Hadis Rasulullah saw

"SEBAIK2 JIHAD ITU BERKATA BENAR DISISI PENGUASA YANG ZALIM"

Saturday, December 26, 2009

Ulama Konservatif

Qulil Haq!

Segalanya bermula bila Ust Mat Daud Iraqi,Ketua Dewan Ulama Pas keluar syor agar PAS Kelantan kaji ‘sedekah’ kerusi untuk ditandingi calon luar.Itulah lontaran idea dari seorang ulama yang padanya cukup bernas untuk dinilai.Jangan pula ianya dituju kepada Parlimen Kubang Kerian yang lama diintai oleh ‘orang itu’.

Ust Mat Iraqi wakil ulama konservatif dalam PAS.Golongan ini tidak pernah berubah melingkari PAS Pusat. Ruang lingkup PAS terbelit dengan puak yang anti pembaharuan. Setiap komponen parti mesti diterajui oleh ustaz yang diistilah sebagai ulama sejak sekian lama.

TGNA terpanggil untuk memberi respon pada kenyataan Ketua Ulama negeri dengan penuh simbolik. Buah mulut TGNA mungkin setuju dengan Mat Iraq tapi seperti biasa ucapan TGNA tidak jelas ke matlamat sebenar.

Mungkin juga TGNA kecewa dengan calon luar bergelar YB yang tidak solid berada disisinya kebelakangan ini.Sejak TGNA terpalit isu TAJAAN HAJI VVIP dan kes ‘menantu’ di PMBK,’calon luar’ semacam terkedu untuk membela TGNA.Mereka lebih ‘play safe’ saat TGNA diasak bertubi2.Macam ‘kucing lekat tulang’…

Tentunya YB Zaki Ibrahim,S/U PAS Kelantan terkena tempias Mat Iraq. Susahnya kerja S/U bila terpaksa ‘backing’ bos sepanjang masa.Logik Zaki tak lebih dari mengungkit, seolah2 telah lama PAS Kelantan mengorbankan bakat anak tempatan demi kepentingan PAS Pusat.Tiba masanya 4 kerusi Parlimen diserah kepada calon anak negeri.

Itulah sikap pemimpin kita kebelakangan ini.Suka mencari publisiti media dengan isu tak seberapa. Naik meluat rakyat dihidang dengan menu politik yang tiada penghujung.Inilah dilema rakyat Kelantan diajak berpolitik sepanjang masa.Makan politik,minum politik,tidur politik dan segala2nya politik.

Perlukah kita bahas soal calon bila PRU13 entah bila tarikhnya? Patutnya tempoh yang ada digunakan oleh pimpinan untuk kesejahteraan rakyat.Banyak lagi janji Manifesto PRU12 PAS Kelantan belum laksana.Jangan buat2 lupa pada janji dulu nanti dihukum rakyat susah jadinya.

Melaksana janji tidak semudah berjanji…langit dan bumi boleh dimanifestokan tapi butir kata pemimpin tetap disimpan kemas di memori rakyat.

Saya setuju dengan artikel MSO Melayu iaitu sudah masanya TGNA fikir soal pengganti.Tidak molek untuk TGNA bicara siapa calon untuk PRU13.Serahkan kepada pengganti untuk tentukan kerana tanggungjawab patut diputuskan berjamaah.Sistem jamaah PAS Kelantan beri kuasa mutlak kpd TGNA memilih calon sudah ‘kondem’.PAS
Kelantan perlu buktikan bahawa ‘syura’ bukan sekadar ‘retorik’ tapi dipraktik sepenuhnya.

BUKAN SAYANG PADA TGNA SUDAH KEMPIS TAPI CINTAKAN PERJUANGAN PAS LEBIH DARI INDIVIDU. Pemimpin datang dan pergi silih berganti tapi perjuangan tetap diteruskan.Wafatnya Rasulullah bukan penamat ajaran Islam,matinya Ayatollah Khomeini tidak lenyapkan Revolusi Iran dan ‘hijrah’ Datok Asri tidak membenam perjuangan PAS.

Bahana ‘absolutely power’ sebagai MB dan Pesuruhjaya Negeri sudah menjerat TGNA.Sistem Zaman Dato Asri tidak mensatukan jawatan MB dengan Pesuruhjaya negeri.Nyata lebih baik untuk ‘check n balance’ tapi berubah pada tahun 1990.Tiba masanya PAS Kelantan kembali kepada sistem asal supaya pemerintahan lebih ke arah ‘GOOD GOVERNANCE’.

Tiada ruginya jika TGNA dikekalkan sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri tetapi jawan MB diserahkan kepada pengganti.Langkah ini merealisasikan pemisahan kuasa untuk mencegah penyalahgunaan kuasa secara luar jangka.

Kudrat TGNA masih diperlukan untuk menyelesaikan kerja dakwah secara berterusan. Ketua Parti tentunya tidak berhadapan kekangan masa dan boleh mengisi lompang dakwah yang terbantut selama ini.Tinggalkan kerja pentadbiran untuk diuruskan oleh tenaga muda yang tentunya masih ‘fresh’ dengan idea.

Serahkan kerusi empuk MB untuk diisi pemimpin pelapis yang bermentaliti global tetapi dikalangan orang yang beriman.Contohilah Dr Mahmood Ahmadinejad seorang Dr Pengangkutan Awam,Presiden Iran yang hebat memimpin 65 juta rakyat bersama ratusan ribu Ayatollah.

