Hadis Rasulullah saw

"SEBAIK2 JIHAD ITU BERKATA BENAR DISISI PENGUASA YANG ZALIM"

Wednesday, April 28, 2010

SESETENGAH AHLI MAJLIS PBT SEMACAM LITTLE NAPOLEON

.
Sabda Rasulullah saw terakhir sebelum wafat :
   UMATKU! UMATKU! UMATKU!
Sabda Rasulullah saw ke 2 terakhir sebelum wafat :
   PELIHARALAH SOLAT DAN PELIHARALAH ORANG2  YG LEMAH DI   KALANGAN KAMU..

Betapa cinta dan kasih Rasulullah saw kepada ummatnya, kasih sayang hingga ke penghujung usia. Tentunya selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah saw semoga kita dapat bersama Baginda di akhirat kelak.

PAS, parti Islam. Perjuangan PAS sebagai meneruskan ajaran Rasulullah saw menerusi pelbagai contoh ( uswah hasanah ) yg menjadi pusaka semua ummat Islam di dunia.

Apakah selari dengan ajaran Rasulullah saw segala tindak tanduk pejuang PAS kini terutamanya penjawat2 jawatan utama dlm PAS? Paling menjolok mata masyarakat kini bila individu yg bergelar Ahli Majlis PBT memacu halatuju sesebuah PBT mengikut budibicara yg tidak mesra rakyat.

Kita maklum bahawa Ahli Majlis hanya manusia biasa, bukan maksum dan terpelihara dari salah silap. Apa yg musykil ialah tindakan mereka yg menyimpang jauh dari pesanan Rasulullah saw " PELIHARALAH ORANG2 YG LEMAH DI KALANGAN KAMU".

Sepatutnya jawatan Ahli Majlis PBT menjadi landasan untuk membantu golongan yg lemah. Mereka juga perlu lebih releven dan dilihat penyelesai masalah dan meringankan beban YB yg terlalu banyak tugas. Apa yg berlaku kini sebaliknya...Ahli Majlis dilihat menambah beban masalah kepada YB.

Lihat saja pembangunan di PBT setelah hampir 20 tahun PAS menjadi Kerajaan di Kelantan. Jemaah Ahli Majlis lebih berminat untuk JV tanah2 milik PBT bagi mencari keuntungan jangka pendek. Mereka juga terlalu berkompromi dan bersekongkol dengan puak2 kapitalis yg mencari untung di atas harta rakyat.

Ahli Majlis PBT semacam dirasuk "ROH UNTUNG" tanpa pedulikan kesan politik disebalik sesuatu keputusan. Tambahan pula sesetengah PBT melantik Ahli2 Majlis di kalangan tokoh2 korporat yg berkiblatkan "KAPITALIS". Realitinya Ahli Majlis bukan jagoh rakyat tapi wakil pemodal dari "parti fulus".

Sampai bilakah PAS akan terus "delegate power" kepada Ahli2 Majlis yg lebih bersifat "LITTLE NAPOLEON"... salahguna kuasa yg dipinjamkan oleh rakyat. PAS juga perlu fikirkan mekanisma baru tentang tempoh lantikan Ahli Majlis yg seolah2 milik individu tertentu silih berganti.

Belanjawan tahunan PBT juga semakin hari semakin membazir untuk memuaskan nafsu mereka seperti agenda lawatan sambil belajar ke luar negara dll...terlalu banyak kesalahan berulangkali dilakukan kerana kuasa mutlak yg diamanah oleh PAS.

Selalunya bila berdepan dengan masalah rakyat marhaen, tiada peruntukan @ masalah kewangan menjadi skima jawapan. Sesetangah masalah rakyat marhaen dipandang enteng...biarlah kerana mereka golongan marhaen. Bukankah setiap rakyat juga memilikki 1 undi?

