Hadis Rasulullah saw

"SEBAIK2 JIHAD ITU BERKATA BENAR DISISI PENGUASA YANG ZALIM"

Thursday, December 31, 2009

Kisah 2001 malam

KISAH 2001 MALAM

Alkisah dari sebuah Negeri Gerbang Bulat yang terletak di Timur Semenanjung Atas Angin.Adapun Negeri yang selalu dilanda banjir ini diperintah oleh Menteri Agong bergelar Wali Abdal dibantu Dato Menteri Tanah Adat & Lombong Garam,Dato Menteri Baitulmal & Kebesaran, Menteri Nikah Kahwin & Hutan Rimba,Menteri Syahbandar,Menteri Penghulu Bendahari Mata Sepet dan wazir-wazir.


Adapun kehidupan rakyatnya tidaklah mewah tapi cukup makan.Ada pedagang,petani dan macam-macam.Biarpun serba kurang tapi semangat rakyatnya tinggi untuk melihat menteri Agong sentiasa perintah dari Kota DarulBulat.


Mengikut empunya cerita Menteri Agong Wali Abdal telah berada disinggahsana hamipr 2 dekad lamanya. Makanya kelicikan Menteri Agong memimpin Parti Agama Suci dipandang penuh irihati oleh Parti Cacamerba yang hanya gigit hampas tebu mengidam nak memerintah seperti adanya.


Musykilnya adat resam negeri menetapkan bahawa setiap 5 tahun sekali diadakan ujian untuk pilih pemimpin. Makanya berlumba-lumba pendokong kedua-dua parti beradu tenaga mengajak rakyat untuk memilih gerombolan mereka.Rakyat diajak mendengar kempen selama setengah purnama lamanya sebelum diseru untuk memilih.


Maka itu ramailah rakyat keluar memilih tak kira hamba tuan, tua muda, miskin kaya, cacat cela ambil bahagian.Adapun setiap rakyat akan diberi sekeping kertas untuk diconteng dengan arang.Arakian pihak yang mendapat kertas conteng paling banyak akan dikira pemenang dan suku sakatnya dimasyhur sebagai penguasa.


Sebermula hikayat kerana Menteri Agong Wali Abdal memerintah terlalu lama.Menteri-menteri yang berada disekeliling Wali Abdal mula membina suku sakat untuk tunjuk kuat jika ketuanya bersara seadanya.Maka timbullah berbagai cerita dari puak suku kaum berlainan dengan pengaruh fulus dan pangkat .


Akibat sikap tak sedar diri Menteri dan wazir,negeri Darul Bulat tidak aman lagi.Rakyat jelata mula berseloka cerita pemerintah yang heret negeri jadi huru hara.Negeri yang dulunya haru hijau hampir menjadi haru biru.Bukan kerana kerja jahat Parti Cacamerba tapi kerana sikap juak-juak Wali Abdal yang tamak haloba tiada disanggah akan adanya.



Alkisah menjadi hangat bila Menteri Syahbandar bermusuh dengan Menteri Baitulmal kerana silap main catur. Menteri Syahbandar berkomplot dengan Orang Kaya Mandeliar,bekas pemimpin Parti Cacamerba yang beralih angin.

Adapun orang kaya Mandeliar dari kasta rendah keturunan Kain Pelikat di Benua Kling dan mafhum putar alam.,Kerja buat Orang Kaya Mandeliar berdagang hasil mahsul hutan rimba.




Menurut empunya cerita, Asal usul Menteri Syahbandar keturunan dari cucu cicit Raja Bersiong pemerintah lagenda Langkasuka. Menteri Syahbandar suka tabiat aneh mencari laba sepanjang masa, tak seperti feel Raja Bersiong yang suka makan darah akan dia.



Hartanya kapal di laut gedung di darat ,hatta diketahui rakyat jelata dengan feelnya suka pada mahligai besar-besar,bini ramai-ramai dan motokar macam-macam.Akan tetapi tiada ‘si anu’ yang berani mengadu tabiat jelik Menteri Syahbandar ke rumah pasong.

Akan sebabnya rumah pasong dan rumah kamah itu tempat Menteri Syahbandar bercucuk tanam padi huma pada kurun sebelumnya.



Haloba Menteri Syahbandar makin menjadi bila muafakat dengan Orang Kaya Mandeliar yang asalnya anak wayang gedek.Adapun bagi menguatkan lagi amal buruknya,dipanggil bersama seorang pria yang suka kumpul harta bergelar Dol Serbatahu adanya.


Sesungguhnya Dol Serbatahu adalah pemuda yang munafik,bijak jual minyak unta amalnya.Asal usul keturunan Dol Serbatahu adalah dari salasilah Paduka Mamak Ceti dari negeri asalnya roti canai di Benua Hitam Legam.

Datuk nenek Dol Serbatahu telah belayar ikut kapal jual minyak unta hingga singgahlah di Kampong Kerini, Daerah Barat dalam Negeri Darul Bulat.



Sebermula akan tuahnya Dol Serbatahu bila berkahwin dengan Putri Sangka Bulan,puteri kepada Menteri Agong Wali Abdal. Kerja buat Dol Serbatahu berubah setelah dimashur sebagai menantu Wali Abdal,tidak lagi menjual minyak unta seperti adanya.

