Hadis Rasulullah saw

"SEBAIK2 JIHAD ITU BERKATA BENAR DISISI PENGUASA YANG ZALIM"

Friday, February 19, 2010

PERKASAKAN PARTI BUKAN PEMIMPIN( PART 2 )

.
Kita akui bahawa PAS negeri itu tidak kurang hebatnya. Perhatikan setiap ceramah di negeri itu menggamit ribuan hadirin. Banyak cawangan baru ditubuhkan buktinya bila PAS Pusat menabalkan PAS Kawasan Marang sebagai pemenang anugerah pendaftaran ahli baru teramai.

Negeri itu pernah ditadbir PAS ( 1999-2004 ) tapi kenapa sukar untuk mengekalkan kemenangan? Fenomena PRU12 tidak memberi kesan langsung kepada PAS negeri itu? Kenapa BN masih mengekalkan majoriti 2/3 di negeri itu sedangkan Selangor, Perak, Kedah dan P Pinang mengikut jejak Kelantan.

Kelantan, Kedah dan negeri itu dikenali sebagai “Malay Heartland”. Kesemua Melayu di 3 negeri itu mengamalkan budaya melayu, agama Islam Mazhab Shafie tetapi kenapa Melayu di negeri itu mengamalkan budaya politik berbeza? Politik negeri itu terlalu pelik seperti mempunyai acuan sendiri, hanya gaya mereka, orang mereka untuk mereka.

Pengalaman bersembang dengan seorang penyokong PAS dari Kg Rhu Rendang ketika bersarapan pagi di Jln Kg Cina KT hari penamaan calon PRK Kuala Trengganu sungguh melucukan. Beliau menghurai panjang lebar persoalan PAS negeri itu yg sukar untuk mengalahkan BN. Alasannya ialah kerana UGUTAN, SOGOK WANG EHSAN dan PENGUNDI HANTU…. Propaganda lapok

Apakah hanya BN negeri itu membudayakan ugutan ketika berkempen? Apakah hanya UMNO negeri itu bijak mengatur pengundi hantu dan menyogok fulus untuk memenangi pilihanraya?

Jawabnya itu taktik lapuk BN yg tidak berkesan di Kelantan, Kedah, Selangor, Perak dan P Pinang kerana pemimpin PAS negeri telah menyediakan perisai untuk penyokongnya berhadapan dengan senjata sulit BN yg diketahui sejak merdeka lagi.

TGNA telah mengeluarkan fatwa BERI DUIT AMBIL, BERI GULA KACAU, BERI KAIN PAKAI,BERI LEMBU JUAL, TAPI UNDI PAS. Kenapa fatwa itu tidak terpakai di negeri itu?

Inilah peranan Pesuruhjaya PAS negeri.menggerakkan seluruh pimpinan dan jentera supaya bersedia mental dan fizikal untuk berhadapan dengan BN. Kegagalan PAS menguasai negeri itu bukan kerana rakyatnya tetapi kerana kelemahan pimpinan.

Adalah menjadi tugas pimpinan untuk merubah mentaliti rakyat. Minda rakyat akan turut berubah selari dengan perancangan dan inisiatif pimpinan. Sesuatu kejayaan itu bermula dengan perancangan dan strategi bijak pemimpin bukannya hasil kreativiti rakyat.

Era ( 1999-2004 ) TGHH menjadi MB negeri itu. Sungguh aneh PAS masih ditolak setelah TGHH memansuhkan cukai pintu, membatalkan kutipan tol di Jambatan Sultan Mahmud dan mengarahkan Pejabat Tanah untuk memproses permohonan tanah penduduk miskin.

Apakah langkah TGHH tidak memadai untuk memberi kredit kepada rakyat negeri itu? Sayang sekali keikhlasan TGHH nampak berseorangan tanpa bantuan dari pimpinan yg tulus.

Jawabnya ialah kerana daya tahan rakyat negeri itu tidak dapat bertahan setelah diasak bertubi2 oleh BN. Kerana kejayaan perang Badar maka tentera Islam menjadi leka seketika . Apakah kemenangan tahun 1999 melekakan PAS negeri itu?

Peristiwa itu hampir menyamai tentera Islam dalam perang Uhud yg mengingkari arahan Rasulullah kerana berebut ghanimah. Kesempatan itu diambil Khalid Ibn walid untuk menyerang setelah ketiadaan pemanah di Bukit Uhud hingga memberi kemenangan kepada mereka.

