Firman Allah swt maksudnya :
DAN KAMI JADIKAN UNTUK KAMU PADA BUMI INI SEGALA KEPERLUAN HIDUP, DAN KAMI JADIKAN MAKHLUK2 YG KAMU BUKANLAH ORANG YG SEBENAR MENYEDIAKAN REZEKINYA ( Surah AlHijr Ayat 20 )
Siapa tak kenal Nik Abd Aziz Nik Mat, seorang lelaki yg berakhlak mulia. Berumur hampir 79 tahun, menjadi MB Kelantan paling lama dalam sejarah PAS dan Negeri Kelantan. 5 penggal menerajui sebuah negeri dengan gelaran Tok Guru Nik Aziz.
20 tahun satu tempoh yg panjang, bagi yg baru berkahwin mungkin sudah dapat menantu bila anak sulong melangkau umur 19 tahun. TGNA jadi MB Kelantan tahun 1990 ketika berumur 59 tahun...umur yg matang dalam iklim politik Malaysia.
Malaysia sedikit unik memilih pemimpin tak kira PAS @ UMNO. Pemimpin selalunya berada di tampuk kuasa bila berada di penghujung usia kecuali PM Najib dan ayahandanya bekas PM Tun Razak.
Presiden Amerika Barrack Obama diangkat memimpin Negara Uncle Sam tika berumur 44 tahun, Presiden Iran Dr Mahmoud Ahmadinejad memimpin Republik Islam Iran berumur 48 tahun dan ramai lagi pemimpin dunia yg berkuasa waktu umurnya belum pencen.
Presiden Amerika, Rusia dan Iran hanya untuk tempoh 2 penggal sahaja tak kira sehebat manapun. Arahan itu terkandung dalam perlembagaan negara mereka yg dianggap kuasa besar dunia.
20 tahun berlalu sebagai MB yg berjasa kepada rakyat dan agama. Kini belum ada signal TGNA akan berundur, tambahan pula Kerajaan Kelantan kini berdepan dengan isu "Istana" yg agak kronik.
Puak yg pro TGNA melarang beliau berhenti, kononnya kepimpinan TGNA masih diperlukan. Puak yg kontra dengan TGNA berharap agar beliau lepaskan jawatan, berikan peluang untuk barisan pelapis yg telah lama berada di landasan.
Intipati pemerintahan TGNA selama 20 tahun sudah menjadi "cakap ajuk" dan "cakap pindah", ada positif tapi jangan dibuang yg negatif. Budi baik jadi tauladan dan salah silap jadi sempadan.
Pengenalan Dasar dan Idea bernas TGNA dicatat seperti berikut :
Benar! TGNA adalah yg terbaik di suatu masa tetapi sebagai manusia biasa tentu tidak dapat lari dari salah silap. Mungkin pengganti TGNA tak sehebat beliau, mungkin pengganti TGNA sehebat beliau, mungkin pengganti TGNA lebih hebat dari beliau. Segalanya mungkin, takdir tidak dapat di atasi.
Insyaallah PAS bertambah perkasa jika pemimpin muda diberi peluang menjadi pemimpin utama seperti Zaid Harithah, Umar Abd Aziz dan Sultan Muhamad AlFateh dalam sejarah keagungan Islam.