Adapun kerana kasihnya Menteri Agong kepada menantu,Dol Serbatahu telah diperintah menjaga khazanah negeri bernama Pusat Perut Muda adanya.




Bersambung pada episod akan datang...

Tuesday, December 29, 2009

Korban Konspirator!!

.
Spekulasi penamatan perkhidmatan 2 pegawai kanan Pejabat MB seperti dilaporkan Malaysia Insider mengundang 1001 persoalan.Nampak ‘kucah’ di sekitar TGNA semakin rumit.

Tindakan drastik TGNA menangani isu terkini menunjukkan kemelut dalam kerajaan dan parti semakin memuncak.

Apakah keputusan menoktah perkhidmatan pegawai tersebut kerana kenaikan pangkat atau pertukaran biasa? Mungkin juga kerana agenda seseorang yang mengidam kerusi tersebut selama ini. sila baca disini

Kita sedia maklum bahawa ramai pemimpin parti berkemampuan untuk mengisi jawatan tersebut.Bukan seorang dua malah ratusan yang layak dipilih.Macam isu pengganti CEO PMBK, ribuan yang boleh dipilih.

Soalnya adilkah tindakan TGNA terhadap penyandang jawatan? Apakah kerana salahlaku @ salahlapor?

Memang diakui kuasa mutlak TGNA melantik @ memecat sesiapapun.Kalau asyik guna kuasa veto dimana letaknya prinsip berjamaah? Di mana mandat Dewan Harian Parti.Apakah carta organisasi parti sekadar hiasan ?

Praktikalnya jawatan tersebut lantikan politik tentunya perlukan pertimbangan politik untuk menanganinya.

Persoalan pegawai tersebut ‘proksi’ si anu tidak berbangkit.Realitinya penamatan kontrak seseorang secara drastik mengundang seribu persoalan.Rupanya tempoh perkhidmatan yang lama dan efektif tidak menjamin ‘survival’ di sisi TGNA.

Hubungan yang rapat tanpa pertalian darah bukan pengecualian dari ketegasan luarbiasa TGNA.

Rakyat semakin hairan dengan tindak tanduk TGNA.Indeks KeTEGASan TGNA melonjak 120 % bila berhadapan dengan kes biasa.Namun bila terpalit dengan isu keluarga TGNA bersikap layu dan mula menyalahkan ‘third party’.

Bila berdepan kemelut ‘menantu’ di PMBK,tindakan TGNA mula goyah dan tidak konsisten.Akhirnya jadilah ‘rambut putus2 dalam tepung basi’.Bukan lagi teori ‘tarik rambut dalam tepung’.

Tindakan drastik menggantikan kedua2 pegawai sekaligus mengundang tandatanya??? Ianya tentu mengundang fitnah yang tidak berkesudahan.Bijakkah TGNA jika ‘perisai’ fitnah selama ini ditolak ketepi?

Sungguh pelik tindakan TGNA.Arahan ini perlu diteliti dengan cermat jika ianya lahir dari pemikiran TGNA.Agak sukat diterima TGNA bersendirian membuat keputusan yang agak besar tanpa dipengaruhi sesiapa.’Masakan pokok bergoyang kalau tiada angin’.

Penghujung karier TGNA nampak semakin tidak konsisten dalam membuat keputusan parti dan kerajaan.Banyak persetujuan mesyuarat di pejabat berubah 360’ keesokan harinya.’Stand’ TGNA makin dipertikai terutama bila keputusan bersama diketepikan tanpa sebab.

Semacam ada tangan2 ghaib pengaruhi TGNA kebelakangan ini.Tindakan ini makin selari dengan ‘PENASIHAT SESAT’ seperti olahan blog calon Ketua Pemuda yang tewas.

Jangan pula ia bermula dari ’MEJA BULAT’ seperti blog isteri bekas CEO sebuah GLC.Amat malang kalau khilaf TGNA dapat dihidu rakyat terbanyak yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa.

Kebijaksanaan TGNA disanjung selama ini oleh seluruh rakyat Malaysia.Kami tidak rela ‘bisa’ TGNA semakin hilang kerana dua tiga kerat manusia terdesak.Bahana dendam tanpa disedari seperti api dalam sekam.

Kemana perginya saf kepimpinan parti? Pemuda? Muslimat ? Dewan Ulama? Apa tindakan BBC dalam isu ini? Patutnya BBC perlu ke depan membela pintu kota yang memagari 19 tahun pemerintahan TGNA dan PAS Kelantan.

Jangan dibiarkan benteng kekuatan TGNA dirempuh oleh agenda parti lawan yang menyusup dari dalam.

Semoga amalan TGNA beristikharah dahulu sebelum membuat keputusan sentiasa diamalkan .Kami yakin tindakan yang dimulai dengan Bismillah sentiasa diberkatiNya dan dijauhkan dari angkara manusia pendendam.

Hingga saat ini saya masih percaya bahawa spekulasi penamatan ini hanya teori spekulator yang tidak akan berlaku.Jutaan maaf dari TGNA andai bicara saya ini melukakan insan yang disanjungi selama ini.

Sekian.cilipadi007.blogspot.com

Saturday, December 26, 2009

Ulama Konservatif

Qulil Haq!