Resipi Ahmadinejad boleh menjadi ramuan terlazat sebagai menu untuk memimpin rakyat Kelantan. Sentimen antara ulama dan professional perlu dikikis dari akal fikiran peneraju parti.Pilihlah bakal pemimpin yang punyai asas pentadbiran dan agama agar tidak mudah dipesong hanya dengan ‘sepinggan nasi tengahari’ atau ‘persidangan meja bulat’.

Perlu juga disediakan ruang untuk TGNA berdakwah seperti Dr Mahathir yang masih aktif berceramah dalam dan luar Negara. Saya yakin bakat TGNA lebih terserlah jika disediakan sebuah platfom tanpa kekangan masa.Lontaran idea TGNA juga boleh diadaptasikan menjadi buku ilmiah untuk perbincangan ummah.

PAS perlukan anjakan paradigma untuk lebih releven.Politik abad ini lebih kepada ‘PERSEPSI’, bukan lagi retorik membuta tuli.Pemimpin wajib ‘PEKA’ bukan ‘PEKAK’.Masalah yang timbul perlu diselesaikan dengan bijaksana bukan lagi mencari silap pihak lawan.

Sekian.cilipadi007.blogspot.com

11 comments:

  1. Slm Cilipadi,

    Ore main politik ni nak jadi wakil rakyat blako.Maso ngempen tu wat janji blako,pas umno srupo tulo.
    Loni hak susohnya rakyat supo kawe,cari make payoh.tok wakil dok himpun keto @ bini...haha

    ReplyDelete
  2. 'kata dulang paku serpih'.dulu dok kata kat umno loni kena batang tubuh sendiri padan muka.

    Tuhan uji dgn kuasa sikit dah salahguna.taksah dok mimpi nk perintah m'sia la.negri kecil pun dan kucar kacir.

    PRU13 ni pas tak selamat dah

    ReplyDelete
  3. molek weh cadenge demo tuh. PAS perlukan anjakan paradigma, jange jadi seperti parti Melayu hok so lagi tu yang ingat rakyat tu mudah di sogok dengan retorik bombastik, mudah dikelentong dengan mitos pembangunan dan mitos ekonomi mapan tetapi mereka akhirnya ditinggalkan rakyat. Kenapa terjadi begitu? sebabnya paradigma mereka tidak berubah sejak selepas merdeka sehinggalah era Pok Loh. Baru sekarang terkial-kial mencari ramuan untuk memikat kembali rakyat. Ambo harap PAS jange jadi lagu tu lah

    ReplyDelete
  4. Mat Iraq nk minta kerusi Kubang Kerian kot.lama dah dok rehat.Kalau tanding situ sah boleh menang dapat jadi MP macam ust halim P Chepa.

    Pastu masuk parlimen tido la,bukan reti nak bahas mcm orang lain.

    Asal tiap bulan masuk elaun ok la.Buat bekal tua

    ReplyDelete
  5. Agaknya kalau tok guru pencen sapa nak ganti dun cempaka?

    Ikut faraid ke ? Jangan bagi calon lain takut kempunan n abduh.Takpun bagi kat n amalina @ arif pmbk...hahaha

    Nanti boleh lantik Exco @ TMB @ MB,semua layak asal dari pulau melaka

    ReplyDelete
  6. salam

    macam cerita 1001 mlm pulak orang pas ni!!!

    Sapa layak,sapa calon,sapa hebat??????????

    Kesian kat pimpinan dok kena back-up tok guru,takleh nak buat kerja lain.Silap hb kena marah dgn anak beranak tok guru......

    Pakat try bagi ko BN pula la dah susah nak jaga negeri.

    ReplyDelete
  7. Nampak payah juga t guru nak undur.Bagi can la kat dia.

    Zaman asri dulu pas hebat jugak.Masa tu bukan semua jawatan di pegang oleh ustaz.

    Kini ustaz ada zon eksklusif dalam pas.Jawatan utama mesti ustaz.kalau bukan ustaz payah beb

    Ustaz ke profesional tak penting....asal jujur dengan amanah rakyat terima.Jangan dok sempitkan politik ustaz sja.

    Time kempen minta undi semua orang.Kenapa tak ustaz saja?????

    ReplyDelete
  8. Tak faham dengan pas kelantan.mcm dah tak terikat dgn pas pusat.Berdikari agaknya
    Bab TGNA ni satu hal tak boleh komen langsung.Sikit2 fitnah je jawabnya.
    Agaknya Pas kelantan pupus bila TGNA dah berundur.Mana pergi pelapis dah 19 tahun buat ape?
    Kalau macam ni gayanya setakat Kelantan je bumi pas.Tak advance langsung.

    ReplyDelete
  9. cilipadi!!

    Mu kena jelas apakebendanya "sepinggan nasi tengahari" d "sidang meja bulat"

    Aku tak faham? tlg tulis biar jelas.

    ReplyDelete
  10. Mitos ni ustaz jadi ulama kena ubah.Banyak beza tuh mcm langit dengan bumi.

    Pastu bila ustaz jadi boss kita panggil tok guru.Zaman dulu gelaran tok guru kena ada pondok bukan sekolah agama.

    hk dok ngajar di sekolah tu ustaz.tok guru kena ngajar di pondok supa pondok pasir tumboh,lubok tapah n sg durian.

    Jangan dok silap istilah jah

    ReplyDelete