Setelah berjaya membentuk kerajaan tahun 1999 maka pimpinan dan penyokong PAS negeri itu sudah berubah. Usahkan pemimpin, Pengerusi JSR juga sudah menunjukkan belang dan memberi modal kepada BN untuk menyerang. Politik negeri itu banyak mengamalkan konsep balas dendam.

Bayangkan anak seorang Exco menerima wang zakat untuk melanjutkan pelajaran di Timur Tengah. Sepatutnya Exco terbabit menolak bantuan wang zakat untuk anaknya walau layak sekalipun ianya tetap mendatangkan fitnah kepada Parti dan Kerajaan.

Isu pengusiran pelajar Tabika juga wajar dielakkan. Tiada alasan untuk menyekat proses pembelajaran anak2 kecil. Setiap keputusan Kerajaan hendaklah mengambil kira kepentingan parti dan maslahah ummah. Elakkan dari berlaku politik membalas dendam yg memberi ruang untuk musuh “counter attack”.

Pimpinan negeri itu ( MB dan Exco ) yg diberi kuasa sepenggal mendatangkan kegelian di hati rakyat bila 5 pemimpin besar beroleh kurniaan Dato dari DYMM Tuanku. Rekod mereka mengatasi Kelantan yg memerintah selama 20 tahun ( 5 penggal ), bukan semua pimpinan berpangkat Dato. Kedah yg baru sepenggal memerintah hanya MB sahaja bergelar Dato.

Resam politik bukan sekadar telus tapi hendaklah dilihat telus. Seorang pengendali haji berasal dari Kg Sura Gate berkata “ susah PAS nak menang di negeri itu kerana tiada TGNA di sini. Pemimpin PAS di sini jenis berakhlak tetapi tidak mesra rakyat ( sombong ), pemimpin UMNO sangat mesra ( peramah ) tetapi tidak berakhlak."

Maknanya “mileage politic selalu memihak kepada UMNO. Lagi satu pemimpin negeri itu tidak semacam pemimpin Kelantan berpolitik. Sukar untuk bertemu YB di masjid2 @ kedai kopi tak seperti YB di Kelantan yg berada dimana2 tempat rakyat berkumpul.

Tahun 2010 PAS negeri itu masih dikuasai muka2 lama yg sudah ketinggalan zaman. Sebagai perbandingan PAS Kelantan, Kedah, Perak dan Selangor di Pimpin oleh TGNA dan TPJ diisi oleh 3 tokoh muda yg masih segar dengan idea.PAS negeri itu dipimpin oleh tokoh veteran, TPJ juga dibarisi tokoh veteran semacam tiada bakat baru untuk diketengahkan.

Pemimpin ini sedar bahawa mereka masih gagal mengubah iklim politik negeri mereka sendiri. Mereka dapat menjangkakan bahawa BN tetap menjadi kerajaan selepas PRU12. Mereka masih gunapakai taktik lapok, tiada strategi moden dan efisien untuk merampas kekuasaan dari BN kerana masih mengekalkan budaya politik zaman dulu.

PRU12 masih ada individu penting menjadi calon DUN dan Parlimen dan kalah dikedua2 kerusi tersebut. Ketamakkan mereka sekaligus menolak kehadiran tokoh2 baru mengisi kelompangan politik negeri itu.

Politik mereka unik dengan gaya tersendiri. Mereka lebih banyak menghukum dari mendidik. Merekalah pelopor menuduh UMNO JUMUD, ASSOBIYAH, KAFIR, THOGHUT dan JAHILIYYAH. Hasil tarbiyyah pemimpin lama sudah mula dipusakai pemimpin muda yg saling tak tumpah bila berceramah. Lagu lama tetapi dimainkan semula dengan melodi baru tetapi tetap sama.

Kini pemimpin negeri itu diangkat darjat ke Jln Raja Laut untuk memimpin PAS FOR ALL. Entah kenapa PAS yg berhasrat menguasai Putrajaya diterajui Panglima yg kalah perang di negeri sendiri. Presiden, S/U agong, Ketua Dewan Ulama dan Timb K/ Pemuda dipilih dari negeri yg PAS kalah teruk.

Senario PAS seperti mengambil guru tuisyen yg gagal dalam SPM untuk mengajar anak2 kita yg bakal menghadapi SPM. Tentunya itu adalah keputusan yg kurang bijak. Lucu bin kelakar, macam raja lawak Astro.