Segalanya bermula bila Ust Mat Daud Iraqi,Ketua Dewan Ulama Pas keluar syor agar PAS Kelantan kaji ‘sedekah’ kerusi untuk ditandingi calon luar.Itulah lontaran idea dari seorang ulama yang padanya cukup bernas untuk dinilai.Jangan pula ianya dituju kepada Parlimen Kubang Kerian yang lama diintai oleh ‘orang itu’.

Ust Mat Iraqi wakil ulama konservatif dalam PAS.Golongan ini tidak pernah berubah melingkari PAS Pusat. Ruang lingkup PAS terbelit dengan puak yang anti pembaharuan. Setiap komponen parti mesti diterajui oleh ustaz yang diistilah sebagai ulama sejak sekian lama.

TGNA terpanggil untuk memberi respon pada kenyataan Ketua Ulama negeri dengan penuh simbolik. Buah mulut TGNA mungkin setuju dengan Mat Iraq tapi seperti biasa ucapan TGNA tidak jelas ke matlamat sebenar.

Mungkin juga TGNA kecewa dengan calon luar bergelar YB yang tidak solid berada disisinya kebelakangan ini.Sejak TGNA terpalit isu TAJAAN HAJI VVIP dan kes ‘menantu’ di PMBK,’calon luar’ semacam terkedu untuk membela TGNA.Mereka lebih ‘play safe’ saat TGNA diasak bertubi2.Macam ‘kucing lekat tulang’…

Tentunya YB Zaki Ibrahim,S/U PAS Kelantan terkena tempias Mat Iraq. Susahnya kerja S/U bila terpaksa ‘backing’ bos sepanjang masa.Logik Zaki tak lebih dari mengungkit, seolah2 telah lama PAS Kelantan mengorbankan bakat anak tempatan demi kepentingan PAS Pusat.Tiba masanya 4 kerusi Parlimen diserah kepada calon anak negeri.

Itulah sikap pemimpin kita kebelakangan ini.Suka mencari publisiti media dengan isu tak seberapa. Naik meluat rakyat dihidang dengan menu politik yang tiada penghujung.Inilah dilema rakyat Kelantan diajak berpolitik sepanjang masa.Makan politik,minum politik,tidur politik dan segala2nya politik.

Perlukah kita bahas soal calon bila PRU13 entah bila tarikhnya? Patutnya tempoh yang ada digunakan oleh pimpinan untuk kesejahteraan rakyat.Banyak lagi janji Manifesto PRU12 PAS Kelantan belum laksana.Jangan buat2 lupa pada janji dulu nanti dihukum rakyat susah jadinya.

Melaksana janji tidak semudah berjanji…langit dan bumi boleh dimanifestokan tapi butir kata pemimpin tetap disimpan kemas di memori rakyat.

Saya setuju dengan artikel MSO Melayu iaitu sudah masanya TGNA fikir soal pengganti.Tidak molek untuk TGNA bicara siapa calon untuk PRU13.Serahkan kepada pengganti untuk tentukan kerana tanggungjawab patut diputuskan berjamaah.Sistem jamaah PAS Kelantan beri kuasa mutlak kpd TGNA memilih calon sudah ‘kondem’.PAS
Kelantan perlu buktikan bahawa ‘syura’ bukan sekadar ‘retorik’ tapi dipraktik sepenuhnya.

BUKAN SAYANG PADA TGNA SUDAH KEMPIS TAPI CINTAKAN PERJUANGAN PAS LEBIH DARI INDIVIDU. Pemimpin datang dan pergi silih berganti tapi perjuangan tetap diteruskan.Wafatnya Rasulullah bukan penamat ajaran Islam,matinya Ayatollah Khomeini tidak lenyapkan Revolusi Iran dan ‘hijrah’ Datok Asri tidak membenam perjuangan PAS.

Bahana ‘absolutely power’ sebagai MB dan Pesuruhjaya Negeri sudah menjerat TGNA.Sistem Zaman Dato Asri tidak mensatukan jawatan MB dengan Pesuruhjaya negeri.Nyata lebih baik untuk ‘check n balance’ tapi berubah pada tahun 1990.Tiba masanya PAS Kelantan kembali kepada sistem asal supaya pemerintahan lebih ke arah ‘GOOD GOVERNANCE’.

Tiada ruginya jika TGNA dikekalkan sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri tetapi jawan MB diserahkan kepada pengganti.Langkah ini merealisasikan pemisahan kuasa untuk mencegah penyalahgunaan kuasa secara luar jangka.

Kudrat TGNA masih diperlukan untuk menyelesaikan kerja dakwah secara berterusan. Ketua Parti tentunya tidak berhadapan kekangan masa dan boleh mengisi lompang dakwah yang terbantut selama ini.Tinggalkan kerja pentadbiran untuk diuruskan oleh tenaga muda yang tentunya masih ‘fresh’ dengan idea.

Serahkan kerusi empuk MB untuk diisi pemimpin pelapis yang bermentaliti global tetapi dikalangan orang yang beriman.Contohilah Dr Mahmood Ahmadinejad seorang Dr Pengangkutan Awam,Presiden Iran yang hebat memimpin 65 juta rakyat bersama ratusan ribu Ayatollah.

