Hadis Rasulullah saw

"SEBAIK2 JIHAD ITU BERKATA BENAR DISISI PENGUASA YANG ZALIM"

Saturday, February 13, 2010

PAS DAN KEADILAN ISLAM

.
Firman Allah maksudnya:

DAN APABILA KAMU MENJALANKAN HUKUMAN DI ANTARA MANUSIA,( ALLAH MENYURUH ) KAMU MENGHUKUM DENGAN ADIL.( Surah An-Nisa ayat 58 )

Seorang ahli PAS telah membuat aduan salahlaku pemimpin besar parti kepada J/Kuasa Disiplin Parti.Tindakan pengadu / blogger ini mengundang pro dan kontra dari khalayak. Baca di sini

Rasanya beliau telah menyahut seruan TITM yg mahukan ahli2 parti bertangunggjawab membuat aduan mengikut saluran parti, bukan mengkritik sesuka hati. Baca di sini

Nah ! Kini semuanya dilakukan mengikut saluran yg sah, saluran parti. Aduan dihidang kepada setiusaha kerja PAS Pusat untuk tindakan selanjutnya. Rakyat menanti reaksi segera TITM setelah beberapa aduan melalui email sebelum ini tidak diambil sebarang tindakan.

Kita juga dikejutkan dengan gesaan oleh peguam parti agar mengkaji semula hukuman yg diputuskan oleh J/Kuasa Disiplin terhadap Dato Hasan Ali dan YB Khalid Samad Baca di sini

Drama ketidakpuasan hati terhadap J/Kuasa Disiplin bermula bila keputusan yg diumumkan nyata “double standard”. Hukuman sangat berat sebelah, dijatuhkan berdasarkan sentimen dan seolah2 wujud “tangan2 ghaib” menggangu gugat kebebasan J/Kuasa Disiplin.

Sungguh tidak berbaloi penantian rakyat selama 6 bulan menunggu J/Kuasa Disiplin yg sepatutnya membuat keputusan yg adil dan nampak keadilannya. Peliknya tuduhan yg berat diberi hukuman ringan manakala tuduhan ringan diberi hukuman berat.

Keraguan rakyat terhadap J/Kuasa Disiplin PAS hampir menyamai keraguan kepada Mahkamah Persekutuan. Membuat keputusan bias kepada pemimpin berkuasa adalah lambang ketidakadilan sesebuah perbicaraan.

Kita juga meragui TITM bila membuat penjelasan yg bercelaru terhadap keputusan yg tidak rasional. Apakah TITM dan J/Kuasa Disiplin dipandu oleh seseorang yg berkuasa untuk menjayakan agenda tertentu?

PAS parti Islam, Perlembagaan PAS berdasarkan AlQuran dan Hadis. Peliknya bila J/Kuasa Disiplin bersidang mengikut pertimbangan seksyen dan akta tertentu, bukannya berdasarkan AlQuran dan Hadis serta sirah Rasulullah.

Apa beza antara PAS ( Islam ) dengan UMNO ( sekular ) bila kedua2nya mengawal parti berpandukan akta dan seksyen ciptaan manusia, bukannya mengikut Alquran dan Hadis? Alangkah indah jika J/Kuasa Disiplin memberi penjelasan hukuman yg dijatuhkan berdasarkan dalil2 agama seperti ini.

Kita musykil bila TITM berhujah tentang isu J/Kuasa Disiplin mengikut seksyen dan akta bukannya dalil agama. Tindakan TITM seperti dua pihak berdebat berkenaan Islam, satu pihak menggunakan rujukan “AlQuran/ Hadis” manakala satu pihak lagi merujuk “Oxford Dictionary”. Tentulah pihak yg berhujah dengan dalil agama lebih tepat berbanding puak yg satu lagi.

Kita menghormati TITM sebagai ulama sejak zaman Forum Perdana Ehwal Islam lagi. Sayang sekali imej ulama TITM menjadi pudar bila mengetuai J/Kuasa Disiplin. Tindakan TITM tidak mencerminkan keadilan Islam dan boleh mengundang keraguan berpanjangan dari rakyat.

