummatnya "berbohong"?

KESILAPAN KE 3

Timb Presiden dan P/Jaya PAS Selangor mengadakan pertemuan dengan blogger UMNO ( termasuk anak lelaki Sanusi Junid ) di kediaman P/Jaya PAS Selangor. Banyak rahsia parti didedahkan kepada blogger anti - PAS termasuklah isu "bai'ah talak". Apakah Islam mengajar ummatnya menjadi "pembelot"?

Menyedari bahawa Timb Presiden dan P/Jaya PAS Selangor cuba "menjual" PAS maka TGNA telah bersuara menuntut diadakan EGM Khas bagi membersihkan elemen2 UG yg berada dalam barisan pimpinan PAS Pusat. Malang sekali teguran TGNA ditolak dan diganti dengan Muktamar Khas yg tidak memberi kesan kepada halatuju pendokong UG.

KESILAPAN KE 4

Timb Presiden telah menghadiri majlis sambutan Maal Hijrah anjuran Kerajaan UMNO. Tiada salahnya hadir pada majlis yg bersangkutan dengan Islam tetapi kesannya memberi luka kepada PAS bila UMNO memanipulasi kehadiran tersebut untuk memecahbelahkan perpaduan di kalangan PR yg semakin utuh.

Apakah Timb Presiden PAS layak menerima jemputan kalau tiada agenda tersembunyi? Rakyat sedia maklum bahawa Timb Presiden hanyalah Ahli Parlimen Bachok, bukannya MB @ Exco yg sepatutnya menerima jemputan. Rakyat tertanya2 bila seorang Timb Presiden PAS menerima layanan yg mesra dari pemimpin UMNO, musuh utama PAS sejak dulu kala.

KESILAPAN KE 5

Timb Presiden dan Ketua Penerangan PAS hadir pada majlis pelancaran buku Natrah oleh TPM. Bukan setakat hadir tetapi membuat kenyataan akhbar bahawa perpaduan dikalangan parti politik melayu akan berjaya dilaksanakan. Baca di sini

Apa ni??? Timb Presiden PAS mengundang kontroversi dan memerangkap parti sendiri. Cakap berbelit2, macam tu macam ni. Padahnya PAS akan terima bila melayu, cina, india dan lain2 kaum mula curiga dengan PAS yg mottonya "PAS FOR ALL"

NASIHAT BUAT TIMB PRESIDEN

Cukup2 lah Ust berdakwah kepada UMNO, tiada faedah dan buang masa. Terimalah hakikat bahawa UMNO dijadikan Allah sebagai musuh perjuangan Islam. UMNO dijadikan Allah seperti Namrud untuk menguji Nabi Ibrahim, Firaun untuk Nabi Musa dan Abu Jahal untuk Rasulullah.

Gunakan bakat dakwah pada Ust untuk mentarbiyyah ahli2 PAS. Elakkan tindakan yg mendatangkan prasangka buruk kepada jamaah. Jauhkan dari sikap yg menimbulkan persepsi serong yg merugikan perjuangan Islam.

Ingatlah Ust!! Parlimen Bachok "disedekahkan" oleh rakyat Bachok untuk mendaulatkan perjuangan PAS bukan untuk kepentingan peribadi. Tidak mustahil rakyat Bachok akan menolak Ust dan memilih individu yg mementingkan Islam.

Peluang bergelar YB bukan tiket untuk mencari kesenangan dunia. Jangan sampai pengundi Bachok menyesal dan rasa tidak berbaloi "mengorbankan" seorang Timbalan Menteri Kewangan kerana tingkahlaku Ust yg mencurigakan.

Sedarlah Ust bahawa PRU13 semakin hampir. Agenda UG hanya diperlukan UMNO untuk memecahkan kesepakatan PR sebelum PRU13 menjelang tiba. Selepas PRU13 pendokong UG akan dilelong UMNO seperti cerita "Tiga Abdul..."