Resipi Ahmadinejad boleh menjadi ramuan terlazat sebagai menu untuk memimpin rakyat Kelantan. Sentimen antara ulama dan professional perlu dikikis dari akal fikiran peneraju parti.Pilihlah bakal pemimpin yang punyai asas pentadbiran dan agama agar tidak mudah dipesong hanya dengan ‘sepinggan nasi tengahari’ atau ‘persidangan meja bulat’.

Perlu juga disediakan ruang untuk TGNA berdakwah seperti Dr Mahathir yang masih aktif berceramah dalam dan luar Negara. Saya yakin bakat TGNA lebih terserlah jika disediakan sebuah platfom tanpa kekangan masa.Lontaran idea TGNA juga boleh diadaptasikan menjadi buku ilmiah untuk perbincangan ummah.

PAS perlukan anjakan paradigma untuk lebih releven.Politik abad ini lebih kepada ‘PERSEPSI’, bukan lagi retorik membuta tuli.Pemimpin wajib ‘PEKA’ bukan ‘PEKAK’.Masalah yang timbul perlu diselesaikan dengan bijaksana bukan lagi mencari silap pihak lawan.

Sekian.cilipadi007.blogspot.com

Friday, December 25, 2009

Kebal @ Bebal!!!

Qulil Haq!

Bukan senang berjamaah,lagi susah nak ikut mcm2 peraturan.Belum kira lagi adab dan adat.Sekali fikir menyusahkan rupanya tersirat juga baiknya.Ahli yang ramai boleh dikawal dengan prinsip perjuangan tulen,jangan terlibat anak menantu…payah.

Bila bertembung konflik kepentingan selalu berpihak pada keluarga.Lumrah dunia!! Keluarga mesti di atas.

Kenapa polemik PMBK susah nak lerai? Dah macam kalut sangat tapi belum terungkai.3 bulan mungkin tak lama tapi 3 jam dah cukup untuk si anu buat hal.

Bukan mudah ambil tindakan pada ‘menantu’, apatah lagi spesis aktor.Silap sentuh gelap masa depan.Almaklumlah politikus ni semua nak dok atas.

Pandangan ‘mertua’ ditafsir sebagai ‘menantu’ dia jadi mangsa yang umum melihat sebaliknya. ‘Menantu’ bukan mangsa yang sebenar tetapi spesis anaconda ( pemangsa).

Silap hitung ‘mertua’ pun kena telan,almaklumlah jenis ular ni bukan setakat belit je.Mitos ‘menantu’ dah telan ramai mangsa,siapa silap sentuh akan jadi mangsa seterusnya.

Bermula dengan pemecatan kickdefella,senjata serangan beralih kepada seorang Exco Kanan.Jangan sentuh ‘menantu’ nanti buruk padahnya.Bila isu makin panas selamba pula keluar kononnya Penasihat Undang2 (PUN) tak bantah masa lantik ‘menantu’.

Tengok nasib Dr Rosli Allani berdegar-degar mendesak,keluar muka depan Sinar Harian.Macam ada seseorang membayar untuk ‘promote’ di muka depan. Semua salah orang lain…yang betulnya ‘menantu’.

Pemimpin PAS pusat macam Mahfuz Omar dan Idris Ahmad tak boleh tegur.Tak ambil peduli nasihat dari sesiapapun.Suara dari Pusat boleh diabai oleh ‘menantu’ kerana wala’ pada ‘mertua’.Mana ada ‘menantu’ dalam dunia yang tunjuk belang depan ‘mertua’.

Sebab tu ‘mertua’ sanggup bertegang leher bela ‘menantu’, banyak puji tak tentu fasal.Hakikatnya "TGNA MENYEBELAHI MENANTU BUKAN MEMBELA PARTI"

Babak seterusnya si’menantu’ serah surat letak jawatan pada ‘mertua’,siap buat sidang akhbar lagi.Nak tunjuk telus pada umum.’Mertua’ anggap isu dah tamat,tak perlu dibahas lagi.

Senang je macam tekan butang “off” pada remote control.Sapu sampah simpan bawah karpet,lama-lama gelembung la.

Apa makna selesai?? Mana pergi inspirasi rakyat??? Apa bendanya yang selesai??? Isu pokok entah ke mana,intipati telus dalam pemerintahan dah terhakis ke?

Dulu kata ‘menantu’ difitnah,fitnah,fitnah.Gerombolan anak beranak berpadu kekuatan membela ‘menantu’ yang difitnah.Pimpinan yang tidak turut serta dituduh macam2.nak bersihkan fitnah bukan dengan bertahan lagi 3 bulan,bongkar semua isu yang terlibat.

Isu Kifalah,Bazaar Tok Guru,Billboard dll tak betul lagi.Selesai apa??

Kejujuran lahir dari hati yang bersih,ketidakjujuran kerana nafsu serakah.Siapa nak jawab kalau tempoh 3 bulan digunakan untuk selesaikan masalah peribadi ‘menantu’.Rakyat bimbang takut lagi banyak harta PMBK kena jual…salah siapa?

Padan muka rakyat Kelantan.Tradisi BN dah jadi menu pemimpin PAS Kelantan.Faraid harta rakyat untuk anak beranak.