Wallahua'lam dari cilipadi007

- Potong gaji MB dan disalurkan kembali kepada Parti dan Kerajaan
- Tidak menerima imbuhan majlis hari raya dan berbuka puasa
- Menetap di rumah lama di Pulau Melaka dan kediaman rasmi MB dijadikan tempat mesyuarat parti dan kerajaan
- Tutup premis maksiat seperti Judi, karaoke dan rumah urut
- Pindah akaun Kerajaan Negeri ke Perbankan Islam
- Buang Riba ( penindasan ) dlm pinjaman untuk kakitangan kerajaan
- Tempoh kerja 5 hari seminggu untuk kakitangan kerajaan
- Cuti bersalin selama 60 hari
- Takaful Kifalah untuk warga emas
- Skim Armalah untuk ibu tunggal
- Skim Ladang Rakyat untuk membantu golongan miskin
- Elaun Imam, Bilal dan Penghulu mukim dinaikkan mengikut keadaan semasa
- Memperkasa SAR dan Institusi Pendidikan Islam
- Kempen bulan sembahyang
- Kempen memperingati " Hari Hudud"
- Kempen Kebersihan Bandar
- Silap setuju tandatangan dalam kes Thames Water dan kerajaan rugi jutaan ringgit
- Silap setuju tandatang dalam kes Bazaar Tok Guru, kerugian puluhan juta ringgit
- Lantik menantu menerajui PMBK, kerugian ditanggung puluhan jutaan ringgit dan tanah strategik tergadai 99 tahun kerana salahguna kuasa
- Biarkan anak memegang jawatan dlm GLC ( Binaraya Sdn Bhd )
- Anugerah konsesi balak kepada individu tertentu berulangkali ...baca di sini
- Aset kekal PBT semakin susut gara2 keghairahan Ahli2 Majlis PBT membangunkan tanah milik PBT secara JV dan melihat untung jangka pendek
- Biarkan Ahli2 majlis PBT melawat ke luar negara dengan perbelanjaan ditanggung dari duit cukai rakyat
- Membenarkan pelabur kapitalis membuka "hypermarket" dan shopping compleks tanpa had, tumbuh di setiap daerah. Tindakan ini menutup peluang rakyat berniaga kedai runcit kerana persaingan harga
- Membenarkan satu syarikat pemaju memonopoli projek kerajaan seperti Pasar Borong Wakaf Che Yeh, Bazaar Tok Guru dan terbaru pembangunan Bandar Baru Tunjong
- Biarkan agensi Kerajaan Negeri membazir hasil cukai rakyat untuk membeli kenderaan mewah untuk kegunaan jabatan yg melebihi keperluan ( Toyota Fortuner, Ford, Volvo )
- Tidak memberi keadilan terhadap kezaliman / fitnah yg dirancang ke atas Cikgu Musa Saleh semasa hidup dan sesudah mati.
- Menerima nasihat yg sesat dalam kes pemecatan Fadli ( KPK ) Annual Bakhri ( S/U MB ) dan Syed Azidi ( PMBK )
- Kurang tumpuan terhadap tugas penting kerana kesihatan yg semakin merosot
- Kurang tajam dalam membuat keputusan penting kerana tekanan darah yg tak menentu
- Menutup ruang untuk barisan pelapis melaksana idea baru tanpa sekatan dan malu alah
- Mengurangkan daya tarikan untuk generasi muda menyertai PAS kerana peluang untuk melonjak ke atas semakin mengecil
- memberi persepsi negatif kepada parti dan kerajaan kerana masih dikuasai golongan veteren yg seangkatan dengannya
- membuka banyak ruang dan peluang untuk "pelakon air mata" memohon projek
Benar! TGNA adalah yg terbaik di suatu masa tetapi sebagai manusia biasa tentu tidak dapat lari dari salah silap. Mungkin pengganti TGNA tak sehebat beliau, mungkin pengganti TGNA sehebat beliau, mungkin pengganti TGNA lebih hebat dari beliau. Segalanya mungkin, takdir tidak dapat di atasi.
Insyaallah PAS bertambah perkasa jika pemimpin muda diberi peluang menjadi pemimpin utama seperti Zaid Harithah, Umar Abd Aziz dan Sultan Muhamad AlFateh dalam sejarah keagungan Islam.
Wallahua'lam dari cilipadi007
eh bla la ngko cilipadi007!
ReplyDeleteKelapa makin tua kan makin byk santannya....Akak kalau mengundi tetap mengundi TGNA, InsyaAllah....
ReplyDeleteDah lebih 50 tahun PAS beroperasi, tapi tiada hasil. Asyik memecah-belahkan orang melayu. Akhirnya PAS jadi kuda tunggangan DAP. TGNA boleh pergi melingkup!!
ReplyDeleteDalam islam tiada noktah untuk berhenti...berjuang untuk mendaulatkan islam hingga ke akhir hayat...TAKBIRRR..
ReplyDeletepah nok bui ko huse.... huh habih jahane kelate...penuh dgn puok2 seakhlak dan semoral syed la weh... kah kah kah.... g jago bazaar la wehh...