Bersambung…

sekian dari cilipadi007

30 comments:

  1. amat setuju dgn pandangan tuan ; Pas trengganu dan pas pusat adalah orang yang sama dan merasa selesa. Krisis kepimpinan ini perlu ditukar jika ingin menerajui Malaysia.TGHH sangat lemah dan amat bergantung baik dari segi edia atau strategik politik pada Mustafa Ali.

    ReplyDelete
  2. Natang mung cili padi. Mung tengok hek gagal di ganung 2004 dang 2008. Hek benang 1999 mung dok kabor. Maing lawang tabur pitih mane dek kaleh. Mung tak tengok hek benang pemilihang muktamor. Mung tulis gining mung hine perwakilang.

    ReplyDelete
  3. Setuju sama Cili Padi. Terlalu ramai pemimpin Terengganu menyusahkan parti. Bukan setakat Presiden, SU Agong, Timbalan Ketua Pemuda saja orang Terengganu. Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Tantawi juga orang Jertih, Terengganu. Walaupun lani berhijrah ke Pahang, ciri Terengganunya masih kekal. Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ahmad Sabki, pun orang Jertih, Terengganu. Kiranya Dewan Pemuda PAS Pusat solid puak Terengganu. Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Kamarul Zaman @ Badrul Zaman Yusoff UKM pun orang Terengganu. Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Nik Zawawi Nik Salleh pun orang Jertih, Terengganu. Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad, pun klik Terengganu kerana isterinya orang Terengganu.

    ReplyDelete
  4. Kegagalan PAS menawan Terengganu pada PRU12 (2008) salah satu puncanya adalah kerana PAS telah diberi mandat untuk memerintah pada PRU10 (1999). Rakyat Terengganu telah menilai corak pemerintahan yang telah dibawa oleh PAS pada 1999-2004 seperti:

    1. Pengusiran dan penguncian pusat-pusat TABIKA KEMAS.

    2. Pengambilan semula tanah yang telah diberikan kepada rakyat Terengganu yang masih belum mendapat geran pada pemerintahan kerajaan BN terdahulu dan dibahagikan semula kepada penyokong-penyokong PAS dan kroni-kroni ahli JSR.

    3. Perubahan penampilan dan gaya hidup sebilangan pemimpin-pemimpin PAS yang telah berubah dari berjubah kepada memakai kot & bertali leher. Malah ada isteri-isteri wakil rakyat yang menaiki Proton Perdana dengan berkaca mata hitam.

    4. Kegagalan pemimpin-pemimpin PAS untuk mengawal ahli-ahli JSR yang bertindak ala samseng.

    Secara umumnya, kempen yang telah dibawa oleh BN "SERIK DOH WEH" memang membawa kesan kepada rakyat Terengganu pada PRU yang lalu. Penyokong PAS memang menyokong PAS pada PRU lalu, tetapi sokongan ahli PAS sahaja tidak mencukupi untuk PAS menawan Terengganu.

    ReplyDelete
  5. Setuju dengan kebanyakkan fakta terutama kelemahan PAS ketika mentadbir Teengganu.

    Bagaimanapun faktor kemenangan pembangkang di beberapa negeri seperti PP, Perak, Kedah, Selangor lebih kepada 'mengejut' dan atas alasan rakyat menolak BN kerana bencikan Paklah bukan atas asas pembangkang sudah cukup kuat.

    Kessilapan Pas mentadbir Terengganu kini berulang dalam senerio yang sama di PP, Perak dan Selangor dan sikit sikit di Kedah. Di Kelantan sendiri Nik Aziz makin tumpul atas kesilapan sendiri.

    Hadi Awang mungkin lemah diperingkat mentadbir kerajaan tetapi nampak mampu sebagai pentadbdir sebuah parti. Lebih berwawasan, bijaksana memilih kawan dan lawan, berhemah dan rasional berbanding dengan lelain pemimpin PAS sendiri.

    Hakikatnya hari ini, di sekolah dulunya ramai guru lepasan darjah enam walaupun kini majoritinya berdiploma dan ijazah tetapi 'merekalah' yang mendidik anak bangsa sehingga mendapat Phd dan menjawat jawatan tinggi.

    Untuk menjadikan anak murid seorang Phd tidak semesti gurunya juga seorang Phd di peringkat awal pembelajaran.