Siapa lagi untuk menjadi tempat mengadu Rakyat Kelantan.Kalau dah pemimpin yang dipilih dengan pahit jerih sudah lari dari kepompong rakyat marhaen.Tipu daya melalui keluarga sudah menutup ruang rakyat mengadu tentang kemungkaran yang berlaku.

Dulu senjata akhir rakyat Kelantan ialah solat hajat kerana kezaliman BN.Jangan salahkan penyokong jika munajat rakyat kini disasar kepada pemimpin yang tidak membela rakyat.”SENJATA MAKAN TUAN”.

Nampaknya sejarah perselisihan antara Sayyidina Aishah dan Sayyidina Ali hampir berlaku di Kelantan hari ini.

Firman Allah “ DIJADIKAN PERHIASAN KEPADA MANUSIA ITU CINTAKAN NAFSU SYAHWAT DARI PEREMPUAN DAN ANAK-ANAK”

Sekian.cilipadi007.blogspot.com

Pemuda Benteng Rakyat

Qulil Haq!

Lewat 3 hari lepas Dewan Pemuda Pas Kelantan (DPPK) telah bertemu dengan Persatuan Peniaga Kecil Pasar Lama Arked MPKB.Tujuannya untuk menyelami kemelut antara peniaga kecil dengan MPKB dan PMBK.Majlis diatur oleh Sdr Hafiz Musa,setiausaha DPPK dihadiri YB Ust Latiff Abd Rahman ( Ketua Pemuda ), Dr Rosli Allani ( Ketua Penerangan) dan beberapa Exco.

Pertemuan agak lewat diatur tapi belum terlambat ke garis penamat.Patutnya DPPK sudah lama menjengok peniaga Pasar Lama MPKB.Alangkah baiknya jika majlis diatur kala masalah peniaga kecil dengan PMBK baru berputik,masa konflik belum memuncak.

Biar apapun jutaan terima kasih atas keprihatinan DPPK dengan masalah rakyat.Inilah sikap proaktif Pemuda yang berada dilandasan sepatutnya.Teori Pemuda adalah pendesak kerajaan perlu sentiasa diamalkan.Buktikan Pemuda adalah benteng pertama untuk menyelesaikan masalah rakyat.Jangan pula bertindak kerana “political mileage”.

Mungkin kesibukan YB Latif ( Ketua Pemuda Negeri,YDP Pas Kuala Krai,ADUN Mengkebang ) atau terlepas pandang.Inilah kali pertama pimpinan baru DPPK mengambil tempat bersama peniaga kecil.Sikap Yb Latif dan barisan exconya yang banyak mendengar dan berikan ruang untuk menyatakan masalah sangat dipuji.Inilah bakal pemimpin masa depan.

Para peniaga optimis bahawa DPPK boleh membantu melalui medan yang terbentang luas.Sedikit sebanyak terubat luka para peniaga kerana karenah dan mentaliti pemimpin tempatan yang seolah2 telah banyak membantu selama ini.Bukankah pemimpim yang baik membela rakyatnya tanpa had?

Kini rempah ratus sudah diserah peniaga kecil kepada DPPK.Terpulang pada bijaksana DPPK untuk membuat resipi setelah beroleh guni bergaul rempah ratus.Adakah DPPK sebijak ‘Puspa Wangi’ dalam cerita ‘Musang Berjanggut’ yang dapat merungkai ujian dari anak raja ( P Ramlee )?

Bersediakah DPPK menerima 'baton' sebagai pelari terakhir peniaga kecil seperti atlet sebelumnya YB Annuar Tan,Yb Husam,YB Zaki dan Yb Ahmad TMB.Memang kena pada tempatnya tenaga pemuda menjadi pelari terakhir untuk larion baton2 berganti2.

Harapnya DPPK dapat menyuarakan hasrat murni peniaga kecil yang selari dengan inspirasi TGNA.Gunakan keberanian yang jitu untuk berdepan dengan onak duri di liku-liku perjuangan.Usah gentar pada ugutan,cabaran dan kuasa jahat.

Pemuda sinonim dengan sikap agrerif bukannya bisu bila berdepan masalah.Buktikan kepimpinan Ust Latiff di atas platfom yang betul seperti zaman Zaki,Takiyudin dan Husam menerajui pemuda.Jauhkan perjuangan yang memilih bulu atau ‘play safe’ kerana rakyat sentiasa menilai perjuangan kita.Markah terbanyak hanya untuk calon yang bersedia.

Ingatlah “ PANGLIMA PERANG YANG HEBAT KERANA DAPAT MEMERDEKAKAN SEMUA TAHANAN, BUKANNYA DINILAI KERANA MEMBUNUH RAMAI MUSUH”

Selamat Berjuang untuk DPPK.cilipadi007.blogspot.com

Thursday, December 24, 2009

Benang Basah!!

Qulil Haq!

Agak betul juga pepatah “Cuba menegak benang basah”,inilah sikap orang kita.Kalau isu dah kena batang hidung kita dan keluarga,bermacam hujah timbul.Semua orang buat silap,hanya kita saja yang benar…kata omputih “divert” perhatian kelembah retorik.

Bila dah emosional tentunya buah fikiran jauh dari rasional.Mulalah melalut tak tentu pasal, sampai terlondeh kain pun tak sedar.

