Hadis Rasulullah saw

"SEBAIK2 JIHAD ITU BERKATA BENAR DISISI PENGUASA YANG ZALIM"

Tuesday, May 11, 2010

ORANG BAIK vs ORANG JAHAT

.
Firman Allah maksudnya :

TOLONG MENOLONG DALAM KEBAIKAN DAN TAQWA, DAN JANGAN TOLONG MENOLONG DALAM DOSA DAN PERMUSUHAN...

Selamat Hari Ibu, Selamat Berkempen untuk PRK Sibu, Selamat Bersoal Balas Kes Liwat DSAI, Selamat itu dan ini...semoga semua selamat sejahtera...doa ikhlas untuk orang baik2 seluruh dunia.

Sejarah dunia antara orang baik vs orang jahat bila berlaku sengketa antara Qabil dan Habil. Semangat baik dan jahat terus menerus berlaku hingga kini. Di mana ada orang baik disitulah wujud seteru utama orang jahat.

Kerja orang baik melawan orang jahat sampai kiamat. Islam diwahyu sebagai agama yg menyeluruh. Islam menyeru ummatnya menjadi orang baik dengan koridor Amal Makruf Nahi Mungkar. Kita diajar Dosa, Pahala, akhirat dan Mizan sebagai sempadan antara dua kategori manusia.

Selagi belum kiamat maka orang baik dan orang jahat berada di mana2. Orang baik bukan hak eksklusif mana2 bangsa dan melangkaui sempadan agama. Semua agama mengajar penganutnya menjadi orang baik dan menjauhi kejahatan. Itu hakikat.

Islam membalas orang baik dengan pahala di akhirat dan berkat di dunia. Rasulullah saw mengajar ummat Islam tentang akhlak dan budi pekerti mulia supaya ummatnya menjadi orang baik dan penuh prihatin .

Agama selain Islam menyeru ke arah kebaikan dengan teori Integriti, Telus dan Kesamarataan. Tiada agama di dunia yg mengajar ummatnya menjadi orang jahat dan menimbul kerosakan di muka bumi.

POLIS BAIK vs POLIS JAHAT

Polis Baik bertugas untuk menjaga keamanan bangsa sejagat. Tugas Polis umpama berjihad bila wujudkan suasana yg aman dan selamat. Ia juga melindungi hak2 orang baik dari dirampas orang jahat.

Polis Jahat ialah golongan yg memakai uniform untuk memuas hawa nafsu. Tugas mulia digadai kerana rasuah, dendam dan menjadi hamba orang jahat. Orang baik menjadi mangsa Polis Jahat kerana tiada panduan agama.

HAKIM BAIK vs HAKIM JAHAT

Hakim Baik menjadi lambang Keadilan Sejagat. Tugas mereka menghukum orang jahat dan membebaskan orang baik. Hakim Baik menjadi saluran terakhir kepada orang baik untuk menuntut keadilan. Hak individu dan masyarakat terpelihara bila Hakim bertindak adil.

Hakim Jahat wujud kerana sistem kehakiman yg tidak bebas seperti tuduhan yg direka, saksi yg diupah dan bahan bukti yg penuh keraguan. 

Status yg mulia menjadi hina bila jawatan hakim diperdagang oleh orang jahat. Mereka mengejar kemewahan dunia bila menghukum orang baik dan membebaskan orang jahat.

PENIAGA BAIK vs PENIAGA JAHAT

Peniaga Baik berdagang dengan penuh kejujuran. Mereka mencari rezeki yg halal untuk keluarga dan berusaha mencari untung yg banyak agar dapat mengeluarkan zakat. Itulah keberkatan sesebuah perniagaan.

Peniaga Jahat hanya memikir soal untung semata2. Mereka tidak peduli pada dosa pahala, penuh penipuan dlm timbangan dan barang2 dagang.

Mereka mencari untung dgn kenaikan harga sesuka hati. Mereka termasuk kontraktor yg menipu dlm membina sesuatu projek anugerah kerajaan.

ULAMA BAIK vs ULAMA JAHAT

Ulama Baik adalah pewaris Nabi. Mereka menyampai ajaran Islam yg tulen dan menjadi cahaya menerangi kegelapan ummah. Mereka juga penyokong kebenaran tanpa sempadan dan tidak tunduk kepada ugutan dan wang ringgit.

Ulama Jahat ialah Syaitan Bisu, penyesat ummah. Mereka mencari dalil untuk menghalal yg haram dan mengharam yg halal. Mereka berfatwa mengikut hawa nafsu penguasa dan memburu indeks kemewahan dunia.

AHLI POLITIK BAIK vs AHLI POLITIK JAHAT

Politik Baik adalah medium untuk membina sebuah tamaddun. Pentas politik menjadi ruang untuk membentuk sebuah pentadbiran yg telus, adil dan mesra rakyat.

Ahli Politik yg baik merangka sebuah pemerintahan ke arah kebajikan rakyat. Mereka bukan sekadar mencipta slogan2 indah tapi banyak bekerja dari bercakap. Mereka berjuang penuh ikhlas mengejar Redha Allah dan selesaikan masalah rakyat.

Politik Jahat bila membeli undi untuk kepentingan peribadi. Politik kotor bila diterajui orang jahat yg menipu rakyat, memecah belah masyarakat dan menyalahguna sistem pentadbiran.

Ahli Politik yg jahat menyalahguna jawatan untuk mengaut harta untuk diri dan keluarga. Mereka merampas hak rakyat sesuka hati untuk kepuasan nafsu.

Kesan politik jahat bila ekonomi negara merudum, rasuah berleluasa dan jenayah bermaharajalela. Segala kepincangan yg berlaku dalam mana2 sistem di dunia adalah kerana ORANG JAHAT  menjadi penguasa dan  ORANG BAIK menjadi mangsa...

Sekian dari cilipadi007

2 comments: