Hadis Rasulullah saw

"SEBAIK2 JIHAD ITU BERKATA BENAR DISISI PENGUASA YANG ZALIM"

Sunday, May 16, 2010

HALAL BILA DUIT MASYUUUK...

Sabda Rasulullah saw :

SESUNGGUHNYA YG HALAL ITU JELAS, YG HARAM ITU JELAS DAN DI ANTARA KEDUA2NYA ADALAH SYUBAHAH...

UMNO kata Malaysia Negara Islam. Betul ke? Apa buktinya ? 

Kita ada Pusat Islam, Bank Islam, Mufti Islam, Universiti Islam,Balai Islam, Majlis Agama Islam...itulah tandanya Malaysia Negara Islam.

Apa beza negara Islam Malaysia dengan Thailand ( Budha ), India ( Hindu ) dan Singapura...?

Pragmatiknya Malaysia yg dianggap Negara Islam tapi ada judi berlesen, arak berlesen dan hiburan ( kelab malam ) berlesen. Entah Nabi mana yg mengajar Islam seperti di Malaysia?

Lesen untuk judi bolaepak diizinkan untuk mengawal aktiviti perjudian yg semakin berleluasa. Hahaha...yg sebenarnya duit masyuuuuk...

Jenayah rompak, samun dan ragut juga semakin berleluasa di Negara Islam Malaysia. Jalan terbaik untuk mengawal jenayah itu dengan Kerajaan keluarkan lesen untuk rompak, curi dan ragut. Jenayah boleh dibendung dan duitpun masyuuuuk dlm kocek kerajaan.

Dadah juga menjadi ancaman utama di Negara Islam Malaysia. Apakata Kerajaan keluarkan lesen untuk penagih....duit masyuuuuk dan duit hasil masuk dlm tabung kerajaan.

Bohsia, zina dan kes buang anak juga terjadi hampir setiap hari di Negara Islam Malaysia. Moleknya kerajaan keluarkan lesen zina dan pelacuran supaya gejala sosial ini dapat dibanteras. Bila banyak pemohon minta lesen, duit masyuuuk lagi dlm poket kerajaan.

Itulah tanda bijaksana Pemimpin Negara Islam Malaysia...pandai cari duit untuk pembangunan negara. Apa peduli halal haram, yg penting duit masyuuuk...

Sekian dari cilipadi007

5 comments:

  1. KENAPA LANGSUNG TAK DICERITAKAN KETIKA DAP MENANG PILIHANRAYA PADA WAKTU TU MEREKA TELAH MENJADI RIAK. MEREKA MEMBAWA REPLIKA PENYAPU BESAR DAN MENJERIT SAPU MELAYU KELUAR DAN POTONG BAWANG (KUBAH MASJID). PADA KETIKA ITU MELAYU UMNO DAN PAS BERSATU. DIKELANTAN TAK TERJADI SEBAB CNA TAK RAMAI DAN BAHANG NYA TAK SAMPAI DISANA. CUBA CINA RAMAI SEPERTI DI SELANGOR DAN PERAK DAN TERJADI PERISTIWA ANAK MELAYU KELANTAN DIBUNUH.... KITA LIHAT LA APA JADI MASA TU. ALANGKAN LAWANBOLA KALAH PON NAK MENGAMUK. SAUDARA PUNYA BLOG... SUDAH SUDAH LAH TU...

    ReplyDelete
  2. Cina yg mana buat begitu tu...mungkin juga China dari kalangan MCA dan Gerakan, saja nak promote untuk gempar.....

    isu-isu sebegini diminta semua pihak kena teliti. Sebab China dan India adalah warganegara Malaysia yang mempunyai kuasa ekonomi, politik sama dengan kaum Melayu.

    Kalau nak ungkit sejarah.........Siapa yang silap memberi kewarganegaraan kpd mereka di masa perundingan untuk kemerdekaan dengan British dulu, kalau tidak Pegawai-Pegawai British yg kebanyakannya adalah pemimpin UMNO.