Sikap kita semacam mentaliti budak tadika,lain ditanya lain pula jawapannya.Bila dah tersasar mulalah guna jawapan skima “fitnah! Fitnah ! Fitnah !Entah sampai bila kita nak sedar.

Patutnya ruang yang ada digunakan untuk jawap persoalan tapi disalahgunakan untuk menyalahkan orang lain.Rupanya “kambing hitam” berada dimana-mana,disetiap sudut parti siasah di Malaysia.

Coretan Blog Serisuri.wordpress harini 23/12/2009 macam baling batu sembunyi tangan.Siri serangan berskala dulunya dihala kepada Kickdefella dan seorang Exco yang diiktiraf menjadi musuh tradisi. Senjata terbaru ditujukan kepada semua pimpinan PAS kononnya tiada yang tampil membela TGNA .

Drama menjadi semakin menarik,temanya TGNA bersendirian,tiada pembelaan dari pimpinan dan rakyat.Macam rakyat dah hilang hormat serta kasih pada TGNA.Betulke telahan Putri TGNA?Ingatlah wahai Putri TGNA,Rakib & Atib tak pernah cuti @ mc.

Kita ijtihad soal “Parti mengatasi Kerajaan”,semua polisi kerajaan mestilah mendapat mandat parti.Perkara berbangkit tentang kerajaan dibawa ke mesyuarat parti untuk penyelesaian.

Betulke kita semua junjung prinsip yang kita sanjung? Apakah teori ini dipraktik oleh Kerajaan Negeri Kelantan?

Putri TGNA berpolemik isu PMBK,kononnya untuk membetul fitnah terhadap suaminya.Justeru pimpinan dituntut tampil bersama untuk membetulkan fitnah terhadap suaminya yang sedikit mencalar persepsi TGNA.Jangan dibiarkan TGNA sebatang kara,bukankah kita berjamaah katanya.

Antara TGNA dengan Putri TGNA banyak bezanya.Kalau dibanding TGNA dengan suami Putri TGNA,lagi jauh personaliti mereka berdua.Masa sebelum “promote” Arifahmi jadi CEO PMBK,ada ke TGNA bentang ke mesyuarat parti?

Ada TGNA peduli soal bantahan dari pimpinan parti terhadap perlantikan Arifahmi? Bila terbeban dengan silap keputusan sendiri,mula nak ajak pimpinan bersekongkol.

Bila dah lantik menantu ke jawatan CEO bermulalah episod PMBK.TGNA beralasan ringkas,usul CEO disetujui oleh semua ahli Penasihat PMBK,Penasihat Undang2 pun tak bantah bermakna ianya tidak menyalahi undang2.

Adakah “pre-counsil” wujud sebelum mesyuarat penuh? Siapa yang keluar usul perlantikan? Apakah TGNA “Zero knowledge” bab undang2 asas pentadbiran?

Mangsa terbaru Penasihat Undang2, tambah lagi senarai “kambing hitam”. Mana pembelaan untuk Pegawai Kanan Kerajaan yang tidak tuntas disalahkan,Risiko Pegawai Kerajaan bila berlaku pertembungan kepentingan.

Nampaknya Penasihat Undang2 kena minta isteri beliau buat “blog” untuk menebus maruahnya yang tercalar.Tambah lagi blogger pembela suami...

Pandangan Naib Presiden @ pimpinan semua tak peduli.Jangan campur urusan TGNA,ini soal anak menantu dan keluarga.Imej parti soal remeh,lambat laun rakyat akan lupa.Asyik2 puji menantu kononya banyak jasa dan pemuda aktif.

Sesekali periksa rekod kecemerlangan menantu kesayangan,hebatke background sebelum jadi menantu.Banyak mana projek mega yang berjaya dijana oleh Arifahmi.

Susahnya bila Menteri Besar Sdn Bhd @ Menteri Besar Pulau Melaka.Asal terlibat anak menantu tak boleh kritik.Buat betul mesti puji kalau salah tak boleh baiki.Sikit-sikit wala’,tak boleh derhaka nanti punah jamaah Islam.

Bila dah terdesak pakat-pakat buat blog,kononnya nak betulkan perkara mungkar dan fitnah.Sekali fikir macam fikrah rakyat tak boleh selisih dengan warga Pulau Melaka yang beriman dan berakhlak mulia.

Ingatlah,kita semua hamba Allah yang tiada beza samada anak Ulamak,Tok Guru,Tok Jahil dll.Hanya taqwa membeza darjat kita disisiNya.Sirah membuktikan bahawa anak Nabi Adam,anak isteri Nabi Nuh,Syeikh Barsisha,Syeikh Bal-am warga neraka.

Jangan dilupakan Mashitah isteri Firaun,pelacur yg memberi minum kepada anjing menjadi penghuni syurga.Awaslah!Iman itu bukan pusaka untuk diwarisi,nyata ianya anugerah Allah yang berada dijalan yang lurus.

Tahniah buat pimpinan yang mengambilkira soal benar @ salah dalam memberi sokongan.Bukan sokong membuta tuli nanti sokong membawa rebah.Pejuang Islam tulen adalah pembela kebenaran,bukan menyokong berkiblatkan retorik.

Zaman keagungan retorik sudah berakhir.Kini persepsi sudah berada dilandasan politik moden.

