Hadis Rasulullah saw

"SEBAIK2 JIHAD ITU BERKATA BENAR DISISI PENGUASA YANG ZALIM"

Thursday, February 25, 2010

PR PERINTAH PUTRAJAYA SELEPAS PRU13, HANYA TGANU DAN SARAWAK KEKAL DIKUASAI BN

Firman Allah swt maksudnya :

JIKA ALLAH MENOLONG KAMU MENCAPAI KEMENANGAN, MAKA TIADA SESIAPAPUN YG AKAN DAPAT MENGALAHKAN KAMU, DAN JIKA DIA MENGECEWAKAN KAMU, MAKA SIAPAKAH YG DAPAT MENOLONG KAMU SESUDAH ALLAH ( MENETAPKAN YG DEMIKIAN ), DAN KEPADA ALLAH JUALAH HENDAKNYA ORANG2 YG BERIMAN MENYERAH DIRI … Surah Ali Imran ayat 160

Allah kurnia akal untuk berfikir, Allah beri mulut untuk berbicara, Allah sedia telinga untuk mendengar, Allah wujudkan mata untuk melihat. Syukur pada Allah yg Pemurah memberik nikmat untuk hambanya.

Akal yg waras pasti menolak alasan yg dangkal, mulut yg manis pasti tersenyum kambing, telinga yg sempurna pasti terasa geli, mata yg celik pasti berkelip2….kerana alasan ini.

Cakap siang pandang2, cakap malam dengar2, lama tak semestinya veteran, veteren tak semestinya bijak… fikir dulu sebelum cakap bukan cakap dulu sebelum fikir.

Kini banyak keraguan ahli2 pada S/U Agong PAS. Cita2 dia nak jadi S/U Agong tercapai bila KJ melepaskan jawatan itu selepas PRU12. Menurut sumber dia dah melobi jawatan itu sebelum dipegang oleh KJ ( bila Nasa jadi Timb Presiden ).

Bila tak dapat dia merajuk sakan hingga menolak untuk dilantik P/Jaya PAS Tganu. Bila dipujuk baru diterima… orang lama merajuk. Almaklumlah orang yg perasan hebat dan banyak pengalaman kononya.

Bila bergelar P/Jaya PAS Tganu masih lagi pegang beberapa jawatan strategik di PAS Pusat spt Pengarah JPP dan Pengerusi Harakah. Bukan main hebat berlagak macam “mastermind” PAS Pusat tapi negeri sendiri tak terjaga.

Bila kalah PRU11, PRU 12 secara berterusan mulalah fikir guna kepala otak “second hand”. Peliknya waktu menang PRU10 dan berjaya menubuhkan Kerajaan Negeri macam tiada budi yg melekat di hati pengundi. Minda pengundi Tganu tak berubah. Sungguh mudah BN “spin” terus tolak PAS.

BN tetap BN sampai kiamat tak pernah berubah. PAS Tganu kalah bukan kerana BN bijak tapi kerana lawan BN kurang bijak. Tak usah main angka dan %, ini bukan tesis budak universiti. Fikir strategi mcm Kelantan, Selangor, Kedah, P Pinang dan Perak sediakan bila berhadapan Pilihanraya.

Pastikan PAS disokong majoriti penduduk Tganu, bukan setakat ahli2 PAS Tganu saja. Sekali fikir PAS Tganu sebiji macam UMNO Kelantan. Kuat dan ramai “on paper”, rupanya untuk hantar ramai perwakilan ke Muktamar. Pilih orang kita ( Tganu ) untuk negeri kita ( Tganu ) demi parti kita ( PAS Tganu ). Hakikatnya inilah “ first class assobiyyah”.

PRU10 1999 S/U Agong menang DUN dan Parlimen, dilantik Exco kanan dalam Kerajaan Tganu. Bila dah perintah sepenggal tiba giliran PRU11 tapi bayangkan masih lagi bertanding DUN dan Parlimen, kalah sekaligus.

Mungkin sebagai Pengarah JPP diberi maklumat bahawa akan kalah di DUN tapi menang di Parlimen. Baca di sini Rupanya jawatan Exco Kanan, Pengarah JPP dan Pengerusi Harakah tidak mampu menangkis serangan BN.

