Hadis Rasulullah saw

"SEBAIK2 JIHAD ITU BERKATA BENAR DISISI PENGUASA YANG ZALIM"

Friday, April 9, 2010

RUANG UNTUK PAS LEBIH DINAMIK

.
Firman Allah swt maksudnya :

Kemudian ( setelah kamu bertaubat ) kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka dan kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta kami jadikan kamu kaum yg lebih ramai pasukannya ( surah Al Isra ayat 6 )

Beberapa peristiwa penting akan berlaku pada Bulan April 2010, cuaca panas melampau mengiringi isu politik yg hangat. Institusi politik pelbagai peringkat terlibat mencipta catatan sejarah iaitu :
  1. Sidang Parlimen yg huru hara dengan isu ciptaan Wakil Bebas Mesra BN, Gimik 16 September dan paling kontroversi isu APCO ( Zionis Yahudi )
  2. PRK Hulu Selangor... medan ujian antara pengaruh PM Najib dan De Facto PR DSAI
  3. Pertabalan Presiden MCA dar tokoh "MUFLIS MORAL"
  4. Sidang DUN Perak yg dihadiri YB ASP, YB Chif Inspektor, YB Sarjan, YB Kopral
  5. Mesyuarat PAS Kawasan ( MPK )
Cilipadi hanya berminat berkongsi sentimen dengan penjengok isu Mesyuarat PAS Kawasan. Saban tahun PAS adakan Mesyuarat PAS Kawasan ( MPK ) memilih wakil ke Muktamar Tahunan.

Biarlah MPK tahun ini keluar dari kepompong lama. MPK tahun ini perlu diisi dengan agenda perubahan sebagai bukti PAS layak menjadi pengganti UMNO. PAS perlukan satu anjakan paradigma supaya dilihat releven untuk PRU13.

PAS perlu dilihat maju ke depan, berubah menjadi pejuang rakyat atas sifat Ulul Amri. Fikrah pembangkang dan mengkritik BN sudah melepasi tarikh luput. PAS wajib jana kekuatan sendiri, bukan lagi mencari undi atas kelemahan BN.

MPK patut jadi medan untuk PAS berbahas idea untuk kepentingan rakyat. MPK juga medan membentuk pemimpin baru dan bertenaga selaras dengan tuntutan dunia moden.

PAS perlu sediakan garis panduan tentang tempoh pemegang jawatan dalam parti. Soal tempoh perlu dibincang secara terperinci kerana budaya "LETAK JAWATAN" sudah lenyap dari kamus politik Malaysia.

MPK perlu bahaskan isu2 berikut agar PAS mampu menarik sokongan untuk PRU13:
  1. Pemimpin veteren perlu undur diri untuk beri ruang kepada pelapis...Sindrom takut untuk bersara menjadi liabiliti kepada PAS. Di manakah moral tokoh2 veteren terus menjadi peneraju utama ( sudah berusia, penyakit strok, bermacam2 penyakit )
  2. Selesaikan masalah rakyat yg berbangkit terutama di peringkat PBT... PAS perlu sediakan satu laporan masalah rakyat yg belum selesai dan mencari alternatif untuk mengatasi secara berterusan.
  3. PAS perlu menilai prestasi pemimpin parti yg dilantik ( Ahli2 Majlis PBT, Lantikan Politik )
  4. PAS perlu membantu masyarakat dalam isu penyalahgunaan Dadah dan Maksiat Remaja
  5. PAS perlu mesra mustadafin, memahami denyut nadi golongan marhaen secara konsisten selaras dengan tuntutan Islam
  6. Program agama seperti Usrah, Tarbiyyah dan khemah ibadat mesti diwajibkan kepada semua ahli2 parti. PAS juga perlu merangka program yg boleh menarik remaja menjadi ahli masjid.
Insyaallah PAS berjaya diperkasakan jika semua pemimpin sedar tentang AMANAH dan TANGGUNGJAWAB. PAS perlu berubah sebelum rebah dibaham fitnah.

PAS perlukan STRATEGI YG EFEKTIF, USAHA YG GIGIH serta TAWAKKAL , Insyaallah PRU13 menjadi mercu kejayaan kepada PARTI ISLAM SEMALAYSIA.


PAS perlu berubah sebelum rebah dalam buaian fitnah dunia. Sekian dari cilipadi007

8 comments:

  1. Cadangan yang baik. Pelapis Pimpinan amat penting dalam sesuatu organisasi. Pemimpin yang bersara dilantik sebagai Penasehat. Apa pun dalam kontek iklim politik kini PAS hendaklah sentiasa mengingati pesanan Almarhum Dato' Fadhil Noor supaya PAS dalam semua keadaan MESTI berpaksikan Islam. Kalau tidak PAS akan hanyut tidak berjumpa pantai.

    ReplyDelete
  2. tulisan cilipadi007 cukup menarik pada pandangan pertama. dikira jujur dan ikhlas dalam memberi saranan untuk pas. tetapi tidak berdasarkan satu analisis yang membawa rumusan berdasarkan kaedah2 syarak, manhaji, syumuli, waaqi'i, ta'sili, wasati. lebih kepada melihat kelemahan atau masalah tetapi tidak mampu menjelaskan punca penyakit sebenar. diagnosis tidak mengikut kaedah yang betul, ringkasnya. garbage in garbage out.... ataukah anda merupakan suara golongan HUSAMI? tetapi yang pasti anda bukanlah james bond.