Sekian.cilipadi007.blogspot.com

Tuesday, December 22, 2009

Bandaraya Islam?

Qulil Haq,

Tok Lebai tadbir MPKB-BRI dah 19 tahun,hasilnya makin kurang.Entah mana silapnya, "allignment" lari atau "balancing" tak betul.Dari Perbandaran biasa dah jadi Bandaraya Islam,warga bandar makin tersepit.

Ini bukan P Pinang,Johor Bharu atau KL.Ianya sebuah bandar terperosok di Pantai Timur,gahnya nama dicipta untuk memacu hidup warga kota.Sedar atau tidak,sebenarnya kita "lena diulit mimpi indah".

Ungkapan retorik silih berganti,direkacipta untuk mengabui warganya,malang sungguh nasib kita.19 tahun dulu MPKB diperintah oleh puak jahil agama,halatujunya samar tapi risikonya tidak seberapa.

Kini MPKB ditadbir oleh pak-pak lebai,kononnya mengikut sunnah Nabi.Diimport pelbagai istilah "arab" dalam urusan MPKB-BRI,Islam itu berbahasa Arab pada meraka.Makin lama harta MPKB-BRI makin susut,aset berharga ( tanah ) sudah banyak bertukar tangan.

Bangunan besar dan gah milik individu,syarikat korporat tertentu dipajak 99 tahun.Nyatanya kita telah merampas harta anak cucu akan datang,bukannya meninggalkan warisan berharga untuk mereka.

Peniaga kecil di bandar terpaksa berkorban untuk pembangunan "Islam".Tapak asal marhaen mencari sesuap nasi dikuburkan secara "paksarela".Identiti peniaga kecil yang sinonim dengan bandar Kota Bharu sudah terhakis sedikit demi sedikit seperti hakisan di Pantai Sabak.

Slogan "Pas For All" untuk hidangan pilihanraya,bila dah berkuasa rakyat dianaktirikan.Golongan "kapitalis" mula mengaut untung,ambil modal "lobi" waktu pilihanraya.

Siapa tak kenal "Pasar Padang Bas",dulunya menjadi mercu tanda Bandar Kota Bharu.Lebih 50 peniaga kecil berjuang mencari rezeki ditempat yang strategik di pusat bandar.

Arus "pembangunan Islam" telah menelan mereka kerana memberi laluan untuk golongan kapitalis.Harini gah tersergam "double pasaraya Giant dan Parkson" di atas tapak yang dulunya milik rakyat marhaen.Di manakah peniaga kecil?

Lewat petang tadi saya mengunjungi bekas peniaga padang bas,yang kini ditempatkan di belakang BSN Kota Bharu.Sedih dan pilu melihat nasib mereka yang dulunya terlalu sibuk menjelang maghrib waktu berniaga di padang bas.

Tinggal 9 gerai yang masih beroperasi,itupun hidup segan mati tak mahu.Pendapatan harian bukan setakat cukup makan,adakalanya makan modal.Mana tidaknya,dengan suasana yang suram,kebersihan yang jauh dari indeks masyarakat tambahan pula prasarana yang serba berkurangan.Mana perginya suasana "mesra perniagaan" yang dilaungkan oleh pemimpin tempatan.

Mana pergi peniaga selebihnya? Sukar untuk menjawab,rasanya sesuai untuk MPKB-BRI menjelaskan masalah mereka.Bandingkan suasana di belakang BSN dengan bangunan Parkson,tentunya tidak adil untuk rakyat berebut mencari rezeki di padang yang tidak sama rata.

Perlukah rakyat marhaen dibela? Apa untungnya selain dari satu undi wakti mengundi.Sumbangan kapitalis ( korporat ) jauh lebih hebat untuk menutupi tanggungjawab sebuah kerajaan.

Golongan kapitalis boleh mengubah apa jua keputusan kerajaan melibatkan rakyat.Pendek ceritanya kapitalis sudah menguasai bandar Kota Bharu,mencari untung semaksimum mungkin tanpa rasa ehsan dan belas.

Duhai pemimpin Islam,sedarlah dari alpa.Sudah banyak tindakan anda melukai rakyat terbanyak.Jangan terlalu menurut kata kapitalis,kerja mereka mengaut untung.Bila keadaan terdesak barulah terserlah tembelang mereka.

Kerja mereka menyokong kerajaan memerintah tanpa peduli inspirasi sebuah perjuangan.PAS atau BN pada mereka sama,siapa perintah maka disitulah mereka bertenggek dengan pelbagai "proposal".Yang penting "untung,untung,untung."

Jangan sampai rakyat marhaen muak dan jelek dengan anda semua ( Ahli Majlis MPKB).Mana pergi sikap amanah dan tanggungjawab? Cukuplah berkawan dengan kapitalis,tiba masanya anda kembali kepada rakyat.

Kata Sayyidina Umar,,MEREKA YANG LEMAH DISISI KAMU MAKA KUAT DISISIKU,MEREKA YANG KUAT DISISI KAMU MAKA LEMAHLAH DISISIKU.Fikir,renung dan muhasabahlah.Jangan sampai penderitaan rakyat diluahkan melalui kertas undi.

Sekian.