Mana moral S/U Agong PAS bila dilantik di kalangan Panglima kalah perang. Sebagai perbandingan antara S/U Parti politik di Malaysia nampaknya S/U PAS dah jadi 2nd Class. S/U Keadilan dan DAP bergelar YB Parlimen agar dapat berhujjah di medan pembuat dasar tapi S/U PAS dok di Parlimen Jln Raja Laut…

Bila gagal nak jadi YB melalui jalan yg sah, mulalah nak fikir “pintu belakang”, buat cadangan UG kononnya untuk kebaikan ummat Melayu Islam. Saya teringat pepatah yg menjadi pegangan orientalis ”IF YOU CANNOT FIGHT THEM, YOU HAVE TO JOIN THEM”

Sedarlah tingkahlaku kita sebagai pemimpin kanan dinilai oleh ahli2 parti. Tak usah nak berangan jadi menteri ke @ mcm2 ikut “pintu belakang”. Kuatkan negeri Tganu dulu sebelum jadi “bos” di Jln Raja Laut.

Ramai yg masih optimis selepas PRU13, Kerajaan Malaysia akan diperintah oleh PR dan BN menjadi pembangkang tunggal di Parlimen. Hanya Tganu dan Sarawak diperintah oleh BN. Mungkin juga penguasaan BN akan hancur bila dibangkitkan Imam Mahdi untuk membetulkan akidah manusia sebelum kiamat.

Tak percaya?? Tunggu dan lihat senario politik Tganu dan Sarawak banyak persamaan tapi bukan semuanya.

Semoga PAS Tganu bermuhasabah seikhlas hati dan penting sekali sedar dari kesilapan lampau. Perbanyakkan bermunajat kepada Allah secara beramai2 seperti dibuat TGNA di Kelantan. Insyaalah berubahlah mentaliti pemimpin dan ahli2 PAS Tganu.

Sekian dari cilipadi007

5 comments:

  1. Pengundi PAS Dun Perupok Parlimen Bachok.

    "Menurut sumber dia dah melobi jawatan itu sebelum dipegang oleh KJ ( bila Nasa jadi Timb Presiden )."

    Ini dah termasuk dalam elemen menyebarkan fitnah. Saya amat tidak bersetuju cara ini digunapakai oleh bloger islam seperti anda.

    ReplyDelete
  2. Kurang logik tulisan anta. Dakwa PR menang semua negeri kecuali Sarawak dan Terengganu. Tapi tak beri analisa sebab-sebabnya. Takkan negeri PM (Pahang) boleh jatuh. Kalau jatuh apa sebabnya? Begitu juga Johor, Sabah, Negeri Sembilan, Melaka, Perlis. Ramalan tanpa alasan atau kajian kukuh susah nak diterima. Tapi setuju Terengganu PAS tak akan menang.

    ReplyDelete
  3. wakakakka lawak lawak lawan tulisan yang mencerminkan penulisnya yang amat bangang, jangan cakaple dapat maklumat dalaman, hanya terengganu dan sarawak je kekal dalam tangan BN, pR tak akan menang punya di putrajaya ke atau mana negeri pun, jgn nak kelentong le, kalau tulang besi, bakistani, perisik rakyat, adukatarakguna, alhusseyn, alibangang baca tentu mereka percayalah, simpan le angan angan lu tu bhai, nogori 9 tu jatuh ketangan PR, johor pun, ishkkkk logik punya tulisan mcm sial hehhe

    ReplyDelete
  4. mintak jawatan? satu hal.
    diberi jawatan? satu hal.

    yang mintak satu hal.
    yang memberi satu hal.

    beza sungguh no bab minta jawatan ni. sejarah mencatatkan pemintak jawatan ni tak dilayan. tu dulu la kot. beza ke islam dulu dengan islam hari ni?

    selamat menyambut maulidurrasul

    ReplyDelete
  5. sumber kata....Pahang dan Johor kekal BN...terengganu pulak bergantung pada hj hadi... dia boleh bawa kemenangan dan juga bole jadi faktor kekalahan...ini semenanjung la

    ReplyDelete