TITM perlu sedar bahawa J/Kuasa Disiplin adalah saluran terakhir untuk memperkasakan PAS. TITM juga perlu mengambil kira kepentingan umum dalam menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan yg dilakukan. Betul atau silap keputusan yg dibuat memberi impak kepada PAS untuk Islam Kerana Allah.

Bila diamati J/Kuasa Disiplin diberi kes untuk dibicarakan ekoran Seminar Khas Parti setelah TGNA mendesak diadakan EGM untuk membersihkan parti dari makhluk perosak yg dibimbangi boleh memecah belah parti.

Sayang sekali bila cadangan TGNA ditolak ketepi dan kemuncup yg cuba dicabut oleh TGNA masih melekat di kaki seluar PAS. Kemuncup itu juga telah bertindak membuat aduan kepada J/Kuasa Disiplin terhadap YB Khalid Samad dan berjaya mencapai agendanya.


Kini rakyat mengambil sikap tunggu dan lihat tindakan yg bakal diambil TITM terhadap aduan terbaru. TITM mesti bertindak segera bukan lagi menunggu hampir 6 bulan untuk membuat keputusan.

Buatlah satu pembetulan dan bertindak berdasarkan “keadilan Islam” untuk kepentingan PAS. TITM wajib mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kewibawaan J/Kuasa Disiplin yg semakin terhakis.

Selamat bersidang TITM dan J/Kuasa Disiplin.

Sekian, cilipadi007

16 comments:

  1. 1. Seorang ahli PAS telah membuat aduan salahlaku pemimpin besar parti kepada J/Kuasa Disiplin Parti.

    2. Kita juga dikejutkan dengan gesaan oleh peguam parti agar mengkaji semula hukuman yg diputuskan oleh J/Kuasa Disiplin terhadap Dato Hasan Ali dan YB Khalid Samad

    PERCAYALAH, DUA-DUA KES DI ATAS TAK AKAN KE MANA-MANA NYA. DUA-DUA PENGADU TIADA LOCUS STANDI DAN ADUAN MEREKA AKAN DIBAKULSAMPAHKAN.

    KERANA APA?

    KERANA ABDUL RAHMAN TALIB AKA TULANG BESI BUAT ADUAN ATAS NAMANYA SEDANGKAN IKUT PERLEMBAGAAN PARTI ADUAN HENDAKLAH DIBUAT OLEH ORGANISASI (CAWANGAN, KAWASAN, NEGERI, DEWAN ETC). SEBAB ITULAH JUGA ADUAN ABDULLAH KARIM SEBELUM INI DIBAKULSAMPAHKAN OLEH SUU AGONG.

    KERANA MENGIKUT PERLEMBAGAAN PARTI JUGA LAWYER HANIPA MAIDIN TIADA HAK MENGGESA KEPUTUSAN JK TATATERTIB DIKAJI SEMULA. YANG ADA HAK HANYA MEREKA YANG DIKENA TINDAKAN, DALAM KES INI KHALID SAMAD.

    LAIN KALI KAJI DULU PERLEMBAGAAN PARTI SEBELUM BUAT APA-APA TINDAKAN KALAU TIDAK MAHU MEMBUANG MASA. JADI PEGUAM PUN KALAU SETAKAT FAHAM PERLEMBAGAAN NEGARA TAPI TAK FAHAM PERLEMBAGAAN PARTI SENDIRI TAK DE FAEDAHNYA.

    ReplyDelete
  2. Betul kata loyar buruk di atas.

    Fasal 75 (2) Perlembagaan PAS menyebut:
    Sebuah JK Tatatertib hendaklah ditubuhkan di peringkat pusat. Adapun Perhubungan Negeri, Kawasan-Kawasan, Cawangan-Cawangan dan Dewan-Dewan bolehlah melaporkan apa-apa tindakan dan perbuatan ahli-ahli yang didapati melanggar tatatertib parti kepada SU Agung atau Pejabat Agung untuk tindakan sewajarnya oleh JK Tatatertib itu.