    ReplyDelete
  3. tulisan cilipadi007 cukup menarik pada pandangan pertama. dikira jujur dan ikhlas dalam memberi saranan untuk pas. tetapi tidak berdasarkan satu analisis yang membawa rumusan berdasarkan kaedah2 syarak, manhaji, syumuli, waaqi'i, ta'sili, wasati. lebih kepada melihat kelemahan atau masalah tetapi tidak mampu menjelaskan punca penyakit sebenar. diagnosis tidak mengikut kaedah yang betul, ringkasnya. garbage in garbage out.... ataukah anda merupakan suara golongan HUSAMI? tetapi yang pasti anda bukanlah james bond.

    ReplyDelete
  4. sapa cakap puak parti nak jaga rakyat. takdenya.depa cuma tau macamana nak isi poket depa.bila musim ngundi depa tak keluar duit pun.depa reti minta infaq dari orang lain.bila menang depa betul2 ambil peluang nak jadi kayooo.

    ReplyDelete
  5. salaM..

    Peminpin2 Pas sekarang nii semua sudah kenal duit..
    Dulu berjuang demi islam sekarang demi wang..
    Time nok pilinraya puak2 kita laa habis pitih..
    Puak2 demo jong minta sana sini konon nya fisabillillah..duit demo satu sen pun tok wat tubik...

    Apabila menang..demo gi makan angin sano sini ...merocco, australia,india,turkey dan macam2 negara..meraikan kemenangan... Rakyat hak kerja lebih pade demo...GUANO??????????

    Saya cabar Ahli Majlis terutama nya di kelantan..gapo hak mung buat/keputusan hak mung mesyuarat menguntung/memberi kebajikan pada rakyat..

    Ini akibat nya kalau terlampau lama memmerintah ...20 thn...ahli majlis purata nya orang yang sama..

    DULU MEMIMPIN KERANA ISLAM ...
    SEKARANG MEMIMPIN KERANA WANG...

    ReplyDelete
  6. abuadil_alkaf,

    "...menarik pada pandangan pertama. dikira jujur dan ikhlas dalam memberi saranan untuk pas. tetapi tidak berdasarkan satu analisis yang membawa rumusan berdasarkan kaedah2 syarak, manhaji, syumuli, waaqi'i, ta'sili, wasati. lebih kepada melihat kelemahan atau masalah tetapi tidak mampu menjelaskan punca penyakit sebenar. diagnosis tidak mengikut kaedah yang betul, ringkasnya. garbage in garbage out."

    buat apa pas ada pemimpin kalau dok mengharapkan analisis dari orang luar/bawah untuk membetulkan/memperkasakan parti? pemimpin bukan dilantik untuk bercengkarama dengan musuh atas apa alasan sekalipun! bab tu boleh pulak pemimpin fikir? sebab ada keuntungan peribadi agaknya? pemimpin perlu berfikir menjadikan parti sebagai parti dominan dalam pakatan rakyat dan berupaya mengambilalih tempat umno, bukan kelam kelibut menghulurkan bantuan oksijen kepada musuh?

    bukankah pemimpin umno pernah memohon bantuan dari israel untuk berlawan dengan parti islam di malaysia? takkan ini pemimpin pas tak tahu? surat mahathir kepada pemimpin israel pada 1999 tu boleh dibaca di alam siber. itu 10 tahun dahulu, dan hari ini wujud pula hubungan umno - apco. bayangkan bagaimana kedudukan pas jika berlaku kerajaan perpaduan? menyedari majoriti rakyat pas tolak kerjasama yang digula2kan oleh umno menyebabkan pemimpin2 yang terlibat menarik handbrake. maknanya, kalau pemimpin2 yang ada sekarang tidak mampu menterjemahkan pandangan cilipadi007, sebagai contoh, untuk membetulkan pas, maka pas memerlukan perubahan kepimpinan pada 2011 nanti!

    ambil sahaja majlis syura ulama sebagai contoh. benarkah badan itu sebagai badan tertinggi pas? cuba anda fikirkan, ahli2 majlis syura adalah terdiri dari penjawat2 parti serta dewan2 yang kemudiannya melantik beberapa orang ulama menganggotainya. apakah pemimpin2 pas tidak boleh betulkan keadaan ini demi parti? apakah perlu cilipadi007 atau yang lain membuat analisis "berdasarkan kaedah2 syarak, manhaji, syumuli, waaqi'i, ta'sili, wasati. lebih kepada melihat kelemahan atau masalah tetapi tidak mampu menjelaskan punca penyakit sebenar"? apa guna pusat penyelidikan pas pusat? apa guna dewan2 yang ada? kami pemimpin, bab nak betulkan parti ini bukan kerja kami?

    ReplyDelete
  7. Menegur lebih mudah dari ditegur. Sifat manusia semua suka menegur, tetapi tak suka di tegur.

    Mengajar lebih mudah dari belajar. tetapi adakah sebelum mengajar kita dah belajar?

    ReplyDelete
  8. "Qiyadah tak boleh tutup pintu muhasabah. Ahli wajib awasi pimpinan supaya mereka lurus. Ahli lalai muhasabah pimpinan adalah dosa kerana abai suruhan Allah. Qiyadah perlu suruh ahli muhasabah mereka, dan tidak boleh pisahkan hal peribadi dan tanzim. Masalah peribadi pimpinan adalah masalah jamaah. Qiyadah mesti muhasabah kepada Qa'id dan sesama sendiri"

    - As-Syaikh Said Hawa, Jundullah.
    http://g-82.blogspot.com/

    ReplyDelete