Hadis Rasulullah saw

"SEBAIK2 JIHAD ITU BERKATA BENAR DISISI PENGUASA YANG ZALIM"

Thursday, December 31, 2009

Kisah 2001 malam

KISAH 2001 MALAM

Alkisah dari sebuah Negeri Gerbang Bulat yang terletak di Timur Semenanjung Atas Angin.Adapun Negeri yang selalu dilanda banjir ini diperintah oleh Menteri Agong bergelar Wali Abdal dibantu Dato Menteri Tanah Adat & Lombong Garam,Dato Menteri Baitulmal & Kebesaran, Menteri Nikah Kahwin & Hutan Rimba,Menteri Syahbandar,Menteri Penghulu Bendahari Mata Sepet dan wazir-wazir.


Adapun kehidupan rakyatnya tidaklah mewah tapi cukup makan.Ada pedagang,petani dan macam-macam.Biarpun serba kurang tapi semangat rakyatnya tinggi untuk melihat menteri Agong sentiasa perintah dari Kota DarulBulat.


Mengikut empunya cerita Menteri Agong Wali Abdal telah berada disinggahsana hamipr 2 dekad lamanya. Makanya kelicikan Menteri Agong memimpin Parti Agama Suci dipandang penuh irihati oleh Parti Cacamerba yang hanya gigit hampas tebu mengidam nak memerintah seperti adanya.


Musykilnya adat resam negeri menetapkan bahawa setiap 5 tahun sekali diadakan ujian untuk pilih pemimpin. Makanya berlumba-lumba pendokong kedua-dua parti beradu tenaga mengajak rakyat untuk memilih gerombolan mereka.Rakyat diajak mendengar kempen selama setengah purnama lamanya sebelum diseru untuk memilih.


Maka itu ramailah rakyat keluar memilih tak kira hamba tuan, tua muda, miskin kaya, cacat cela ambil bahagian.Adapun setiap rakyat akan diberi sekeping kertas untuk diconteng dengan arang.Arakian pihak yang mendapat kertas conteng paling banyak akan dikira pemenang dan suku sakatnya dimasyhur sebagai penguasa.


Sebermula hikayat kerana Menteri Agong Wali Abdal memerintah terlalu lama.Menteri-menteri yang berada disekeliling Wali Abdal mula membina suku sakat untuk tunjuk kuat jika ketuanya bersara seadanya.Maka timbullah berbagai cerita dari puak suku kaum berlainan dengan pengaruh fulus dan pangkat .


Akibat sikap tak sedar diri Menteri dan wazir,negeri Darul Bulat tidak aman lagi.Rakyat jelata mula berseloka cerita pemerintah yang heret negeri jadi huru hara.Negeri yang dulunya haru hijau hampir menjadi haru biru.Bukan kerana kerja jahat Parti Cacamerba tapi kerana sikap juak-juak Wali Abdal yang tamak haloba tiada disanggah akan adanya.



Alkisah menjadi hangat bila Menteri Syahbandar bermusuh dengan Menteri Baitulmal kerana silap main catur. Menteri Syahbandar berkomplot dengan Orang Kaya Mandeliar,bekas pemimpin Parti Cacamerba yang beralih angin.

Adapun orang kaya Mandeliar dari kasta rendah keturunan Kain Pelikat di Benua Kling dan mafhum putar alam.,Kerja buat Orang Kaya Mandeliar berdagang hasil mahsul hutan rimba.




Menurut empunya cerita, Asal usul Menteri Syahbandar keturunan dari cucu cicit Raja Bersiong pemerintah lagenda Langkasuka. Menteri Syahbandar suka tabiat aneh mencari laba sepanjang masa, tak seperti feel Raja Bersiong yang suka makan darah akan dia.



Hartanya kapal di laut gedung di darat ,hatta diketahui rakyat jelata dengan feelnya suka pada mahligai besar-besar,bini ramai-ramai dan motokar macam-macam.Akan tetapi tiada ‘si anu’ yang berani mengadu tabiat jelik Menteri Syahbandar ke rumah pasong.

Akan sebabnya rumah pasong dan rumah kamah itu tempat Menteri Syahbandar bercucuk tanam padi huma pada kurun sebelumnya.



Haloba Menteri Syahbandar makin menjadi bila muafakat dengan Orang Kaya Mandeliar yang asalnya anak wayang gedek.Adapun bagi menguatkan lagi amal buruknya,dipanggil bersama seorang pria yang suka kumpul harta bergelar Dol Serbatahu adanya.


Sesungguhnya Dol Serbatahu adalah pemuda yang munafik,bijak jual minyak unta amalnya.Asal usul keturunan Dol Serbatahu adalah dari salasilah Paduka Mamak Ceti dari negeri asalnya roti canai di Benua Hitam Legam.

Datuk nenek Dol Serbatahu telah belayar ikut kapal jual minyak unta hingga singgahlah di Kampong Kerini, Daerah Barat dalam Negeri Darul Bulat.



Sebermula akan tuahnya Dol Serbatahu bila berkahwin dengan Putri Sangka Bulan,puteri kepada Menteri Agong Wali Abdal. Kerja buat Dol Serbatahu berubah setelah dimashur sebagai menantu Wali Abdal,tidak lagi menjual minyak unta seperti adanya.

Adapun kerana kasihnya Menteri Agong kepada menantu,Dol Serbatahu telah diperintah menjaga khazanah negeri bernama Pusat Perut Muda adanya.




Bersambung pada episod akan datang...

8 comments:

  1. Hahaha Cerita betuk ko weh?

    ReplyDelete
  2. Nampak gaya macam zunar plk.Guna cara lain nak tegur silap pemimpin.molek jugak buat gini.boleh kita release tension dok baca cerita panas je

    ReplyDelete
  3. hok molek demo sebut namo selalu tak payoh pukul anok sindir menantu.ambo takut silap tafsir kena ko ore hak tak salah.balo,balo
    kalu ado ore teraso hati tu padey dah muka dio

    ReplyDelete
  4. cepat sikit sambungan cerita tuu,,,,

    ReplyDelete
  5. tak sabar nak baca cerita lepas ni.mesti ada kaitan dgn pas kelantan.sah dah

    ReplyDelete
  6. sambung jangan tak sambung.kalau nak hentam tu buat je takyah berlapik

    ReplyDelete
  7. Merkur 15c Safety Razor - Barber Pole - Deccasino
    Merkur https://deccasino.com/review/merit-casino/ 15C หาเงินออนไลน์ Safety Razor - Merkur - 15C for 오래된 토토 사이트 Barber Pole is the perfect https://sol.edu.kg/ introduction to the Merkur https://jancasino.com/review/merit-casino/ Safety Razor.

    ReplyDelete