    Di dalam politik, Senario PAS seperti mengambil guru tuisyen yg gagal dalam SPM untuk mengajar anak2 kita yg bakal menghadapi SPM sudah tentu bukan jawapan sebenar tetapi 'tidak salah' kerana di dalam politik, pengalaman mengatasi sijil.

    PAS lebih bernasib baik daripada UMNO, tidak ada liabiliti kepada parti sepertimana UMNO menghadapi masalah terhadap budak hitam yang ada sijil tinggi tetapi 'dibenci' di dalam parti sendiri.

    Menang dua tiga negeri janganlah PAS jadi sombong diri dan memandang rendah golongan veteran, lama dan yang kurang pelajaran kerana merekalah nadi dan jantung parti.

    ReplyDelete
  6. Rev it up mate...in seeking for more glory.

    Tapi PAS Pusat sudah dikawalselia oleh puak 'Geng Pepaduang'.. Geng syok sendiri ni terbukti tak cekap tadbir negeri sendiri pun bila dapat peluang bagaiaman kita nak harap mereka menang PRU13? Jika pun menang aku ingat pendekatan 'kuku besi' akan lebih menonjol & akan lebih memparahkan keadaan pentadbiran negara. So jika itu terjadi i'm afraid "Biarlah PAS kalah (PRU13), asal Islam Menang" tu tepat sangatlah.

    ReplyDelete
  7. Hadi pandai jaga parti?? Ha Ha Ha.
    PAS Terengganu paling lemah dan paling sedikit cawangan. Yang dikuatkan antara 99-04 adalah JSR bukan cawangan. Hobi Hadi main dengan bini-bini dia saja, sebab tu senang dikelentong Pa Ali.

    ReplyDelete
  8. selagi stopa li jadi su agung selagi tu laah PAS akan jumud semula, macam dah tak ada muka lain yg lebih ceredik

    PAS dikuasai oleh mereka yg tak pernah mendpt kuasa pusat....ramai dari Tganu menguasai PAS...sebab itu lah PAS tak berkembang

    puak-puak Tganu ni laah yg nak main padu-padu sngat....kata orang tak dak angin rumah bergoncang

    Hj Hadi bukan lagi figure yg menarik...tiada tarikan langsung.....sebagai presiden dia patutnya menjadi figure maya malaysia......ini tidak....asyik dikepung suku sakat tganu saja....mana PAS nak berkembang....yg hadi tumpang marah kat ahli parlemen australia tu pasai apa.......dia orang berhak menilai sistem keadilan kita....bior laa dia nilai.......kita anggap saja sebagai 'free referee' ni macam ada apa-apa saja?????
    banyak kereja lain yg hadi boleh buat untuk PAS..
    apa guna slogan PAS For All kalau asyik pemimpin dok teperap dengan isu-isu remeh....tak kan PAS pun nak jadi hizbul asabiyyah?????

    tu tak kira lagi dengan kes khalid samad...nampak sangat ajk disiplin parti lemah,pasif aka lembab

    ABC dah tak ada idea lagi...rasanya kat Tganu pun dia ni bukan laku sangat....
    nasib baik ada figure macam TGNA....yg banyak menyumbang idea bernas......kalau tidak PAS dah hancusss

    ReplyDelete
  9. Suka atau tidak, hebat atau tidak, PAS tawan beberapa negeri dan memang di banyak kawasan semasa Hadi jadi Presiden. Nik Aziz masa tu bergelut dan hampir di ganyang oleh UMNO di Kelantan - dah pucat lesi, dah gigil lutut, tupasai solat hajat nangis sungguh2, nangis takut kalah - tembelang pecah.

    Hari ini Kelantan dah dapat duit royalti minyak - Kelantan dah masuk jaring UMNO.

    ReplyDelete
  10. Satu ulasan dan analisa yang berfaedah.
    Tahniah ducapkan pada saudara CILIPADI007.
    Sesuai dibuat bahan kajian oleh penganalisa politik tanah air yang lain

    ReplyDelete
  11. CERITA 1
    TGNA telah mengeluarkan fatwa BERI DUIT AMBIL, BERI GULA KACAU, BERI KAIN PAKAI,BERI LEMBU JUAL, TAPI UNDI PAS. Kenapa fatwa itu tidak terpakai di negeri itu?

    FATWA BARU = ORG YG ADA KEPENTINGAN DGN KERAJAAN NEGERI TAJA HAJI VIP ADALAH HALAL.....