    Jadi sesiapa yang melaporkan apa-apa tindakan dan perbuatan ahli-ahli yang didapati melanggar tatatertib parti di atas kapasiti peribadinya sebagai ahli atau pemimpin PAS laporannya tidak menepati maksud fasal ini.

    In fact, kalau ikut kenyataan Khalid Samad di bawah
    (Ada yang mengatakan, kesalahan Khalid lebih serius! Serius atau sebaliknya boleh dinilai berdasarkan siapa yang membuat aduan. Dalam kes saya, aduan dibuat oleh Dewan Harian PAS Selangor, pendek kata PJ sendiri)
    maka hukuman ke atas Khalid Samad sebenarnya tidak sah kerana aduan dibuat oleh pihak yang tidak ada locus standi/kelayakan untuk buat laporan (Dewan Harian PAS Selangor bukan Perhubungan Negeri, sepatutnya aduan dibuat oleh Perhubungan Negeri).

    Soal adil tidak adil, Islamik tidak Islamik fasal ini suku kira tapi itulah peraturan.

    Khalid, the ball now is in your hand!

    Tapi kalau baca berita di bawah Khalid pun nampaknya tak faham juga Perlembagaan PAS!

    Khalid Samad: I will not appeal against my suspension | Print | E-mail
    Wong Choon Mei
    SHAH ALAM, Feb 13: PAS MP for Shah Alam Khalid Samad has decided not to appeal against his suspension by the party’s disciplinary board.

    “I will not be appealing. All the information is already in the hands of the central leadership. If they feel that the disciplinary board is wrong, they can review my suspension even if I don’t make any official request,” Khalid said in a text message to Harakahdaily.

    “If they don’t, it must be because they feel the disciplinary board’s decision is okay. So it is no point for me to appeal anyway.”

    ReplyDelete
  3. soalnya pak, mengapa aduan dewan harian pas selangor diterima tetapi aduan abdullah karim direject bila dua-dua aduan tak memenuhi syarat? cikgu pa yang bodoh, tuan ibrahim yang tak cerdik atau dua-dua bingai atau ada agenda?

    ReplyDelete
  4. HA HA HA, LAWAK GILA LER PAS NI. PARTI ISLAM TAPI AHLI BIASA NAK BUAT ADUAN TAK LEH, KIH KIH KIH. PARTI ISLAM HAPE KE NAME!

    ReplyDelete
  5. Salam semua. Ana rasa ada pemimpin tinggi parti atau orang yang betul-betul pakar tentang parti yang melayari dan beri komen dalam blog ini. Isu ditimbul adalah serius. Jika Jawatankuasa Tatatertib terkhilaf atau sengaja berlaku tidak adil dalam melaksanakan kuasanya maka implikasinya amatlah besar. Sdr Khalid Samad boleh membawa perkara ini ke mahkamah terbuka untuk dapatkan keadilan. Telanjangkan kebebalan Jawatankuasa Tatatertib jika Jawatankuasa Tatatertib tak mahu mengakui kesilapannya. Terima kasih Loyar Buruk walau siapa pun anda kerana dedahkan perkara sebenar. Kini kami tahu duduk letak perkara sebenar dalam perkara ini.
    Jazakallah.

    ReplyDelete
  6. Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, tolong berhenti segera!!
    Datuk Mustafa Ali pun kena berhenti jugak!!
    Kesalahan: Konspirasi menzalimkan Khalid Samad dengan membelakangkan peraturan parti!!
    Pengerusi JK Disiplin baru Dr Daeng Sanusi atau Yahya Othman atau Hassan Shukri!!
    SU Agong baru Datuk Husam Musa atau Datuk Kamarudin Jaafar atau Hanipa Maidin!!

    ReplyDelete
  7. Ambo duk dalam program tarbiyyah pas kelantan di setiu, terengganu ni, tak leh komen...