Monday, December 21, 2009

Hijrah Politik

Qulih Haq,
.
Salam Maal Hijrah 1431H,buat semua penghuni dunia,tanpa mengira anutan agama.Roh hijrah itu satu nikmat untuk semua ummah secara langsung kiranya dihayati secara menyeluruh.Benar!”Piagam Madinah” itu untuk semua penduduk dunia tanpa garis pemisah yang dicipta oleh sesetengah insan.

Marilah kita bersama menyelongkar secara total rahsia “Piagam Madinah”,peninggalan Rasulullah saw yang tentunya diredhai Allah untuk kebaikan hambanya.

Benar!Seluruh ummat Islam mengaku pengikut tegar Rasulullah,pengakuan yang adakalanya penuh dengan simbolik.Jelas ikrar itu sangat lunak namun pengisiannya banyak yang tersasar.

Sedar atau tidak keindahan retorik membelenggu hidup kita seharian.Pemimpin dengan penuh semangat memberi, menggarap harapan menggunung tinggi buat hidangan rakyat terbanyak.Akhirnya pengikut menanti sesuatu yang tak kunjung tiba,jauh panggang dari api.

Dunia siasah kita sudah tersasar secara dramatik,lain teori lain pula praktikalnya.Kehidupan masyarakat marhaen masih ditakuk lama,hanya janji yang melenakan kehidupan.

Perjuangan politik tetap jumud, mengikut warna,biru,hijau, merah dll.Biru dengan pelbagai manifesto,hijau dengan bermacam janji,merah dengan beribu karenah.

Mangsanya rakyat terbanyak,siapa peduli sakit kronik Bilal Him di Pasir Pekan,siapa simpati dengan Mak Tam di Wang Klian yang tidak mampu membeli beras untuk seminggu,siapa faham dengan nasib Makcik Temah di Jerkoh,ibu tunggal menyara hidup 9 orang anak.Bayak lagi siapa? Siapa? Siapa?

Rakyat bertanya Kerajaan itu buat apa?Parti itu untuk apa?Pemimpin ini jaga sapa?Pilihanraya itu pilih sapa? Banyak lagi soalan? Soalan? Soalan? Jawapannya ada pada kita semua,kalau susah berdepan dengan rakyat,bentang je cerita Bangau Oh Bangau! Akal manusia tiada yang dapat selesaikan dongeng Bangau Oh Bangau!

Jelas,alasan yang direka dalam epik Bangau satu helah yang genius…sapu je sampah ke bawah karpet,cuci tangan dan selamat untuk hari ini.Esoknya,selak lagi halaman lain buku Bangau Oh Bangau.Sampai kiamat belum tentu tiba ke titik penghabisan.

Buat pemimpin politik tanpa batasan warna,bantulah rakyat.Jangan peduli pada warna,mereka adalah penyokong anda.Tolak ke tepi sentimen usang,sampai masanya politik kita perlu buta warna.Langkaui batasan warna,agama dan bangsa untuk kebaikan bersama.

Pemimpin yang bernilai itu “jaguh rakyat”,bukan jenis penting diri dan mesra korporat.Berapa kerat ahli korporat yang mencekik darah rakyat,buat untung dari kemiskinan manusia lain.Ke mana tergadai prinsip moral kalau dosa pahala ditolak tepi?

Marilah kita menghayati semangat “Maal Hijrah” secara menyeluruh,bukan sekadar ungkapan retorik sementara.Bukan juga untuk berhimpun sekali setahun,pilih penerima anugerah,bawa kain rentang,gah dengan ramai penyokong berarak keliling stadium.

Fikiran konservatif perlu dianjak kearah mentaliti global,fikir,rancang dan laksanakan program yang mengubah nasib kita semua.Biarlah kalendar Hijrah tahun 1431 memberi semangat jitu buat pemimpin dan rakyat untuk berubah kearah yang lebih baik.

Sekian,bermuhasabah lah! Salam Maal Hijrah 1431H dari cilipadi007@blogspot.com

Friday, December 18, 2009

Kapsul Kebenaran

Qulil Haq,
Sabda Rasulullah saw "BERKATALAH BENAR SEKALIPUN PAHIT",terpanggil rasanya untuk saya menjadi sebahagian dari ahli keluarga blogger.Naluri ingin mencuba untuk menyampaikan kebenaran dalam dunia global mengheret saya dengan penuh sedar.

Bukan nak mengata tapi rasanya perlu lidah kurniaan Allah diguna untuk menghidangkan 'jadam',ubat yang pahit namun kesannya menyeluruh untuk menyembuhkan penyakit "hati mati".Sambutlah kemunculan "kapsul kebenaran" sebagai salah satu hidangan untuk semua,kudusnya hati untuk menghadap kebathilan yang berleluasa.

"BENAR" bukan milik sesiapa,ianya milik semua insan yang beriman yang tentunya berlawan dengan "BATHIL",ungkapan milik insan munafik @ hipokrit.Firman Allah " apabila datang berita dari orang2 yang fasiq,maka siasatlah kamu",jangan ditelan bulat2 seolah akal itu berada dalam peti sejuk beku.Guna kewarasan akal untuk menilai sesuatu isu,moga hidayah Allah sentiasa bersama kita semua.

Semoga kita akan bertemu di'posting' saya yang akan datang,lontaran isu untuk penilaian insan bernama manusia berakal....Insyaallah