    CERITA 2
    Bayangkan anak seorang Exco menerima wang zakat untuk melanjutkan pelajaran di Timur Tengah. Sepatutnya Exco terbabit menolak bantuan wang zakat untuk anaknya walau layak sekalipun ianya tetap mendatangkan fitnah kepada Parti dan Kerajaan.

    FITNAH BARU = LANTIK MENANTU + ANAK BERANAK = KRONI TADBIR NEGERI ADALAH AMALAN RASULULLAH ....PADAHAL WALAUPUN AF LAYAK IANYA TETAP MENDATANGKAN FITNAH KEPADA PARTI DAN KERAJAAN...

    ReplyDelete
  12. Kebebasan mengeluarkan pendapat.

    Tetapi jgn terlalu taksub dgn pendapat sendiri.

    Pas adalah sebuah organisasi politik dimana keputusan dibuat secara kolektif.

    Memaksakan hanya pandangan "sendiri" dan dianggap betul tanpa mengambil kira banyak lagi perkara2 lain yg mana setiap seorang dari kita mempunyai kelemahan dan kelebihan tertentu adalah kembali kpd jumud.

    Setiap pandangan hendaklah dilihat dari semua sudut.Tiada pandangan yg betul sepenuhnya dan begitulah sebaliknya.

    Sirah Rasulullah saw adalah contoh yg sebaik-baiknya.

    ReplyDelete
  13. kluang man,

    tgna solat hajat nangis minta tolong allah tanda sifat manusia beriman. pertolongan dari langit bagi kelantan menang besar.

    takde plk dengar cerita pas tganu buat solat hajat besaran, ajak rakyat bermunajat kepada allah. atau memang pas tganu dah tahu akan kalah besar

    ReplyDelete
  14. aku ambik org yg stakat pas spm je ajar anak aku. tak dak problem pun. dah tak dak contoh lain ka nak buat perbandingan? sedap mulut bercakap pasal akhlak, mengata org yg tak pass spm ni berakhlak sangat?

    ReplyDelete
  15. Dah terang lagi bersuluh.

    Takat kutip berita tepi tong taik lepas tu jaja sana sini.


    Kalau nak kira apa org cakap...kering air laut selat melaka utk dibuat dakwat menulis pun tak habis.

    ReplyDelete
  16. Apa yang didedahkan penulis "cilipadi" ada kebenaran tapi disebabkan wala' yang dicandukan keatas pengikut setia PAS maka pendedahan itu tak ubah seperti mencurahkan air didaun keladi.

    Kalau kita renungkan dalam parti PAS, timbul satu persoalan mengapa ahlinya memilih "kumpulan PAS Terengganu yang kalah dan diangkat darjat mereka ke Jln Raja Laut untuk memimpin PAS FOR ALL..."

    Bodohkah ahli PAS sehingga tidak dapat membezakan orang yang dicalonkan itu mementingkan diri atau mengutamakan parti...? Sehingga kehari ini masih kedengaran orang melolong seperti anjing nampak hanturaya mencerca pemimpin parti yang bersifat curang.

    Mungkin kerana ahli begitu wala' pada presiden parti sehingga mempertahankan apa saja yang dilakukan tanpa mengambil kira baik dan buruknya terhadap jemaah dan parti.
    Pandainya ahli seperti ini tidak boleh diikut dan bodohnya tidak boleh ditegur... alahaiii pemuda PAS.

    Kalau presiden dilihat bersubahat dengan UG, apakah kumpulan UG ditubuhkan itu akan dibubarkan..? Apakah ahli UG yang dilihat memberi peluru pada parti musuh maka mereka itu akan dikenakan tindakan disiplin dan disingkirkan dari jemaahnya..? Jawapnya adalah seperti mana yang berlaku antara Hassan dengan Khalid. Adilkah perbicaraan mereka itu..?

    Mereka adalah kumpulan yang kalah dalam pertandingan tapi belagak mereka adalah kumpulan juara. Berselindung sebalik jubah ulamak sedangkan mereka adalah banduan politik. Ceramah mereka lebih kepada perbodohkan ahli dengan dosa pahala, syurga dan neraka.

    Andaikata mereka berjaya memperbodohkan ahlinya supaya bersekutu dengan UMNO mereka akan menikmati seperti apa yang pemimpin UMNO miliki. Inilah yang sedang mereka usahakan.

    Apakah kita tidak tahu bahawa presiden parti adalah punca segala kerosakan dalam parti PAS. Masih tak nampak kelemahannya...?