Lembaga Disiplin PAS sepatutnya peka dan mengambil tindakan yg sewajarnya. Apakah 5 kali melakukan kesilapan belum cukup bukti untuk membuka kertas siasatan? Kalau belum cukup tunggulah kesalahan seterusnya akan berlaku sebelum PRU13 menjengok.

Insaflah wahai Ust!! Andai sudah tertulis di Luh Mahfuz bahawa kita bakal menjadi Menteri, akan sampai jua takdir Allah Yg Maha Besar. Sabarlah menunggu saat manis bila menjadi Menteri Kerajaan PR berbanding menjual maruah agama untuk menjadi Menteri UG bersama UMNO.

Wallahua'lam dari cilipadi007

7 comments:

  1. kata apa pun puak2 ug ni tak akan gostan, almaklumlah sudah disapu minyak pelincir istimewa!

    penyakit perpaduan menjangkiti jalan raja laut melalui pas ganu dengan anak ganu sebagai orang tengah/penasihat/penyedia minyak pelincir!

    selagi jalan raja laut diketuai oleh $topa ali, jangan anggap perpaduan sudah mampus! nasha ni hanya tukang bawa beg $topa ali.

    selagi pas tidak hapuskan virus selsema perpaduan di jalan raja laut, pas tidak akan mampu perkasa apatah lagi untuk jadi parti dominan dalam pakatan rakyat. selepas pru12, pas diperhatikan sentiasa bertongkat atau dipapah lantaran selsema perpaduan. apakah pas akan masuk wad menjelang pru13?

    wallahu'alam

    ReplyDelete
  2. Ambo:Pengundi PAS DUN Perupok & Parlimen Bachok.

    Cuba pakat baca posting Kickdefela hok baru. Kalu lagu tu la perangai pentadbiran TGNA di Kelantan maka apa bezanya dengan UMNO. CILIPADI dok marah ko puok UG tapi dalaman PAS Kelantan pun sama bahkan mungkin lebih teruk dari UMNO sebab UMNO memang perangai dia doh. PAS dok bercakap pasal Islam tapi terselam dengan kemenangan yang Allah swt kurniakan. Kalu lagu ni lah keadaannya, ambo rasa tok lama lagi gak PAS akan MAMPUUUUH akibat LAKNAT ALLAH SWT.

    ReplyDelete
  3. keraguan dan kecurigaan timbul dari org yg ade penyakit dlm hatinya.

    aku nasihatkan, ajak gerembolan nko pergi berubat.

    ReplyDelete
  4. Tindakan timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa hadir dalam program bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bercakap soal “perpaduan politik Islam” menimbulkan kecurigaan banyak pihak.

    Laporan di blog-blog berhubung kehadiran mereka pada pelancaran buku Natrah pada 9 Mac lalu, mengaitkannya dengan idea kerajaan perpaduan antara PAS-Umno, yang menjadi isu hangat sebelum ini.

    ReplyDelete
  5. Cadangan saya ialah PAS hanya boleh berdakwah dengan umno apabila PAS sudah mendapat kuasa mentadbir di peringkat pusat. Selagi umno berkuasa maka selagi itu PAS akan dipermainkan.

    Janganlah PAS bermimpi untuk berdakwah kepada umno ketika mereka masih lagi berkuasa kerana mereka ini tergolong di dalam kategori munafiq. Belajarlah dari kesilapan. TGNA juga telah melakukan kesilapan percaya kepada ibrahim ali dan apa terjadi sekarang? Saya fikir TGNA akan berhati-hati dengan puak-puak munafiq ni.

    Tim Presiden dah buat banyak silap berulang-ulang. Jadi saya fikir ia bukanlah satu kesilapan yang tidak disengajakan. Ianya adalah suatu perkara yang disengajakan.

    Oleh itu tidak salah jika rakyat meragui beliau.

    ReplyDelete
  6. Berdakwah pada DAP lagi baik drp berdakwah dgn org x reti bahasa mcm puak2 umno & segelintir puak2 ortodoks dlm pas

    ReplyDelete