ReplyDeleteaku orang muda......aku mau Tok Guru terus menerajui Kelantan....
ReplyDeleteorang bukan dari NegerI Kelantan jangan banyak bunyi dan bising....
jaga PAS kat negeri Anda Masing2.......
IsyaALLAH .....orang yg selalu mengingati Al-Quran mindanya akan cerdas.....x kira umurnya....
lain kali kalu nak buat indeks..refer dulu org Kelantan..jangan tulis sesuka hati..
ReplyDeleteaku org muda..sokong tok guru..no hal punyer..jangan dengki laa..wakaka..
nii aku bg satu jawapan jer..tak payah banyak..pasal hypermarket tuu..dalam daerah Kota Bharu saja yg aku dok kira..setakat nii ade 6 buah..aku tak nampak pun tergugatnya peniaga kecil seperti peruncit..dalam zon hypermarket..kedai runcit melambak termasuk kedai2 lain..itulah uniknya Kelantan..lagi, dalam satu zon saja..ade sampai 2 3 pasar..tabiat orang Kelantan berbelanja..semua tempat dia redah..tak kisahlah hypermarket boleh bersebelahan di antara satu sama lain (main ciku chak) juga di samping shopping complex lain yang bukan bertaraf hypermarket dan bermacam-macam lagi perniagaan lain termasuklah bazar, pasar basah, peruncitan dan kedai makan.
p/s: kedai runcit siap pakai ku li lagi wei!!!! raih pendapatan berpuluh ribu sebulan..
Salam....
ReplyDeletetiada ada ganti pemimpin semulai TGNA...50-100 thn lg pun susah nk dpt...hebat tok Guru...
aku quote ko punya hadis kat atas tu
ReplyDelete"SEBAIK2 JIHAD ITU BERKATA BENAR DISISI PENGUASA YANG ZALIM"
Jadi kalau ko beriman kepada Allah n Rasul, ikutlah hadis tu. Ko rasa Nik Aziz Zalim ke? :)
ambo nak mencelah jgk..cilipadi ni ore umno ko pas? 1 lg, diani ore kelate ko ore luar?
ReplyDeletekalu ore umno,tlg tk soh msk capur.. g bbetul najib dulu yg byk korup n skandal..kalu ore pas,tentu pas munafik..kalu buke ore kelate,tak soh dok gelewat..g main jauh2..
ambo nak tok guru jd MB sapa dia hembus nafas..
kekuatan PAS dan PR ni adalah hasil kekuatan tok guru.. takbir..ALLAH AKBAR
ana rasa ada yg betul dan ada yg silap artikel cilipadi tentang tokguru
ReplyDeletepaling penting kita ambil yg positif untuk perjuangan islam
Aku raso Cilipadi ni sepuak dengan Kickdefella sbab tu maroh sngt ore buang puok dio.. aku dulu sokong Kickdefella jugak tapi lo ni baru aku tahu dio ni memang jahat.. kesilapan besar lantik dio kijo denge PMBK dulu..Memang patut kena buang si gunting dalam lipatan Kickdefella ni.. Tengok lo ni dio dok Kuca Istana Kelantan.. Nok jatuhkan Tok Guru melalui istana pulok...Kot mano2 pun rakyat Klate sokong Tok Guru... Tok Soh dok hasutlaa Cilipadi wehh!!
ReplyDeleteDengan nama Allah, andaikata apa2 yang berlaku pd TGNA dan memerlukan aku korbankan apa yg aku ade..harta mahupun nyawa. maka aku rela korbankan semuanya. bukan aku puja dia. tp sekurang2nya aku mempertahankan seorang pemimpin yg adil n alim dr perbuatan khianat golongan yg zalim. umur manusia tidak panjang. moga Allah pelihara iman TGNA n kami semua. kalau TGNA pergi suatu hari nanti (kematian adalah pasti), moga Allah kurniakan kami seorg lg pemimpin yg adil utk memimpin kami. Amin
ReplyDeletelepah tgna resign. kita bui jawatan MB ko cilipadi007. baru lah lubang hidungnya (cilipadi007) sama luah dgn terowong kereta api
ReplyDelete