Sedarlah wahai Ahli2 Majlis PBT!!! Gelagat anda sedang diperhati dan tindakan songsang anda selama ini sudah menjadi buah mulut rakyat...Jadilah pemegang amanah yg bertanggungjawab merealisasikan pesanan Rasulullah saw seperti di atas. 

Jangan terlalu ghairah mengejar "ghanimah" hingga kelompok anda menjadi "liabiliti" kepada PAS.

Sekian dari cilipadi007

10 comments:

  1. teguran yang baik, harapan saya agar didengari dan diambil tindakan oleh pihak atasan.

    ReplyDelete
  2. salam,
    minta siasat semua ahli majlis mpkb...loaded betul

    ReplyDelete
  3. ya betul sangat tulisan tuan.

    patut sangat ahli majlis jadi wakil kepada wakil rakyat,tolong rakyat selesai masalah.

    yg tak patutnya bila ahli majlis jadi wakil syarikat korporat ( spt pro ), tolong lulus proposal korporat.

    puak2 ni tak sedar mereka dilantik kerana pas dapat undi dari rakyat.puak2 korporat mana tahu setia pada pas.mereka kira untung je

    ReplyDelete
  4. ambo ore kg biasa tak reti sangat bab politik.cuma nak tanya berapa besar kuasa ahli majlisni?? berapa plk elaun bulanan?? siapa layak dilantik??tolong bagitahu duhai tuan yg bijaksana

    ReplyDelete
  5. saya pernah dengar gerombolan ahli majlis yg mengaku berkhidmat untuk rakyat.rasa nak juga bertanya apa dia jasa kamu bantu rakyat.kalau takat dok meeting je bukan untuk rakyat namanya.itu kerja buat untuk kamu claim elaun.

    ReplyDelete
  6. salam
    TG kena ambil tahuuuu,,
    siasat hak ore royat nii..
    jgn siasat sapo hak royat/blger mano tulis niii..
    Pas ni tak boleh kritik,,kritk sikit gak tuduh ore kritik tuu umno..
    Bagi saya ahli majlis PBT ni..kalau saya orang berniaga 20 thn lebih..iada apa menafaat bah kan ahli majlis PBT ni bare menyusahkan rakyat terutama nya peniaga2 spt saya nii..
    Kpd mereka kami nak royat mengundi sekali lagi
    'GOOD BYE'

    ReplyDelete
  7. demo ni sapo weh? parak dok kritik pas nih.demo ore umno ko?

    ReplyDelete
  8. BANYAK BETUL MASALAH DLM PENTADBIRAN PAS KELANTAN.BARU PERINTAH NEGERI DAH KELAM KABUT.PASTU PULAK BERANGAN NAK PERINTAH MALAYSIA.KALAU DAPAT KERAJAAN PUSAT LAGI MAHA KELAM KABUT.
    TERBARU BACA www.kickdefella.wordpress.com...BANYAK SANGAT SILAP HINGGA SENGET BAHU KERAJAAN PAS KELANTAN

    ReplyDelete
  9. Saya setuju benar dengan saranan ini. Tolong siasat ahli-ahli majlis di sekitar selangor terutamanya MPKj, MPAJ. Tak berani nak tuduh kerana bimbang berlakunya fitnah tetapi hanya syak sahaja. Jika dilihat dengan mata kasar budaya umco dulu masih diteruskan hingga kini. Setiap projek yang dianugerahkan perlu ada sumbangan pada tabung-tabung tertentu. Saya terlibat secara langsung kerana saya adalah kontraktor pada PBT tertentu di selangor. Dulu masa umco budaya ini ada. Semasa PR juga budaya ini masih berleluasa. Kami rakyat memerhatikan bahawa tidak ada beza umco dengan PR. Pimpinan tertinggi tolong ambil perhatian yang saya kira mereka tidak mengetahui perkara yang sebenarnya.

    ReplyDelete
  10. aku dok heran sikit habuk mu nak kato gapo pong. selagi tok guru pege MB maka joli katok la puok2 aku.

    ReplyDelete