    ReplyDelete
  8. kecelaruan dalam pas bermula dengan DUA pembohongan yang diberi endorsement oleh perwakilan di muktamar shah alam. pembohongan yang dimaksudkan ialah (1) tidak mengaku akan pertemuan presiden, timbalan presiden dan pengerusi jabatan pilhanraya pas pusat merangkap pesuruh jaya pas terengganu dengan mantan perdana menteri, tun abdullah badawi, dan (2) menjaja (mengaku) pula pertemuan mendapat kelulusan majlis syura ulama apabila yang ditemui mendedahkan sudah TIGA kali bertemu. apabila ternyata usaha2 untuk mententeramkan agli gagal, pila wala' pula disogokkan dan nyata usaha ini berjaya apablia perwakilan ke muktamar ke 55 memberi endorsement yang dihajati.

    kempen menjelang muktamar ke 55 di shah alam turut memperlekehkan perlembaggan parti apabila ada ulama berkempen bahawa presiden dan timbalan presiden mestilah ulama! diperkemaskan lagi dengan jubli perak kepimpinan ulama (selepas kepimpinan ulama manjangkau 27 tahun!). tak cukup setakat itu, sms "kepimpinan ulama tercabar" pula disebarkan, pertemuan2 di kalangan terpilih diadakan untuk menjelaskan bagaimana kedudukan ulama sudah tercabar.

    kebersungguhan kempen pra muktamar ke 55 adalah untuk mempertahankan kedudukan timbalan presiden (yang dalam tempoh 4 tahun diiktiraf sebagai ulama. semasa menentang harun taib ulama muda ini memasuki gelanggang pemilihan timbalan presiden di kota bharu dengan baju profesional). kenapa beriya2 mempertahankannya serta megulamakan beliau? kerana ia ada kaitan serta berhubung rapat dengan kesanggupan untuk melakukan pembohongan selepas memutuskan untuk "memperkasakan pakatan rakyat" di muktamar ke 54 di ipoh!

    perkembangan2 seterusnya sehinggalah kepada perlantikan jk disiplin yang mengenepikan perlembagaan adalah kesinambungan usaha merealisasikan agenda yang telah dipersetujui dengan pihak tertentu yang memerlukan kedudukan timbalan presiden mesti dipertahankan dengan apa cara sekalipun. melihatkan perwakilan di muktamar ke 55 tidak sedukitpun tersentak dengan acara pembohongan yang dilakukan, maka teramatlah mudah untuk meneruskan fasa seterusnya kerana "kuasa" sudah di tangan. bagi memperkuatkan lagi kuasa yang dimiliki, dibawa pengarah pilihanraya pas pusat ke kerusi setiausaha agong. maka lengkaplah pelaku2 utama bertemu dalam gelap dengan umno di puncak kuasa untuk melaksanakan segala yang telah terancang dan memacu parti dengan kaedah "Ikut Stopa Ali (ISA). di kalangan TIGA orang pelaku utama ini, umum mengetahui siapa 'bos'nya.

    wallahu'alam.

    ReplyDelete
  9. HA HA. SYABAS CILIPADI007.

    HUNJAMAN ANTA TEPAT MENUSUK KE JANTUNG!

    PAS parti Islam, Perlembagaan PAS berdasarkan AlQuran dan Hadis. Peliknya bila J/Kuasa Disiplin bersidang mengikut pertimbangan seksyen dan akta tertentu, bukannya berdasarkan AlQuran dan Hadis serta sirah Rasulullah.

    Apa beza antara PAS ( Islam ) dengan UMNO ( sekular ) bila kedua2nya mengawal parti berpandukan akta dan seksyen ciptaan manusia, bukannya mengikut Alquran dan Hadis? Alangkah indah jika J/Kuasa Disiplin memberi penjelasan hukuman yg dijatuhkan berdasarkan dalil2 agama seperti ini.

    Kita musykil bila TITM berhujah tentang isu J/Kuasa Disiplin mengikut seksyen dan akta bukannya dalil agama. Tindakan TITM seperti dua pihak berdebat berkenaan Islam, satu pihak menggunakan rujukan “AlQuran/ Hadis” manakala satu pihak lagi merujuk “Oxford Dictionary”. Tentulah pihak yg berhujah dengan dalil agama lebih tepat berbanding puak yg satu lagi.