    ReplyDelete
  17. I for one was very perplexed as to the reason(s) why PAS delegates opted not to nominate anyone to contest against Hadi. In my view, PAS' big gain in 2008 was achieved despite, and not because of, Hadi's leadership; and as long as he is still there I can't see how PAS will be able to maintain what it already got, what more to further spread its power base. Forgive me for saying this but I had never seen any weaker PAS President than Hadi. A party president having to struggle to correctly pronounce the words "proportionate representative system" like he did when reading his key-note address in a party muktamar is very indicative of his weaknesses. To be an effective leader, one has to have a reasonably high IQ, at least a bit higher than those he is supposed to lead, but that unfortunately is lacking in him. Which makes him very susceptible to domination by others, in this case Terengganu leaders as alleged by a few bloggers (which is quite an open secret anyway). I can also vividly remember how he mistakenly said "jima'" in a ceramah when what he wanted to say was "ijma'", and if you study psychology you will know that a slip of the tongue will enable you to diagnose one's hidden characteristic. It is not a sin to marry more than one, in fact it is encouraged by our religion, but one has to ensure that practicing polygamy will not greatly reduce one's effectiveness as a leader.

    ReplyDelete
  18. Bersetuju benar dengan cilipadi. Pemimpin PAS Trengganu masih tidak sedar diri lagi yang mereka di pukul ombak seperti ombak laut dok pukul batu buruk yang satu masa dulu saya percaya besar lah juga batu itu. Tapi sekarang apa jadi batu jadi gelaran batu buruk.Mostapa Ali dan geng Trengganu patut sedar dan undur diri dengan terhormat dan biar lah orang-orang yang inovatif mengambil tempat mereka. Parti yang penting bukan orang dalam parti. Khalid Samad, seorang yang mempunyai wawasan dan ramai lagi pemimpin yang tidak di beri peluang untuk menonjol di peringkat atas. Sila belajar daripada kesilapan UMNO. UMNO sudah di kopratkan oleh Dr.Mahathir selama 22 tahun beliau perintah dan selama itu lah 'politik wang' telah bermaharajalela dalam UMNO. Hari ini bila berada di luar parti baru beliau buka mata kerana ta dapat nak naikkan orang-orang yang beliau mau melihat naik, contoh anak nya. Bila beliau perintah dengan kuku besi, media di kawal ketat macam ala 'hitler'. Apabila tidak dapat bersuara dalam media msm yang dahulunya puji beliau setinggi langit maka beliau pun 'frust menonggeng', lalu menjadi blogger dan meraih simpati daripada rakyat. Tapi rakyat sudah bosan dengan UMNO. Oleh itu, jangan lah jadi macam UMNO.
    Terus terang saya menyatakan, hari ini cina, india dan lain-lain bangsa mengenal PAS kerana Tuan Guru NIK AZIZ bukan Hj.Hadi. Andaikata hari ini TGNA berhenti memimpin PAS, esok PAS akan berkubur. Ta percaya. Orang-orang bukan Islam nampak PAS sebagai alternatif kepada UMNO kerana ia kelihatan bersih daripada UMNO dan selagi TGNA berada dalam PAS selagi itu lah PAS akan berjaya. Ta percaya.
    Oleh itu, wahai pemimping PAS Terangganu jangan mimpi terlalu lama kerana apabila terjaga dari mimpi buruk padahnya.Kalau kaum bukan Islam tarik balik sokongan terhadap PAS maka PAS akan jadi macam PAS Trengganu dan bukan PAS Kelantan.

    ReplyDelete
  19. suku sakat si Luncai yang dulunya tersohor dengan terjunan bersama labunya , pakat bercerita , bilamana Luncai mendakap erat labunya dan terjun... nampak sangat tak cerdiknya ia ..... masakan dapat berenang ke tepian dengan mendakap si labunya.
    Namun , kerana kasihnya Luncai pada labunya , ia
    rela terjun jua dengan labunya...meskipun ia tahu ia mungkin mati kelemasan

    ReplyDelete
  20. Kuat mengutuk pimpinan weh. Cuba tanya diri sendiri, APA SUMBANGAN ANDA KEPADA PARTI/JAMAAH? APA IDEA ANDA YANG PRAKTIKAL & TERBUKTI BERKESAN TELAH DISUMBANGKAN? Jgn sedap mulut je.