    ReplyDelete
  3. Salam Saudara,

    Ini kali pertama saya singgah ke laman saudara,honestly saya tertarik utk menjenguk sebab blog saudara tersenarai dalam laman blog blogger kegemaran saya saudara sheih dari kickdefella,maybe expectation saya terlalu tinggi memandangkan beliau seorang blogger yang bijak untuk menyampai pandangan secara tidak langsung buat saya terfikir saudara juga mungkin menpunyai buah fikiran dan penyampaian yang sedemikian juga,harapan saya ianya kelak mampu menberi saya buah fikiran dalam melaksana tugas saya disamping rakyat.Sayangnya,saya mula terfikir mungkin saya telah tersilap.Saudara,dalam negara kita yang berbilang bangsa,adalah amat mustahil untuk hanya melaksanakan sesuatu perkara itu berdasarkan satu kehendak majoriti sahaja.Even Nabi sendiri menyuruh kita berbuat baik dan menghormati agama bangsa lain.Dari aspek kemanusiaan adalah tidak adil jika bersikap pentingkan diri sendiri menuntut segala2nya hanya berpihak kepada kita saja memandangkan Negara kita hari ini telah dibangunkan oleh pejuang2 rakyat yang berbilang bangsa dan agama.Maybe kerana UMNO yang memerintah maka sikap prejudis saudara telah menbutakan hati dan mata saudara utk menimbangkan keadaan sekeliling kita.Apakah saudara pasti jika Parti pilihan saudara memerintah negara kita,mereka mampu melaksanakan Negara Islam tanpa melakukan seperti mana yg UMNO lakukan hari ini?Suka diingat parti pilihan yg ada adalah campuran dari 3 parti yang berlainan yang mana salah satu Pemimpin tertinggi mereka secara terang-terangan telah menolak Negara Islam secara total.Sedarkah saudara, andai diambil kira kadar jenayah tertinggi dinegara kita hari ini melibatkan hal2 jenayah dan maksiat rata2 berlaku dinegeri yang dipimpin selama 20tahun oleh sebuah kerajaan yang kononya berlandaskan Islam secara total(walaupun tak henti2 menyebut ttg HUDUD tetapi tiada tanda2 utk melaksanakan walau diperingkat negeri sendiri).Atau mungkin saudara tidak sedar akan keadaan ini kerana terlalu leka mencari kudis didalam UMNO.Sebagai blog yang menjadi ikutan pembaca alangkah moleknya andai saudara menyarankan sesuatu yang menbina agar ianya dapat dimanafaatkan oleh semua khasnya pemimpin UMNO itu sendiri.(which saya pasti itulah sasaran utama saudara.?)Yang paling saya kesalkan sikap saudara menyarankan kerajaan utk mengeluarkan lesen kepada penagih bagaikan satu penghinaan kepada Negara.Tidakkan saudara sedar berbilllion RM telah dikeluarkan oleh kerajaan sebagai usaha utk menyekat isu Dadah ini dari terus berleluasa dan tahukah saudara betapa azabnya seseorang itu utk keluar dari penagihan dadah bila mereka telah terjebak dalam masalah tersebut? dan saudara pernahkan saudara terfikir sejenak akan kesusahan yg harus ditanggung oleh ahli keluarga mereka yang terlibat dengan masalah Dadah ini?Jangan kerana jari kita ringan utk melepas hujah kita terlupa utk mengambil kira akan keadaan orang sekeliling kita.Jadilah blogger yang menegur dengan berhemah dan ilmiah.Btw,saudara..jelaskan pada saya,ertikata negara Islam yg sebenar2nya pada pandangan saudara dan saya pasti kenyataan saudara diatas,Jika ianya tanpa kebenaran yang nyata,maka hari ini saudara harus menanggung dosa sebagai antara penyampai fitnah terbesar dikalangan rakyat jelata.Nauzubillah..sebelum saya berundur saya ingin memetik sabda Rasullah yang saudara tegakkan diatas "SEBAIK2 JIHAD ITU BERKATA BENAR DISISI PENGUASA YANG ZALIM"..pinta saya andai inilah yang ingin saudara terjemahkan atas tiket agama maka saya menganggap saudara seorang yang hipokrit lantaran gaya tulisan saudara tidak langsung menampakkan ciri2 seorang mukmin yang menjadikan Rasulullah itu sebagai Ikon yg saudara contohi. Moga Tuhan merahmati saudara seisi keluarga.salam

    ReplyDelete
  4. semua negeri kat malaysia ade keluar kan lesen judi dan arak....termasuk negeri serambi mekah....apa pulak nak heran....non muslim pun sedekah kan tanah untuk buat mesjid kat sana....tapi ade udang sebalik ranting kayu balak...kat kuala krai, sape yang kaya...ada tauke balak orang melayu?...cuba kira

    ReplyDelete
  5. Dalam Islam boleh menipu ke..?
    Kalau tanya TGNA mesti dia kata boleh demi menumbangkan UMNO.....
    Yg meluluskan lesen judi & arak adalah MB negeri masing2..termasuk Serambi Mekah....
    Lebih baik cari jalan menyatukan umat Islam....
    Lebih dari hudud kita boleh buat.....

    ReplyDelete