    ReplyDelete
  10. salam...

    beberapa kerat pimpinan pas kemaruk nak jadi menteri.pasai tu depa dok rancang nak teruskan ug.nak harap menang dlm pru susah pasai rakyat tak pilih depa.meluat tengok cara hidup depa semacam pemimpin bn.tak ada beza walau nama pemimpin pas

    ReplyDelete
  11. SETUJU DEGN SURA GATE

    KUDA TUA DI JLN RAJA LAUT TAK BLH HARAP.SPESIS KAWAN MAKAN KAWAN.PRU12 KALAH DI DUN DAN PARLIMEN, TAMAK SEKALI TANDING 2 KERUSI.

    ADA KRONI DI SELANGOR DOK MIMPI NAK JADI MB.ADA YG MENGIDAM NAK JADI MENTERI NIKAH KAHWIN

    BUANG JE DEPA NI KEMUNCUP

    ReplyDelete
  12. salam tuan,

    jgn pertikai keputusan bos nanti dituduh derhaka.

    terima saja kerana bos dipilih secara majoriti

    sapa kita yg bukan ulama

    sapa kita yg bukan pemimpin

    sapa kita yg bukan ahli pas

    ReplyDelete
  13. Tuan blogger
    Tuan menuduh wujud “tangan2 ghaib” mengganggu gugat kebebasan J/Kuasa Disiplin
    Tuan menuduh TITM dan J/Kuasa Disiplin dipandu oleh seseorang yg berkuasa untuk menjayakan agenda tertentu
    Tuduhan-tuduhan ini sangat berat
    Memfitnah lebih bahaya dari membunuh
    Tanpa bukti tuan akan berdosa besar
    Apa tuan tak takut azab neraka

    ReplyDelete
  14. wala',

    jangan dilihat sesuatu perkara itu hanya terhad kepada perkara itu sahaja tanpa melihat kaitannya dengan sebab2 ia ditimbulkan.

    wala' tentu dengar penjelasan nasyarudin mat isa berkaitan pertemuan yang dipersetujui kerana berbincang bab penubuhan kerajaan selepas pru 12 - mat sabu ke penang, husam ke perak, dan dia ke selangor. perbincangan penang dan perak ke arah penubuhan kerajaan pakatan rakyat, kenapa pula perbincangan di selangor dengan umno? di selangor pas masuk pru berganding dengan umno? itu adal hujah yang diguna pakai oleh nasharudin bagi mempertahankan pertemuan dengan umno.

    kenapa nasharudin tak sebut pasal pertemuan dengan mantan pm, tun abdullah? wala' patut tanya nasharudin, yang paklah kata TIGA kali tu siapa dengan siapa? ya, kenapa tidak pernah timbul pertemuan presiden, timbalan presiden dan pengarah pilihanraya pas pusat dengan paklah selepas 8 mac 2008?

    tengok, bagaimana mereka berjaya menutup 'pengelihatan' ahli2 pas dengan pil "wala'"?

    ReplyDelete
  15. Taubatlah Cili Padi. Kamulah spesies perosak dalam PAS. Elok-elok Tok Guru Nik Aziz tak ada apa-apa, kamu cuba mengepom dia supaya hentam Tuan Ibrahim, Hasan Ali dan geng UG. Berhentilah dari melaga orang. Selagi Wan Nik Set Pol Tok Guru Nik Aziz, Tok Guru Nik Aziz tak akan makan pom orang seperti kamu!

    ReplyDelete
  16. salam bro, jgn serang cilipadi.kita tengok pas jadi goyah/kucar kacir bila puak2 ug tak kena hukum.

    depa dok rancang mcm2 kerja jahat utk kepentingan peribadi.puak ug dok mimpi nak pegang jawatan besar

    bukan senang elemen ug nak auta tokguru pasal tokguru dibantu oleh pemimpin yg jujur.banyak kali dah plan ug berjaya disekat.

    selagi puak ug kuasai jln raja laut, agenda mereka takkan tamat kecuali lepas pru13

    ReplyDelete