    ReplyDelete
  21. Saya setuju dengan tulisan ini bahkan kita sebenar amat sangsi dengan geng trengganu ini apa kah mungkin ada udang sebalik mee yang membocorkan rahsia parti kerana itu semua perancangan akan gagal. Dan kini golongan ini pula memegang jawatan penting di PAS Pusat apakah PAS juga akan menghadapi zaman kegelapan kasihan kepada mereka yang benar2 berjuang, celaka lah mereka2 yang menghianati perjuangan ini.

    ReplyDelete
  22. tak setuju degn kluang man

    "Hakikatnya hari ini, di sekolah dulunya ramai guru lepasan darjah enam walaupun kini majoritinya berdiploma dan ijazah tetapi 'merekalah' yang mendidik anak bangsa sehingga mendapat Phd dan menjawat jawatan tinggi.

    Untuk menjadikan anak murid seorang Phd tidak semesti gurunya juga seorang Phd di peringkat awal pembelajaran."

    kenapa susah kluang man nak faham ayat penulis? maksudnya lulus drjh 6 layak untuk ajar budak drjh 6, lulus spm layak ajar budak spm. adake lulus drjh nak layak ajar phd. awal pembelajaran takyah phd la, ajar abc dah cukup

    mcm tu pun tak faham ke? yg kita semua hantar anak g tusyen tu buat ape? nak bagi lulus cemerlangkan? kalau takat cukup makan takyah hantar tusyen

    ReplyDelete
  23. memang benar cara berpolitik orang terrengganu aneh. Sokongan berpihak pada lain undi pada lain. Hatinya berbelah bagi.Hakikatnya mereka cenderung kepada siapa yang boleh memberikan kebahagiaan melalui kewangan bukan dengan ceramah dan santapan rohani. mereka mendengar tetapi tidak mengikut selagi kemiskinan dan peluang kerjaya menghimpit kehidupan mereka. Selagi budu tidak bertukar cencalok selagi air nira tidak bertukar root beer.

    ReplyDelete
  24. PAS FOR ALL. Maknanya PAS sama je sama ada di Kelantan, Kedah, Terengganu, Perak, Selangor dan negeri2 lain di Malaysia. Jika Trengganu mengamalkan PAS ikut acuan mereka sendiri maka maknanya pemimpin parti disitu telah melanggar prinsip yang mereka telah persetujui bersama2 ahli di seluruh negara.

    Mengapa mereka tidak mahu belajar dari kesilapan lalu?

    ReplyDelete
  25. TGHA dan saf kepimpinan beliau dari 'Tganu Kite' patut semak semula kredibiliti masing2. Tolong janganlah rosakan PAS. Bila rakyat jelata semua sudah mula beralih dari BN, pemimpin2 nya buat hal pula.

    ReplyDelete
  26. salam..
    mengapa kita ambil ketua jurulatih yg pasukan nya sendiri pun kalah teruk untuk melatih kita..
    INI BUKAN JURULATIH TAPI JURULETIH BEB..

    ReplyDelete
  27. KAWANG SERIK DOH WEH NOK SOKONG PAS TRANUNG!

    ReplyDelete
  28. KLUANGMAN.... MUNG DOK KENA BATANG HIDUNG, MUNG DOK TAHU.

    TANAH KEBUN AYOH AKU KAT PADANG PULUT KENA RAMPAS... ANOK SEDARA AKU GI SEKOLAH TABIKA, DOK LEH MASUK. JSR KUNCI. SIAP LETOK RANTAI LAGI.

    ReplyDelete
  29. Confirm Haji Hadi bodoh. Tak pasal-pasal sehari dua ni duk sibuk nak perbetul kenyataan-kenyataan dia yang menguntungkan musuh. Kita perlu EGM!!

    ReplyDelete
  30. salam..
    kawe penyokong pas yang memulakan hari pengundian dalam hidup dengan memangkah PAS..
    tapi kini kawe dan anak beranak kawe tiada lagi pilahan untuk mengundi... jika tiada apa2 perubahan kearah keadilan sebenar dalam pas ikut ISLAM jangan kita undi dalam PRU13 nanti... yang salah mesti dihukum bukan disusuk dale serban atau kopiah...
    sebenarnya virus gila kuasa dan duit telah banyak mengular membelit pemimpin pas... kalau tak baiki pas akan jadi HAMPAS...
    kawe raso sangat bahawo Pas teganu doh lamo jadi HAMPAS...
    tq
    tmf

    ReplyDelete